Wednesday, October 28, 2009

Projek Ikan Keli

Dalam entry yang sebelum ni, I ada sebut tentang projek ikan keli my brother Lee kan, ini juga merupakan salah satu aktiviti kami pada hari sabtu yang lepas, selain ke kebun buah (klik sini) dan juga aktiviti2 memetik jagung yang fresh (klik sini), kalau terlepas entry klik saja yer, sudi2 lah hehe

Projek Ikan Keli my brother Lee ini akan dibuat secara kecil-kecilan dahulu, kerana ini baru permulaan, jadi bagi my brother tak salah untuk membuat dalam saiz yang medium dulu, kalau hasil serta pulangan nya bagus dan lumayan, maka tak salah kan untuk mencuba dalam saiz yang besar-besaran pula di masa2 akan datang

Anak2 ikan keli belum lagi sempat my brother simpan ke dalam takungan air tersebut sebab minggu ni dia kena driving ke Miri membawa my dad yang hendak pulang ke Lawas kerana ada urusan untuk di selesaikan, jadi kemungkinan besar minggu hadapan dia merancang untuk menyimpan anak2 ikan keli ke dalam takungan tersebut

Walaupun I tak tahu selok-belok penjagaan ikan keli, tapi I rasa begitu teruja untuk melihat macam mana proses nya nanti dan juga hasilnya, kalau anak2 ikan keli dah di simpan dalam takungan air tu nanti, pasti I akan update kan yer

Here few pics yang sempat I snap


Di bina sendiri oleh kedua2 abang I iaitu Ken dan Lee

Buat permulaan my brother Lee menggunakan kanvas.. aihh....betul ka ejaan I nih hahaha...

Belum ada anak2 ikan keli lagi dimasukkan, air juga tidak ditakung dalam kuantiti yang banyak, sedang2 saja, ada I tanya kat abang, kenapa air tak diisi dengan banyak sedikit, my brother cakap tak perlu diisi dengan banyak dahulu, I angguk2 jak lah mendengar jawapan dari dia, lepas ni I akan belajar serba sedikit tentang macam mana hendak pelihara ikan keli ni nanti....*wink wink*

Jaring yang di pasang ini untuk mengelak air yang ditakungkan panas terutama apabila cuaca panas

~rampai kolam
Mula2 kami berdua sister Irene merancang hendak mengambil rampai2 kolam ni, hendak di masuk kan dalam air takungan tempat anak2 ikan keli di besarkan, tup tup tup.... tak jadi ambil rampai2 kolam ni sebab masa tu nenek datang menjenguk, syok bercerita tentang ikan2 dalam kolam sampai terus terlupa rancangan asal ahahaha....

Bodyguard di rumah nenek
~ ayu bodyguard ni posing, tengok tangan tu hehe, tak tahu pula nama anjing peliharaan nenek I nih

Anak2 pokok cili padi
~ yang ni my dad yang tanam, ahli2 keluarga kami ni memang suka makan pedas2, sedap oooo....

My brother Lee
~ Ini lah bakal tauke Ikan Keli hahaha


p/s: ok nak kongsikan pengalaman I di tempat kerja hari ini, mode dalam mood happy walaupun penat, belajar sedikit tentang sesuatu yang baru tapi sangat interesting, paling best bila rushing nak siapkan2 setiap tugasan, lepas postkan entry ini, I nak mandi dan tidoooo...hihi..., will update soon k....






12 comments:

Nolee Zahari said...

wahhh.
ikan keli
byk untung tu sis :)
yg pasal produk tu kn
klu kat sarawak ade kedai sinma,
mesti ade produk tu :)

erolnukman said...

oohh..bagus2..brapa modal utk pmulaan?saya pun bminat juak sbenarnya nak molah projek tok..

Anonymous said...

wau..seronok juak buat projek ikan keli ni Ivy hehe..pulangan yang berpatutan..penjagaan mestilah rapi...

Faizal n Fashitah said...

Rami glak urang nginang ikan keli time tok. Ada market ka?
Bukannya pa, masa mek kat kch dolok.. ada kawan mek kat kch nun yang kebetulan nginang keli juak.. nanyak whether mek ada contact kat kl nun to sale keli nya. Few weeks after that..my friend kat kl call me,.. nanyak whether ada sapa2 maok meli keli nya kat kch nun..

joegrimjow said...

seb bek ada penghalang
klu x
bulat mata ikan keli tgok peha cik mentega
lalala~

joegrimjow said...

nanti klu untung bnyak
u update la ek
xpon tel me
minat gak bisnes2 camni
;-)

Willie a.k.a Reptoz said...

Wah, bagus bagus. Usahawan muda.

DilOt said...

dilot pun minat gak...

cume modal je xdek...hehe...

Lyne Bahtar said...

nnt leh la ivy bg kite ikan free..
yeay~!!

Ivy Metaga said...

nolee:
tapi kan nolee rasa2 nya tak ada lah kedai sinma kat sarawak, hurmm takpe nt sy cuba cari mana tau kot2 ada outlet kat sini hihi...=)

erolnukman:
kmk pun sik pasti juak modal permulaan, kelak kmk ty ngan abg k, akan kmk update ttg projek tu dari masa ke semasa, yer..deh hehe

krisno:
tu lah sy harap my brother lee betul2 serius utk menjalankan projek ini walaupun secara kecil kecilan...=)

Ivy Metaga said...

faizal & fashitah:
kmk kurang pasti juak koh, mun ktk ty ttg market nya, hurmm..kelak kmk tgk macam mana hasilnya, akan kmk updatekan dalam blog tok oh..hehe

joegrimjow:
hahaha....nt ikan keli pun cepat membesar hahaha..
ok akan sy update kan perkembangan dalam blog k...
joe ni mmg otak bisnes..bagus2..

willie:
moga my bro berjaya, paling2 pun mencuba kan..=)

dilot:
takpe..dilot kumpul duit dulu, ada juga jiran kami yang buat secara kecil-kecilan kat belakang rumah mereka..=)

rosy daisy:
uihhh..utk lyne bole bole..janji u makan bnyk2 sikit wokey...
ikan tak mengemokkan lalala...=)

Jay said...

moga jadi usahawan berjaya..