Monday, February 28, 2011

My mum & Me Cross Stitch

Beberapa tahun yang lepas, I pernah mencuba untuk membuat / menjahit cross stitch, erkkk..... mana satu ayat yang betul ni hehe..., nak kata hobby tak juga, sebab masa tu hati ingin mencuba, at last 3 cross stitch berjaya I buat, dah kena display di dinding2 rumah sampai lah sekarang, nampak mudah tapi sebenarnya melenguhkan dan meletihkan, especially bahagian pinggang, tengkuk, tangan, mata sebab bila duduk, menunduk sambil buat, really tiring..... sebab tu kalau boleh pelan2 buat, plan warna apa nak buat dulu untuk hari ni, hari lain buat warna lain lagi....

Sesiapa yang berminat boleh mencuba, Here few pics....

~ My first ever cross stitch, tak ingat dah tahun bila, masa tu masih study di Uitm, rasanya dah masuk 8 -9 tahun yang lepas.

~ Yang ni Cross stitch kedua I buat, paling I ingat masa proses membuat ni, masa tu I dengan cousin Lyn menjaga nenek yang sakit di kampung, akibat terkena renjatan/aliran elektrik, errr... tak tau macam mana nak explain, kira2 macam tu lah, tiap2 malam mesti I buat sikit2, jadi selalu di usik my late grandpa, dia selalu cakap macam ni " apa yang kamu buat tu, dari hari tu tak habis2, mana ada orang jahit macam tu"..., dia ingat I jahit baju ka seluar ka adoii... ehehe...

~ Yang ni last then stop....

~ Yang ni my mum's Cross Stitch

~ I nak buat cross stitch dalam gambar diatas, nanti nak bagi dengan Ubek hehe... :)), hari sabtu yang lepas, I beli sedikit benang dulu dan kain cross stitch....., sila ucapkan selamat maju jaya untuk I :p..... terima kasih tuan2 & puan2





p/s: Hari ni banyak makan ayam goreng di kantin dan sebelah petang pula tak sangka boss belanja semua team KFC sebab pencapaian yang baik dari kami semua, kira appreciation gathering....., adoiii... macam mana mau diet nih, imagine kalau every month macam ni wahhh.... tak terkata speechless jap.....






Sunday, February 27, 2011

A Day Out with Atika

Minggu ni berjanji date dengan teman blogger Mstikot @ Atika, dalam jam 2 lebih kami bertemu di Sushi King, Boulevard Shopping Mall, Mstikot di temani seorang kawan baik nya, I pula datang seorang sebab Ubek dengan cousin dia tak nak join, maybe sebab ni kira perjumpaan wanita2, tak sesuai untuk lelaki hahahaha......

Best juga sebab lama dah tak jumpa Atika, last berjumpa tahun lepas dalam bulan November di Wisma Seberkas, I masih ingat lagi sebab masa tu lah Atika bagi hadiah harijadi I heeeeeeeee.......

Lepas sesi makan2, kami bertiga jalan2 dalam boulevard, dalam jam 5 petang hari untuk ladies day out dah tamat, saying goodbye to each other..... pesanan untuk Mstikot "Atika... next time jumpa gik :)) "

I dijemput Ubek dengan cousinnya Laing, singgah dan lepak di rumah cousinnya, tolong aunty masak2, I tak masak, cuma membantu saja hahaha...., ok bah tu tolong cuci2, bersih2 :p, dalam jam 9 malam pulang ke rumah, hurmmm.... masa dah sampai depan rumah, bila Ubek cakap macam ni " masa I see you tolong aunty didapur tadi, rasa want to give you a hug..."

I tanya "why???...."

" Because you look so lovely"

" hahahahaha....."

Ok dah dah dah.... tamat cerita jiwang, lagipun jarang juga berjiwang2, sekali sekala boleh lah bah kan... ehehehe....

Here few pics....

~ MsTikot @ Atika & Friend


Love Love Love
*
*
Last week I terima bungkusan poslaju ni dari KL, tadaaaa..... cuba teka apa tu :p, tapi really lovely, can't stop staring at it, touching it, holding it...... love love love, Thank you Ms Daphne for the lovely design :)).... Teka apa tu lalalalala.....




p/s: Sebelum pulang, Mstikot dah pesan " Iboh lupak update blog ya", jadi malam ni dengan penuh semangat I update hihi.....

Saturday, February 5, 2011

100 Yen

Jam 7.30pm tadi, kami berempat Ebeng, Sis Irene dengan Bro Eric keluar jalan2, I ajak mereka temankan I ke Boulevard Shopping Mall, sebab nak bayar bil Broadband, selagi tak bayar hati tak senang sebab segala hutang piutang yang lain2 I dah langsaikan, nanti kalau dah habis bayar semua baru lah boleh shopping hehe...

I ingatkan Digi Centre kat situ dah mula beroperasi, rupa2 nya masih close untuk chinese new year hoilday huhu, tapi alang2 dah ke situ, kami singgah di Popular Bookstore, I sempat membeli my fav magazine CLEO, stationery dan 2 buah novel, lama dah hobby membaca novel ni I tinggalkan, tak tahu berapa lama yang akan I perlukan untuk membaca novel2 tu nanti heeeeee....

Ok sempat lagi tukar planning nak ke The Spring mall, sebab kat situ pun ada Digi Booth, tapi masa dah nak dekat dengan area situ, mak aihhhh.... banyaknya kereta2, sebab kalau tak silap hampir semua kedai2 dalam Shopping Mall tu mula beropersasi hari ni, at last patah balik, cancel rancangan, so esok jak lah bayar, maybe lepas pulang dari church esok....

Last sekali, kami singgah di kedai makan Expert BDC, tak jauh dari situ ada kedai ni namanya 100 Yen, yang menjual barang2 dari Jepun seperti makanan, aksesori, stationery, barangan dapur dan macam2 lagi, harga amat berpatutan dalam lingkungan RM4.90, RM5.90 dan RM6.90, yang lebih dari tu pun ada, tapiiiii..... mostly barang2 dalam kedai ni berharga RM5.90.

Oh ya.... adalah diumumkan akhirnya I dah beli payung ho ho ho, semalam masa keluar terlupa, baru2 ni kan asyik hujan jak, payung2 di rumah pun hilang entah ke mana, yang pasti payung yang I beli tu I suka sangat2.....

Here few pics....
100 Yen Shop
*
*
~ Lokasi kedai di BDC area, bersebelahan dengan Taka Cake House

~ Oh ya I juga ada beli ni, kalau nak cuci baju2, kain2 seluar2 kat dalam washing machine, sila sumbat jak semua dalam beg berjaring ni, jadi baju2 pun tak cepat rosak.....

~ Tadaaa... intan payung ku aisehhhh,
Yang color cream polka dot tu I yang punya hehe, dalam gambar tak nampak itu dot dot

Barang2 yang Dijual
*
*
~ Makanan kegemaran Shin Chan!!!!
(ini lah yang paling menarik pehatian I dalam kedai ni, kalau dah namanya peminat no 1 Shin Chan bah hehe..)




p/s: Will update soon!!!!....





Friday, February 4, 2011

Kwali & A Gifts for my Baby

Semalam hari pertama tahun baru Cina, I dah ceritakan apa aktiviti2 I dalam entry yang sebelumnya, hari ni pula yang merupakan hari kedua sambutan tahun baru cina, so aktiviti2 sebelah petang tadi I ambil waktu hampir 2 jam tido hahaha, tak tahu kenapa badan rasa cepat letih, ni tanda2 macam nak datang period jak aiyaahh...

Dalam jam 5.30 petang, kami berlima, sis Irene, cousin ebeng, bro Eric dan Laurine ke The Spring, tujuan ke sini pun sebab bak jemput adik Laurina yang baru habis tengok wayang dengan kawan2 dia, planning asal kami ialah nak makan ayam penyet di Raja Ayam penyet di area pasar, mana lah tau sampai jak kat situ, kedai tutup, ingatkan gerai tu buka, rupa2nya cuti juga masa tahun baru cina hehe, jadi tukar destinasi ke Kwali.

I tahu tentang Kwali ni pun dari Blogger Atika, I masih ingat lagi pertama kali I ke sini masa tu bulan puasa, kira berbuka puasa sama2 dengan Mstikot dan 2 orang anak buah dia, I pula datang dengan my cousin Kule,

"Oh Mstikot @ Atika ktk masih ingat sik?? hehehe...." (Pesanan untuk blogger Atika)

Ok lah here few pics......

Kwali
*
*
~ Sebelum.... masih kosong!!!!....

~ Selepas.... tadaaa!!!! penuh satu meja :p,
cuma gambar yang selepas tu lagi tak nak snapkan sebab tinggal tulang jak hehe...

~ With Cousin Ebeng & Sis Irene

Brother Eric & his Fiancee Laurina

~ Ayam penyet & Sup Tomyam (rasa sup kurang ummmphh :p)

Sewaktu singgah di The Spring, alang2 dah jalan2 kat situ, I plan beli gifts untuk Desmond & Tiffany, 18 January 2011 yang lepas, merupakan harijadi Desmond yang ke-4, cepat masa berlalukan, dah besar dah my little buddy, tak lama lagi jadi handsome boy,

Sewaktu I masih keja di Sibu dulu, Didi lah yang paling banyak mengisi ruangan blog I ni, rasanya dalam setahun ni, I takda update apa2 pun tentang dia, tahun ni I ingatkan masa chinese new year nak visit mereka di Sibu, tapi sebab ada hal2 tertentu, tak dapat menjenguk, hopefully one day pasti nak jumpa mereka satu family...

A Gifts for my babies!!!
*
*
Desmond @ didi @ Tiffany @ xiao meimei
~ Alololo.... comelnya, ni gambar tahun lepas, gambar terbaru takada, ni I curik dari album account facebook mummy diorang hehe... aih dah masuk setahun tak jumpa

~ A gift for my little buddy, Didi

~ A gifts for xiao meimei, comelkan eeeeiii tiap kali tengok barang2 untuk baby perempuan mesti rasa geram hehehe, comel & sweet jak owh...




p/s: Hari hari hujan, hari ni planning nak beli payung pun bole terlupa, salah siapa????.... :p

Thursday, February 3, 2011

Menjahit Manik Baju Tradisional

Hari ni merupakan hari pertama sambutan perayaan Tahun Baru Cina, awal2 pagi I dah terbangun mendengar bunyi hujan yang lebat, apa lagi I tarik selimut dan sambung tido sampai jam 9 pagi hahahaha, tido2 ayam saja ok :p

Sebelah petang pula I ikut my family visiting, cuma visit 2 rumah saja, mula2 tu rasa malas nak ikut sebab malas nak bersiap, dan paling penting misi nak diet bah hahahaha...., yer lah kalau visiting mesti godaan makanan tu mak aihhh... tak dapat tahan, lebih2 lagi I ni jenis yang suka makan, never say no to yummy food aisehhh...

Oh ya berkaitan dengan entry diatas, I sebenarnya menjahit manik untuk pakaian tradisonal Lun Bawang, I dah mula menjahit dalam 2 minggu yang lepas, cuma agak perlahan sebab lepas pulang dari kerja mesti penat, mata tak tahan minta tido jak, jadi I akan gunakan 4 hari cuti ni untuk siapkan, I kena menjahit manik untuk 3 pasang pakaian tradisonal, yang ni I jahit untuk tunang adik I sebab next week dia kena pakai untuk pre wedding photoshooting....

I confident mesti siap dalam 2 hari ni untuk sepasang baju.... chaiyok chaiyok!!!!..... :p, ok bah at least I buat aktiviti yang berfaedahkan daripada tido hari2 hehe...

Aksesori Wanita
*
*
~ ini model tak berbayar hehe..., kat atas ni merupakan aksesori2 yang dipakaikan dengan pakaian tradisonal Lun Bawang, yang kat kepala tu dipanggil "Pe-ta", rantai tu pula dipanggil "Bau Telang", ada satu lagi dipanggil "Bau Alai" (yang ni next entry I uploadkan gambar2nya yer), last sekali yang di pinggang tu dipanggil "Be-ret", hrmmm... hopefully I eja dengan betul, I dah double check dengan daddy lagi nama2 aksesori diatas, takut salah info nanti.
(Gambar diatas diambil masa cuti christmas tahun lepas, next entry I akan updatekan tempat yang agak istimewa ini.... tungguuuuu..... )

The Process
*
*
~ Hanya perlukan 3 jenis warna sahaja, red, white & yellow

~ Tadaaaaa... 80% siap, hari ni I dah habis jahitkan semua manik 100&, cuma blom lagi ambil gambar terbaru, nanti kalau dah siap termasuk baju, I akan updatekan yer..


Last but not least....



Wishing "Gong Xi Fa Cai"





Tuesday, February 1, 2011

Flower Girl's Baskets

Bulan Lepas I mencuba untuk menghias bakul2 untuk Flower Girls masa hari perkahwinan my brother Eric dalam bulan May yang akan datang. Kalau dalam bab2 menggunakan kreativiti, I memang suka....

Ok lepas bahan2 dah dibelikan, I cuba buat and I can do it tak sampai setengah jam, rasanya about 20 - 25 minutes...

I pilih warna pink sebab malam tu tema my brother Eric wedding ialah pink, purple and white. Bahan2 mudah sahaja, riben, glu, riben yang berenda, bunga plastik yang bersaiz kecil, hiasan seperiti rama2 ataupun bunga riben.

Tak nak cerita panjang2, tengok gambar dibawah yer..., Here few pics.....

The Process
*
*
~ Boleh tambahkan hiasan rama2 ataupun.....

~ Hiasan bunga riben

~ Tadaaa!!!!.... bakul segiempat tepat

~ Bakul berbentuk heart shape

Mudahkan!!!.... sempat lagi I update blog dari office, kurang tugasan sebab dah nak cuti Chinese New Year... tak sabar nak cuti panjang yeahhh..., 4 hari tak berkerja kira dah panjang lah tu kan hehe..., dahlah dalam 2 3 hari ni bandar Kuching asyik hujan jak....hummphh.....