Showing posts with label chicken. Show all posts
Showing posts with label chicken. Show all posts

Tuesday, December 7, 2010

1st week of December

Hari ni terasa seperti hujung minggu jak, ni gara2 public holiday, esok kena kerja lagi, malasnya huhu..., oh sebelum tu I nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Awal Muharram (Maal Hijrah) untuk rakan2 blogger serta seluruh rakyat Malaysia yang menyambut perayaan ini.

Dah masuk 6hb December 2010, baru I dapat meluangkan sedikit waktu untuk mengupdatekan entry dalam blog I ni, ok semalam I keluar jalan2 dengan Sis Irene, misi mencari dress for our Annual Staff Dinner pada 20th Dec 2010 nanti, so kami berdua ke One Jaya Shopping Mall, kedai2 dalam shopping mall ini, comel2 jak rupanya, tempat ni memang sesuai untuk kaum wanita hehehe, sebab dress2 yang dijual agak berpatutan harganya, dan yang paling best, I dapat mencari dress yang disukai heeeeeeeeee....

Tema Dinner tahun ni, Retro Nite................

~ Selipar pakai jalan2 cari makan hahaha... & The dress

Tengah hari semalam I keluar lunch dengan my colleague, Mr Alex Chong, dialah paling muda dalam team kami, berumur 21 tahun, dan dianggap seperti adik among our colleagues.

Lunch with Alex
*
*
~ Iklan yang kat belakang I ni sangat unik, tu iklan rokok jenama apa I dah lupa, yang pasti iklan ni mesti zaman2 P Ramlee dulu2...., sangat lama tu...

~ Our Lunch, Dimsum, Noodles, Chicken Soup & Teh Bunga

Sepanjang pagi hari ni, I menghabiskan waktu dirumah, sebelah petang dalam jam 2 lebih, kami bertiga mummy & sis Irene pulang ke kampung, ok here few pics.....

Kampung Ngori
*
*
~ duduk relax2 minum air kelapa yummy...
Baju biru tu my aunty, baju merah tu kazen I, dikenali sebagai gangster sebab nakal sangat heeeeeee..., yang dua orang lagi tu Sis Irene & Bro Eric

~ Daddy & Bro Eric sibuk membina reban ayam, tak lama lagi duduk rumah baru lah ayam2 kat kampung tu

~ Beza telur ayam kampung dengan ayam pasar, nampak kan perbezaan yang ketara, kulit telur berwarna coklat dan berwarna putih macam telur itik, saiz telur ayam kampung lebih kecil.

~ Ni lah satu2 anak ayam, telur2 yang lain belum menetas lagi, banyak yang tak menjadi, kira the only survivor

Barli
*
*
~ Ini lah rupa daun barli dan kulit barli. Selalunya yang dah dijual di kedai2 berwarna putihkan, itu isinya, pertama kali I tengok, lupa pula nak snapkan gambar pohon barli, lain kali yer... , rupa pohon barli hampir menyerupai pohon padi.

Tebu
*
*
~ Kiri kanan tebu tebu tebu tebu!!!!!, lelong2 sapa mau :p


P/s: Ok itu lah saja update terbaru dari I, will update soon, nak tido dulu esok kerja haih haih haih....

Monday, September 27, 2010

My First Chicken Rice

Hari Ahad yang lepas, I mencuba untuk memasak nasi ayam, tak sangka menjadi dan mudah, tak memerlukan proses dan bahan2 yang banyak. Nak kongsikan sedikit dengan rakan2 blogger macam mana nak buat nasi ayam yer hehe....

Proses pertama
~ Bahan2 : Gorengkan Serai, Bawang putih, Marjerin, Beras (perlu dibersihkan dulu dan biarkan kering selama 1 atau 2 jam)

Proses Kedua
Bahan2: Serbuk kunyit for yellowish dan juga mewangikan beras & masakkan besar yang sudah digoreng sebati dengan stok ayam (sup ayam) dalam rice cooker

Proses Ketiga
~ Bahan2 untuk Cili : Blend together cili padi, lemon juice, lemon skin, bawang putih,
manakal untuk sup pula, silalah taburkan sedikit daun bawang & daun sup dalam lebihan stok ayam (sup ayam)

Siap!!!!...
~ Boleh disediakan

~ Tadaaa.... macam mana rupa Ivy's Chicken Rice hehe....


Ok kalau ada masa tu, sila lah mencuba yer tuan2 dan puan2, macam Chef Wan lah pula hahaha...





Tuesday, March 16, 2010

Chicken's Villa

Hari Ahad yang lepas, I pulang ke kampung bersama2 dengan daddy, dah berberapa minggu I tak pulang ke kampung, tak sangka pula bilangan ayam2 kampung peliharaan my dad makin bertambah, I pun tertarik bila dengar my brother Eric bagitau kat I yang ayam2 peliharaan semuanya jinak2.

Ada seekor anak ayam dia bagi nama Maya hahahaha, I tanya kenapa bagi nama Maya, jawabnya Maya Karin hamboiiii....., anak ayam tu memang jinak, kalau waktu2 bagi makan, Maya akan datang mendekati my brother dan kadang2 tu bertenggek di tangan my brother...., tapi hari tu tak dapat lah I kenal pastikan yang mana satu Maya, tak berani I buka villa anak2 ayam tu, kalau buka ada anak2 ayam tu bertempiaran lari heeeee...

Ok lah here few pics.....

~ anak pokok Terung Dayak

~ buah cili yang lebat

~ yang dah masak

~ mumy menyibukkan diri di celah2 pokok2 cili hehe

~ Ini lah Villa2 yang masih ada vacancy hahaha

ANAK2 AYAM
*
*
~ anak2 ayam berpesta hahaha...., pesta muda mudi :p

BAPA2 AYAM
*
*
~ Lihat gelagat bapa2 ayam yang merasakan diri mereka sungguh macho, ini bukan bapa ayam yang jual anak2 ayam ehek...

IBU2 AYAM
*
*
~ mak2 ayam yang concentrate mengeram telur

~ daddy sediakan kotak untuk mak2 ayam bertelur

~ mummy & sumuk (grandma) bersantai

~ Suasana petang di kampung, memang mendamaikan

p/s: Dalam bulan ni, I banyak entry tentang binatang peliharaan kan hahahaha....