Tuesday, May 18, 2010

Benarkah Airmata Lelaki Mahal?

Macam mana nak mula kan ayat yer.... hurmmm.. ok macam ni lah, I sering mendengar jika seseorang lelaki itu menangis kerana seorang wanita, itu bermaksud dia benar2 mencintai wanita tersebut dengan sepenuh hati, kata orang.... cinta sampai mati hehehe...

Hari tu buat pertama kali nya I melihat jejaka itu mengalirkan airmata, pertama kali I melihat dia dalam keadaan yang sangat down, pertama kali I melihat ego nya runtuh, hanya kerana seorang wanita, hurmmm... betapa kuat nya pengaruh seorang wanita.... betul tak....

Mengapa I mengatakan pengaruh seorang wanita itu kuat, sebab walau seburuk mana pun sifat seorang wanita itu, tapi kalau dah cinta bagai mati, botol kicap dengan botol cuka pun takde beza bak kata P. Ramlee ehek...

Melihat airmata dia mengalir, hanya satu yang mampu I katakan, I sentuh bahu nya perlahan dan berbisik....

"I konw its hurt, and it will takes time to heal"

"Im really hurts..., I gave everything she wants & needs.." he keep on repeating...

Berlarutan bicara2 kami kongsikan bersama buat seketika, memang pertama kali melihat dia begitu kalah, dari dulu dia dikenali sebagai seorang yang tak pernah tewas dan sentiasa nampak tegas... but why.... hanya kerana seorang wanita...

Dulu seorang teman I pernah berbicara tentang kekasihnya yang pergi buat selama2 kerana menhidap kanser, sampai sekarang masih single lagi, katanya sebab hati belum terbuka, yang paling I ingat ialah masa dia mula berbicara tentang kekasihnya, I dapat melihat teman I itu terdiam seketika dan I dapat merasakan dia menahan sebak didada, mata kelihatan merah, nafas ditarik panjang, kesedihan itu masih tersimpan dalam hati walaupun setelah bertahun2 pemergian orang yang dia sayangi..., masa dia bercerita, I pula yang terEMO hehehe..., sentimental ok

ini yang membuat I terfikir adakah tangisan dan airmata seorang lelaki itu begitu mahal???.....



p/s: Buat jejaka itu, moga tabah menghadapi dugaan emosi......

Friday, May 14, 2010

When The Car Oppss...

Nak kongsikan kenangan yang bagi I melucukan walaupun agak mendebarkan sedikit, kenangan sewaktu pulang ke Lawas dalam bulan April yang lepas. Tengah hari pada 28 April 2010, kami berempat, daddy, mumy, sis Irene & I bercadang untuk singgah di pekan Lawas, kami pinjam kereta Uncle Christopher, mula2 tu cuaca agak baik & cerah, perjalanan memang smooth lah kata orang hehe...

Bila dah puas jalan2 dipekan, mummy hendak pulang ke kampung lebih awal. Jadi kami bertiga mumy & sis Irene memulakan perjalanan tanpa di temani daddy sebab waktu tu daddy masih lagi duduk berborak2 dengan uncle. Dalam perjalanan pulang, hujan agak lebat sedikit, memandangkan jalan masuk ke kampung masih dalam proses baikpulih, so some part of the road tak diletakkan batu2 yang kecil, jadi bila hujan jalan memang agak licin

Tengah mumy driving, tiba2 my mum cakap macam ni

"eh eh eh... kereta ni jalan sendiri lah, mati lah kita ni, matiiii..." nada suara mumy agak nervous

masa tu kereta dah masuk ke arah tepi jalan, dah lah bahagian tepi jalan memang curam, mumy terus matikan enjin dan keluar dari kereta, tapi dengan selamba jak me & sis Irene masih duduk dalam kereta, lepas tu pandai tercuit pula hati melihat gelagat mumy yang tak tentu arah, nervous lah katakan..., sempat lagi I ambik pics mumy hehehe, macam reporter plak..


~ Gaya2 mumy yang dah nervous, nak telefon tapi line tak ada, tak kira digi ke, maxis ke, celcom ke, semua tarak ada moi, masa tu me & sis Irene duduk relax jak dalam kereta, ya lah nak keluar waktu tu hujan

~ ini lah rupa kereta uncle Christopher

~ nasib baik uncle Philip kebetulan turun ke pekan untuk menghantar my cousins ke sekolah

~ macam bersalaman jak rupa mereka berdua ni, masa ni mumy bagi kunci kereta dengan uncle


So dipendekkan cerita, uncle Philip berjaya mengalihkan kereta dan drive kereta tu sampai dijalan yang ada batu2 kecil, baru my mum berani drive kereta tu balik ke kampung...., nasib baik tak ada apa2 yang teruk yang berlaku...


p/s: Selamat hari Guru buat semua guru2 di dunia & khas untuk rakan2 blogger yang merupakan pendidik generasi2 muda seperti Blogger Willie, Cikgu Tuya, Felicia Ahmoi Chantek, Si Rama Rama dan yang lain2....

Wednesday, May 12, 2010

Kampung Puru Sia

Ini lah gambar2 pemandangan di Kampung Daddy di Lawas, Kampung Puru Sia, disini lah tempat kelahiran I, dalam tempoh 17 tahun kami sekeluarga berpindah ke bandar Kuching mengikuti my mum yang ditransferkan mengajar di Kuching, banyak juga perubahan dalam kampung ini, errrrr... dalam next entry nanti lah I ceritakan apa perubahan2 tu, sekarang malas bole lalalala...., ok just enjoy the pictures of my kampung love....


KAMPUNG PURU SIA
*
*
~ Aunty Anna jadi model hehe..

~ kaki siapa ni???...lalalalala..

~ My Grandparent's House


p/s: will update soon!!!....

Saturday, May 8, 2010

Pucuk Daun Ubi

Setiap waktu masa I di Lawas I gunakan dengan sebaik2nya, meluangkan masa dengan saudara mara yang lain, membuat aktiviti2 di kampung, paling I suka masa menyediakan pucuk daun ubi untuk dimasak. Lauk pucuk daun ubi memang sedap dan salah satu makanan kesukaan I dari kecil lagi...., pergghhh... menjilat jari hahahaha...

Hari tu, awal2 pagi salah seorang penduduk kampung datang ke rumah nenek membawa sebakul pucuk daun ubi yang banyak, so I dengan aunty Rikan mengasingkan daun dari batang nya, sila lah lihat gambar dibawah hehe...

PUCUK DAUN UBI
*
*
*
~ Aunty Rikan & me,
thanks sis Irene sebab snap gambar ni, a moment yang best hehe, my grandma yang tengah baring kat tepi tu, kepenatan agaknya, tersenyum2 melihat kami berdua, katil tu lah tempat my late grandpa baring masa seminggu kritikal sebelum pergi buat selama2 nya, katil tu diletak disitu untuk memudahkan nenek menjaga late grandpa, kalau dibilik agak jauh dari dapur dan bilik mandi.

~ Pulang dari pekan Lawas, I terus meneruskan proses yang seterusnya iaitu menumbuk pucuk daun ubi, menumbuk atau menghancur???... adoheh ayat apa yang sesuai yer erkk.....

~ masih mengekalkan tradisi kampung heeeeeeeeeee...

~ Aunty Anna memasak pucuk daun ubi, memang sodappppp...


Petang tu juga, I menyibukkan diri membantu nenek membungkus nasi dalam daun, dalam entry tahun lepas I ada jelaskan sedikit proses2 nasi bungkus ni atau di kenali sebagai "lubak tenga" di kalangan kaum Lun Bawang, sila klik sini "All The Way From Lawas" untuk entry tu yer, sebenarnya bukan membantu tapi mengganggu ada lah hehehe..., I berjaya membungkus 4 bungkus nasi, kira ok lah tu hihi

LUBAK TENGA
*
*
*
"Daun Kukub"
~ inilah daun yang digunakan, tumbuh subur dibelakang rumah nenek

seperti biasa, mesti posing :p

~ daun yang dibersihkan sebelum membungkus

~ nenek tengah konsentrasi, miss my grandma now hurmmm...

~ yahhh.... sopan membungkus, sebenarnya menahan panas nasi tu, memang tapak tangan nenek boleh tahan...

~ Tadaaaa... berjaya, tapi bungkusan tak secantik bungkusan nenek


p/s: Will update soon..... Happy weekend & Happy Mommy Day Everyone!!!, nak pergi jogging ni yihaaaaaa.....

Wednesday, May 5, 2010

The Good Day

Pulang ke Lawas minggu lepas, I sempat meluangkan waktu yang menyeronokkan bersama2 cousin2, rasa macam dah kembali ke zaman kanak2, kampung ini lah merupakan salah satu memori yang paling terindah dalam kehidupan I. Zaman kanak2 yang best..., tiba2 I miss the old days huhu...

Sungai tempat kami mandi ini lah yang meninggalkan banyak nostalgia2 & kenangan zaman kanak2 kami adik-beradik, disinilah tempat kami memancing ikan diwaktu hujung2 minggu, tempat dimana kami menunjukkan aksi2 stuntman hehehe, melompat dari tebing sungai dussshhhh..... terjun dalam air, tempat menghabiskan masa bersama2 kawan2 disebelah petang selepas tamat waktu sekolah, tempat dimana kami mandi sampai mata kemerah-merahan, kalau dah pulang rumah pasti akan dimarahi mummy hehehe, itu dulu2 masa jadi kanak2 ringa yang nakal.... , dan disini jugalah tempat dimana mulanya I berani berenang, kalau terlepas entry tu, sila klik sini "Aku Juara" yer....

Yang paling best, air sungainya yang sejuk tttrrrr....., tapi bila lama dah I tak berenang semenjak menetap di bandar Kuching, I asyik tenggelam jak dalam air hahahaha, dah kurang terer imbangkan badan dalam air, aiyakkkk apa macam nih, well kami sangat enjoy petang tu, mandi puas2 sampai lewat petang baru balik rumah...

Here few pics....

KAMPUNG PURU SIA'S RIVER
*
*
*
Left to Right ~ Sis Irene, nephew Lina, cousin Munga, cousin Ruran, nephew Little Saran & cousin Johnathan

~ Ikan Duyung hehe

3 Dara Pinggitan hahaha...~ Me, Munga & Ruran

~ dalam kolam binaan kami hehe

Little Saran ~ Ntah apa yang dibebel dia sorang2

Cousin Munga yang tengah EMO, tulis ayat2 cinta lalalala...

Pertandingan membina istana pasir hihi..., bersungguh2 aihh...
~ Cousin Slyvester (little Saran's Dad), Cousin Johnathan, Cousin Ruran & me ~ mereka bertiga ni adik-beradik

Tadaaaa..... bergaya dengan Sand Castle masing2 heeeee...

My Sand Castle
~ Chantek tak???..., masa kecik2 dulu, I suka bina istana pasir tiap kali mandi sungai, aktiviti wajib tu

"Saran"
~ itu lah nama panggilan I di kalangan saudara2 sebelah daddy



p/s: will update soon

Tuesday, May 4, 2010

Satay Sipitang

Last week kami sempat singgah di Pekan Sipitang untuk menikmati satay. Perjalanan yang mengambil masa 30 minit dari Lawas. Pekan Sipitang yang terletak di Selatan Negeri Sabah, bersempadan dengan Lawas, Negeri Sarawak.

Sebab tu lah ramai penduduk2 dari Lawas datang singgah di sini untuk membeli belah barang2. Pilihan lebih banyak berbanding di Lawas. So tiap kali kami datang ke Sipitang memang tak sah kalau tak duduk menikmati satay yang sodapppp hehe..., jadi sebelum memulakan perjalanan ke KK, Sabah, my mum belanja kami semua makan satay

Yang menariknya ialah kita sebagai pelanggan tak perlu bertanya berapa batang satay kita nak makan, sebab sepinggan satay daging & satay ayam akan di sediakan diatas meja makan untuk dinikmati, selain tu sepinggan lagi yang berisi ketupat juga disediakan. Anda boleh makan sepuas2nya, lepas habis makan, masa tu lah mereka akan mengira berapa batang satay yang anda dah makan.... menarikkan hehe..

Kalau dahulu, stall2 satay ini berlokasi berhampiran dengan pantai, view memang chantek, kalau angin kuat kena pegang cawan yang berisi air minuman, kalau tidak habis jatuh, kalau angin sempoi2 bahasa tu uiiihhhh best, tapi hari tu masa kami singgah tempat lokasi stall2 ni dipindahkan sebab kalau lokasi yang lama masih dalam proses makeover...

Here few pics....

SATAY DI PEKAN SIPITANG
*
*
*
~ dapat dilihat beberapa stall2, semua menjual satay

Bro Eric & me

~ Ketupat
Enak & sedap sampai menjilat jari bila dimakan dengan kuah satay....


~ potong ke atau membelah ketupat heeeee...

~ The satay looks so yummy...., kami tak kira berapa batang satay dalam sepinggan, bantai jak sampai licin hehe...

~ ngapp dua2 sekali

~ ABC Special

~ Tapau cucur & kuih muih sebelum memulakan perjalanan ke KK, Sabah

~ KK Airport



p/s: sapa nak belanja I makan satay??... angkat kaki :p




Monday, May 3, 2010

Damai Beach Resort

Sehari sebelum menerima berita tentang pemergian Datuk yang disayangi, I telah berkunjung ke Damai Beach pada hari ahad 2 minggu yang lepas, I kongsikan few pics dengan rakan2 blogger ok, biar gambar2 yang bercerita, oh ya sila abaikan tarikh yang ada pada gambar2 dibawah, lupa nak adjust tarikh & masa sebelum snap snap snap hehehe...

Yang buat I terkejut masa mula2 sampai kat depan pintu masuk ke Damai Beach ni ialah pengunjung2 yang tidak menetap di resort kena membayar RM3.00 per person, sebab dah lama tak berkunjung ke sini, rasanya dah bertahun2 ooooo... I dah tak datang sini, nama jak penduduk Kuching huhu, kalau dulu2 tak ada pula dikenakan bayaran masuk, mungkin selepas dah bertukar management, syarikat lain dah ambil alih..., I tahu sapa ambil alih tapi tak nak sebut, nanti kena saman hihi...

Bagi rakan2 blogger dari Semenanjung atau Sabah yang datang bercuti ke Kuching, Sarawak tu, Sila2 lah datang ke Damai Beach ok


DAMAI BEACH RESORT
*
*
~ Rupa macam dah terer, tapi I bantai tap tap tap...,
janji ada gambar keluar hahahaha...

~ Painting ni menarik perhatian I

~ Very Interesting as a gift,
tapi kalau tak silap RM80.00 each, mak aiiii...

~ I tak tau yang ni perhiasaan semata2 ataupun boleh disewa, I tak tanya lalala....


Heeeeeeee......
~yang kat belakang tu masih dalam proses pembinaan

~ Ok perasan jadi model sekejap yer tuan2 & puan2

Sunset
*
*




~ Senyum lah selalu....


p/s: Disini I hendak mengambil peluang ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih buat rakan2 blogger atas prihatin anda di enrty yang yang sebelum ni, May God Bless you all...