Tuesday, March 30, 2010

I'll be Missing U Guys

Bagi yang pernah mengikuti entry2 I yang sebelumnya, pasti tahu yang dalam bulan ni 2 orang teman sekerja I dah berhenti. Bila menatap gambar dibawah, rasa sayu pula huhu...

GOODBYE TO FENDY
*
*
~ Nor Effendy
Bertapa bergayanya Fendy di kelelingi2 bunga2 di hari2 terakhir beliau di office hehehe, Dia lah satu2 nya kumbang dalam team kami. Orangnya rajin & selalu membantu apabila memerukan. Dia resigned pun sebab isteri mendapat tawaran pekerjaan di Semenanjung, actually Fendy ni berasal dari KL, jodoh jauh dari Sarawak, tu lah kata orang, walau sejauh mana pun, kalau dah ada jodoh pasti akan bersamakan... yer tak hehe, moga Fenddy akan terus sukses disana bersama keluarga tercinta....

~ Dari Kiri...
Anthea (One of our Director), Eleanor, Fendy, Jesabel, Suriatty, budak comel wekkk, Lollita


GOODBYE TO NOAMIE
*
*
Noamie
Mengenali seorang gadis yang rajin & baik orangnya, dia berhenti pun kerana ingin pulang ke Miri dan akan menjalankan business sendiri dengan bakal suami, so moga sukses buat Noamie jua...


p/s: ok dah..I nak pulang, sekarang masih di office ho ho ho





Sunday, March 28, 2010

Oh Puppy

4 hari yang lepas, dua ekor puppies terjatuh dalam longkang depan rumah, kesian sebab kesejukan, jadi berganding bahu lah kami berdua sis Irene memandikan puppies dan keringkan dengan hair dryer, tapi lucu juga melihat badan mereka mengeletar kesejukan, macam ada vibrator jak dalam badan mereka hehe...

Hari ni, kami bertiga brother Lee & sis Irene jalan2 window shopping di Wisma Satok, rupa2 nya ada jualan half price, agak ramai juga orang, sebelum tu sempat singgah di Boulevard sebab ada urusan yang perlu dilakukan hehe, bukan urusan shopping ok, hari ni aktiviti kami bertiga makan, makan & makan, non-stop...., perut bulat jak kekenyangan hehe...

Tadi I masukkan semua puppies ke dalam kandang, tapi yang comelnya, bila simpan jak dalam kandang terus tertido, mungkin sebab dah penat bermain2 sepanjang petang di belakang rumah, kecuali seekor jak yang masih bising, jadi I keluarkan dari kandang & belai2 sekejap, pandai pula terdiam, tapi bila I masukkan balik dalam kandang, puppy tu mula bising lagi, at last sekali lagi I keluarkan dari kandang dan pegang jak puppy tu sampai dah layu mata puppy, tertido terus bila dimasukkan semula ke dalam kandang, pandai juga puppy ni nak bermanja, sis Irene bagi nama puppy ni sally hahahaha..., canggih nya nama.... minta maaaapppp, bagi siapa2 yang bernama Sally hihi.....

Rupa puppy yang terselamat dari longkang hehe
*
*
*
Ketawa jak I tengok badan puppy ni bergetar2 kesejukan dengan bunyi minta kesian hehe...

My name is Nobita!!!...
~ yang kat belakang tu pula nama nya Gendut, sebab puppy tu paling gebu dan saiz besar sedikit berbanding yang lain

~ dah kering baru nobita pandai duduk diam

Brownies & Window Shopping

*
*
*
Chocolate Brownie
~ rasa bole tahan, lupa dah nama kedai ni haihh..., location dalam Boulevard Shopping Mall

~ Jualan half price di Wisma Satok, mata juling melihat tag2 harga yang dah half price

~ tengok seorang adik ni, bersemangat memilih, "pilih2 dik, lelong2..!!!"

~ with Brother Lee

Rupa puppy yang ingin bermanja..
*
*
*
My name is Sally
~ Sis Irene yang bagi nama puppy ni Sally, apa kah....hahaha..

Bising dalam kandang, bila di belai2 baru terdiam... so cute..



p/s: Tommorow is Monday, so what say you???? :p

Friday, March 26, 2010

Cak!!!!...

Baru hari ini I berkesempatan menjenguk blog, bila tengok last date I update entry ialah last monday, aduiiii.... I tepuk dahi rupa2nya dah 4 hari I tak jenguk blog ni, lepas ni kena buat larian 100m ke blog rakan2 blogger yang lain, bukan tak nak jenguk, rindu pun ada wehhh...., tapi masa banyak dihabiskan untuk urusan2 kerja, bila dah free, I gunakan waktu2 yang terluang sebaik2nya untuk merehatkan diri, I pasti setiap orang yang dah masuk alam pekerjaan pasti akan mengalami keadaan macam ni huhu....

Dalam 2 3 hari sebelum ni, I rasa emo sikit sebab salah seorang rakan sekerja dah berhenti last wednesday, dan seorang lagi pada isnin minggu depan, rasa macam kehilangan jak, sebab dah biasa berkerja bersama2, tapi bila dah busy perasaan emo tu hilang sekejap, minda fokus jak nak siapkan setiap tugasan2, terkejar2 masa.....

Hurmmm... teringin nak taip panjang2, banyak cerita nak dikongsikan ni, tapi tak larat lah, nak upload gambar pun malas hehe...., rasa nak berendam dalam air suam2 kuku, rasa nak ke spa, urut2..... sapa nak sponsor??? angkat kaki hihi.. isshhhh... banyak pula perkataan "rasa"


Ok lah will update soon!!!.... daaaaaa....


p/s: pesanan buat mstikot dan rakan2 bloger yang ada number hp I "Miskol kmk, semua number dah hilang, hp gugok dalam air eh, lalu KO hp huhu..."

Monday, March 22, 2010

Executive Room

Minggu lepas, I menginap di Hotel, kalau nak tahu hotel yang mana satu, meh sini I buat iklan free hehe, mana lah tahu kalau ada rakan2 blogger dari luar Kuching yang datang ke Sarawak untuk bercuti, boleh lah datang menginap di Grand Margherita Hotel yang dahulunya dikenali sebagai Holiday Inn, tak sangka pula I berpeluang menginap dalam Executive Room, jom tengok rupa bilik tu

Executive Room
*
*
Executive Floor (Level 5)

Tadaaaa... depan bilik tempat I menginap, No.536

~ masa mula2 I buka pintu, mulut terus ternganga hahaha, dari tingkap bilik dapat melihat pemandangan sungai, pemandangan yang sangat menarik

Mini Bar

~ empuk & comfortable, begitu besar untuk badan I yang kecil ni

Bila dalam bilik mandi apa yang boleh anda lakukan?
*
*
~ ambik pics sendiri, blogger kena rajin snap snap :p

~ serba serbi lengkap set mandi, haruman boleh tahan..

~ tempat I berendam, kalau boleh nak berendam lama2, selesa...

Apa harus anda lakukan dengan hair dryer?
*
*
~ serangan puting beliung :p

Apa harus anda lakukan dengan kemudahan telefon?
*
*~ mula2 tanya dengan sopan

~ lepas tu, "wargghhhh.... mana2 makanan!!??" lakonan je semata2 hahaha

Apa harus anda lakukan bila didepan cermin yang serba serbi besar?
*
*
~ Ambik gambar sendiri muahahahaa....


Ok tu jelah, entry ni panjang sebab gambar2 jak heeeeeeee......, so apa tunggu2 lagi datang lah menginap disini k

Thursday, March 18, 2010

The Forgotten

Macam mana I boleh terlupa pada 1 March 2010 merupakan ulangtahun pertama blog I ni, waduh2 macam mana ni sih hahaha... alamak keluar bahasa seberang...

Tak sangka dah setahun I berjinak2 dalam dunia blog, melalui blog I dapat kenal teman2 blogger tak kira dekat atau jauh, walaupun tak pernah berjumpa, tapi kita dapat mengenali serba sedikit tentang diri masing2 melalui gaya penulisan, gambar2 yang dipampangkan, blogger2 yang pernah I jumpa atau terserempak secara sengaja atau tak sengaja seperti Blogger Mstikot @ Atika, Rachel @ Rach rich, Eli @ Elisha, Ken @ Caynie de, MzJc @ Julie, Krisno

Dalam dunia blog, yang bestnya, blogger ni ada sifat masing2, ada yang misteri, ada yang ceria, kanak2 riang pun ada, ada yang bersifat serius dan macam2 ada seperti Iklan Astro heheehe... itu lah warna warni dunia blogger

Dalam blog, kita amalkan sharing2 is caring2 ehek.... seperti ayat2 dibawah mengambarkan perasaan para blogger2 tegar...
"bila u sedih, I pun sedih,
bila u emo, I pun emo,
bila u marah I tolong pujukkan,
bila u rasa down I katakan chaiyok2!!..."
Macam ayat2 orang bercinta lah pula, u know I know ma heeee...

I mula kenali dunia blog melalui rakan blogger Caynie de @ Ken, mula2 tu I cuma baca blog si ken ni, lama2 macam tertarik pula untuk memiliki blog sendiri, so berjanji lah keluar dengan ken dengan membawa laptop dan broadband, semangat bah hehehe...., Thanks ken tanpa anda siapalah Metaga's villa, aisehhhhh...., tapi lama dah ken tak update blog dia lah, menyepi tanpa khabar, hope to hear from you soon my friend....

Memiliki blog sendiri, I dapat kongsikan serba sedikit tentang perkara2 yang menarik dengan rakan2 blogger2 yang lain, sekali lagi ucapan terima kasih banyak2 sebanyak ribuan buah lemon hehehe..., buat rakan2 blogger, silent reader, para peminat (ok yang ni statement perasan hahaha) yang setia bersama Metaga's Villa dari 1 March 2009 sehinggalah masuk tahun 2010, terima kasih kerana singgah di blog I yang sederhana ini, jadi tak kira walau dimana pun anda berada may god bless you all!!!!....

Dengan ini, I akhirikan ucapan dengan ucapan Selamat Ulangtahun Metaga's villa yang pertama.... macam ucapan seorang YB tak hahahaha...


p/s: Moga I akan terus berblog sampai ke anak cucu heeeeeeee.....






Wednesday, March 17, 2010

Line Clear!!..

Pertama kali blog I bersiaran live dari office hahaha, cepat2 type words by words, nanti kena sekodeng bos habis..., TQ buat teman blogger Felicia @ ahmoi chantek!!! buat award yang menarik ni, tq so much much much, rasa macam dah lama orang tak bagi award kat I, ada lagi sapa2 nak bagi..... tengah menunggu niiiiii... :p, tapak tangan dan kaki I tadahkan...

Beautiful Award from Ahmoi Chantekkk!!

Hari ni ok sikit, sibuk2 pun sempat lagi update blog hahaaha, nak juga tahu macam mana perasaan menaip blog di tempat kerja, mesti berbeza dengan perasaan menaip dirumahkan, kalau di office menaip ala2 sepantas kilat zashhhh....., mata pandang kanan kiri depan belakang, ok line clear, telinga pasang kanan kiri dengar ada orang datang ke tak...

Rasa sedih pula hari ni bila dapat tau hujung bulan ni ada 2 orang teman sekerja akan berhenti kerja, waaaaaaa.... sedihnya, seorang kena pulang ke semenanjung, seorang kena pulang ke miri, people come and go macam kad touch and go huhu..., tapi nak buat macam mana life must go on bak kata omputih huhu...

Malam ni I akan menginap di hotel heeeeeee, dalam otak dah imagine nak berendam dalam tab mandi, isi air sampai penuh, campur dengan Johnson 's Bedtime bath, lepas tu terjun dusshhhh...., wahhhh.... mesti seronok kan eeeeee.... best2

Ok sekarang rasa macam kanak2 riang sekejap...

~ Suka produk ni dari dulu sampai sekarang, I tetap setia dengan Johnson's Lotion yang berwarna pink tu... wangikan seperti bau baby bah hehe...

Eh lupa pula syarat kalo dah terima Award dari Ahmoi Chantek kena bagitau 7 tentang diri Ivy hehehe...

The Truth of a Girl name Ivy :p

~ suka makan, siapa2 nak buat party gathering ke, dinner ke, candle light dinner ka, apa2 aturcara yang berkaitan dengan makan2, jangan malu2, sila lah contact I di talian 1-800-900-000 hahahaha..., rezeki jangan ditolak ok

~ suka artwork & sketching, you know I know... apa ayat daaaa..., sapa yang pernah kena sekodeng tu ada lah terpampang di my gallery

~ I suka melihat apa2 yang ada seni & cute miut, pantang melihat barang yang comel2, tangan memang gatal nak beli tu...

~ suka tido, sapa yang kata tak suka tido... tipu lalalalala...

~ lebih suka tido dalam suhu bilik atau nama gelemernya fresh air, tak dapat tido nyenyak dalam bilik yang beraircond, selalu perut mesti kembung tak tau kenapa, jadi malam ni I tido di hotel, aircond kena kurangkan suhu dan pakai selimut sampai kepala hahaaha...

~ banyak koleksi baju berwarna putih, senang mix and match dengan warna2 lain, yang paling best bila kotor, rendam jak dalam clorox heeeee....

~ suka memeluk selimut bila tido, lebih cepat terlelap...



ok habis dah cerita heeeeee.....Line Clear!!!!!....





Tuesday, March 16, 2010

Chicken's Villa

Hari Ahad yang lepas, I pulang ke kampung bersama2 dengan daddy, dah berberapa minggu I tak pulang ke kampung, tak sangka pula bilangan ayam2 kampung peliharaan my dad makin bertambah, I pun tertarik bila dengar my brother Eric bagitau kat I yang ayam2 peliharaan semuanya jinak2.

Ada seekor anak ayam dia bagi nama Maya hahahaha, I tanya kenapa bagi nama Maya, jawabnya Maya Karin hamboiiii....., anak ayam tu memang jinak, kalau waktu2 bagi makan, Maya akan datang mendekati my brother dan kadang2 tu bertenggek di tangan my brother...., tapi hari tu tak dapat lah I kenal pastikan yang mana satu Maya, tak berani I buka villa anak2 ayam tu, kalau buka ada anak2 ayam tu bertempiaran lari heeeee...

Ok lah here few pics.....

~ anak pokok Terung Dayak

~ buah cili yang lebat

~ yang dah masak

~ mumy menyibukkan diri di celah2 pokok2 cili hehe

~ Ini lah Villa2 yang masih ada vacancy hahaha

ANAK2 AYAM
*
*
~ anak2 ayam berpesta hahaha...., pesta muda mudi :p

BAPA2 AYAM
*
*
~ Lihat gelagat bapa2 ayam yang merasakan diri mereka sungguh macho, ini bukan bapa ayam yang jual anak2 ayam ehek...

IBU2 AYAM
*
*
~ mak2 ayam yang concentrate mengeram telur

~ daddy sediakan kotak untuk mak2 ayam bertelur

~ mummy & sumuk (grandma) bersantai

~ Suasana petang di kampung, memang mendamaikan

p/s: Dalam bulan ni, I banyak entry tentang binatang peliharaan kan hahahaha....