Thursday, July 30, 2009

Gigit Kasut

Hari ini lega hati I melihat mumy Didi ok walaupun susah untuk dia duduk dan lepas tu kalau bangun pun susah sebab masih rasa sakit lagi bahagian punggung dia, kesian I tengok tapi yang penting dia dan baby dalam perut tu baik2 saja

Ok seperti biasa, pagi ni kami berdua sama2 breakfast di 101 cafe, tengah tunggu makanan yang dipesan, kelihatan dua wanita yang agak berumur masuk ke cafe dan duduk tidak jauh dari kami, walaupun agak berumur, kedua2 wanita itu nampak anggun dari segi pemakaian, dapat dilihat kedua2 wanita ini pasti orang yang berkerjaya atau pun isteri2 orang kaya, tiba2 I cakap macam ni dengan Hui Ming

"Saya suka tengok perempuan memakai kasut bertutup, tapi kalau sendiri pakai tak berapa suka sebab kaki bahagian belakang selalu melecet kalau tak pakai stoking"

"dan satu lagi sebab tak tahan panas hihi.."

Lepas tu, Hui Ming jawab macam ni

"dulu2 masa kami kecil, kalau kami adik beradik pakai kasut yang "makan kaki", mama saya cakap, mau gigit itu kasut atau selipar sendiri"

bila I dengar terus gelak sebab pertama kali pula dengar petua macam tu, dalam kepala dah mula imagine kalau gigit tiap2 sandal2, selipar2, dan kasut2, mesti kelakar jak rupanya kan

"hahaha..macam mana lah tu, betul ka, ada cuba gigit ka??"

"tapi betul ooooo, sudah gigit, bila pakai kasut itu lagi kan, kaki tak ada kena makan, ok saja"

"hehehehe" I sengih2 je tengok Hui Ming

Dua2 gelak dan cepat2 makan sebelum balik ke office

p/s: nak ke anda gigit kasut sendiri, kalo ada 20 pasang kasut yang pandai makan kaki, jadi kena gigit 40 kasut tu hak hak hak....., kesimpulannya, kalau nak beli kasut, sandal, selipar kena beli yang selesa dan sesuai dengan ukuran kaki kita kan kan kan

Wednesday, July 29, 2009

Malang Tak Berbau

Adohaiii..... terkejut bila kawan sama keja I terjatuh di tengah2 jalanraya gara2 mengejar anaknya Didi @ my little buddy yang comel tu, pagi tadi selepas breakfast di kedai makan tak jauh dari office, tiba2 sahaja didi berlari, kebetulan mumy dia nampak ada kereta nak masuk simpang, masa dia menarik tangan didi lah dia terjatuh, dah lah dia ni mengandung, I pula risau mana lah tau ada bagi kesan dengan baby dalam perut

Kawan I cakap dia ok, cuma punggung saja sakit, dalam kesakitan sempat lagi dia bergurau macam ni

"Ivy kalau kamu yang jatuh memang saya ketawa kuat2, sebab kamu pakai skirt hari ini, kalau jatuh mesti nampak hodoh lagi...."

I dengar terus ketawa

"hahaha..kalau saya jatuh, sampai bila2 pun tak mahu turun makan lagi"

"kamu ni sempat lagi gurau2, nasib saya tak mahu ketawa, kesian bah, kamu ok ka" I tanya dia banyak kali

I tengok kaki dia, manalah tau ada berdarah ka, lepas tu I nasihatkan kawan untuk pergi jumpa doktor, dan kalau bole simpan minyak panas dan urut di bahagian kaki dan punggung yang sakit

Dia cakap ok dan yang lucunya lagi, sempat lagi dia marahkan selipar yang dia pakai hari ni,

"Ini selipar memang saya mau buang sudah, banyak kali sudah saya hampir jatuh kalau pakai selipar ni"

"buang lah , beli baru" jawab I and I hope that she and the baby will be fine...

Ini lah orang kata "malang tak berbau"

Ini lah Didi yang semakin lama semakin nakal huhu,
hari ini habis dia di rotan mumy dia

Tuesday, July 28, 2009

Kejar Pelangi Itu

Dulu masa kecil, I dengan abang akan berasa teruja apabila melihat pelangi muncul selepas hujan, kelihatan cantik rupa pelangi dari jauh, begitu tinggi di ruangan udara

Tiap kali pelangi muncul, kami berdua akan berlari2 ke arah anak sungai, sanggup kami berlari merentasi padang sekolah yang luas, demi mencari penghujungnya pelangi

yang uniknya, tiap kali pelangi muncul, kelihatan dari jauh hujung pelangi akan berakhir di kawasan sungai...

ketika itu, abang sering berkata kepada I

"pelangi tu mahu minum air dari sungai, tengok mesti pelangi tengah sedut air tu,"

Dulu waktu kecik2, 100% I percaya cakap abang, kalau fikir balik mana ada pelangi minum air hahahaha....

yang lucunya, tiap kali kami sampai di sungai, penghujung pelangi memang tidak kelihatan dengan jelas, cuma kelihatan dengan jelas apabila di lihat dari jauh

tapi kami berdua tidak pernah berputus asa, tiap kali pelangi muncul, kami akan teruja untuk mengejar penghujung pelangi...

bila di ingat2kan balik, memang budak2 imaginasi tinggi sikit hak hak hak

Monday, July 27, 2009

Kedah & Langkawi

Dalam entry kali ni, I nak kongsikan gambar2 kenangan selama 3 hari di Kedah Darul Aman dan setengah hari meronda2 di Langkawi, pengalaman yang indah untuk dikenang, tujuan ke Kedah adalah untuk menemani my brother Lee pada hari konvokesyen di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok Kedah pada 10 March 2007

Masih segar di ingatan, kami berdua bertolak dari KIA (Kuching International Airport) agak lewat disebabkan flight kena delay , sampai di LCCT pukul 1a.m lebih, kami berehat dan lepak di airport menunggu penerbangan yang seterusnya ke Kedah

Awal2 pagi sampai ke Kedah, naik teksi dan terus menuju ke hotel, peramah betul pakcik yang memandu teksi ni, selama 3 hari kami di Kedah, pakcik ni lah yang akan kami telefon untuk membawa kami ke destinasi2 yang di tuju di Kedah, yang lucunya, mula2 pakcik tu ingat kami ni pasangan suami isteri hahaha, bila jelaskan yang kami adik beradik, pakcik tersenyum simpul, mungkin kerana rupa kami berdua agak berbeza sedikit

Selepas check-in, kami jalan2 cari makan sebab dah kelaparan, nasib ada kedai mamak bersebelahan, tapi semua makanan pedas2 dan kari2 sahaja, bantai jelah sebab dah kelaparan, balik ke hotel hendak bersiap2 lagi kerana konvokesyen abang adalah sebelah petang, kalau tak silap bermula jam 2 petang, yang lucunya, my brother Lee dah risau bila iron pakaian yang diminta tak sampai2 sebab ada penginap lain telah menggunakan iron, nasib baik ada seorang makcik cleaner yang baik hati sanggup mencari iron tu dari satu bilik ke bilik yang lain, cepat2 lah I tolong my brother ironkan baju dia, selesai bersiap kami dijemput pakcik yang sama, lupa dah nama pakcik tu huhu, lama tu 2 tahun oooo....

Ok sampai di UUM, memang ramai orang, masih I ingat cuaca hari tu panas, dan acara konvokesyen berlangsung dengan baik walaupun agak terlewat bermula dari waktu yang sepatutnya, yang kelakarnya, I tak sedar bila my brother Lee dah naik ke pentas, I sedar pun bila aunty iaitu ibu kepada Joy, memberitahu yang dia dah naik, masa tu memang penat jadi tak dapat memberi tumpuan, nak tertido pun ada, kalau bukan disebabkan bunyi muzik live dalam dewan tu, dah lama I tido kat kerusi hak hak hak

Awal pagi di Kedah

UUM
*
*
*
Comel tak!!!!...ayat nak minta puji

Awal2 pagi breakfast, makan nasi lemak special sambil menunggu pakcik datang menjemput, kami menuju ke Jeti Kuala Kedah, menaiki boat ke Kuah Town Langkawi, boat yang kami naiki ni 2 tingkat, tambang cuma RM18.00 seorang, bertolak pada pukul 10.30 a.m, perjalanan memakan masa 1 jam lebih untuk sampai ke Jeti Kuah Langkawi, ramai juga yang menggunakan perkhidmatan boat, masih I ingat kelihatan beberapa rombongan2 budak2 sekolah, mungkin ada sekolah2 ataupun kelab2 di sekolah yang menganjurkan lawatan ke Langkawi

Jeti Kuala Kedah
*
*
*
kenapa sopan sangat I posing kat sini nih hak hak hak

Sampai di Langkawi, kami berjumpa dengan Joy bersama ibubapanya, kami merancang untuk menyewa kereta bagi memudahkan perjalanan untuk meronda2 di pulau langkawi, tapi I dah terlupa berapa bayaran untuk kereta sewa hari tu, sorry lupa dah huhu, kami cuma ada masa setengah hari sahaja, jadi tak banyak tempat kami lawati cuma melihat dari luar pun jadi lah

Tempat yang sempat di lawati ialah Kota Mahsuri, Craft and Culture Centre, Crocodile Farm, Teluk Yu dan Eagle Square, tempat2 yang lain kami hanya sempat melihat dari jauh saja, niat di hati hendak melawat semua tempat memang tak dapat sebab masa yang agak terhad huhu

Di kota mahsuri @ Mahsuri's Mausoleum, kami tidak bercadang untuk masuk ke dalam bangunan, kami hanya berjalan2 di luar bangunan dan mengambil beberapa gambar kenangan sahaja memandangkan waktu yang amat terhad, kami sempat singgah di pantai di Teluk Yu, melihat budak2 bermandi-manda, best tengok budak2 tu, tapi kan kalau I, I tak nak mandi kat pantai masa cuaca panas, nanti naik hitam legam hehehe, oh tidakkkk....

Langkawi
"caribbean of The East"

*
*
*
di kaunter kereta sewa

ini lah kereta sewa tu, di hadapan bangunan Kota Mahsuri

Mahsuri's Mausoleum &
Craft and Culture centre

*
*
*
I nak tenun kain untuk mak mentua ekekeke

At the Beach, Teluk Yu
*
*
*
love the beach

kalau terlepas entry Taman Buaya Langkawi, sila klik sini yer


Eagle Square
*
*
*
Lambang Pulau Langkawi, malangnya masa tu mereka tengah membersih dan memperbaiki helang ini, jadi tu yang banyak besi2 kat bawah sayap helang

beli souvenir & gift untuk dibawa pulang sebagai kenangan

masa untuk pulang!!!

Pulang lewat petang dengan boat yang terakhir ke kuala kedah, penat tapi pengalaman yang menyeronokkan, lebih 2 tahun berlalu pasti ada perubahan2 kecil di Langkawi, adakah makin bertambah ceria dan cantik, lain kali kalau ada peluang pasti ingin kembali lagi, tapi kali ini, I nak jelajah setiap sudut di Pulau Langkawi

Langkawi here I come ho ho ho!!!!....

p/s: sedih sebab tak sempat visit tempat2 yang lain masa tu huhu, panjangnya entry kali ni & banyak gambar, hope you all enjoy the pictures muah muah muah!!!!....


Sunday, July 26, 2009

Berkilat Licin

Dalam beberapa hari ni, I demam, batuk2, dan juga flu, mula2 tu risau juga mana lah tau kena H1n1 ka, nasib bukan, I rasa di Sarawak pasti ramai orang mengalami demam2 dan sakit tekak, ini mesti disebabkan cuaca yang panas, musim kemarau melanda dimana sebahagian tempat terutama di bahagian pendalaman mengalami masalah bekalan air ke rumah, nasib baik kalau kampung2 yang berdekatan dengan sungai2

Selama demam 2 3 hari ni, I tidak dapat rehat secukupnya sebab sukar untuk tidur, susah nak bernafas kalau hidung tersumbat, terpaksa bernafas melalui mulut, macam ikan lah pula hak hak hak

Hari ini badan ada kurang panas sedikit, cuma flu ni tak bole lari la, I mau tukar hidung ngan korang bole ka hehehe...

Semalam buat pertama kalinya skrin laptop I bersinar2 licin, selepas berbulan2 tidak dibersihkan, kesiankan laptop kalau dapat tuan macam ni, pandai pakai tapi tak pandai bersihkan :p

See bayang2 I pun bole nampak, berkilatkan ekekeke...

Laptop my kazen Jaime pun, I tolong bersihkan hehe

LCD Screen Cleaning Kit, RM8 murahkan

"mulai hari ini akan ku kilatkan kamu wahai laptop hehe...." janji ni lalalala....

Thursday, July 23, 2009

Taman Buaya Langkawi

2 tahun yang lalu, pada 11 March 2007, me and my brother Lee bersama-sama dengan keluarga kawan my brother iaitu Joy, melawat ke Langkawi, salah satu tempat yang kami Lawati ialah Taman Buaya Langkawi @ Langkawi Crocodile Farm, tiket masuk RM10 seorang, macam2 rupa buaya, dari saiz kecil sampai lah saiz yang besar, sini beberapa gambar kenangan yang telah I pilih untuk tatapan, sila layannnnn...

My Brother Lee

Buaya I love u lalalala

Boxing dush...dush...dush...

Crocodile ride yihaaaaa...


Aksi-aksi Buaya makan
*
*
*
"bruupppp.....dah kenyang, nak balik mandi lagi..."

Kedai Cenderamata
*
*
*
Joy & Bro Lee
Semua barang2 yang dijual dalam kedai ni diperbuat dari kulit buaya kecuali cermin mata hitam yang dijual hak hak hak, ada sepasang kasut dari kulit buaya yang dijual dikedai ni nak dekat RM2000 lebih, I imagine kalau pakai kasut tu kan kena hati2 jalan, nanti tercalar sana sini hehe

Wednesday, July 22, 2009

Telur Telor Telur

Selepas membaca entry dari blog Aram Ngetu @ MCM tentang cara mudah untuk memasak telur tanpa air yang banyak dan tanpa api dengan menggunakan rice cooker, sila klik sini untuk membaca entry dari blog beliau, tanpa rasa ragu2, I terus mencuba, mungkin ada dikalangan teman2 blogger di sini dah tahu awal2 tentang cara2 masak telur dengan cara ini, tapi adohaiiii..... I baru tahu cara ni hak hak hak

Basahkan tisu dan telur, tutup dan tekan cook

Lepas bunyi Taakkk, buka penutup macam ni lah hasilnya, tisu pun kembang sekali hehehe

Tadaaaa... dah masak, I suka makan telur rebus dengan kicap manis nyum nyum, eh eh ni bukan telur rebus dah ni telur elektrik hak hak hak


p/s: Jangan makan telur banyak2 yer, nanti kalau kentut harum semerbak tuh, pencemaran udara, sendiri cium bau takpe, jangan kasi orang lain menyedut udara yang sama suda kekekeke...:p

**oiiitttt...ivy mana ko mau larikkkk.....tarik balik statement kentut....

Tuesday, July 21, 2009

Aku Kata Kucing

Memandangkan bisnes bos berkaitan dengan produk2 makanan kesihatan, maka pelbagai lah jenis2 makanan kesihatan yang diorder, salah satu produk yang di order ialah Teh Misai Kucing, tapi yang pelik dengan produk ni ialah ejaan untuk "kucing", di kotak di cetak "kuching", maka I bertanya lah dengan bos

aku: eh bos kenapa ejaan untuk "misai kucing" ni jadi "misai Kuching" pula??

bos: betul lah ejaan tu

aku: mana ada ejaan "kucing" macam tu, kalau "kuching" tu nama tempat lah, tu "bandar kuching", kalau kucing, ejaan nya K.U.C.I.N.G

bos: ya ka, bukan kucing ialah K.U.C.H.I.N.G meh

masa dengar bos cakap macam tu, dalam hati I , eh eh tak nak kalah plak bos ni, mau lawan tauke nampak dia ni, opssss..... silap memang I bukan tauke pun hak hak hak

aku:bukan bukan aiyoooo....

akhirnya bos mengaku kalah bila I berkali2 cakap bukan dan siap tunjuk ejaan kucing lagi, tapi sempat lagi bos tak nak tunjuk kekalahan yang teruk dengan statement nih....

Bos: alaaaa... zaman dulu2 punya orang ejaan kucing ada "H" ooooo.... K.U.C.H.I.N.G

aku: ya la ya la


p/s: dulu kan mula2 I dengar teh misai kucing, I ingat misai2 kucing2 yang orang cabut dijadikan teh hak hak hak..... adohaiiiii...., cuba imagine berjuta2 kucing dalam dunia ni akan jadi mangsa kalo misai mereka kena cabut hehehe

Monday, July 20, 2009

Merah Itu Ong

Haihhh.. kenapa I suka bercakap tentang warna merah nih, tahun lepas semasa kami mula2 berpindah ke pejabat yang baru, kain langsir amatlah diperlukan, jadi ada lah I kena ikut my bos mencari kain langsir yang sesuai dengan suasana pejabat yang baru, situasi berikut apabila sudah berada didalam kedai kain

I belek2 beberapa kain langsir yang menarik perhatian dengan harga yang berpatutan sehingga lah.....

bos: warna merah bagus oooo....

aku: erkkkk... merah??? merah terang sangat lah bos

bos:merah itu ong oooo, cuba tengok dalam ini kedai, banyak pakai warna merah, merah bawa tuah, ong lai lai...., tengok bisnes ini kedai pun banyak bagus oooo...

aku:bos suka sangat warna merah ka??

bos: mestilah suka

aku:ooooo.... tapi sy tetap tak suka warna merah bos, terang sangat, nampak panas, kalau untuk langsir di pejabat, warna2 yang lembut bagus bah bos

bos:ok la ok la

last2 langsir dah dibeli, nasib bukan merah hak hak hak

p/s:Bos berbangsa cina, dan I faham kenapa dia minat dengan warna merah, walaupun tak pernah tengok bos pakai baju warna merah tapi dia selalu pakai necktie warna merah, Ong ong ong mariiiiii...

Friday, July 17, 2009

A Special Gift

Semalam Im so happy, riuh rendah di rumah sewa sebab my kazen kule dan kawannya Jenny datang menghabiskan hujung minggu mereka di Sibu, seorang lagi kawan mereka dari Bintulu datang bermalam iaitu Maria, yang bestnya juga, bermula minggu ini, dengan rasminya, I ada teman tinggal bersama2 di Sibu, tak sunyi lah I sorang2 di rumah lagi, nak tahu siapa orangnya, my kazen Jaime, dimana minggu lepas dia mula mengajar di SMK Luar Bandar Sibu

Lepas habis kerja, I keluar sekejap dengan mereka sebelum keluar jalan2 di pasar malam sibu dengan teman yang tidak mahu identitinya di kenali hak hak hak

Me & my kazen Kule

CIKGU-CIKGU YANG COMEL
*
*
*
*
Jenny & my kazen Kule

My kazen Jaime & her friend Maria


Jalan-jalan di Pasar Malam Sibu
*
*
*
*
Satay (RM5=15 batang)

Ikan Sardin Panggang (RM7 /RM6)

Apam Bali Special

Thank You so much to "someone" for this T-shirt, I love it so much, you know that Giordano is one of my favorite brand, really love Giordano T-shirt design, simple and most important comfortable hehehe... thanks again!!!!..... suka2 dapat hadiah hak hak hak

G0ggles Office wear RM15 , very comfortable
Jalan2 di Premier Departmental Store , dapat juga yang ini, walaupun warna merah, janji jangan merah semua sudah hehehe


Sebelum pulang I minum fresh milk, mula2 I order fresh milk dalam menu, nak juga tau apa beza fresh milk ni, bila secawan fresh milk di hidangkan, I minum dan rasa nak gelak jak sebab, rupa2 nya air kotak susu dutch lady ha ha ha adohaiiii...., ingatkan susu yang fresh dari susu lembu tu huhu, aaaaaa....... bercakap tentang susu teringat I dengan blogger Amirfx, (malah aja ke tandas mun dah minum susu hak hak hak, amir jom minum susu ducth lady ya, ktk tauk sik kmk pernah minum 3 perasa sekali, coklat, strawberry dan low fat, terus ke tandas ehek..., ampun terselit juak nama ktk sitok lalalalaarrriiiii....)