Monday, September 27, 2010

My First Chicken Rice

Hari Ahad yang lepas, I mencuba untuk memasak nasi ayam, tak sangka menjadi dan mudah, tak memerlukan proses dan bahan2 yang banyak. Nak kongsikan sedikit dengan rakan2 blogger macam mana nak buat nasi ayam yer hehe....

Proses pertama
~ Bahan2 : Gorengkan Serai, Bawang putih, Marjerin, Beras (perlu dibersihkan dulu dan biarkan kering selama 1 atau 2 jam)

Proses Kedua
Bahan2: Serbuk kunyit for yellowish dan juga mewangikan beras & masakkan besar yang sudah digoreng sebati dengan stok ayam (sup ayam) dalam rice cooker

Proses Ketiga
~ Bahan2 untuk Cili : Blend together cili padi, lemon juice, lemon skin, bawang putih,
manakal untuk sup pula, silalah taburkan sedikit daun bawang & daun sup dalam lebihan stok ayam (sup ayam)

Siap!!!!...
~ Boleh disediakan

~ Tadaaa.... macam mana rupa Ivy's Chicken Rice hehe....


Ok kalau ada masa tu, sila lah mencuba yer tuan2 dan puan2, macam Chef Wan lah pula hahaha...





Saturday, September 25, 2010

Happy Birthday!!

SUNDAY, 26 September 2010
12.35pm


Hari dan waktu kat atas ni lah masa yang sebetulnya I updatekan blog ni yer tuan2 dan puan2, Ok semalam merupakan hari yang memenatkan tapi menyeronokkan, I kepenatan sebab 2 hari berturut2 tak cukup tido, mana tak cukup tido kalau hari jumaat (24/9/2010) yang sebelumnya I mengikut Ubek ke rumah lecturernya, Mr Kelvin sebab ada BBQ Gathering, pulang dari Gathering dalam jam 2 pagi. Tapi yang bestnya sebab I dapat berkenalan dengan kawan2 baru sambil mendengar mereka menyanyi dengan petikan gitar, everybody was super having fun ^-^

Semalam pula, kami berdua Ubek bersama2 pasangan Tang & Ting menyambut harijadi Tang, so we plan to have steamboat for the celebration. Tang yang pada mulanya langsung tak tahu tentang rancangan kami bertiga Ubek & suaminya Ting nak buat surprise, terkejut bila kami berdua Ubek muncul di meja makan, she really happy when we surprise her with the birthday cake..

Dah puas sesi makan2, kami ke Kuching Waterfront untuk relax sambil makan cake, semalam agak ramai juga orang datang berkunjung ke situ, masa kami tengah potong kek, ada seorang pakcik ni yang lalu dihadapan kami sempat menyanyikan lagu happy birthday hehe.., isteri dan anak pakcik tu senyum2...

Here few pics, sebahagian gambar2 I copet dari facebook yang di Tag oleh Tang hehe....

HAPPY BIRTHDAY TANG
( All pictures by Ting)
*
*
Oreo Cheese Birthday Cake
" Happy Birthday to my Dearest Wifey"
~ So romantic kan...

Pasangan Ting & Tang

~ Control macho hahaha..., steamboat yang best!!!..., RM18.00 per person for adult, half price for children, lokasi di BDC

~ At Kuching Waterfront, TQ Tang for edit this pictures, love it!!!...

~ I love this one the most hehe...


AT KUCHING WATERFRONT
(Pictures Captured by Hp haha..)
*
*
~ Birthday Girl's Tang mula sibuk memotong kek

~ Ubek menunjuk skillnya hehe

~ Ubek


HAPPY BIRTHDAY TO ELEANOR TOO!!
*
*
Di sini I ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan happy2 Birthday buat my colleague Eleanor yang turut menyambut harijadinya semalam juga, walaupun dah jadi mama kepada 2 orang anak, Eleanor tetap maintain muda, apa rahsia awet muda ni eleanor??... hihi

Thursday, September 23, 2010

Mid Autumn Festival @ Moon Cake

Semalam I dah dapat 2 set Moon Cake yang telah diorder dari Grand Margherita Hotel. Pulang dari kerja, cepat2 mandi sebab ada janji temu dengan kawan Ubek iaitu pasangan Ting & Tang. Seperti biasa tempat kesukaan kami berempat melepakkan diri di kedai kopi di Central Park Batu 3. They look so happy when received 1 box of moon cake ^_^. Ok lah here few pics.... nak cepat2 typing ni sebab tengah update dari office, jam dah menunjuk 5.10pm, masa untuk pulang rumah.... JOM PULANG!!!...:p


MOON CAKE

*
*
~ 3 jenis perisa

~ Packaging yang menarik, boleh recycle ni untuk simpan barang2 makeup hahaha

~ 4 in 1 box

~ Hurmmm... look so yummy!!!..

~ Pure Red Bean paste

~ Pure Lotus paste & Pure Red Bean paste


ok nak pulang ni..... will update soon!!!....




Monday, September 20, 2010

Work of Art (Part 17) = Lionel

Dah lama ruangan gallery tak menghiasi dalam blog I ni, pejam celik pejam celik dah masuk angka 17 anak2 orang dah jadi mangsa sekodeng I hahaha, jadi kali ni I nak mulakan semula aktiviti sketching....., model yang seterusnya ialah Mr Lionel @ Ubek...., a guy with a sweet smile & a good person to be with.., Ok hasil sketching I snap menggunakan camera hp SE710i, ok juga lah nampak clear sikit, ni salah satu kelebihan hp model ni, kalau take picture jarak objek yang dekat, memang sangat2 clear..., so I edit sikit menggunakan picasa, bagi terang jak..

TAKE 1
~ Original sketch (taken with SE710i hp camera)

~ Edited (bagi clear sikit....)

TAKE 2

TAKE 3
~ Photo yang original lupa pula nak upload, yang ni gaya2 yang lain sewaktu dengan nya hehe...


p/s: All I can say is that "wi mawa nemuh"



Sunday, September 19, 2010

My new watch

Sebenarnya I nak upload lagi gambar aktiviti2 I sepanjang menyepi ni, tapi rasanya ada line problem, lepas jak upload 4 gambar yang dibawah, gambar2 yang lain tak boleh upload lah huhu...

Ok pada 13 September 2010 yang lepas, I mendapat kejutan yang tak disangka2 sehingga speechless, tak sangka dapat jam baru yahoooo.... selepas kehilangan jam tangan yang paling disukai & disayangi sebulan yang lepas, tak sangka dapat pula yang lebih baik dan lebih chantek.... TQ so much ubek.....

Bukan niat dihati nak mengada2 tapi sharing2 bah hahaha... nanti kalau dah tua, boleh baca blog ni kan...erkk... apakah... :p

MY SWATCH
*
*
~ masa dapat, speechless!!!...

~ wajib pose, itukan kegemaran saya hahahaha....


Dah habis kisah tentang jam, I nak tido awal, esok tak kerja, hari jumaat yang lepas I dah memohon cuti untuk temankan daddy ke hospital. Moga2 semuanya baik2 esok......


Sunday, September 5, 2010

Thank You Teh C

Masa I updatekan entry ni, jam menunjukkan 3.40 pagi, sungguh hebat kan hehe, tapi ini bukan kehendak ku, salahkan mata yang masih lagi liat untuk tido, terima kasih banyak2 Teh C panas, ini lah akibat nya meminum Teh C dua gelas besar dimalam hari..., I ada 3 jam untuk tido sebelum bangun kerja waaaaaa.....

Selain kopi, Teh C juga merupakan salah satu aura atau ubat yang tersangat lah mujarab dan berkesan untuk mata I membuka dengan aktif & segarnya huhu..., pelikkan tapi benar2 belaka, mula2 dulu I tak perasaan yang Teh C boleh menyukarkan I tak dapat tido, masa menetap sorang2 di Sibu dulu, I buat lah ujian apa kesan bila I minum Teh C sebelah malam, memang sah boleh membuat mata susah nak tido, macam minum kopi lah pula adoheh...

Hurmmm... ambik kesempatan ni nak update aktiviti beberapa hari sebelum ni...


Farewell Gathering for Emy on 3 Sept 2010
*
*
My Colleague's Emy Lindsay
~ I doakan agar dia terus sukses di tempat baru nanti, Emy merupakan salah seorang executive dalam Business Development Team, lepas ni dia menukarkan kerjaya sebagai writer & reporter di salah satu akhbar tempatan, memang passion dia dari dulu berminat dalam bidang wartawan, tahniah akhirnya tercapai hasrat beliau dalam mencapai kerjaya impian selepas 8 tahun.

~ Ini yang I makan hehe...

Happy Birthday Lyn
*
*~ Yang ni gambar lama, tahun lepas, takde gambar terbaru hehehe..., ambik kesempatan ni nak wish happy belated birthday to my kazen Lyn


FrontierVille
*
*
~ Sepanjang mata tak tutup, ni lah yang I buat mencantikkan kebun alam maya I hahahaha...., HEBAT HEBAT HEBAT..... :p

Jalan2 31 August 2010
*
*
Cuti Merdeka yang lepas I habiskan waktu petang bersama2 dengan my brother Eric, Lorina & sis Irene, kami buat shopping marathon hahaha, mula2 jalan2 di India Street, Upwell, Everise Batu 4, Boulevard Mall & last sekali ke Batu 3 untuk makan ^^...

~ Sis Irene dengan Teddy yang besar..., ini masa jalan2 di Boulevard Shopping Mall, I wish I could have one in my room :p

~ Polka dot Lady-T, RM10, love it so much!!!...

~ Jatuh cinta pada pandangan pertama aisehhh... :p, beli lah di Bata, comfortable & love the color , selalunya I tak berapa suka kalau sandal yang ada bertali seperti di atas, but dunno why I still want it hehehe...

Kaki ku yang cute hihi...., TQ selipar jepun ku.... penat berjalan :p

Miss My Brother
*
*
~ Tiba2 pula I miss my brother Lee, sekarang dia dah kerja di Terengganu hurmmm..., ni gambar dia tengah panggang ikan keli, unik tak hehehe..., rindu aktiviti BBQ beramai2...


Ok tido tido tido.... kepala dah mula pening!!!..