Wednesday, February 3, 2010

Alkisah Tempahan

Petang tadi I terima panggilan dari my cousin J-mie dari Sibu, dia cerita lah kat I alkisah baju2 kebaya yang dia tempah last year, I ada masukkan dalam salah satu entry bulan August 2009, kalau terlepas entry tu, sila klik sini....

Meh sini dekat2 I nak cerita alkisah baju kebaya, ceritanya macam ni, dalam bulan august tahun lepas, cousin I ni ada membuat tempahan di kedai menjahit kakak ni, kami berdua tak berapa tahu juga mana tempat menjahit yang bagus di Sibu, bila dah nampak kedai ni, kami masuk dan bila rasa semuanya ok dan confident, kami buat lah tempahan dikedai tu, masa tu akak tu cakap boleh ambil tempahan selepas raya tahun lepas tu lah, kami ok jak, bagi nombor hp kat akak tu, calling2 lah kalau baju2 tu dah siap....

Dalam tempoh lepas raya, akak tu langsung tak call, cousin I ni pula selalu terlupa sehingga lah few months dia tak call akak tu, tapi dia ada sms kat akak tu bagitau kalau ada masa pasti akan datang ambil baju2 kebaya tu kalau dah siap, tapi akak ni tak pernah2 pun calling cousin I ni..., sehingga lah cousin I ni datang kat kedai tu, akak tu bila nampak cousin I datang, dia bersembunyi lagi kat bilik belakang kedai, maybe dia ingat cousin I tak nampak, tapi yang kantoinya, akak tu bagi sms lagi kat assistant dia suruh bagitau kazen I yang baju2 dia dah dijual kat orang, tu yang kazen I pelik macam mana akak tu boleh sms macam tu, sedang kan assistant dia langsung tak sms atau call hp akak tu, macam mana akak tu boleh sms macam tu pula, macam mana pula dia tau kebetulan kazen I datang kat kedai ari tu kan, kan dah terkantoi haihhh....

kazen I ni kecewa lah sikit, nak mengamuk pun tak ada gunanya, so akhirnya kazen I minta akak tu bayar ganti untuk kain2 kazen yang dia bagi untuk buat kebaya tu, hurmmm... tak tau lah akak tu nak bayar ganti atau tak, yang pasti kazen I memang bertekad untuk minta ganti rugi, yerlah suka2 ati je akak tu jual tanpa tanya dengan pelanggan dia, kalau kain tu memang dari kedai akak tu takapa juga, tapi ni kain2 yang kazen I bawa bagi kat akak tu untuk dijahit....

Oh satu lagi paling tak logik, akak tu buat cerita lah pula, masa kazen I contact dia, dia bagitau kat kazen I yang 3 pasang kain tu dibagi dengan seorang kenalan lelaki dia yang pandai menjahit baju, lepas few weeks kononnya, dia ada cuba contact lelaki tu tapi tak dapat pula dicontact, lepas tu dia cakap, lelaki tu mesti dah jual baju2 yang dah siap dijahit

Cousin I memang tak percaya cerita dia, sebab cousin I fikir memang akak tu yang jual baju2 yang dah siap dijahit tu, hurmmm....

I pun tak sangka ada juga tailor macam ni, kalau nak buat bisnes paling penting jujur kan, kalau dah buat macam ni, siapa lagi nak datang untuk dapatkan khidmat yang diberikan macam ni huhu..., pertama kali juga dengar ada tailor macam ni, setakat ni I tak pernah tempah membuat baju di mana2 tailor pun, sebab semua baju kurung I yang I pakai masa zaman kat UiTM dulu, semua mummy yang jahitkan, terer tak my mum hehehe...., ok puji my mum kejap ^^, tak ada kaitan dengan cerita kat atas ehek...



p/s: Pesanan untuk kawan2, sila berhati2 dalam memilih kedai2 jahit jika nak tempah buat baju huhu....., tak kira lah tempah kasut ke, tempah kek ke, tempah makanan ke, apa2 saja yang berkaitan dengan tempahan, kena pastikan yang orang tu, kedai tu, organisasi tu, company tu atau apa2 lah adalah yang dipercayai dan diiktirafkan SIRIM ehek, ok yang sirim2 ni main2 je yer, tak ada kaitan..... heeeeee....

12 comments:

aduka said...

haih..cmni punye olang pn ada ka..nk brbisnes sgt..tp x pndai jga cstomer..ban aje kdai cmtu..

aduka said...

haih..cmni punye olang pn ada ka..nk brbisnes sgt..tp x pndai jga cstomer..ban aje kdai cmtu..

azizan4444 said...

ada jgk org cmni..ssh la nak maju klu slalu cmni..tp kn ad certain kdai die da gatw awl2..klux amik dlm tempoh sekian2 dia akn jual..kdai tu ad gtaw x?klu xde mntk je die byr blik

Ms Tikot said...

Aih... kenak taylor ya mcm ya gilak. Srhnya byr gantirugi. Dahlah x amanah & jujur.

Willie a.k.a Reptoz said...

Ish ish ish...kenak sik terjah ajak?

helena's said...

manusia macam2 ragam ade..kalo camtu g bakar kedai dia.bis cerite.hahaha

lvynana said...

Saya dah pernah kene sekali, baju tempah kat aunty kawan, dah 2 thn kot, sampai sekarang kalo tanya macam2 alasan.. tak minta ganti rugi pun, sebab malas nak cari gaduh ngan kawan sendiri kan. tp apa2 pun saya masih ingat dgn jenis kain ku yg warna pink itew..huhu

Uruchimaru @ kf said...

hurm mcm2 hal dunia bizness ni kan..sabor ajelah ivy!

Krisno said...

Hahaha...Ivy kan dah kantoi tu :)

Felicia F. Ramzi said...

yoh, ada juak mcm tok kah??
mintak ganti rugi oo..
orang mcm tok maok lepas jak..
jgn sampai nya terlepas!

am-rie said...

apa punya tailor la..
jual2 dah dpt untung ganti balikla duit kain org..ceh!hehe..

HonEyBuNNy said...

pnh jugak alami situasi mcm ne ivy...geram gilaaaaa...uhuh...mmg hati2 la lps tu...takott terkena lg..huuh