Monday, January 4, 2010

Nanti Cikgu balik!!!

Awal2 pagi I dah ketawa bila dengar cerita dari salah seorang rakan sepejabat, dia bagitau begitu excited anak buah dia turun sekolah hari ni, anak buah dia baru masuk darjah 1, jadi kawan I tu cakap awal2 pagi anak buah dia dah bangun bersiap dan menunggu di depan pintu bilik tido kawan I tu...

anak buah dia kejutkan kawan I tu dari tido, yang buat I tak tahan nak gelak bila kawan I tu bagitau anak buah dia cakap macam ni

"cepat lah bangun, kalau terlambat sampai sekolah, nanti cikgu dah balik rumah"

kawan I ingatkan jam dia yang salah, sebab kawan I tu ingat dia terlambat bangun ka, jadi dia tanya kat mak dia untuk kepastian, memang sah jam tak salah, anak buah dia yang beria2 dan teruja hahahaha....

malam sebelum tu awal juga anak buah dia tido, jam 8 malam dah tido sebab nak bangun awal ke sekolah hari ni hehehe... comel kan perangai anak buah kawan I tu hehehe

yang lucunya lagi, sebab sebelum ni tak pernah anak buah dia tu bangun awal2 pagi macam tu, tertido pula masa menunggu kawan I tu mandi dan bersiap...

bila dikejutkan dari tido.... terus lagi anak buah dia cakap macam ni dengan muka yang mamai

"cepatlah lambat nanti"

perasaan semangat tu kembali lagi hehehe...., sebenarnya sekolah tu tak jauh dari lokasi rumah kawan I tu...

Budak2 kalau temgok gelagat dan ragam mereka memang lucukan heeeeee...


p/s: buat rakan2 blogger yang berkerjaya sebagai Guru, selamat kembali bertugas diucapkan, mesti best ooo.. tengok gelagat2 pelajar2 especially budak2 darjah 1 kan =)

9 comments:

Uruchimaru @ kf said...

"cepat lah bangun, kalau terlambat sampai sekolah, nanti cikgu dah balik rumah"

hahahah.......lucunuyer !

Krisno said...

Hehehe..memang macam-macam gelagat budak-budak bila nak sekolah...

Ivy Metaga said...

kf:
tu lah masa kawan bagutau anak buah dia cakap macam tu, gelak sy dgr...macam mana lah anak buah dia tu terfikir cikgu akan balik kalo dia lmbt dtg sekolah hahaha

krisno:
betul2...gelagat yg pelbagai dan macam2 ragam...

helena's said...

saya pun cikgu jugak..hehe

Ms Tikot said...

Semangat nya anak buah kwn ktk ya nak ke sekolah eh...

Ivy Metaga said...

helena:
aaaa...dah bertukar kerjaya dah cikhel hehee

mstikot:
haha..ya lah nang semangat berkobar2 hehe

designationjazz said...

Daryl baru masuk tadika..ada sekali nya selambe ja makan chewing gum dgn kakinya "tapping" smbil dgr cikgu kat depan.. cool ja nya heheh :-)

HonEyBuNNy said...

ivy...mama ila cikgu darjah 1...hiihih..lama xdtg blog ivy...winduuu..

dilot said...

wah..bagusnya...kalau yg takut tu, nangis2 tak nak masuk sekolah..tp budak tu semangat sangat2...