Saturday, November 21, 2009

Family Dinner

Ni cerita hari khamis dan semalam, hari khamis yang lepas kami sekeluarga keluar makan bersama2 di Big Family Court, kalau tak silap I itu lah nama tempat makan tu kot hehe, my mum tak ada bersama2 kami malam tu sebab kat sekolah ada aktiviti BBQ untuk guru2 sekolah, jadi hanya kami berempat saja yang keluar makan, makan sampai perut kenyang hahaha....

ok here few pics, tak sempat snap menu2 malam tu, sebab dah lapar terus ngapppp saja hihi.., takpe2 tengok gambar muka2 chomel kami sefamily ok apa kan ^_^

AT BIG FAMILY COURT
*
*
*
D Sista...

Bro Lee & Bro Ken

Semalam pula, kami sekeluarga sekali lagi keluar makan bersama2 di Country Court yang berlokasi di Batu 3 bersebelahan dengan pizza hut dan kfc, my brother Ken pulang ke Miri hari ini, pagi tadi my brother dah naik belon, naik kapal terbang lah tu, jadi dinner ni khas untuk dia, ini kedua kali I makan di sini, jadi I bawa my family ke sini lagi, makanan di sini boleh tahan juga, I rasa tempat ni halal sebab kat sini tak ada serve pork.....

Menu pilihan kami semalam ialah daging itik, daging ayam, ikan, sayur peria dan baby kailan serta sup.... semua nya 6 dishes...

here few pics

AT COUNTRY COURT
*
*
*
Roasted Duck, Baby Kailan & Lemon Chicken
~ 3 jenis makanan yang kami makan semalam termasuk ikan, 2 jenis sayur dan sup, yang lain tak sempat snap, trus masuk perut hahaha....

Nasi itu penting lalala...

~ apple juice

YUMMY CHEESE CAKE
*
*
*~ nampak sedapkan, I makan ni di office hari tu, rasanya boleh tahan juga lah, tapi Oreo Cheese cake dari Secret Recipe tetap paling sodapppp hahaha...


p/s: Oh sesungguhnya I ingin bercerita panjang lebar tapi kepenatan chewaaahhhh..., otak lembab sikit untuk berfikir, kalau tido tindakan pasti cepat hahahah.... ok lah happy weekend semua!!!!


Thursday, November 19, 2009

Happy Birthday Daddy

Tadaaaaa... ini lah dia insan yang I sayangi tu hehehe, ingat tak dalam entry yang sebelum ni, untuk blogger willie, "tok lah boyfriend kamek hahaha, boyfriend yang paling disayangi iaitu my daddy..."

Semalam 18hb November 2009 maka genap lah umur my dad 55 tahun, kami berdua ni sama lahir dalam bulan november, semalam selepas keja terus ke kedai kek, mengambil kek yang dah ditempah dua hari sebelum tu, khas untuk daddy, mula2 tu ingatkan nak surprise, tapi tak jadi lah pula, sebab my dad datang bersama2 my mum menjemput I dari tempat kerja, happy juga bila lihat my dad senyum2 bila nampak kotak kek tu, daddy tak menyangka yang kami akan menyambut birthday dia semalam hehehe....

ok here few pics


"Amoi boleh bagi free tak...lalalala"

tiup tiup

My dad & My mum
~ love them both so muchhh...

masa untuk mamam..... nyum nyum

Cherry ni saya punya hahaha
~ sis Irene & kazen Lyn


p/s: sekarang setiap petang mesti hujan.... best sebab malam2 tido sejuk hihi, ok lah I nak tido ni, penat huhu, nak menaip pun malas.... zzzzzzz....





Tuesday, November 17, 2009

Jobs, Engagement, SPM


Oh apakah tujuan gambar diatas, saja jak buat hiasan hahaha, bunga pengantin dengan bunga pengapit tu, kalau ada yang mengikuti perkembangan blog I ni, pasti anda semua ingat gambar bunga ni pernah muncul dalam entry tentang perkahwinan my kazen Sona dalam bulan June yang lepas

Mungkin ada di antara rakan blogger sudah mengetahui status pekerjaan baru I sekarang, ni dah nak masuk minggu ke-4 di tempat baru, setakat ini semuanya ok and I enjoy my new job, hurmm.. salah satu yang I suka tentang pekerjaan baru ni sebab I akan membuat wedding proposal untuk pasangan yang akan mendirikan rumah hahaha, eh silap mesti ada tangga tu, rumahtangga....

Last week I baru je buat satu proposal untuk pasangan ni, nama kedua2 bakal pengantin seperti I kenali jak, so after email the proposal, the next day, I terima panggilan dari bakal pengantin perempuan, rupa2nya dia memang kawan yang dikenali dari sekolah menengah, oh memang tak sangka juga, masa mula2 I tengok nama mereka berdua I ingatkan orang lain kot, mana tau rupa2nya sah orang yang sama, best kan hehe

Hari ini I terima panggilan daripada salah seorang kawan baik I Rachel, dia akan bertunang sabtu minggu depan, Im so happy to hear the good news from her, so I will update about the special day!!!

Esok bermula lah hari pertama SPM, my sister Irene tengah study sekarang masa I taipkan entry ni, my sister ni memang sempoi jak, relax jak rupa dia, dari dulu sampailah sekarang, tapi antara kami adik beradik memang dia lah paling terer hahaha, maintain straight A dari UPSR sampai lah PMR, moga untuk SPM ni dia dapat buat yang terbaik juga, I doakan moga my sis berjaya
Oh lupa pula, buat rakan2 blogger yang bakal menempuhi peperiksaan SPM tahun ni, wish u all the best!!!!...

Oh apa kah tujuan gambar di sebelah, saja2 jak bah tu, nak tunjuk chomel sikit lalalalala...... tak habis2 ayat tak boleh blah

Satu lagi, esok ada special day buat seseorang yang I amat sayangi, siapa tu, tungguuuuuu entry yang seterusnya k, I will update soon....

Sunday, November 15, 2009

Pra Natal

Semalam dalam jam 7.00 malam kami sekeluarga ke gereja kerana ada kebaktian khas untuk sambutan hari pra natal, "natal" bermaksud christmas, next month dah nak christmas kan, tak sabar2 nak tunggu 25hb December hihi.... terdapat juga persembahan nyanyian dari ibu2 dan bapa2 serta muda-mudi yang datang dari gereja lain yang turut hadir bersama2, tapi I hanya sempat snap few pics, tapi semua blurrr..., ni atas jasa kamera hp hahaha....

Sebelum pulang ke rumah, sempat singgah di Southern Cake House, my sis Irene teringin nak makan chesse cake, so kami berdua beli blueberry cheese cake, I memang paling suka beli kek dari sini sebab sedap dan designnya pun chantek....., ini boleh dikategorikan teori sedap+chantek= kepuasan makan, bukan subject maths je ada teori tau, subject makan-makan pun ada teori lalalala..... ini dinamakan Teori makan Ivy hahaha

ok here few pics

AT CHURCH
*
*
*
Mumy, sis Irene & me
~ my sis cakap dalam gambar ni kami bertiga ni ala2 saiz S,M,L (small, medium & large) hahaha

Salah satu persembahan nyanyian dari muda-mudi


AT SOUTHERN CAKE HOUSE
*
*
*
yang menariknya dalam kedai kek ini ada tempat untuk duduk makan, kalau tak mahu tergesa2 boleh duduk relax menikmati kek atau pelbagai jenis roti yang dijual

Irene with Coklat cake

Oh..blurrrr...sungguh

ok habis shopping, balik rumah makan hahaha.... untuk supper nih

p/s: esok dah nak keja, adeh... malas boleh tak!!!!....{ ^_^}





Friday, November 13, 2009

Semalam & Hari Ini

Hola semua!!!!, ada rindu kat I tak lalalala...., terlewat pula I hendak update selepas entry pada hari selasa yang lepas, memandangkan I nak kongsikan apa yang berlaku semalam dan hari ini, jadi macam tu lah tajuk entry pilihan I kali ini hehehe

Masa I taipkan entry ni dah nak tepat jam 12 tengah malam huhu, lewat pula tido malam ni, maklum lah esok kan hari sabtu, boleh bangun lewat yahooo, tu pun kalo mumy tak bising2, ok lah kita mulakan dengan cerita hari ini, petang tadi selepas habis waktu berkerja, kami bertiga iaitu I, my two brothers Ken dan Lee ke kedai makan Bombay Masala di area Satok, pertama kali juga I ke sini, rupa2nya deretan kedai2 di situ memang banyak kedai makan bertemakan masakan India, tiba2 jak my brothers teringin makan roti canai, jadi mereka yang belanja, I makan jak hehehe, kami makan roti nan, nasi beryani dan rojak india

Sampai rumah dalam jam 6 lebih, kedua2 abang I bersiap2 untuk ke Spa Manja yang berlokasi di kampung rantau panjang sebab dah berjanji dengan aunty Mariana ke sana, mula2 I hanya sekadar nak join jak, tengok macam mana spa tu, mana lah tau sampai kat situ, I nak buat facial hihi, normal facial jak, aunty pula yang belanja, besttttt..... rasa fresh sikit muka, dah lama tak terjaga semenjak kerja di tempat yang baru ni huhu.....

Ok tu cerita hari ni, cerita semalam pula, kami berempat iaitu I, sister Irene, my two brothers Ken dan Lee ke Pizza Hut yang berlokasi di area batu 3, lama dah tak makan pizza kan, lagipun ini juga salah satu aktiviti kesukaan kami adik-beradik, kami suka keluar beramai2 untuk makan bersama2, mumy dan dady tak dapat join sebab melawat saudara di hospital

ok lah layan je gambar di bawah yer, let the pictures show the stories....

AFTER FACIAL
*
*
*
Freshhhh tak hehe


KUCING & DURIAN
*
*
*
Hebat tak kucing ni, berselera kucing ni makan durian, habis licin, samapikan biji durian tu pun dia gigit2 sampai hancur hahaha


AT PIZZA HUT
*
*
*
Lee & Ken

Irene & Me

Masa makan!!!

Fruit & Salad with mayo... nyumsss....


AT BOMBAY MASALA
*
*
*
makan roti nan dengan kari ayam dan kari kambing
~ macam pelik jak sebut kari kambing hahaha

Roti Nan

Rojak India

Nasi Beryani kuah kari kambing

Aikkkk.... entry kali ini macam seisi bercerita lah pula hahaha, tak apa janji bahagiakan lalalala, esok planning hendak pulang ke kampung melawat nenek dan juga hendak melihat anak2 ikan keli, ok will update soon!!!!


p/s: happy weekend semua!!!!!....




Tuesday, November 10, 2009

Jom Berjogging

Jom berjogging hehehe, ok dalam banyak2 rancangan hendak berjogging bersama2, hanya hari tu saja kami berdua Lyn dapat berjogging bersama2, sebelum tu begitu bersemangat lagi kami berdua membuat rancangan, betul kata orang, merancang amat mudah tetapi untuk melaksanakan memang payah hahaha....

Tapi hari tu, lepas pulang dari kerja, tanpa menukar pakaian kerja, hanya menggantikan kasut dengan selipar jak, kami bertiga iaitu I, my sister Irene dan Lyn berjalan kaki ke taman dalam kawasan perumahan tempat I tinggal, kerana masing2 berselipar, kami berjalan jak lah di kawasan taman, errr... kira ok lah tu kan hehehehe, berjogging yang ringan2 lalalala..., bukan apa masih penat bila pulang dari kerja

Oh bila bercakap tentang penat pulang dari kerja, I rasa kita semua mengalami hal2 sebegini kan, tak kira lah yang masih study ka atau yang dah berkerja, kalau yang study mesti penat membuat assignment, kalau yang berkerja pula penat bila kerja bertimbun2, sekarang I dah ada tabiat baru, kalau sampai jak di rumah, I lebih suka berehat dan tido dalam sejam dulu sebelum bangun mandi hahahaa, tabiat yang tidak bagus kan lalala, ok I cuba elakkan ok, masa masih bujang ok tu, nanti kalau dah kawen dah ada anak, nanti kebulur anak2 tak makan sebab mak tak masak hahaha, ok ok hal kawen2 anak2 itu hanya imaginasi semata2 :p

Sempat pose lagi
~ erk kenapa perut ku nampak besar, oh silap baju lalala

uittt... lenggang lenggang kangkong!!!

Hari ini juga I ingin ucapkan Happy Birthday buat teman sekerja I yang baru iaitu miss Saravella Sunday, orangnya masih muda lagi baru je masuk 22 tahun, oh satu lagi hal yang hendak dikongsikan, masa mula2 I masuk keja bulan lepas, Sara tanya I umur berapa, I jawap umur dah nak masuk 26 tahun ni, dia nampak terkejut, I tanya kenapa terkejut, Sara jawap dia ingatkan umur I 24 tahun heeeeeee....., Ok I perasan sikit sekejap boleh lah bah.......:p

Ok lah tu jak yang dapat di kongsikan dalam entry kali ni, nanti akan I visit blog kawan2 pula, kejap lagi I nak buat larian 100m dalam blog yah yah yah....



p/s: akan I usahakan untuk berjogging bersungguh2 huhu....

Saturday, November 7, 2009

I Miss Him!!!

Dah masuk minggu ketiga I telah meninggalkan bandar Sibu setelah menetap di sana selama 4 tahun, I pun tak menyangka masa berlalu begitu cepat, mula2 masa I keja di Sibu, I ingatkan hanya untuk mencari pengalaman keja di tempat orang dan juga belajar untuk hidup berdikari tanpa keluarga di sisi, pejam celik pejam celik I tak sangka pula dapat bertahan tinggal di sana selama 4 tahun

Sering kawan2 I dari Sibu bertanya, mengapa I yang datang jauh dari Kuching hendak bekerja di Sibu yang merupakan bandar yang kecil, sedangkan penduduk Sibu ramai yang mula berhijrah ke tempat yang lebih besar, selalu I akan jawab macam ni "kerana ingin mencari pengalaman hidup di tempat orang", lagipun I suka juga menetap di Sibu, walaupun bandar kecil, I suka sebab kurang sesak berbanding2 bandar2 yang besar, jadi kepala kurang pening sikit hehehe

Ok, tadi I sempat chat dengan kawan sekerja I dari Sibu, banyak lah cerita yang kami berdua kongsikan, lebih2 lagi tentang my little buddy iaitu Desmond @ Didi, kawan I bagitau yang dalam beberapa hari ni Didi sering bertanya di mana I, kalau ada bunyi saja depan pintu office, cepat2 dia berlari ke depan pintu dan memanggil2 nama I, sayu hati I bila dengar kawan I ceritakan hal tu huhu..... E.M.O sekejap bole.... huhu

Mesti lah rindu sangat2 kat Didi, I melihat dia membesar dari perut mumy dia, dari dia masih baby sampai lah berumur 2 tahun, january tahun hadapan genaplah umur Didi 3 tahun, terlalu banyak kenangan kami bersama, bila I bawa dia jalan2, mesti orang ingat dia anak I hahahaha, kadang2 bila orang tanya.... U punya anak ka??, dengan bangga I jawap, "ya his my baby" hihi....


Masa dia few months

Comel kan masa dia kecil

Dia dah mula pandai berjalan dan bermain

Bila dah tumbuh gigi dan mula pandai makan sendiri

Ni masa umur dia dah 1 tahun lebih
~ muka penat dia masa tunggu I dan mumy dia shopping hehe, setia menunggu tapi tak pandai duduk diam bila dia dah penat menunggu

Umur masuk 2 tahun
~ muka innocent, masa ni dia nak buang air besar tapi dia diam jak sehinggalah mumy dia bertanya, baru dia bagitau dia nak "em em em" (ni lah bahasa dia bila dia nak berak..)

Our moment

Tak sangka pula, mumy dia juga rindu kat I hahahaha, yerlah dah 4 tahun kerja bersama2, banyak juga kenangan yang manis untuk di kenang, moga cuti nanti I pasti akan menjenguk mereka.... hurmmmm....

Oh satu lagi, hanya ayat ni jak yang Didi tahuv "Jalan Jalan Cari Makan", tapi selalu dia sebut macam ni " Jalan Jalan Cali Mikang" hahaha.... adeh comel kan..., at least dia tahu juga sepatah 2 kata ayat2 dalam bahasa melayu...

p/s: wokey nak tido dah zzzzzzzzzzzz............