Saturday, January 30, 2010

Baik dibalas Baik

Dalam beberapa hari ni banyak perkara yang terjadi diluar dugaan I, bukan perkara yang buruk, tapi baik2 semuanya, I selalu percaya yang segala kebaikan yang kita lakukan pasti akan dibalas dengan kebaikan juga, mungkin dalam masa yang terdekat ataupun dikemudian hari, seperti karma, buat jahat dibalas jahat, buat baik dibalas baik.... betul tak ^^

Hari ni I happy juga sebab sempat lah menyiapkan kerja2 yang menimbun, walaupun masih banyak lagi kerja2 yang akan menanti isnin yang akan datang huhu, apa boleh buat dah nama nya keja kan, keja tetap keja haihhhh....

Petang tadi sempat lah I jalan2 di kedai2 menjual barang2 tradisional di area pasar Kuching, kalau rakan2 blogger dari semenanjung atau sabah yang pernah datang ke Kucing mesti tau tempat ni, berdepan jak dengan lokasi waterfront...., tempat yang selalu menjadi tumpuan pelancong luar ataupun dalam negeri

I ada beli tradisional handbag, nice & cantik tapi I takda snap gambar beg tu hahaha, malas nak download boleh heeeeeee, Lepas dah puas jalan2 cuci mata I dijemput oleh my mum, my sis dan cousin, kami berempat singgah di Boulevard Shopping Mall, I singgah di digi centre dalam shopping mall ni, membayar bil2 yang patut, lega bila dah selesai pembayaran, next week ada lagi urusan2 lain yang perlu di selesaikan juga, biasalah tu bayar ni bayar tu huhu....

Oh I dah carikan hadiah untuk my little buddy Desmond, terlambat I belikan hadiah untuk dia, I happy sangat2 dapat beli sepasang baju-T dan Jeans untuk dia...., untuk mumy dia sekali pun ada, sebab bday mumy dia last year I lupa bagi hahahaha...., ok habis cerita hadiah2 ni yer...

Balik lagi pada topic baik dibalas baik....., hurmmm... perkara2 yang baik dan tak terduga tu lain kali lah I cerita k hehehe, yang penting ia buat I senyum memanjang dan terus bersyukur atas segala2nya...... happy weekend yeah!!!...

Tuesday, January 26, 2010

Irene's New Mp3

Hari ni lepas kerja, kami bertiga ke One TJ ICT Shopping Complex, pertama kali datang ke sini, bangunan ni agak baru rasanya, dalam shopping complex ni khas menjual peralatan2 komputer dan apa2 yang berkaitan dengan ICT hehe...., I tengok banyak lagi kedai2 dalam shopping ni masih kosong

My sister Irene nak beli Mp3 player, I yang tak arif sangat tentang gadget2 macam ni, bertanya dan bersoal banyak dengan orang dalam kedai tu hahahaha...., at last dia pilih Mp3 warna blue, kata sis Irene kalau dia p jogging ke, bole dengar lagu sambil berlari, haihhh..... ada juga idea dia sampai macam tu, dalam kedai tu ada juga dijual Mp4 & Mp5, hurmmm... nanti kalau result spm dia cemerlang, I akan beli satu Mp5 player for her hahahaha....

Ok lah tengok dia happy, last 2 days muka sis Irene masam dan tak ceria, gara2 hal yang kecil dia di tegur oleh my brother Lee, semalam I tanya kat dia, masih merajuk dengan Lee ka, dia diam saja tak menjawab, malam ni I tengok macam ok jak, hurmm.. baguslah, adik-beradik mana boleh lama2 gaduh kan....^_^

Sebelum pulang, mumy nak belanja makan, kami berdua pastilah tak menolak hahaha, bak kata orang rezeki jangan ditolak, tangan dan tapak kaki ditadah2 kan hahahaha..., Kalau bab2 makan I memang terer ho ho ho, mana tak sekarang berat badan dah naik, muka lagi lah nampak makin bulat hahaha...

Irene jangan marah after you read this hahahaha....

Enjoy our moment pics having dinner at Sugarbun


DINNER AT SUGARBUN
*
*
*
BIG Smile with her new Mp3 Player....

Mumy "Kena bagi bos makan dulu ok"
Irene "hmmppp...@#%$&..."


Irene "merajuk nih, tak nak makan dah huhu..."
Mumy "tak nak makan sudah humm.. nyum nyum nyum.."

Mumy "ok lah bos makan makaloni laa..., eh silap makaroni goreng"

Irene "heeeee.... yes akhirnya ayam goreng milik ku.."

Fried Makaroni
I rasa maybe menu ni baru dalam sugarbun ataupun dah lama kot, lupa dah apa nama menu ni, I kasi nama fried makaroni je lah hahaha, sebab lama juga I dah tak singgah di Sugarbun, kalau di Sibu dulu memang rajin sebab I paling suka order menu Ikannya, sedap hingga menjilat jari hehe, rasa menu diatas boleh tahan jugalah sebab digoreng dengan daging, sila lah cuba yer...

Fish Burger
Bagi I fish burger di sugarbun lebih sedap dari KfC dan McDonald ehek..., kalau I singgah di KFC, Mc Donald atau Sugarbun I lebih suka order Fish Burger berbanding Chicken & Beef Burger, sebab kalau Chicken atau Beef I lebih suka buat sendiri di rumah atau pun beli burger jalanan, lagi sodappppp...


p/s: Disini nak wish Happy Belated Birthday to my blogger friend Atika....., moga ceria selalu, senyum selalu, shopping selalu heeeeeeee.......





Saturday, January 23, 2010

Kebaya Nyonya

Semalam selepas pulang dari kerja, I ke Hopoh Shopping Centre dengan mumy dan sister Irene, mula2 tu merancang untuk survey jak, nak survey baju2 kebaya nyonya, at last I beli kebaya nyonya berwarna purple, mumy cakap beli terus daripada datang lagi lain kali, my mum ada beli kain sepasang juga, dia beli warna purple lembut, corak kain tu cantik tapi yang buat I senyum2 bila tanya kat mumy, nanti dia nak buat baju apa dengan kain2 tu, my mum geleng2 kepala saja, sebab belum ada idea lagi nak buat design macam mana haihhh...

Minggu depan I akan menghadiri Annual Staff Dinner, tema malam tu "1 Malaysia", lama I pikir nak pakai apa untuk ikut tema tu, sini I nak ucapkan Thank you so much untuk teman blogger Atika sebab bagi idea tentang baju kebaya nyonya ni

Bagi rakan2 blogger yang di Kuching, di Hopoh ada banyak pilihan warna untuk kebaya nyonya, kalau berminat sila2 lah datang sini survey ya....., oh I cuma beli baju jak sebab sarong yang dijual semuanya jenis moden style, main lilit, tapi I lebih suka yang nampak tradisional, so mula2 tu I plan nak cari kain sarong batik kat tempat lain, mana lah tau sampai rumah, I dengan sister Irene menyelongkar almari baju my mum hahahaha...., dapat juga sehelai sarong yang menarik perhatian I, my mum dah lama jahit sarong tu tapi tak pernah pakai sebab, kainnya pandai mengecil hahahaha.... adohai sorry kalo ayat ni nampak pelik pulak, kain pandai mengecil??? hahahaha....

So I cuba pakai kebaya nyonya purple tu dengan sarong yang dijumpai hehehe...., nak tanya pendapat ok tak??? ada gambar kat bawah, sempat posing2 lagi walaupun masih penat dan belum mandi heeeeee.....:p


1 Malaysia
~ comelkan gambar patung2 ni, gambar ni I cedok dari Bapa Google hahaha...

ayu tak aiseh.....

Cakk!!..

Cak!!!...


p/s: Nak tanya pendapat ni, mana satu yang sesuai untuk tube kat dalam tu, warna purple atau black color??.... any ideas please.... ^^, purple color does make ur look younger isnt it???...:p

Wednesday, January 20, 2010

Turning 3 years Old

Pada 18 January 2010, maka genap lah umur my little buddy 3 tahun, cepatnya masa berlalu, seperti baru semalam saja I dukung didi masa dia masih baby, pada hari isnin yang lepas, I dah sms mumy dia, wish didi happy birthday, hadiah untuk didi pun I belum sempat beli dan kirim, hurmmm... busy for the past 2 weeks...., nanti kalau ada waktu hujung minggu ni I akan carikan hadiah untuk didi....

Wish didi @ Desmond happy belated Birthday!!!..., moga dia akan membesar menjadi anak yang baik buat keluarganya, jadi abang contoh bagi adiknya iaitu mei mei @ Tiffany, jadi anak yang pintar di sekolah, memandangkan tahun ni dia dah mula bersekolah di Taska....., I senyum2 jak bila tonton video yang dirakam mumy dia masa second day didi di sekolah....

Ok ada few pictures didi dengan mimik muka yang berbeza2, pandai juga dia posing depan kamera, pictures diambil tahun lepas...., layan jak lah hehe..

Sayang...... Desmond @ Didi!!!
*
*
*
hmmmppp...
~ muka innocent

Heeeeeee....
~ Senyum manis

Aaaaaaaa.....
Muka terkejut

Grrrrrrr.....
~ Muka geram

Uweeekkkk....
~ Muka budak nakal

Muka monyet hahaha...
~ masa ni I suruh dia buat mimik muka monyet, macam ni lah hasilnya ehek, memang pandai berposing...*^_^*

Me & Didi


p/s: nak tidooooo..., oh tapi sebelum tu, ada kisah tentang seorang gadis yang sekarang terhangat dengan isu 'sensitip' di facebook, ada jugak orang macam tu haihhhh......*sigh*, all I could say is Sarawak is the best!!!!.... proud to be Sarawakian, sekian terima kaseh!!!... peace semua...






Monday, January 18, 2010

Work of Art (part 16) = Christina

Hari ni sejuk kerana hujan sepanjang hari, suka kan suasana sebegini sebab bila time tido memang best hehehe.... tapi di hati risau juga, kalau banjir melanda, nak turun kerja pun payah, kain baju pun susah nak kering, hurmmm...hujan ada baik ada buruknya juga kan....

My brothers and sister ada ajak keluar jalan2 malam ni, tapi I rasa malas, penat dan mengantuk, dalam hati memang ada niat nak ikut tapi badan pula yang malas, ditambahkan lagi cuaca yang agak sejuk dan lembab, hurmm.... lepas update blog I nak tido awal, katil pun dah panggil2 tu, Jom Tidooooo!!!!!.....

Ok dalam last entry yang sebelum ni, I ada bagitau yang I nak kongsikan tentang kit cendawan tu kan, rasa2nya next entry lah hehe..., sebab belum download lagi gambar2 dari kamera, so kali ni nak kongsikan satu lagi koleksi dari fail lama, Sketching on 9 May 2001, kalau tak silap I lukiskan gambar penyanyi Christina Aguilera dari salah satu gambar dalam majalah Cleo, masa ni I dalam proses untuk memantapkan lagi tangan dalam sketching berdasarkan gambar2 yang dijadikan rujukan, kata orang bakat kena diasahkan selalu, eh betul ka apa I cakap ni ehek....





Zoommm.....

p/s: Nak mandi tapi sejuk...trrrrr....rrrrr...., Oh tadi I dah tonton episod akhir drama "Cinta Balqis", I suka ending cerita tu hihi...., I suka juga dengan nama "balqis", tak tau kenapa tapi suka mendengar nama tu disebut... balqis balqis balqis...., kalo sebut ivy ivy ivy lagi I suka hahahaha..., nama sendiri ma...:p

Sunday, January 17, 2010

Cendawan & In Memory

Hari ini I tak pergi jalan ke mana2, hanya sebelah pagi kami sekeluarga ke Gereja, pulang dari gereja I tido, ntah kenapa rasa mengantuk yang amat sangat2, keadaan cuaca yang sejuk dan lembab membuat diri semakin malas hahahaha...., nak kumpul tenaga banyak2 ni, esok kan keja ehek....

Bangun dalam jam 3 petang, kami hantar my kazen ke asrama yang berlokasi di Petra Jaya, sempat lah I jenguk2 asrama tempat dia tinggal, tiba2 pula I rindu masa zaman sekolah dulu, kalaulah boleh diputarkan waktu, I nak kembali ke zaman waktu sekolah rendah, zaman yang paling best hehehe....

Ok sampai dirumah, seperti biasa kena memasak, tapi hari ni dinner kami disediakan my sister Irene, I tak tolong sebab dia masak simple2 je, I tak buli adik ok, tapi my mum bising2 kenapa I tak tolong heeeeee...., my brother Lee dengan senyuman yang ceria membawa sepinggan yang penuh berisi Cendawan yang fresh dan cantik dari kampung, memang chantek hehehe, dia bagitau yang cendawan tu hasil daripada kit cendawan yang telah dibagi secara percuma masa dia pergi mengikuti kursus penanaman cendawan tiram kelabu, ok next entry I akan update tentang cendawan ni yer

Last Saturday, seekor lagi anak kucing iaitu little Sam dah mati kena patuk kala jengking huhu, sedih I tengok little Sam tercunggap2 sebelum mati, I tak dapat buat apa2 hanya melihat dia dalam kepayahan untuk bernafas sampai kaku, masih terbayang2 lagi dalam ingatan hurmmm..., dah lah seekor lagi little Dean mati last year pada malam christmas eve, sekarang tinggal Bighead, Tiger & Momo saja di rumah....*sigh*

Ok sila je layan gambar2 di bawah yer....


Mushroom
*
*
*
Mushroom ni fresh dipetik oleh my brother hasil dari kit cendawan


Bila Bapa Kucing rasa diri
masih cute hehe.....

*
*
*
Momo
Tak tau apa mimpi Momo petang tu, terus lompat dalam bakul kecil ni, kelihatan selesa walaupun bakul hijau ni kecil, oh salah satu perangai pelik Momo ni dia suka tido di tempat2 yang sempit, dah lah badan besar huhu

Big head & Tiger
*
*
*
Me together with BigHead & Tiger
~ tinggal mereka berdua saja sekarang termasuk Momo...*sigh*


I will always remember.....
*
*
*~ their feeding time

~ when they sleeping

In Memory ~ always in my heart
Dean (2nd from left) & Sam (right)
~ both yellow mix white color



p/s: Tengah pening kepala sebab overslept ehek.....








Friday, January 15, 2010

Tak Susah Ka???


Bila I baca entry dari salah seorang blogger tentang tight jeans, teringat pula kisah kami bertiga my brother Lee & Eric last saturday masa duduk makan di salah satu kedai kopi yang berlokasi di MJC, tengah duduk tunggu makanan yang di order, tiba2 brother Eric bertanya dengan kami berdua brother Lee, sambil matanya memandang ke arah salah seorang gadis muda berdiri tak jauh dari tempat kami duduk, gadis ni salah seorang tukang ambik order minuman dalam kedai kopi tu, soalannya berbunyi macam ni

Eric: "macam mana bole pakai seluar macam tu eh, hujung kaki kecik jak lubangnya??"

aku: "selalu jeans macam tu, jenis yang elastik lah. apa daaaa..."

Lee" "ya lah..., elastik bah ya", brother Lee menyokong

Eric: "Macam susah jak mereka nak pakai tu, kalau buka lagi susah kan, mungkin minta kawan tolong tarik kan hahahaha...."

aku: "ehhh... ko tak nampak ka kaki perempuan tu kecik, senang jak dia pakai bah"

Eric: "mana ada kecik, besar lah kaki dia"

aku: "kecik lah kaki dia, kalo perempuan pakai ok apa, lelaki sekarang pun pakai juga style macam ni, ko bayang lah macam mana bila lelaki pakai hah...."

Eric menggeleng2 kan kepala tanda tak setuju, masih tak berpuas hati lagi tu, tapi soalan ni yang I rasa paling kelakar lah, bila brother Eric tanya lagi

Eric: "Macam mana kalau mereka yang pakai jeans macam tu bila nak buang air besar, bukan susah ka???, kena buka seluar sampai habis"

I jawab balik...

aku: "orang kalau buang I besar, tak kan lah nak buka habis seluar dia hahahaha..."

Lee: ya lah... apa daaaa....

Eric: "ehhhh....", dia macam tak puas hati, masih tersengih2 dan menggeleng2kan kepalanya, at last tukar topic lain bila makanan yang dah diorder terhidang di depan mata....


p/s: Ok habis dah kisah si seluar ketat ehek.....:p

Wednesday, January 13, 2010

Work of Art (part 15) = Siti

Hari tu I kemas2kan bilik tempat my sister belajar, terjumpa pula fail yang berisi lukisan2 yang I lukis, tak sangka pula masih tersimpan dengan baik, rasanya my sis yang tolongkan simpan helaian2 sketching yang I buat, thank you sis Irene....

Seperti biasa dari dulu I akan sketch bila mood bosan melanda, kalau bosan memang menjadi, kalau tak bosan, maka tak jadi lah sketching tu hahahaha....

Ok kali ni I nak kongsikan gambar siapa yang I pernah sketch, bertarikh 8 May 2001, nasib I letak tarikh setiap kali I habis sketching, kalau tak silap gambar ni I sketch berdasarkan gambar selebriti ni dari Majalah Mangga, dulu I suka beli majalah ni, sekarang tak lagi sebab dah kurang membaca hahaha..., berumur dah kan lalalalala.....

Sila teka siapa selebriti di bawah, alamak dah tulis nama kat atas mesti lah dah tahu sapa kan huhu... apa daaaaa....





p/s: lama dah I tak men-sekodeng-kan gambar2 rakan2 blogger yang lain, tunggu I rajin nanti yer, ni tengah meneropong siapa yang akan mengisi ruangan my gallery I dalam edisi bulan January, pembukaan untuk tahun 2010, tungguuuuuu!!!!...........

Monday, January 11, 2010

Family Dinner & Cousins

Hari ahad yang lepas, kami sekeluarga keluar makan malam di Country Court bersama2 dengan keluarga Uncle Samuel yang baru datang dari Lawas serta keluarga Uncle Stevenson, weekend yang lepas, tak berapa banyak aktiviti yang I lakukan, last saturday I meluangkan masa di office untuk menyiapkan kerja2 yang masih tertunda, penuh bersemangat walaupun last saturday I cuti hehe, sebab tu lah hari ni ok lah sedikit, at least I dapat selesaikan proposal2 dengan cepat, kena skip lunch lagi tu, sebab tak ada selera makan pula bila dah busy....., petang2 dah lapar, at last I isikan perut dengan minum nestum 3 in 1 jak hehe.... bak kata orang kerja tak akan habis2, lepas satu, 2 3 datang lagi huhu...., but is ok as long as I'm still enjoying doing my current job now.... heeeeeee....

Oh hampir terlupa pula, tujuan Uncle Samuel sekeluarga datang ke Kuching kerana nak hantar my cousin yang baru masuk Tingkatan 1 memulakan persekolahan di salah satu sekolah berasrama penuh disini. Malam ni uncle dan aunty dah mulakan perjalanan pulang ke Miri dan seterusnya ke Lawas, moga mereka selamat dalam perjalanan pulang kembali ke Lawas

Ok lah here few pics yang sempat I snap semalam, yang tak kelihatan dalam pics dibawah ialah Aunty Mariana, Aunty Dessy dan my brother Lee, yang lain2 sempat I ambik...


AT COUNTRY COURT
*
*
*
Aunty, mumy & dady

Uncle Stevenson & Uncle Samuel

Ebeng & Michelle
~ Cousin I yang berbaju oren ni lah yang datang bersekolah di Kuching

me & baby
~ buat gaya cute tak menjadi hahaha, mulut penuh makanan tu...

Brother Eric & Sis Irene
~ malam tu sis Irene tak berapa sihat, senyap jak dia

Dedek & Bro Eric
~ macam kanak2 riang saja mereka berdua ni

Sibuk melihat menu
~ dedek tetap dengan menu pilihan mesti ada nestum

Daniel
~ comelnya dia, pertama kali juga jumpa cousin I yang sorang ni, dia anak angkat kepada uncle Stevenson, baru je berumur 1 year 3 months, my first impression towards him, smart at his age and cute hihi...


p/s: ok mata dah tak tahan, nak tidooooooo......

Friday, January 8, 2010

A Busy Week & Update

It's been few days since my last update on monday, lama juga tu sehingga semalam my sister Irene dah tanya bila lagi mau update blog, kalau dulu rajinkan, sekarang pun rajin juga cuma bila rasa penat mood untuk menulis tu pun kurang haihhh, I hanya banyak berjalan2 membaca blog rakan2 blogger yang lain, tapi tak sempat pula tinggalkan jejak, eh eh... baca blog pun kena berjalan ke hahahaha....

Dalam minggu ni I agak sibuk sedikit dengan kerja2 di office, ohhhh.... bukan sedikit tapi banyak sampaikan kalau pulang rumah dari tempat kerja pun memang dah kepenatan huhu, jadi hari ni I keluar jalan2 dengan my brothers and sister, itu lah aktiviti kesukaan kami bila semua free, kami planning ke Boulevard Shopping Mall, saja2 jalan2 cuci mata, my brothers pula sibuk bermain di funfair, semangat mereka berdua main games tin air kat fun fair tu, I tak tau lah apa nama bagi games macam tu, I cuma panggil games tu, games tin air hahahaha....

I dengan sis Irene pula ambil waktu jalan2, posing2 sambil tengok barang2 dalam shopping mall, sempat juga I jalan2 di bahagian pakaian kanak2, sebab tak lama lagi birthday my little buddy Desmond @ didi, turning 3 years old this coming 18 January 2010, so kena survey dulu apa yang sesuai untuk dia hurrrmmmm...., dah besar anak aku yer hahahahaha..., he always be my baby bah, oh ya minggu ni dia dah mula belajar di Tadika, semalam I chat dengan mumy dia, I ketawa jak bila mumy dia cerita macam mana Desmond di Tadika heeee....

Ok lah bila dah jalan2 cuci2 mata, sempat lah snap few pics, lama dah tak posing2 depan camera hahahaha....

AT BOULEVARD SHOPPING MALL
*
*
*
Bag lip lap lip lap ni bole pakai masa dinner hihi

Beg bulu-bulu hahaha.... so cute isnt it....

Selendang..... sila pilih2 banyak pilihan yang tersedia ada, lilit di leher sampai tercekik ehek...

Sis Irene.... eeiiiii.... chantek tak rantai nih ho ho ho

Nice... rantai ni ada riben lagi

Biru ok tak hehe

Cute kan.... I ada beli satu heeeee.... murah jak RM4.90 each


p/s: Happy Weekend Semua!!!!