Monday, July 27, 2009

Kedah & Langkawi

Dalam entry kali ni, I nak kongsikan gambar2 kenangan selama 3 hari di Kedah Darul Aman dan setengah hari meronda2 di Langkawi, pengalaman yang indah untuk dikenang, tujuan ke Kedah adalah untuk menemani my brother Lee pada hari konvokesyen di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok Kedah pada 10 March 2007

Masih segar di ingatan, kami berdua bertolak dari KIA (Kuching International Airport) agak lewat disebabkan flight kena delay , sampai di LCCT pukul 1a.m lebih, kami berehat dan lepak di airport menunggu penerbangan yang seterusnya ke Kedah

Awal2 pagi sampai ke Kedah, naik teksi dan terus menuju ke hotel, peramah betul pakcik yang memandu teksi ni, selama 3 hari kami di Kedah, pakcik ni lah yang akan kami telefon untuk membawa kami ke destinasi2 yang di tuju di Kedah, yang lucunya, mula2 pakcik tu ingat kami ni pasangan suami isteri hahaha, bila jelaskan yang kami adik beradik, pakcik tersenyum simpul, mungkin kerana rupa kami berdua agak berbeza sedikit

Selepas check-in, kami jalan2 cari makan sebab dah kelaparan, nasib ada kedai mamak bersebelahan, tapi semua makanan pedas2 dan kari2 sahaja, bantai jelah sebab dah kelaparan, balik ke hotel hendak bersiap2 lagi kerana konvokesyen abang adalah sebelah petang, kalau tak silap bermula jam 2 petang, yang lucunya, my brother Lee dah risau bila iron pakaian yang diminta tak sampai2 sebab ada penginap lain telah menggunakan iron, nasib baik ada seorang makcik cleaner yang baik hati sanggup mencari iron tu dari satu bilik ke bilik yang lain, cepat2 lah I tolong my brother ironkan baju dia, selesai bersiap kami dijemput pakcik yang sama, lupa dah nama pakcik tu huhu, lama tu 2 tahun oooo....

Ok sampai di UUM, memang ramai orang, masih I ingat cuaca hari tu panas, dan acara konvokesyen berlangsung dengan baik walaupun agak terlewat bermula dari waktu yang sepatutnya, yang kelakarnya, I tak sedar bila my brother Lee dah naik ke pentas, I sedar pun bila aunty iaitu ibu kepada Joy, memberitahu yang dia dah naik, masa tu memang penat jadi tak dapat memberi tumpuan, nak tertido pun ada, kalau bukan disebabkan bunyi muzik live dalam dewan tu, dah lama I tido kat kerusi hak hak hak

Awal pagi di Kedah

UUM
*
*
*
Comel tak!!!!...ayat nak minta puji

Awal2 pagi breakfast, makan nasi lemak special sambil menunggu pakcik datang menjemput, kami menuju ke Jeti Kuala Kedah, menaiki boat ke Kuah Town Langkawi, boat yang kami naiki ni 2 tingkat, tambang cuma RM18.00 seorang, bertolak pada pukul 10.30 a.m, perjalanan memakan masa 1 jam lebih untuk sampai ke Jeti Kuah Langkawi, ramai juga yang menggunakan perkhidmatan boat, masih I ingat kelihatan beberapa rombongan2 budak2 sekolah, mungkin ada sekolah2 ataupun kelab2 di sekolah yang menganjurkan lawatan ke Langkawi

Jeti Kuala Kedah
*
*
*
kenapa sopan sangat I posing kat sini nih hak hak hak

Sampai di Langkawi, kami berjumpa dengan Joy bersama ibubapanya, kami merancang untuk menyewa kereta bagi memudahkan perjalanan untuk meronda2 di pulau langkawi, tapi I dah terlupa berapa bayaran untuk kereta sewa hari tu, sorry lupa dah huhu, kami cuma ada masa setengah hari sahaja, jadi tak banyak tempat kami lawati cuma melihat dari luar pun jadi lah

Tempat yang sempat di lawati ialah Kota Mahsuri, Craft and Culture Centre, Crocodile Farm, Teluk Yu dan Eagle Square, tempat2 yang lain kami hanya sempat melihat dari jauh saja, niat di hati hendak melawat semua tempat memang tak dapat sebab masa yang agak terhad huhu

Di kota mahsuri @ Mahsuri's Mausoleum, kami tidak bercadang untuk masuk ke dalam bangunan, kami hanya berjalan2 di luar bangunan dan mengambil beberapa gambar kenangan sahaja memandangkan waktu yang amat terhad, kami sempat singgah di pantai di Teluk Yu, melihat budak2 bermandi-manda, best tengok budak2 tu, tapi kan kalau I, I tak nak mandi kat pantai masa cuaca panas, nanti naik hitam legam hehehe, oh tidakkkk....

Langkawi
"caribbean of The East"

*
*
*
di kaunter kereta sewa

ini lah kereta sewa tu, di hadapan bangunan Kota Mahsuri

Mahsuri's Mausoleum &
Craft and Culture centre

*
*
*
I nak tenun kain untuk mak mentua ekekeke

At the Beach, Teluk Yu
*
*
*
love the beach

kalau terlepas entry Taman Buaya Langkawi, sila klik sini yer


Eagle Square
*
*
*
Lambang Pulau Langkawi, malangnya masa tu mereka tengah membersih dan memperbaiki helang ini, jadi tu yang banyak besi2 kat bawah sayap helang

beli souvenir & gift untuk dibawa pulang sebagai kenangan

masa untuk pulang!!!

Pulang lewat petang dengan boat yang terakhir ke kuala kedah, penat tapi pengalaman yang menyeronokkan, lebih 2 tahun berlalu pasti ada perubahan2 kecil di Langkawi, adakah makin bertambah ceria dan cantik, lain kali kalau ada peluang pasti ingin kembali lagi, tapi kali ini, I nak jelajah setiap sudut di Pulau Langkawi

Langkawi here I come ho ho ho!!!!....

p/s: sedih sebab tak sempat visit tempat2 yang lain masa tu huhu, panjangnya entry kali ni & banyak gambar, hope you all enjoy the pictures muah muah muah!!!!....


24 comments:

Anonymous said...

Wah haha..seronoknya ke Kedah & Langkawi ya..

Ivy Metaga said...

krisno:
yer seronok, rasa nak pegi lagi, bnyk tempat blom kena lawat huhu

GRuNGe said...

Wah, kamu suka bergambar kan. Bagus bagus bagus. Amik lagi gambar bebanyak kay. Sya malas bergambar.

AmirFX said...

Best ehhhh dpt g sinun... Kmk gik nak kumpul duit g Sabah... hehe..

alia said...

Datanglah lagi....

Lee said...

Hi, last time I was here was in the 70's, ha ha.
Love your beautiful photos. Can see the place is beyond my recognition.
You have a pleasant week, Lee.

designationjazz said...

hu hu sedihnyer... smpei kinek tok blom gi pg Jong crocdile farm sedangkan Ivy dah nangga boyak air, patah gi boyak2 darat kat sia huhuhu....sobb sobb.. :-(

Ivy Metaga said...

grunge:
gambar utk kenang kenangan, the moment tak kan berulang lagi kan kan...takpe kalo kamu malas bergambar, tolong ambik gambar sy je lah lalalala...

amir:
sabah best juak ya....

alia:
mmg kalo bole nak dtg lagi =)

uncle lee:
so u should come again uncle lee =)
a beautiful place to visit...
u too uncle lee....

Ivy Metaga said...

designationjazz:
aik sama lah kita hehhee, kmk ada rahsia juak mok padah ngan ktk, kmk pun belom pernah gik masuk dalam jong crocodile farm hehhe, nama jak org kuching, jauh p nangga boyak...kmk akan pegi ke sia one day huhu...

Anonymous said...

Jauh perjalanan luas pandangan..:)

seronok nyer..:)

Pempek Kaizen said...

makciek ajak q juga dong...???? heheehehe

cik helena said...

ivy,,napa gambar kecik2,,tak puas tengok,.

Ms Tikot said...

Best kan... Langkawi. Kmk gi sia awal thn this year.

Ivy Metaga said...

fahmilatiff:
betul tu fahmi, jauh perjalanan luas pandangan, sy suka ayat2 itu..
fahmi bila pula nak dtg sarawak ni...

richamoody:
jom lah sama2 dengan makcik jalan2 hehe

helena:
kalo cikhel nak tgk besar, klik gambar satu2 hi hi hi

ms tikot:
auk best kan, rasa mau g sia gik hehe, mmg bnyk tempat2 yg cantikkan, kalo lah dapat tinggal dalam pulau yg indah cam ya bagus oh..
mst ada beza sikit kan berbanding 2 tahun lepas..

Eta LaZiM said...

Nasib baik DUA tahun lepas... kalau tidak, awal2 lagi MaMa tunggu IVY kat Jeti Kuala Kedah! hehehehe..

Jeti tu dekat jer ngan umah MaMa...

DilOt said...

jauh nye ivy berjalan...

tmpt2 die mmg cantik tp xleh duk menetap di situ..

Kelebar Malam said...

Kmk lom gik g sia. Ada juak rasa nok k sia lak..ermmm..ngan mrs kelebar ler...heeee...mun ada tips tpt yg sesuai dan romantik...pos jak....

Amanie Khairunnisa said...

waa...beshnye jenjalan..ivy nnti ajak i laa..mau jenjalan juge!

Ivy Metaga said...

mamaqaypo:
oh yer ke mama, 2 tahun lepas sy blom kenal lagi apa tu blog hihi, takpe lain kali kalo umur panjang dan ada waktu pasti akan ketemukan mama

dilot:
aah cantik, best kalo ada peluang jalan2 tgk tempat org kan =)

kelebar malam:
mbak lah mrs kelebar p honeymoon gik hehehe, sesuai pulau langkawi ya hehe

kiwi bulan:
uihh..bole bole..kiwi dtg lah sarawak, nt bawa kiwi jalan2 =)

azizan4444 said...

sonoknye bergambar.hak3..

Anonymous said...

owh my cousin girls pun dulu study UUM jugak !!!

♥Miz Fieza♥ said...

sonok2...lama tak pg langkawi nie....

Ivy Metaga said...

azizan4444:
uihhh..bergambar besttt oooo, kenangan lalala

kf:
oh yer ke...hihi

miz fieza:
seronok....rasa nak p lagi..=)

Online pregnancy test said...

2 years out sy blom know what else hihi tu blog, next time reply takpe long life and no time would be ketemukan mama