Showing posts with label Lubak Tenga. Show all posts
Showing posts with label Lubak Tenga. Show all posts

Saturday, May 8, 2010

Pucuk Daun Ubi

Setiap waktu masa I di Lawas I gunakan dengan sebaik2nya, meluangkan masa dengan saudara mara yang lain, membuat aktiviti2 di kampung, paling I suka masa menyediakan pucuk daun ubi untuk dimasak. Lauk pucuk daun ubi memang sedap dan salah satu makanan kesukaan I dari kecil lagi...., pergghhh... menjilat jari hahahaha...

Hari tu, awal2 pagi salah seorang penduduk kampung datang ke rumah nenek membawa sebakul pucuk daun ubi yang banyak, so I dengan aunty Rikan mengasingkan daun dari batang nya, sila lah lihat gambar dibawah hehe...

PUCUK DAUN UBI
*
*
*
~ Aunty Rikan & me,
thanks sis Irene sebab snap gambar ni, a moment yang best hehe, my grandma yang tengah baring kat tepi tu, kepenatan agaknya, tersenyum2 melihat kami berdua, katil tu lah tempat my late grandpa baring masa seminggu kritikal sebelum pergi buat selama2 nya, katil tu diletak disitu untuk memudahkan nenek menjaga late grandpa, kalau dibilik agak jauh dari dapur dan bilik mandi.

~ Pulang dari pekan Lawas, I terus meneruskan proses yang seterusnya iaitu menumbuk pucuk daun ubi, menumbuk atau menghancur???... adoheh ayat apa yang sesuai yer erkk.....

~ masih mengekalkan tradisi kampung heeeeeeeeeee...

~ Aunty Anna memasak pucuk daun ubi, memang sodappppp...


Petang tu juga, I menyibukkan diri membantu nenek membungkus nasi dalam daun, dalam entry tahun lepas I ada jelaskan sedikit proses2 nasi bungkus ni atau di kenali sebagai "lubak tenga" di kalangan kaum Lun Bawang, sila klik sini "All The Way From Lawas" untuk entry tu yer, sebenarnya bukan membantu tapi mengganggu ada lah hehehe..., I berjaya membungkus 4 bungkus nasi, kira ok lah tu hihi

LUBAK TENGA
*
*
*
"Daun Kukub"
~ inilah daun yang digunakan, tumbuh subur dibelakang rumah nenek

seperti biasa, mesti posing :p

~ daun yang dibersihkan sebelum membungkus

~ nenek tengah konsentrasi, miss my grandma now hurmmm...

~ yahhh.... sopan membungkus, sebenarnya menahan panas nasi tu, memang tapak tangan nenek boleh tahan...

~ Tadaaaa... berjaya, tapi bungkusan tak secantik bungkusan nenek


p/s: Will update soon..... Happy weekend & Happy Mommy Day Everyone!!!, nak pergi jogging ni yihaaaaaa.....