Friday, December 4, 2009

Thank Food Vegetarian Restaurant

Hari rabu yang lepas I telah menghadiri makan malam di Thank Food Vegetarian Restaurant, beberapa hari sebelum tu I menerima panggilan telefon dari Eric, dia ialah kenalan yang baik dari Sibu, sepanjang I berada di sibu hampir 4 tahun, I agak rapat juga dengan mereka sekeluarga, kira dah anggap macam keluarga sendiri juga

Mereka sekeluarga datang bercuti ke Kuching sehingga hari sabtu ni, dalam masa yang sama Eric juga menyampaikan satu berita yang baik, dia telah dinaikkan pangkat sebagai unit manager, tahniah Eric!!!!!....., jadi malam tu dia menjemput kenalan2 rapat dari Kuching untuk menghadiri Appreciation Dinner

Ok I memperkenalkan sedikit tentang Eric ni, selain berkerja dengan salah sebuah syarikat di Sibu, dia juga merupakan agent insurance, dengan dia ni lah I beli insurance, type of assurance yang I pilih ialah PRUlink assurance plan, plan yang ni bagus sebab ada medical card....

hurmmm... kalau ada sesiapa yang berminat sila lah lawati mana2 branch Prudential yer untuk maklumat lanjut hihi.... bagi I plan yang ni bagus dan berbaloi-baloi, bagus untuk masa2 depan juga ni, di kala2 kecemasaan...., bak kata orang2 sediakan payung sebelum hujan kan kan kan.... ^_^

Apa2 pun happy juga berjumpa dengan mereka sekeluarga kembali, rindu pula kat Sibu, oh apa kabar my little buddy I di sana...., miss didi so muchhhhh, next january harijadi dia, dah nak masuk umur 3 tahun, waaaa...... rindu didi huhu... *sigh*

AT THANK FOOD VEGETARIAN
RESTAURANT

*
*
*
~ yang berbaju merah tu lah Eric Kiu dan isterinya Lisa @ Liping

tak tahu pula apa nama menu ni, yang I tau sepinggan besar ada 5 in 1 dishes
~ ada satay, serupa macam satay daging, tapi semua di perbuat daripada tepung, rasa boleh tahan

yang ni cendawan dengan sayur

I tertarik tengok menu udang vegetarian ni, pinggan berbentuk sampan hehe

Udang @ vegetarian prawn
~ rupa sebiji macam udang tapi diperbuat ini daripada tepung

Malam tu ada 6 menu semuanya, tak tau macam mana nak gambarkan betapa kenyang, cuba bayangkan budak nama Ivy tersandar di kerusi dengan perut yang boroi..... aaaaaa... macam tu lah rupa I malam tu, kenyang tahap naga hahahaha....

p/s: 2 3 hari ni tak cukup tido, baju dalam bakul dah penuh seperti timbunan bukit2 hahahaha..., ada sapa2 nak tolong cucikan lalalalala....., esok hari bahagia buat my kazen Lyn, sayangnya I tak dapat menghadiri majlis perkahwinan dia di gereja esok pagi, hurmm.. takpe2 malam dapat menghadiri wedding dinner, ok I will update about the wedding soon k... nite2 semua!!!!...

6 comments:

Elisha said...

Visiting a vegetarian restaurant is one of the most awkward moment that I have ever experienced. Of course, without the knowledge that it is a vegetarian restaurant.

Ordered foods that I thought it was meat but when I get the "chicken" into my mouth, I'm bloody sure it wasn't meat. I was painfully disappointed when I realize it was made of flour.

I could say it was the most unsatisfied meal that I ever had. Although I've tried my best to finish all, the meal doesn't feel complete without meat.

Ms Tikot said...

Boleh tahan kan makanan vegetarian. Oklah daripada x ada apa2 nak owh ;-)

azman said...

mgkn tekak aku xsesuai

kirana said...

Nampak mcm sedap jak. Kmk pun lom lamak makan ke bbq steamboat restaurant. Nang myelerakan. Ney ndak kilo makin nait.

Andy said...

dulu i pernah jadi vegese....huhu

Anonymous said...

Nampak sedap makanan tu hehehe..