Saturday, December 26, 2009

Christmas Day

Hari ni merupakan hari kedua Christmas, seperti biasa setiap tahun kami sekeluarga akan menyambut christmas di rumah nenek bersama2 dengan ahli2 keluarga uncle2 dan aunty2 yang lain di Kampung Daun, Singgai, hari ni sebelah pagi I habiskan waktu mengemas rumah dan mencuci pakaian2 yang dah bertimbun2 sebelum pulang ke rumah nenek, sebelah petang pula I habiskan waktu di rumah nenek jak

Sehari sebelum Christmas pada petang 24hb, lepas pulang dari kerja I temankan mumy shopping di Boulevard Shopping Mall, shopping last minute hahaha, beli chicken wing untuk BBQ malam tu, lepas shopping pulang ke rumah sekejap untuk tukar baju dan langsung pulang ke kampung, Selalunya malam 24hb sebelum christmas, pasti ada family gathering di rumah nenek, aktiviti BBQ akan diadakan, masa ni perut pasti kenyang.... terlampau2 kenyang hehe, malam tu ntah berapa banyak bbq chicken wing yang I makan pun I dah lupa hahaha....

Pagi 25hb, hari pertama christmas, awal2 pagi dalam jam 6, kami bertiga mumy dan brother Eric pulang ke rumah nenek, membantu membuat persiapan makanan bersama2 dengan anunty2 yang lain, dalam jam 10 kami bertiga pulang ke bandar Kuching, menghadiri sembahyang khas untuk sambutan Christmas di Gereja, pulang dari gereja I memang betul2 penat sebab kurang tido juga, mumy dan dady terus pulang ke kampung, kami berdua brother Eric jak yang ambik waktu untuk berehat, sempat lagi kami berdua tido hahaha, bangun jak kami visiting ke rumah uncle sebelum visiting ke rumah kawan my brother Eric

Christmas tahun ni, I agak kurang visiting ke rumah kawan2 dan juga sanak saudara yang lain, sebab badan masih penat, ditambahkan lagi sakit belakang pinggang dalam beberapa hari ni huhu, lagipun my sister Bulan tak ada, haih... rindu pula dengan dia, mungkin sebab tak ada orang untuk I buli hahaha....

Ok here few pics yang I sempat snap...


A DAY BEFORE CHRISTMAS
*
*
*Para Ibu2 pula sibuk di dapur

Depan rumah nenek dah padat dengan kenderaan
~ kalau semua sanak saudara pulang ke kampung, pasti penuh lagi

my dad & Uncles
Tempat untuk BBQ malam tu, yang ni aktiviti untuk lelaki hehe

"Chicken Wing 20 sen satu" my cousin Keith


My cousin Gabriel
~ oh malam tu dia memang funny, habis di usik aunty2 dan cousin2 dia yang lain hahaha, tapi mulut dia tak berhenti2 bercakap, dia merepek sampaikan kami tak faham apa benda dia cakap hahaha

In memory : Me & little Dean
Ingat tak dalam entry sebelum ni, I ada bagitau yang seekor anak kucing I dah hilangkan, semalam jiran I bagitau yang anak kucing tu dah mati, sedih I dengar hurmmm...., sebab sebelum ni anak kucing tu sangat aktif, tapi lemah dan sakit lepas kepala anak kucing tu terhimpit di pintu, kesiankan...., dah lah dilahirkan sama hari dengan my birthday on the 3rd November ari tu..., kiranya umur anak kucing ni dah masuk 1 bulan lebih, kalau 3rd Jan 2010 mesti dah masuk 2 bulan kan hurmmm... *sigh*


p/s: tak lama lagi dah masuk tahun baru..... cepatnya masa berlalu....



Wednesday, December 23, 2009

Avatar & Merry Christmas!!!

Hola!!!.... semua...., Dalam beberapa hari ni selepas last entry ahad yang lepas, I memang dalam mode busy, lepas tu sering penat, selalu tido awal, dalam 3 hari ni ntah kenapa bahagian belakang pinggang I sangat sakit, I ada bagitau my mum dan dia cadangkan jumpa doktor, sampai sekarang belum lagi I pegi hurmmm....

Ok petang tadi I pulang dari keja, sampai rumah seekor anak kucing dah hilang, tak tahu mana menghilang waaaaaaaa..... dah lah anak kucing tu lemah, esok pagi mesti I cari dia lagi huhu, nak tau tak sapa nama anak kucing tu, I kasi nama "Dean", sebab I minat tengok cerita Supernatural, hero2 memang hensem...., ada seekor lagi I bagi nama "Sam", watak adik Dean, hurmmmm.... mana lah anak kucing ni menghilang, I'm so sad....

Sekarang dah jam 2.05 pagi, sempat lagi update blog hahaha, sebenarnya I baru pulang dari menonton movie Avatar, memang best sampaikan tak terasa 2 jam lebih duduk dalam panggung, berbaloi2 menonton movie nih, banyak adegan2 yang mendebarkan, aksi2 yang best, gambaran yang menarik especially hutan2 tu....., I tengok wayang dengan my brother Eric saja, my sister Irene dan Brother Lee dah pulang ke Lawas, celebrate Christmas disana, frustnya tak dapat join mereka sebab I nak tengok 2 orang kazen I sebelah daddy tu kawen serentak, mesti meriah, lama dah tak tengok perkahwinan kaum Lun Bawang, hopefully my sister manage to capture some pictures on the special day, so that I can update hihi...

Buat rakan2 blogger yang menyambut Christmas, I nak ucapkan Merry Merry Christmas and Happy New Year to Everyone!!!!!.... ho ho ho.....


My brother Eric

Merry Christmas & Happy New Year!!!!


p/s: ok nak tido nih, esok kena bangun awal, kerja kerja kerja hehe....

Sunday, December 20, 2009

Wedding Dinner

Semalam hari sabtu 19/12/2009, wedding dinner untuk pasangan pengantin Rick & Felicia telah diadakan, kalau terlepas entry majlis perkahwinan mereka di gereja pada 18/12 2009, silalah rajin2 buat U-turn ke entry yang sebelum ni yer hehehe...

Majlis makan malam diadakan di The Banquet, tempat yang sama di mana sebelum ni kakak kepada pengantin lelaki juga telah mengadakan wedding dinner dalam bulan June yang lepas tahun ni, kalau anda rajin sila lah buat U-turn sekali lagi entry tu dalam bulan June... rajin2 jangan malas.....:p, dah nak masuk tahun baru ni tau, jadi kena rajin2...:p

Ok semalam ramai tetamu yang hadir untuk memeriahkan majlis, segala aturcara juga berlangsung dengan baik, so here few pics yang I nak kongsi disini.....


AT THE BANQUET
*
*
*~ Tak sempat snap pics pengantin semasa mereka welcoming tetamu2 yang hadir, gambar yang ni pun kira ok jak bah kan heeeee...

Seisi memotong kek
~ I cuma mampu ambik gambar dari jauh jak....

my family *wink wink*

kedua2 pengantin menjelajahi ke setiap meja untuk membuat terjahan hahaha, ini dikatakan seisi beramah mesra

Pengapit lelaki, my brother Lee, pengantin perempuan Felicia & pengapit perempuan, lupa pula tanya nama dia heeeeee....

"Good for everyone!!!"
~ skrip tokok tambah hahaha, bersemangat pengantin lelaki menyanyi

Rancak berjoget di dance floor, my brother Eric berjoget sampai berpeluh2 hahaha, Suami kepada kazen I tu pula macam gaya nak terbang jak hehe


Sis Irene, Sona, Lyn & Me
*
*
*
Orang lain sibuk makan, kami sibuk bergambar hahaha!!!..

Me & Lyn
~ kami berdua memang rapat dari kecik lagi (^-^), moga mesra sampai dah masuk title grandma nanti

My cousin Sona, me & cousin Lyn
~ kami bertiga ni sama2 lahir tahun 1983, nampaknya mereka berdua dah dapat gelaran Mrs, dua2 dah kawen tahun ni, Sona tak lama lagi bakal jadi seorang mama, bestnyaaa.... ada baby, I sorang jak masih dalam kelab bujang ni hahahaha...., oh pesanan buat Lyn, jangan tunggu lama2, proses cepat2 hahahaha.... :p, masih teringat dulu2 masa masih lagi bersekolah, masing2 sering bertanya sapa kawen dulu.. alahai masa masih budak2 dah bercakap pasal kawen2 hehe...

Mumy & Sis Irene


Sis Irene & Me
*
*
Cak!!!... Sis Irene cakap pics syok sendiri hahahaha, takpe janji bahagia lalalala...



p/s: ulser di lidah makin teruk.... sakit lah... tolong tolong..., esok nak keja waaaaa...., oh sekali lagi ucapan tahniah buat my cousin Rick dan pasangannya Felicia, moga berbahagia selalu..

Friday, December 18, 2009

Rick & Felicia Wedding

Hari ini, 18/12/2009 merupakan hari bahagia buat my cousin Rick dan pasangannya Felicia, majlis perkahwinan diadakan di Gereja St. Joseph, Kuching pada jam 12.30 tgh hari, jadi di sini I nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pengantin baru buat Rick & Felicia, moga berbahagia selamanya dan selamat menempuhi ke alam rumahtangga sebagai pasangan suami isteri....

Sebelum ke Gereja, kami bertiga daddy dan sis Irene menjemput my brother Eric di airport, dia pulang dari Miri, singgah di KFC mengisi perut dulu, lepas makan baru kami berempat ke Gereja, oh satu lagi sebenarnya kan tadi I cuma pakai contact lens sebelah mata kiri je, sebelah mata kanan terpaksa di keluarkan sebab macam tak selesa saja, tak sempat nak masukkan lagi, sebab tu lah I tengok orang sebelah clear, sebelah tak clear hahahaha..... funny kan, tak siapa pun yang tau, hanya sis Irene jak tau lalalala...., rasa macam pendekar mata satu lah pula :p

Majlis berlangsung dengan baik, di hadiri sanak saudara, teman2 rapat dan kenalan dari kedua2 belah pihak pengantin perempuan dan lelaki, selepas majlis perkahwinan dan seisi bergambar selesai semua yang hadir dijemput untuk menikmati makan tengah hari bersama2 di sebelah gereja

ok here few pics...

BEFORE THE WEDDING CAREMONY
*
*
*
Lyn, Irene, Lee & Eric
~ bergambar dengan pengapit pun jadi lah hahaha

Flower girls & Boys yang comel2
~ in pink colors


SUASANA DI DALAM GEREJA
*
*
*
Pengantin perempuan dengan bapa pengantin perempuan masuk ke dalam gereja

Upacara menyarungkan cincin

Senyuman manis terukir di wajah masing2 selepas sah bergelar sebagai pasangan suami isteri

Bergambar bersama2 dengan paderi dan kedua2 ibubapa kepada pengantin lelaki dan perempuan


SUASANA DI LUAR GEREJA
*
*
*
Seisi bergambar dengan pengantin

My Cousin Rick & his bride's Felicia

Tak dapat bergambar dengan pengantin, bergambar dengan bunga kat belakang kereta pengantin pun jadi lah hahahaha....

Mr & Mrs Robert
~ ingat tak entry I tentang wedding mereka berdua pada 5/12/2009, masih pengantin baru ni, so loving gitu hihi, kalau terlepas entry tu sila klik sini dan juga klik sini yer...

Mr & Mrs Stanley
~ yang ni pula, I pernah buat entry perkahwinan mereka berdua dalam bulan June tahun ini, kalau terlepas sila klik sini dan juga klik sini, my cousin Sona @ Mrs Stanley tengah pregnant, wow... so excited I bila dapat tahu dia bakal ada baby...., oh lupa pula nak bagitau, Sona ni kakak kepada pengantin lelaki

Sis Irene, Cousin Sika, Cousin Bera & lupa pula nama flower girl yang comel kat belakang tu
~yang buat kami semua so surprise sebab my kazen Bera ni lasak sikit dan tak suka pakai dress, tu flower girl yang berdiri paling depan, tak sangka pula dia jadi flower girl hari ni hehehe, so cute..., memang tabik spring lah kat orang yang berjaya memujuk dia hahaha...


p/s: Besok hari sabtu, wedding dinner akan diadakan, so I will update about the event k..., huhu sekarang I tengah kesakitan, lidah ada ulser lah.... tolong tolong... payah nak makan tau huhu...




Tuesday, December 15, 2009

Menang RM10,000

Pagi tadi I terima panggilan telefon, I tengok di skrin hp tertera "Unknown", I paling tak suka bila orang call guna private number, selalu I tak kan endahkan kalau tertera di skrin hp macam ni, tapi I ingatkan kawan I Hui Ming yang call, sebab selalu kalau dia call guna handphone husband dia, mesti keluar private number, so I jawab jak call tu...

aku: hello

di balas pula oleh suara seorang lelaki, kalau dari nada suaranya, kemungkinan lelaki dalam lingkungan 30-an atau 40-an

lelaki: hello.... bla bla bla....
(uihhh...... panjang lebar laki tu bercakap tak henti2)

aku: aah...

lelaki: cik ni pemilik nombor hp 01x-xxx-xxxx??

aku: aah...

lelaki: bla bla bla..... untuk makluman cik, nombor cik telah terpilih oleh agensi kami untuk memenangi RM10,000... bla bla bla...

aku: aah...

masa I dengar laki tu cakap macam tu, I tau ni mesti orang yang suka tipu2 ni, so I biarkan saja dia bercakap panjang lebar, biar sampai tekak dia kering bercakap2 tak henti2, I jawab.."aah..." saja, tanda mengiakan hahahaha...

lelaki: cik kami akan masukkan duit RM10, 000 dalam akaun cik, cik tak perlu bayar apa2 pun, kami cuma perlukan nombor akaun cik

aku: saya memang ada akaun tapi saya tak nak bagi

lelaki: akaun cik aktif tak, kami memerlukan akaun yang aktif dan bla bla bla bla.....

aku: hurmmm.... takpelah saya tak nak duit tu

lelaki: betul cik tak mahu duit RM10,000...

aku: tak mahu

lelaki: ok lah kalau macam tu tak apa

aku: ok

Dalam hati I, ewah ewah... suka2 jak nak tipu orang, kenapa lah masih ada orang macam ni kan, kalau terkena dengan orang yang sudah tua atau agak berumur, mesti mereka ni senang di tipu oleh orang2 @ penipu2 macam ni huhu

I bagitau dengan kawan2 sama kerja yang lain selepas I habis bercakap dengan lelaki tersebut, mereka cakap macam ni, " Ivy... kenak ko sik padah, ko ada banyak duit..., padah ngan orang ya, ko banyak duit beratus2 ribu dalam farmville hahahaha....."
Hurmm.. kalo rakan2 blogger yang dari Semenanjung atau Sabah tak berapa faham ayat ni, tanya yer hehehehe...


p/s: Kalau lah I betul2 menang RM10,000..... errr... I terus kawen hahahaha.... :p, sila abaikan ayat2 tersebut lalalala....

Sunday, December 13, 2009

Never Walk Alone

Dalam beberapa hari ni, kehidupan seharian seperti biasa sahaja, bangun pagi turun kerja, balik, makan, mandi dan tido hahaha, sehinggalah semalam hari sabtu, I habiskan masa di rumah sahaja, mencuci pakaian yang bertimbun, memang pecah rekod lah tak pernah kumpul baju sebanyak tu hahahaha... bukan malas tapi I jenis yang suka membasuh menggunakan tangan berbanding menggunakan mesin basuh, sebab untuk mengelakkan baju2 cepat rosak, erkkk... betul ke lalalalala....

Yang lucunya, salah seorang rakan blogger iaitu blogger Andy suruh buat entry pasal ni, hahaha... ok I dah buat daaaa.. tapi tak ada gambar, tak nak tunjuk sebab berderet di ampaian......:p

Hari ni pula, selepas pulang dari gereja, kami bertiga mumy dan sis Irene pulang ke kampung, bagi anak2 ikan keli makan, lepak2 dengan aunty sambil makan kuih muih, dalam jam 4 petang, kami pulang ke Kuching, sebelum tu kami singgah di kebun buah, ambik buah rambutan dan cempedak...., Sila lihat aksi2 I dengan rambutan (^_^)

Sebenarnya, malam ni I kurang bertenaga sedikit, pulang dari kampung I terus mandi dan tido jak, bangun dari tido baru rasa selesa sedikit, turun makan, main2 dengan anak2 kucing, dan sekarang ambil waktu untuk updatekan blog, bak kata orang jangan biarkan blog anda di selubungi misteri kalau lama tak terupdate hahahaha..... oh ya tak lama lagi my kazen Lyn akan datang mengambil 4 ekor anak2 kucing, I pula kena jaga 4 ekor yang kecil, "Lyn datang cepat..... nanti anak2 kucing u kena culik..... :p"

I sempat singgah di blog2 rakan2 blogger yang lain, cuma tak sempat meninggalkan jejak, nanti I datang lagi tinggalkan jejak2 kaki dan tangan wokey hehe, bila I baca entry2 blogger2 yang sedih, I pun tumpang sedih juga, jadi buat rakan2 blogger yang bersedih, jangan sedih2 k, dalam hidup ni ada naik turun nya, kejap kita di atas kejap kita di bawah, adakala nya kita ketawa, adakala nya kita menangis, the best medicine is keep on praying..... remember that we never walk alone....


Me & Rambutans hahaha
*
*
*
Cak!!..

Cak!!..

Tadaaaa......

~ Sis Irene yang sentiasa menemani, tapi bila I mula bising, dia dah mula tak mau geng dengan kakak hahaha..., but only for a while, and as always we back as friend again lalalala..., tu lah kuasa adik beradik hahaha...

Nyum Nyum...
~ nampak sedapkan, beli di Taka Bakery, sempat lagi kami singgah di sini selepas pulang dari gereja, kena isi perut dulu sebab kami langsung driving ke kampung...


p/s: Be Happy!!!.....

Friday, December 11, 2009

Anak Cari U

I baru sahaja pok pek pok pek dengan my little buddy, alahai rindu dengar suara dia, walaupun tak dapat memeluk dia, mendengar suaranya pun dah buat I rasa happy

Sebenarnya tengah hari tadi mumy dia ada sms I, lepas I baca sms tu terus I tersenyum sendiri, mumy dia sms macam ni

"call me, kalau u free, u punya anak cari u!!..."

I cuma reply yang akan call bila ada free sikit, memandangkan I kena buat 3 proposal, dalam jam 3 lebih baru I teringat balik, itu pun ambil waktu untuk berehat sekejap, I sms mumy dia bagitau malam baru lah I call

Lepas tu, mumy dia reply macam ni

"ok..., tapi dia marah sy o..., suruh sy call u cepat2, tapi sy cakap tgu Ivy call, dia duduk tepi bising2 sampai sy tak faham dia cakap bnyk2...."

I memang dapat bayangkan macam mana rupa dia membebel sorang2 hahaha... hurmm... miss Didi...

tu lah, I call malam ni, lucu pula rasanya, macam ayam dengan itik jak kami berdua, sorang cakap cina, sorang terbelit2 lidah menyebut perkataan untuk diperkatakan hahaha...

yang penting I tau tanya "ni hao ma?..." dah kira ok lah tu kan hehehehe...,

dalam banyak2 ayat2 pertanyaan didi, ayat ni yang buat I rasa sayu saja

"Ivy ni hen xiang wo ma?"

I jawab.... "wo hen xiang hen xiang hennnnnnn xiangggg ni...."

maksud nya, dia tanya "Ivy, kamu rindu saya ka?"

I jawab... "saya sangat sangat sangat rinduuuuu kamu"

hurmmm....kira macam tu lah maksudnya heeeeeeee...., tapi tak pasti ejaan dalam bahasa mandarin utk rindu tu betul tak hehehe..., kalau sebutan nya memang "xiang" means rindu

planning nak ke Sibu next year masa cuti Chinese New Year, nak peluk2 my little buddy puas2 hehehehe...., rasanya mesti dia tak mau kena peluk sebab dah big boy kena control macho (^_^)


Desmond @ Didi & me
~ miss him so much...

Oh lupa pula nak bagitau, didi nyanyi lagu christmas lagi hahaha, lagu Jingle Bell

Wednesday, December 9, 2009

Pokok Christmas

Ho Ho Ho.... sapa ka budak yang begitu bersemangat menghias pokok christmas itu hahaha, hari selasa yang lepas, I dah selongkar kotak2 dalam stor, memasang dan menghiaskan pokok christmas...

ok ni jak lah gambar yang dapat di upload, tunggu 25hb nanti baru I tunjukkan pokok christmas yang dah berkelip2 dengan lampu2 hiasan yer...

Tak sabar nak christmas, mula2 planning hendak pulang ke kampung daddy di Lawas untuk menyambut perayaan ini dan juga menghadiri perkahwinan serentak dua orang kazen sebelah daddy, tapi nampak gaya nya, planning tu tak menjadi huhu...., tak dapat apply cuti panjang, kalau masih kerja di tempat lama pasti boleh, tapi sekarang kat tempat kerja baru, next year baru boleh ambil cuti panjang waaaaaaa....

takpe lah christmas kat Kuching pun ok juga lah...

~ berbaju hijau serupa macam warna pokok christmas hahahaha....


p/s: Hari ni sis Irene belanja I dengan Lee makan, kami tak buli adik ok, dia yang bersemangat hendak belanja hahahaha.....




Monday, December 7, 2009

The Wedding Dinner

Kalau dalam entry yang sebelum ni, I postkan tentang majlis perkahwinan my kazen Lyn dan pasangannya Robert di Gereja SIB Kuching, dalam entry yang ni plak I nak kongsikan tentang majlis makan malam yang telah diadakan di Mandarin Restaurant

Ramai sanak-saudara, teman2 serta kenalan2 dari kedua2 belah pihak pengantin lelaki dan perempuan yang hadir untuk memeriahkan majlis makan malam, dalam jam 7 malam kami sekeluaraga bertolak dari rumah, yang menarik malam tu ialah dapat mendengar dan melihat persembahan tarian kaum Kayan dan juga musik sape secara live... memang sangat2 menarik, oh lupa pula hendak introducekan yang Robert, suami kepada kazen I ni adalah berbangsa kayan

Oh satu lagi, malam tu kedua2 pengantin menari slow dance... amboi romantik tau, tapi dua2 macam malu2 jak especially Robert hehehe..., Lyn boleh tahan lah oooo... *wink wink*

Makanan yang dihidangkan juga boleh tahan dan sedap, tak sempat I snap sebab terus ngap jak bila menu dah di hidangkan satu persatu hahaha..., paling best meja kami paling cepat licin, sah kami 10 orang duduk satu meja tu kelaparan adohaiiii..., oh tak dilupakan, kek malam tu sangat sedap... seriously kena tanya kazen I ni mana dia tempah hehehe...

ok here few pics

AT MANDARIN RESTAURANT
*
*
*Wajah ceria kedua-dua pengantin menyambut tetamu2 yang hadir
~ wanita yang berselendang warna hijau tu, Aunty Nona iaitu ibu kepada pengantin perempuan

Seiring dan Sejalan hehe
~ kedua2 pasangan menuju ke pintu masuk, I tak pula sempat snap gambar mereka berdua masuk ke dalam dewan majlis


Sis Irene & me
~ kena posing2 dulu sebelum seisi makan2 dimulakan lalalala...

Persembahan tarian tradisional dari ibu pengantin lelaki dan juga persembahan live muzik sape

amboii... romantiknya!!!!...
~ tapi tangan Robert tu macam tak kena jak hahaha...

Me, Lyn & Kule
~ sebelum pulang sempat lagi berposing dengan pengantin hehe

Lee, mum, dad & me

Irene, mum, dad & me
~ sebelum pulang, kami sempat posing2, posing kat car park pun jadi lah, kat dalam restaurant tak sempat nak ambil gambar bersama2 sebab kami duduk meja lain2, my mum & dad lain meja, me & Irene lain meja, bro Lee pun lain meja... (^_^)

p/s: Hari ini my friend Sara saying goodbye to us, today was her last day at workplace, so we will gonna miss you Sara, ok lah will update soon, tak nak emo emo huhu...*sigh*