Saturday, February 27, 2010

What We do

Semalam dalam jam 10 malam, kami berlima keluar jalan2 cari makan, sebelum ni I dah janji dengan my brothers & sister nak bawa mereka makan aiskrim di McD, memandangkan semalam merupakan public holiday, kami mula2 ke McD yang berlokasi di Jalan Keretaapi, ramai juga orang datang makan kat situ semalam, I cuma mimum milo panas jak malam tu, yang lain2 makan burger dan aiskrim, I mau diet ni hahahahaha.... sebenarnya I tak bole join mereka makan aiskrim sebab dah ujung2 bulan, faham2 saja lah sakit perempuan.... ada faham??? hahahaha....

Ok yang ni memang tak kami rancang, malam tu rancang makan aiskrim je, mana lah tau teringin nak makan ayam KFC, dari area batu 3 sanggup kami pecut ke pasar sebab kat situ ada KFC 24 hours yang berlokasi di Sarawak Plaza hahahaha...., sampai je terus order takeaway ayam goreng heeeeeeeee...., yang bagus tentang KFC yang berlokasi di Sarawak Plaza ni, ialah kaunter tempat order tu di luar, so ada open air

Tiba2 pula I teringat di Sabah, kalau I ada travelling ke sana, I selalu lepak2 di satu kawasan tak jauh dari Milimewa Supermarket, kat situ terdapat Sugarbun yang berkonsep begini juga, open air..... so boleh lah nampak mereka masak2 semua makanan tu depan mata, selain tu ada juga open bar yang bersebelahan dan juga tempat makanan grill & steak, yang best ialah boleh relax sambil melihat persembahan live band next entry I kongsikan gambar2 tu, rasa2nya I masih ada simpan lagi kot....

AT McD
*
*
Bro Eric & Lee
~ model french fries

Sis Irene & my cousin Velora

Panjangkan orang berbaris haihhh....

AT KFC
*
*

Hari ni pula, I ada ke Salon, dah lama merancang nak trimkan hujung rambut, rasa sayang jak mau gunting sebab dah panjang huhu, lepas dah abis gunting rambut, kami berempat iaitu daddy, sis Irene, cousin Velora & me jalan2 di The Spring Shopping Mall, jalan2 cuci2 mata, sambil2 I nak cari baju kot atau lebih tepat blazer, I dah ada sepasang di rumah, cuma nak tambah lagi, so jalan2 survey dulu, kena tengok budget juga hahahaha... bak kata orang berjimat cermat, hari masih panjang lagi ni, minggu depan baru je awal bulan march.... nak tunggu sampai ujung bulan lama tu haihhhh....

AT THE SPRING
*
*

MENU OF THE DAY
*
*
Ikan masak Tomato
Hari ni I masak menu diatas untuk makan malam ni.....


p/s : Ok lah tu aktiviti2 I sepanjang ujung minggu ni, dah abis laporan pertama heeeeee....., anda pula bagaimana???....

Thursday, February 25, 2010

Roti Daddy Satu!!..

Pada petang selasa yang lepas, sampai di rumah dari tempat kerja, I tengok daddy sibuk di dapur, dia tengah sibuk menguli2 & meleper2 hahaha, I tak tau ayat apa yang sesuai lah, jadi I tolong daddy buat yang selebihnya sampai habis dimasak semua adunan tepung tu, lagipun mumy dah bising2 suruh membantu daddy di dapur

I tak tahu apa nama nak bagi dengan roti nih, I bagi nama Roti Daddy jak lah, sempena hasil tangan dari dia walaupun bukan dia yang mengadunkan adunan tepung ni, sebenarnya my brother Eric yang menyediakan bahan2 tersebut, jom lihat proses2 dibawah

ROTI DADDY
*
*
Proses Uli2 hahaha..
macam ni lah rupa adunan tepung tu hasil campuran tepung, telur, marjerin & susu segar (Dibiarkan 3 jam sebelum di masakkan)

Proses meleper2
~ I tak tau apa nama proses ni, proses merata2 ataupun menipis2 kot, kalau I jadik Chef Wan habis bahasa I bertaburan hahaha...

Proses Masak
~ adunan yang sudah diratakan tadi, buang je terus dalam periuk yang panas satu persatu dan disapukan sedikit butter

Tadaaaaa.... dah masak
~ kalau makan dengan kari sedap ataupun sapukan dengan kaya, butter, peanut atau apa2 saja ikut kesesuaian selera tuan2 dan puan2 heeeee..., ditambahkan lagi dengan milo panas, kopi panas, teh panas atau susu panas..... nyumssss..

Proses Makan2
~ Ini proses paling mudah, mantap & cepat, Gigit dan ngap masa panas2 nyum nyum nyum


p/s: simple jak kan, I suka makanan yang mudah, cepat dimasak & cepat dimakan hehe, cubalah yer.... rasanya rangup2 dan lembut2, kalo nak rangup lagi, adunan tu kena ratakan lebih nipis, krruuppp.... kruupppp....

Monday, February 22, 2010

Sehangat Mas Idayu

Tajuk tak ada kaitan hahahahaha...... k layan je lah yer....

1. Adakah anda rasa HOT?
~ bila dah penat bekerja keras membersihkan kebun buah dibawah suhu cuaca yang panas, aiseh bunyi macam rajin jak kan, errr adakah masih nampak HOT tak????.... lalalala

2. Upload wallpaper PC/laptop yang anda guna sekarang.
~ yang kat atas tu bukan wallpaper my lappy, tu salah satu blog rakan blogger yang I sekodeng masa tu heeeeee, kalau nak tau wallpaper I sekarang berwarna biru jak, tak ada gambar, clean & clear, sebenarnya malas nak ambik gambar depan my lappy hahaha...

3. Cerita pasal gambar.
~ sebenarnya I suka tengok didi dalam gambar diatas, habislah kalau dia datang mendekati disaat2 I terleka depan lappy, tangan dia sepantas kilat, zashhhhh.... kadang2 lappy I pandai menggila di buat nya

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
~ rasanya tahun lepas, masa tu kuar makan dengan my brothers Lee & Ken dan Sister Irene, ada I tulis dalam salah satu entry tahun lepas

5. Lagu terakhir anda dengar?
Rasa2nya lagu Pak Pong Pak Pong hahahaha, hurmm.... tak ingat lah, tadi masa pulang dari kerja banyak sangat input lagu2 dari radio Hitz.fm

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
~ seperti gambar diatas, apakah??..

7. Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
Neng, Inong, Adeq, Vy, B , Baby

8. Tag 8 orang.

(ATTENTION!!!...)
Aduka
Krisno
Helena @ cikhel
Willie
Si Rama2 @ Cik Yan
Designationjazz @ Gary
nagaperang
Honeybunny @ Ila


9. Siapakah orang no.1 kepada anda?
~ Seorang jejaka yang macho aiseh..... bunyi gitar trengg.. trengg...

10. Katakan sesuatu mengenai orang no.5.
~ Rama2 ko comelkan, kalo comel sila jawab, kalo tak nanti I adu kat Guru Besar hahaha...

11. No.3 ada hubungan dengan siapa?

~ dulu ada, tapi sekarang dia available heeeeee...

12. Bagaimana pula dengan orang no.4?
~ ada family yang bahagia & willie terer ambik gambar, huh jeles I dengan orang yang terer2 ambik gambar nih :p

13. Pesanan kepada orang no.6?

~ bila lagi sesi membongkar identiti nih, I ambik jak gambar anak dia si Daryl yang cute ho ho ho

14. Kata-kata cinta untuk orang no.2?

I suka dengan semua gambar yang dia snap, dia juga terer ambik gambar seperti blogger Willie, huh I jeles lagi nih hahaha...

15. Adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?

ada2.... jap I pikir dulu.. errr... dua2 orangnya manis heeee...

16. Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang org yang mengtag anda.

~ Ada 2 orang telah mentagkan I dengan berjayanya tanpa menempuhi halangan2 yang mencabar hahaha...., I bagi komen dua2 k...

Embun Malam

Dia sempat berpesan " Ms Ivy, mesti jwb k... boh escape2.. ehekzz.."
Aktif difacebook hehehe...
Orangnya manis seperti embun pagi aiseh...
Kawan kepada blogger Khairul Antasha
Berjiwa lembut & kental, "jangan selalu sedih2 k, you go girl!!! hihi.."

Ivynana

Dia berbangsa bidayuh, "oni abar ingan??" aiseh sopannya I tanya ^^
Dia Kata I seorang "Teman blogger yang ceria" hehe...
Dia ada 2 baby boy (Eugene & Emmett)
Dia ada 3 Blog
Dia sungguh misteri, tak pernah ada gambar terpampang dalam blog

17. Persamaan antara KAMBING dan LEMBU?

ada 4 kaki hahahaha....


18. Perasaan anda buat tag ini?

wahhhhhh..... errrr....


19. Adakah anda tau si Razman itu sengal?

~ Jap I kena tanya dengan Razman dulu hahaha... man oh man...


20. GAY or LES?

~ Hurmmm....



p/s: ok selesai sudah hutang2 tag, buat rakan2 blogger diatas, ampun tuanku berjuta2 ampun sebab gambar you all I cedok hehehe, tak apa lah sebab senang lah I tatap gambar you all bila I rindu kan kan kan lalalalala..... jawab jangan tak jawab nanti I merajuk aaaaaaaa....








Sunday, February 21, 2010

Jom Buat Kek

Semalam hari sabtu, tiba2 I terasa nak makan kek, so I pilih nak buat Kek Lapisan Bumi, salah satu jenis kek yang I suka dari kecil lagi, lagipun mudah untuk dibuat, jom tengok bahan2 nya....

KEK LAPISAN BUMI
*
*
Bahan-bahan:
~ 10 biji telur
~ 1.1/2 gelas Tepung
~ 16oz Butter, 1 tin Susu Junjung & 1 tin Kaya (Medium size)
~ 1 gelas sugar
~ Nescafe, 1 teaspoon vanilla, 1 teaspoon Baking Powder(takada dalam gambar hehe..)


~ pukul butter dengan gula, kalau warna butter dah tukar lebih cerah sikit ok lah tu

masukkan telur satu persatu
~ kalau belum pasti tanya dengan chef odio, dia terer bab2 telor ehek...

~ Masukkan tepung sampai sebati
~ Masukkan Susu, Kaya, Vanilla & Baking powder

Asingkan kepada 3 bahagian
~ warna hijau
~ campurkan nescafe
~ warna asli

~ tapi I buat 2 bahagian jak hihi, nescafe & asli, kat rumah tak ada perwarna hijau huhu.., oh lupa pula ambik gambar untuk proses asing2 ni heeeeee....

Adunan ni kena stim, berlapis2...
*
*
*
Tadaaaa.... dah masak
~ maaf yer tuan2 dan puan2, gambar proses melapis-lapiskan kek takada, sebab I sibuk main games dalam psp diruang tamu, dan berlari2 ke dapur tiap kali proses lapis2 ni..., kira excerise lah tu kan heeeeee... (^_^)

Ni lah rupa kek tu, ok ok I tau tak kemas potongan nya, lapisan2 tu pun lagi lah tak kemas, nipis tebal nipis tebal, janji masuk perut lalalala, kalau bagi dengan bakal mak mentua, rasa2 nya bakal mak mentua suka tak??? hahahaha....


p/s: sila lah cuba, mudah saja, cepat dimasak sedap dimakan....., tiba2 rasa nak makan aiskirm lah huhu...., jom buat aiskrim pula ^^






Wednesday, February 17, 2010

Looking Back & I Smile

Awal pagi Isnin yang lepas, dalam jam 2 pagi, kami bertiga bertolak ke Sibu, perjalanan yang mengambil masa dalam 6 jam lebih, agak dingin kerana cuaca yang sejuk dan hujan. I tido saja, itu lah kelebihan kalau tak driving hahaha, Kami sampai di bandar Sibu dalam jam 8 pagi, memandangkan Chinese New Year holiday, masih banyak kedai2 makan yang belum dibuka, kerana malas nak pusing2 cari kedai makan, so kami singgah di KFC Tanahmas, satu2 nya KFC yang beroperasi 24 jam di Sibu, my two brothers makan, I tak makan masa tu sebab perut tak selesa dan berangin huhu..., I minum milo panas jak...

I tunggu kawan sekerja tempat keja lama dahulu iaitu Hui Ming untuk dapatkan kunci Office, sebenarnya tujuan utama I ke Sibu sebab ada hal2 yang hendak diselesaikan ditempat kerja yang lama, happy dapat melihat my little buddy yang duduk dibelakang kereta, so I janji dengan Hui Ming untuk visiting ke rumah dia sebelah malam, so sempatlah kami bertiga ni berehat dan tido sepuas2nya sampai tengah hari hehehe, dah petang rasa lapar pula, I ajak mereka berdua jalan2 cari makan...., at last makan nasi ayam, yang mengejutkan harga sepinggan nasi ayam tu RM6.oo, harga double dari hari2 biasa huhu... mentang2 lah banyak kedai makan yang lain tutup, harga makanan pun orang naikkan huhu....

Lepas makan, kami jalan2 di Wisma Sanyan, masa jalan2 kat situ, teringat pula I selama sepanjang 4 tahun di Sibu, inilah tempat I selalu window shopping masa hujung2 minggu, kami singgah di Mcd, makan aiskrim sambil jalan2 cuci mata yummmyyyy....

Sebelah malam I visiting ke rumah Hui Ming, pulang dari visiting I sambung kerja2 di office, ditemani my two brothers, I betul2 appreciate sangat kehadiran mereka berdua yang sanggup menemani I di Sibu, tanpa mereka siapa nak drive kereta hahahaha....

Petang hari selasa, kami visiting ke rumah seorang lagi teman di Sibu sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuching, dalam jam 5 petang kami bertolak dari Sibu, sepanjang jalan I baring tido, bangun menyanyi hahaha, my brother Eric tu pun bersemangat juga berkaraoke dalam kereta, pengkritik mestilah kami berdua Lee hehe, I sempat juga main games dalam PSP, tapi games yang I mainkan tu, semua mission gagal heeeeeeeee....

Ok lah here few pics.....

AT KFC Tanahmas
*
*
My brother Lee

My Brother Eric

AT OFFICE
(Tempat keja lama I)
*
*
Masa singgah di office lama, I ternampak patung kecil ni tergantung didinding, dibagi bos untuk kami berdua Hui Ming, yang kuning tu I & yang pink tu Hui Ming hahahaha,I rindu betul dengan suasana tempat kerja disini, bestttt..... sangat besttttt...., 4 tahun di Sibu merupakan 4 tahun yang akan I simpan dalam kotak memori kenangan terindah hurmmm...

AT WISMA SANYAN
*
*~I makan ni, haihh.. tiba2 jak tengah taip entry ni mengidam nak makan aiskrim plak hehehe, tapi mana nak cari malam2 ni huhu

~ model aiskrim hahaha, makan sambil cuci mata

AT HUI MING'S HOUSE
*
*
Me & Didi
~ tak sempat pula I ambik gambar dengan adik dia, Tiffany, didi masih lagi manja macam dulu, glad to see him again and hugged him in my arms...

BACK TO KUCHING
*
*
Mesti posing, kalau jadi blogger kena rajin posing2 hahahaha

AT HOME
*
*
Me & Big Head
~ sampai rumah dalam jam 11 malam, sempat lagi I bermain2 dengan Big Head, nasib baik dibagi cukup makan oleh Sis Irene, kalau tak kelaparan lah Big Head & Tiger


p/s: Bila ku menoleh kembali ke tempat dimana ku pernah berada di satu ketika dulu, ku tersenyum terkenangkan saat itu...... hamboiii... berjiwa seni pula I malam2 ni ekekekeee...., jangan muntah ya tuan2 dan puan2, I memang happy sangat2 dapat kembali ke Sibu, walaupun waktu singkat tapi I happy sangat2, feeling as I'm back home again to the place where I belong once.....







Sunday, February 14, 2010

Apa Dalam Baju??

Apa dalam baju??... tajuk entry saja jak kasi suspen, ni untuk menyahut cabaran tag dari teman blogger mstikot, apa dalam beg heeeeeee...., dalam banyak2 beg yang sedia ada, I pilih beg yang saiz kecik, sebab kalau beg tu kecik barang2 yang dibawa dalam beg pun tak banyak

Tadaaaa.... last 2 weeks I dah menggunakan beg, memandangkan saiz beg yang ni lebih kecil dari beg yang sentiasa I bawa ke hulur ke hilir, sebab kebiasaannya I akan menggunakan beg yang besar2 hehe..., so I pilih ni lah nak kongsikan apa yang I akan masukkan dalam beg nih

Jom tengok..., korek korek korek....

Tadaaaaa..... sikit jak kan heeeeeee...., ok selalu kalau beg saiz kecik, I cuma bawa dompet, beg kecil yang berisikan kedua2 handphone I, lipstick, lip balm, minyak wangi, face powder, kunci, pengikat rambut dan pengepit rambut yang kecik

Sebelum Tido
*
*
Jom minum segelas susu hehehe...

Happy Valentine Day Everyone
&
Gong Xi Fa Cai!!!!!..
&
Happy Holiday!!!...