Friday, October 30, 2009

Beli Barangan Buatan Malaysia

Hari ini, dari jam 2 hingga 6 petang I dengan seorang lagi staff kena menjaga booth, tak ada apa yang hendak dilakukan, hanya duduk melihat orang yang lalu-lalang, macam jadi patung sehari pun ada hahahaha...., tapi yang bestnya dapat juga berkenalan dengan kawan2 yang baru, sempat berkenalan dengan jiran2 booth sebelah menyebelah...., kena mesra alam sikit kan heeeee....

Oh lupa pula nak bagitau bermula dari 29 Oct - 1 Nov, Booth2 yang menjual, memperkenalkan dan mempromosi dibuka untuk orang ramai sempena Hari Beli Barangan Buatan Malaysia, berlokasi di Waterfront Kuching, jadi blogger2 yang menetap di Kuching, Sarawak ni sila2 lah datang melawat ke booth2 di sana yer...

Dah lah booth kami terkena banjir bila hujan turun dengan lebat dalam jam 4 petang, nasib memang tak baik sebab lokasi booth tak betul huhu...., habis banjir

Sempat lagi I shopping sedikit barang2 di booth yang lain, semua buatan malaysia tau, pelbagai jenis2 barangan, perkhidmatan dan promosi yang di buat oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta usahawan2 yang mengikuti aktiviti ini, selain itu, terdapat juga pentas untuk pertunjukan muzik2 tradisional serta aktiviti berbentuk hiburan dibina bersebelahan dengan kawasan booth2

ok sempat I snap few pics.....


Buah-buahan & makanan2

bla bla bla....
~ Sibuk org ni interview

Keropok lekor

Serius akak ni mengoreng keropok lekor
~ 1 batang RM1.50 yang dah di potong & digoreng, kalau yang mentah RM1 jak sebatang

Sapa2 nak buat inai, sila lawati lah mereka ni

Budu
~ I beli yang botol kecil je, nak cuba macam mana rasa budu

Cendawan

I beli 5 biji jak, RM8.50 sekilo
~ rasa memang manis

Sirap Kurma

BANJIR!!!!
*
*
*
Tempat kami banjir hahaha..., nasib makcik rajin datang membantu tepat pada masanya
~ TQ makcik...

Bersungguh2 makcik ni menyapu air2 yang dah banyak...
~ eh betul ke ayat I ni... menyapu air??... hehe


Pemandangan selepas hujan
~ tenang dan damai

p/s: Esok hendak mencuci semua kain2, baju2 yang dah bertimbun hahahaha.... dulu tak pernah macam ni waaaaaa.... dulu rajin, sekarang pun rajin ok cuma bila badan dah penat mood rajin pun kurang, mood malas sentiasa datang bermaharajalela huhu..., ok lah dengan ayat yang tak boleh blah tiap2 ujung minggu mesti kena wish ni... happy weekend semua!!!!!....:p

Wednesday, October 28, 2009

Projek Ikan Keli

Dalam entry yang sebelum ni, I ada sebut tentang projek ikan keli my brother Lee kan, ini juga merupakan salah satu aktiviti kami pada hari sabtu yang lepas, selain ke kebun buah (klik sini) dan juga aktiviti2 memetik jagung yang fresh (klik sini), kalau terlepas entry klik saja yer, sudi2 lah hehe

Projek Ikan Keli my brother Lee ini akan dibuat secara kecil-kecilan dahulu, kerana ini baru permulaan, jadi bagi my brother tak salah untuk membuat dalam saiz yang medium dulu, kalau hasil serta pulangan nya bagus dan lumayan, maka tak salah kan untuk mencuba dalam saiz yang besar-besaran pula di masa2 akan datang

Anak2 ikan keli belum lagi sempat my brother simpan ke dalam takungan air tersebut sebab minggu ni dia kena driving ke Miri membawa my dad yang hendak pulang ke Lawas kerana ada urusan untuk di selesaikan, jadi kemungkinan besar minggu hadapan dia merancang untuk menyimpan anak2 ikan keli ke dalam takungan tersebut

Walaupun I tak tahu selok-belok penjagaan ikan keli, tapi I rasa begitu teruja untuk melihat macam mana proses nya nanti dan juga hasilnya, kalau anak2 ikan keli dah di simpan dalam takungan air tu nanti, pasti I akan update kan yer

Here few pics yang sempat I snap


Di bina sendiri oleh kedua2 abang I iaitu Ken dan Lee

Buat permulaan my brother Lee menggunakan kanvas.. aihh....betul ka ejaan I nih hahaha...

Belum ada anak2 ikan keli lagi dimasukkan, air juga tidak ditakung dalam kuantiti yang banyak, sedang2 saja, ada I tanya kat abang, kenapa air tak diisi dengan banyak sedikit, my brother cakap tak perlu diisi dengan banyak dahulu, I angguk2 jak lah mendengar jawapan dari dia, lepas ni I akan belajar serba sedikit tentang macam mana hendak pelihara ikan keli ni nanti....*wink wink*

Jaring yang di pasang ini untuk mengelak air yang ditakungkan panas terutama apabila cuaca panas

~rampai kolam
Mula2 kami berdua sister Irene merancang hendak mengambil rampai2 kolam ni, hendak di masuk kan dalam air takungan tempat anak2 ikan keli di besarkan, tup tup tup.... tak jadi ambil rampai2 kolam ni sebab masa tu nenek datang menjenguk, syok bercerita tentang ikan2 dalam kolam sampai terus terlupa rancangan asal ahahaha....

Bodyguard di rumah nenek
~ ayu bodyguard ni posing, tengok tangan tu hehe, tak tahu pula nama anjing peliharaan nenek I nih

Anak2 pokok cili padi
~ yang ni my dad yang tanam, ahli2 keluarga kami ni memang suka makan pedas2, sedap oooo....

My brother Lee
~ Ini lah bakal tauke Ikan Keli hahaha


p/s: ok nak kongsikan pengalaman I di tempat kerja hari ini, mode dalam mood happy walaupun penat, belajar sedikit tentang sesuatu yang baru tapi sangat interesting, paling best bila rushing nak siapkan2 setiap tugasan, lepas postkan entry ini, I nak mandi dan tidoooo...hihi..., will update soon k....






Monday, October 26, 2009

Kampung!!!!....

Kalau entry sebelum ni macam mana gaya seorang pekebun cemerlang hehe, sila klik sini kalau terlepas entry tu yer, dalam entry yang ni pula, I nak kongsikan apa lagi aktiviti yang I lakukan di kampung pada hari sabtu yang lepas

Dulu masa waktu masih bersekolah menengah, I memang suka habiskan musim cuti sekolah di rumah nenek, sebab pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan, suka membantu nenek dan datuk di kebun dan sawah padi, cuma semenjak mula bekerja, I agak kurang meluangkan masa dikampung, hanya pada waktu yang lapang baru lah kami sekeluarga pulang ke kampung

Here few pics yang sempat I snap


Buah jambu air

tadaaa...ini lah koko, fresh dari pokok hahaha

Ini lah isi buah koko
~ isi koko ni akan di jemur sehingga kering, bila dah kering akan di bungkus dan di jual di pusat membeli dan menjual koko dan lada putih/hitam di pasar Bau, selalu nya nenek akan menunggu bila harga beli naik, masa tu lah nenek jual di pusat tersebut, lupa lah nama bangunan tu hehehe, koko2 yang dijual tu lah yang bakal jadi serbuk milo yang kita minum tu....

aunty sibuk mengasingkan isi koko

my grandma & my sister Irene

dalam kolam ni banyak ikan
~ ada ikan talapia, ikan merah dan macam2 lagi

bagi makanan kat ikan

kami berdua Irene berjaya memerangkap 2 ekor ikan ni hehe, tapi lepas tu kami lepaskan semula ke kolam sebab masih kecil lagi
~ saja suka2 hahaha

Banana nyum nyum

Kelapa tua, boleh diambil isi untuk mendapatkan santan yang freshhhh....

Ambil jagung
~ sebelum pulang sempat lagi memetik jagung2 untuk di bawa pulang ke Kuching

hasil.... penuh bakul

Ladies Finger
~ yang ni pun fresh di petik


p/s: ok will update soon tentang projek Ikan Keli my brother Lee....

Sunday, October 25, 2009

Pekebun Cemerlang haha

Semalam pagi hari Sabtu, I ikut keluarga pulang ke kampung, kami ke kebun buah milik keluarga, aktiviti ini kami lakukan tiap2 hujung minggu jika ada kelapangan, bagus juga aktiviti macam ini boleh kuruskan badan hahaha

Sejak dari sekolah menengah lagi kami adik beradik sudah biasa membantu my dad and my mum di kebun, terutama bila tiba musim cuti2 sekolah, ada pelbagai jenis pokok2 buah-buahan yang di tanam, ada pokok durian, nangka, cempedak, rambutan, pisang, nenas, limau dan macam2 lagi, masa pergi kebun semalam, pokok buah rambutan berbuah dengan lebat

I ada sempat snap few pics, I ada gaya jadi pekebun yang cemerlang tak hahaha, selain bekerja di pejabat, sekali sekala bekerja di kebun pun best juga tu, selagi tenaga masih mampu untuk bekerja, harus gunakan sepenuhnya betul tak, hasil pun lumayan kan kan.....

Sebelum bekerja, mulakan dengan senyuman lalala....
~ ada gaya seorang pekebun tak :p

Pisang

Rambutan

Buah Ciku

Waccaaaaa..... Masa untuk memotong hahaha...

Buah buatan malaysia pun sodapppp!!!
~ my brother Lee

My brother Lee membalut buah nangka, kena balut dulu sebelum terkena serangan serangga2 yang rakus hihi

RELAX TIME
*
*
*
My brother Lee & My mum reading newspaper
~ dalam hutan pun bole cari ilmu hahahaha

Peluh2 dah, habis rumput I tebas2 hehe

Jom minum coca-cola hahahaha
~ iklan free tak berbayar :p

My dad
Pokok pun boleh jadi tilam yang enak zzzzzzzz....

Sebelum pulang posing dengan buah dulu boleh


p/s: ok semua kotak2 I yang datang jauh dari Sibu tu sudah habis di kemas, penat mengemas tapi senyuman tak hilang di wajah melihat bilik dah kemas dan bling bling ok hehehe....ok will update soon!!!...