Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Sunday, January 16, 2011

Hello January 2011!!!..

Rupa-rupanya dah masuk sebulan I tak update since my last entry on 14 December 2010, dalam tempoh sebulan ni memang banyak cerita yang nak dikongsikan tapi tak kesampaian sebab mungkin kerana alasan2 yang sering digunakan "BUSY" hehehe....,

Hurmm..... Masa I tengah menaip ni, jam dah menandakan waktu 11.33 malam, a good number right!!!!..., ni gara2 sambil menunggu games Frontierville dalam facebook ni tengah loading, sambil melayan mata yang degil tak mahu tido hishhhh.... mungkin terlebih tido petang tadi haiya... mungkin banyak masalah2 negara yang hendak difikirkan, aiseh macam PM pula I ni hahaha..., errrrkkk... kenapa pula malam ni I banyak menggunakan perkataan "Mungkin" yer...

Rasanya tak terlewat untuk I mengucapkan a Happy Blessed New Year 2011 untuk semua rakan2 blogger, silent reader kalau ada cehhh.., pembaca2 yang teraccident masuk blog I ni hehe...

Mesti ada yang tertanya2 ke mana menghilangnya Blogger Metagavilla ni, ada ke yang bertanya???... tak apa lah I perasan sendiri pun takpe :p...., dalam tempoh sebulan ni ada perkara yang mengembirakan dan juga menyedihkan, secara ringkas I akan senaraikan di sini, jadi nanti dalam entry2 yang seterusnya I akan huraikan satu persatu....

December 2010
~ Annual Staff Dinner 2010 (20 Dec 2010)
~ Christmas Holiday at Lawas (21 - 27 Dec 2010)

January 2011
~ New Year Celebration
~ Funeral of my late Grandpa :((
(May you rest in peace "babai", how bidayuh used to address grandpa)

Coming soon!!!...
~ My younger brother Eric Engagement on 29 January 2011.


Ok dah list........ azam baru tahun ni, ingin menjadi blogger yang aktif update macam dulu2 hehehe, mana tau kabar2 angin facebook nak tutup bulan March ni :p, memang tak kan tutup lah, orang mana kalau dah dapat keuntungan yang banyak , tiba2 kata nak tutup, tak kan nak tutup periuk nasi sendiri kan...

Nak Sambung main games dulu lalalala.....





Wednesday, June 2, 2010

Miss me??

Dah masuk bulan June, baru sekarang nak updatekan blog I ni, ada sapa2 rindu tak hehehehe..., nak tahu ke mana I menghilang dan mengapa... macam siri CSI lah pula :p

Dalam tempoh hujung bulan May yang lepas, banyak kisah yang berlaku, mula2 tu I terkena sakit mata, pertama kali kena sakit mata ni huhu, tapi nasib baik juga lepas 3 hari mata I dah sembuh, terima kasih dengan air mineral cap gajah atau Rhino mineral water, bagus utk buang panas, hari pertama bila simptom2 mata dah nak sakit, 12 botol I minum hahahaha....

Lepas tu, kisah I terjatuh pula, lutut sebelah kanan luka, sekarang dah sembuh sepenuhnya, eeeeee...I jatuh tu pada hari yang sama mata I dah mula sakit, rasa seperti bak kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga...., kena minta cuti 1 hari gara2 sakit mata...

Good news sepanjang minggu I menghilang, my cousin Sona yang kawen tahun lepas selamat melahirkan baby boy, congratulations to both of them and welcome to our BIG family Ayden...

My Cousin Sona & Stanley
~ Their Wedding on 5 June 2009, klik sini untuk entry Big Day mereka

The Baby Boy ~ Ayden

Oh I juga ada terima kad jemputan untuk ke majlis perkahwinan salah seorang kawan baik I Rachel yang akan diadakan pada 12 June 2010, wah tak sabar nak tengok Rachel, so excited ok.....
Roy & Rachel ~ During their engagement day on 28 November 2009, klik sini

Lappy pula kena attack virus huhu, tak bole online lagi, I update ni pun dari office, tapi best juga lah sebab line internet di office memang pantas sepantas kilat hehehehe, masih tengah fikir mana satu hospital kena hantar lappy I ni huhu, any suggestion???...., kalau dulu di sibu I tahu mana nak hantar, tapi kat Kuching blum tau lagi mana satu hospital yang bagus..., apa kata Hospital Umum Sarawak hahahaha... kena tendang baru padan muka :p

~ kena attack virus huhu..

Tahun ni buat pertama kali I menyambut Hari Gawai di rumah panjang di Sarikei, pengalaman memang best, new experience for me but love it much much hehehe, I akan update tentang sambutan gawai di rumah panjang dalam entry yang akan datang k, gambar2 blom diuploadkan lagi....

Sebelum tu I harap belum terlambat lagi untuk I mengucapkan Selamat menyambut Hari Gawai buat semua kaum Iban & Bidayuh serta Happy Holiday buat semua budak2 sekolah & siapa2 lah yang masih lagi bercuti ^^

Panjang lebar tak update I kali ni, sudi2 lah membaca.... amat dihargai aisehh..:p



p/s: nak sambung kerja, sebelum Boss nampak lalalalala..... please say that kamu, kamu, kamu & kamu miss me lalalalala...

Thursday, April 8, 2010

OMG....

Oh tidakkkk!!!!... tak mungkin, prestasi untuk berblogging makin menurun hehehe...., ni dah masuk 8hb baru je satu entry, eh silap, baru masuk 2 entry termasuk entry yang ni, tak mungkin tak mungkin tak mungkin (sambil cubit pipi, tarik telinga, tarik rambut :p, statement imaginasi hehe....) adoheh.... lemah nyawa mek nyah... nah ambik ko lalalala....

Dalam hati banyak cerita nak dikongsikan, tapi apakan daya tak larat, ok ok I tau ni alasan tak boleh blah punya....

Hari tu my mum ada cerita, ada lah seorang pakcik ni, salah seorang datuk kepada pelajar di sekolah my mum, tiba2 jak pakcik tu bercerita

Skrip pakcik:
"Saya tak mahu anak atau cucu2 saya jadi juruterbang, cuba kamu bayangkan, kalau pandu kereta laju2 di jalanraya tapi kita masih boleh tekan brek, kalau diudara, mana boleh brek, macam mana nak berhentikan belon @ kapal terbang kat atas tu, kalau terlibat dalam kemalangan dijalanraya pun, tubuh badan masih ada, kalau belon @ kapal terbang meletup, tubuh badan pun tak nampak, hancur sana sini.... betul tak cakap saya cikgu???...

Skrip mum:
~Senyum memanjang......

Senyum jak I dengar masa my mum cerita, paling tak tahan ialah bab2 brek tu, macam mana lah imaginasi pakcik tu sampai ke situ hehehe.....

Gambar tiada kaitan, saja2 tu hahahaha...,
sebab I nak berposing dengan my brother Lee's Glasses
Saya kan suka berposing lalalalala....
*
*
*

Friday, March 26, 2010

Cak!!!!...

Baru hari ini I berkesempatan menjenguk blog, bila tengok last date I update entry ialah last monday, aduiiii.... I tepuk dahi rupa2nya dah 4 hari I tak jenguk blog ni, lepas ni kena buat larian 100m ke blog rakan2 blogger yang lain, bukan tak nak jenguk, rindu pun ada wehhh...., tapi masa banyak dihabiskan untuk urusan2 kerja, bila dah free, I gunakan waktu2 yang terluang sebaik2nya untuk merehatkan diri, I pasti setiap orang yang dah masuk alam pekerjaan pasti akan mengalami keadaan macam ni huhu....

Dalam 2 3 hari sebelum ni, I rasa emo sikit sebab salah seorang rakan sekerja dah berhenti last wednesday, dan seorang lagi pada isnin minggu depan, rasa macam kehilangan jak, sebab dah biasa berkerja bersama2, tapi bila dah busy perasaan emo tu hilang sekejap, minda fokus jak nak siapkan setiap tugasan2, terkejar2 masa.....

Hurmmm... teringin nak taip panjang2, banyak cerita nak dikongsikan ni, tapi tak larat lah, nak upload gambar pun malas hehe...., rasa nak berendam dalam air suam2 kuku, rasa nak ke spa, urut2..... sapa nak sponsor??? angkat kaki hihi.. isshhhh... banyak pula perkataan "rasa"


Ok lah will update soon!!!.... daaaaaa....


p/s: pesanan buat mstikot dan rakan2 bloger yang ada number hp I "Miskol kmk, semua number dah hilang, hp gugok dalam air eh, lalu KO hp huhu..."

Wednesday, March 17, 2010

Line Clear!!..

Pertama kali blog I bersiaran live dari office hahaha, cepat2 type words by words, nanti kena sekodeng bos habis..., TQ buat teman blogger Felicia @ ahmoi chantek!!! buat award yang menarik ni, tq so much much much, rasa macam dah lama orang tak bagi award kat I, ada lagi sapa2 nak bagi..... tengah menunggu niiiiii... :p, tapak tangan dan kaki I tadahkan...

Beautiful Award from Ahmoi Chantekkk!!

Hari ni ok sikit, sibuk2 pun sempat lagi update blog hahaaha, nak juga tahu macam mana perasaan menaip blog di tempat kerja, mesti berbeza dengan perasaan menaip dirumahkan, kalau di office menaip ala2 sepantas kilat zashhhh....., mata pandang kanan kiri depan belakang, ok line clear, telinga pasang kanan kiri dengar ada orang datang ke tak...

Rasa sedih pula hari ni bila dapat tau hujung bulan ni ada 2 orang teman sekerja akan berhenti kerja, waaaaaaa.... sedihnya, seorang kena pulang ke semenanjung, seorang kena pulang ke miri, people come and go macam kad touch and go huhu..., tapi nak buat macam mana life must go on bak kata omputih huhu...

Malam ni I akan menginap di hotel heeeeeee, dalam otak dah imagine nak berendam dalam tab mandi, isi air sampai penuh, campur dengan Johnson 's Bedtime bath, lepas tu terjun dusshhhh...., wahhhh.... mesti seronok kan eeeeee.... best2

Ok sekarang rasa macam kanak2 riang sekejap...

~ Suka produk ni dari dulu sampai sekarang, I tetap setia dengan Johnson's Lotion yang berwarna pink tu... wangikan seperti bau baby bah hehe...

Eh lupa pula syarat kalo dah terima Award dari Ahmoi Chantek kena bagitau 7 tentang diri Ivy hehehe...

The Truth of a Girl name Ivy :p

~ suka makan, siapa2 nak buat party gathering ke, dinner ke, candle light dinner ka, apa2 aturcara yang berkaitan dengan makan2, jangan malu2, sila lah contact I di talian 1-800-900-000 hahahaha..., rezeki jangan ditolak ok

~ suka artwork & sketching, you know I know... apa ayat daaaa..., sapa yang pernah kena sekodeng tu ada lah terpampang di my gallery

~ I suka melihat apa2 yang ada seni & cute miut, pantang melihat barang yang comel2, tangan memang gatal nak beli tu...

~ suka tido, sapa yang kata tak suka tido... tipu lalalalala...

~ lebih suka tido dalam suhu bilik atau nama gelemernya fresh air, tak dapat tido nyenyak dalam bilik yang beraircond, selalu perut mesti kembung tak tau kenapa, jadi malam ni I tido di hotel, aircond kena kurangkan suhu dan pakai selimut sampai kepala hahaaha...

~ banyak koleksi baju berwarna putih, senang mix and match dengan warna2 lain, yang paling best bila kotor, rendam jak dalam clorox heeeee....

~ suka memeluk selimut bila tido, lebih cepat terlelap...



ok habis dah cerita heeeeee.....Line Clear!!!!!....





Monday, November 30, 2009

Perpisahan Itu......

Hari ini, teman sekerja I mendapat tawaran bekerja di tempat lain, bila dengar sahaja berita tu, tiba2 jak I rasa awan yang cerah di langit bertukar mendung, hamboiiiiii.... sempat bermadah lagi I ni yer hehehe...., yerlah lepas ni takde lah kawan yang paling rapat di tempat kerja

Walaupun baru berkenalan selama sebulan I di tempat kerja yang baru, tapi kami berdua memang rapat, memandangkan dia juga merupakan pekerja baru, kira kami berdua ni sama2 belajar dan menyesuaikan diri di tempat kerja

I masih ingat lagi kata2 kawan I ni dengan nada bergurau

Sara: vy mun ko berhenti, aku berhenti juak, sik mok ku sorang2 sitok

aku: hahaha.....ok

Tapi sekarang dia yang kena pergi, tapi I tahu pekerjaan yang baru ditawarkan pasti dapat banyak membantu dia di masa2 akan datang, walaupun sedih kerana akan berpisah, dalam masa yang sama I juga tumpang gembira mendengar berita baik ini dari dia

ok nama teman I ni Saravella, tapi kami semua memanggilnya mesra dengan panggilan Sara, orang nya manis semanis namanya, baik, ceria, humble, kadang2 bila I ada pertanyaan, dia pula yang banyak membimbing walaupun sama2 baru, paling best kalau part meluahkan perasaan sedih, tak puas hati, bergosip.... alaaa... kalo dah namanya perempuan tak larikan dari bergosip2, tapi kami gosip baik2 je tau lalalalalala....

Tadi bila I bergurau dengan dia macam ni

aku: huhu... sara kelak aku sorang2 eh

sara: iboh padah cam ya, rasa mok nangis jak ku dengar eh

aku: hehe..lawak ko tok eh, dont worry keep in touch k, iboh ko lupa update2 di facebook ya, ku ikuti perkembangan ko di sia k

sara: auk

kami sama2 tersenyum dan tertawa kecil...

Pasti I akan merinduinya, yerlah dia dah jadi salah seorang kawan baik dan juga merupakan teman sekerja yang sanagt baik.... susah nak cari kawan bila susah dan senangkan

Apa2 pun, I wish Sara all the best!!!!....


p/s: pertemuan itu menyenangkan tapi setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tapi ku yakin setiap pertemuan dan perpisahan itu pasti ada hikmahnya... hurmmmm... malam ni memang I rasa E.M.O huhu..... oh lupa pula, ada ayat2 dalam bahasa sarawak, malas nak translate ayat2 tu boleh, kalo ada teman2 blogger dari sabah & semenanjung tak faham tanya yer hi hi hi.... ( ^_^)

Ku sedih tapi ku tetap ingin mengukirkan senyuman walaupun pahit... hurmmm....

Tuesday, November 17, 2009

Jobs, Engagement, SPM


Oh apakah tujuan gambar diatas, saja jak buat hiasan hahaha, bunga pengantin dengan bunga pengapit tu, kalau ada yang mengikuti perkembangan blog I ni, pasti anda semua ingat gambar bunga ni pernah muncul dalam entry tentang perkahwinan my kazen Sona dalam bulan June yang lepas

Mungkin ada di antara rakan blogger sudah mengetahui status pekerjaan baru I sekarang, ni dah nak masuk minggu ke-4 di tempat baru, setakat ini semuanya ok and I enjoy my new job, hurmm.. salah satu yang I suka tentang pekerjaan baru ni sebab I akan membuat wedding proposal untuk pasangan yang akan mendirikan rumah hahaha, eh silap mesti ada tangga tu, rumahtangga....

Last week I baru je buat satu proposal untuk pasangan ni, nama kedua2 bakal pengantin seperti I kenali jak, so after email the proposal, the next day, I terima panggilan dari bakal pengantin perempuan, rupa2nya dia memang kawan yang dikenali dari sekolah menengah, oh memang tak sangka juga, masa mula2 I tengok nama mereka berdua I ingatkan orang lain kot, mana tau rupa2nya sah orang yang sama, best kan hehe

Hari ini I terima panggilan daripada salah seorang kawan baik I Rachel, dia akan bertunang sabtu minggu depan, Im so happy to hear the good news from her, so I will update about the special day!!!

Esok bermula lah hari pertama SPM, my sister Irene tengah study sekarang masa I taipkan entry ni, my sister ni memang sempoi jak, relax jak rupa dia, dari dulu sampailah sekarang, tapi antara kami adik beradik memang dia lah paling terer hahaha, maintain straight A dari UPSR sampai lah PMR, moga untuk SPM ni dia dapat buat yang terbaik juga, I doakan moga my sis berjaya
Oh lupa pula, buat rakan2 blogger yang bakal menempuhi peperiksaan SPM tahun ni, wish u all the best!!!!...

Oh apa kah tujuan gambar di sebelah, saja2 jak bah tu, nak tunjuk chomel sikit lalalalala...... tak habis2 ayat tak boleh blah

Satu lagi, esok ada special day buat seseorang yang I amat sayangi, siapa tu, tungguuuuuu entry yang seterusnya k, I will update soon....

Saturday, November 7, 2009

I Miss Him!!!

Dah masuk minggu ketiga I telah meninggalkan bandar Sibu setelah menetap di sana selama 4 tahun, I pun tak menyangka masa berlalu begitu cepat, mula2 masa I keja di Sibu, I ingatkan hanya untuk mencari pengalaman keja di tempat orang dan juga belajar untuk hidup berdikari tanpa keluarga di sisi, pejam celik pejam celik I tak sangka pula dapat bertahan tinggal di sana selama 4 tahun

Sering kawan2 I dari Sibu bertanya, mengapa I yang datang jauh dari Kuching hendak bekerja di Sibu yang merupakan bandar yang kecil, sedangkan penduduk Sibu ramai yang mula berhijrah ke tempat yang lebih besar, selalu I akan jawab macam ni "kerana ingin mencari pengalaman hidup di tempat orang", lagipun I suka juga menetap di Sibu, walaupun bandar kecil, I suka sebab kurang sesak berbanding2 bandar2 yang besar, jadi kepala kurang pening sikit hehehe

Ok, tadi I sempat chat dengan kawan sekerja I dari Sibu, banyak lah cerita yang kami berdua kongsikan, lebih2 lagi tentang my little buddy iaitu Desmond @ Didi, kawan I bagitau yang dalam beberapa hari ni Didi sering bertanya di mana I, kalau ada bunyi saja depan pintu office, cepat2 dia berlari ke depan pintu dan memanggil2 nama I, sayu hati I bila dengar kawan I ceritakan hal tu huhu..... E.M.O sekejap bole.... huhu

Mesti lah rindu sangat2 kat Didi, I melihat dia membesar dari perut mumy dia, dari dia masih baby sampai lah berumur 2 tahun, january tahun hadapan genaplah umur Didi 3 tahun, terlalu banyak kenangan kami bersama, bila I bawa dia jalan2, mesti orang ingat dia anak I hahahaha, kadang2 bila orang tanya.... U punya anak ka??, dengan bangga I jawap, "ya his my baby" hihi....


Masa dia few months

Comel kan masa dia kecil

Dia dah mula pandai berjalan dan bermain

Bila dah tumbuh gigi dan mula pandai makan sendiri

Ni masa umur dia dah 1 tahun lebih
~ muka penat dia masa tunggu I dan mumy dia shopping hehe, setia menunggu tapi tak pandai duduk diam bila dia dah penat menunggu

Umur masuk 2 tahun
~ muka innocent, masa ni dia nak buang air besar tapi dia diam jak sehinggalah mumy dia bertanya, baru dia bagitau dia nak "em em em" (ni lah bahasa dia bila dia nak berak..)

Our moment

Tak sangka pula, mumy dia juga rindu kat I hahahaha, yerlah dah 4 tahun kerja bersama2, banyak juga kenangan yang manis untuk di kenang, moga cuti nanti I pasti akan menjenguk mereka.... hurmmmm....

Oh satu lagi, hanya ayat ni jak yang Didi tahuv "Jalan Jalan Cari Makan", tapi selalu dia sebut macam ni " Jalan Jalan Cali Mikang" hahaha.... adeh comel kan..., at least dia tahu juga sepatah 2 kata ayat2 dalam bahasa melayu...

p/s: wokey nak tido dah zzzzzzzzzzzz............









Wednesday, October 21, 2009

Update!!!!....

Sebenarnya banyak yang hendak dikongsikan dengan anda semua tapi terlalu penat untuk menaip panjang2 hehehe, jadi akan di update soon wokey, hanya gambar I yang chomel jadi tatapan, buat blogger lyne sila jangan lari atau muntah bila dengar perkataan chomel tu yer, ayat itu pasti tak boleh blah lalalala....

Kepala masih bingung tiap kali I melihat kotak2 yang penuh dengan harta2 karun dari Sibu belum dikemaskan lagi, harta karun tu maksudnya semua barang2 peribadi I yang jauh datang dari Sibu hehe, mumy pun dah bising melihat kotak2 yang masih belum dikemaskan, bukan tak mahu kemas tapi betul2 penat, bilik tido pun macam tongkang pecah hahahaha, jadi hujung minggu ni akan I habiskan waktu untuk kemas2kan barang.....

Ada siapa mau tolong, angkat kaki heeeee....:p

Ini sebahagian harta2 karun hahaha...., gambar diambil di rumah sewa Sibu masa mula2 packing barang2, ada banyak kotak2 lagi

Baru pulang dari kerja, lepas hantar my sister ke tempat tuisyen, sempat lah jalan2 dengan my mum di Everise Departmental Store di batu 4, jadi seperti biasa bila depan cermin mesti snap snap snap hahaha....


p/s: masa menunjukkan 10.55 p.m, mata dah mengantuk huhu

Tuesday, March 24, 2009

Mengapa Harus Cinta

Mendungnya pagi ini
Bagai memahami erti
Lambaian rambutmu
Bisakah kita

Hatiku nak bersatu
Kasih pun terbina
Namun cita membawamu oh jauh dariku

Chorus:
Mengapa harus cinta
Kelu ada yang berpisah oh
Tak ku mungkin mengerti
Mengapa harus kasih
Pastikan jua berakhir sayang
Tak sanggup ku menanggung pilu ini

Masih di fikiran
Getarmu mata bertemu
Di hati terasa
Oh debaran cinta

Keayuan wajahmu
Merdunya suara
Kini tinggal oh kenangan
Hingga ke akhirnya

Ikhlas ku berdoa
Pada yang Esa
Kan ku kenang
Apa erti selamanya

Vince : Mengapa Harus Cinta



Kenapa erk..dalam hidup ni mesti ada pertemuan dan perpisahan.. tiba2 jak feeling2 da petang2 nih huhu...(hujan lebat kat luar tu sekarang...)


Friday, March 13, 2009

Tv..oh..Tv..

Lepas dengar news kat Tv3, i tengok..mr.bean...tgh syok tgk tv..senyum lah me sorang2, mana tak nya..tgk lah warna tv i tu..nak kata warna merah..tak juga..color pink keungguan sikit lah warna my tv screen..huhu...sebenar nya dulu ok jak tv ni..semua ni gara2 screen pandai gelap jak (..sik nampak apa2..dengar bunyi jak...)..happened last year..ada lah kena hantar repair..ok lah after few weeks, alih2 jadi macam ni lah plak haha..me biar jak lah lagipun jarang juga tgk tv, selalu malam je bila relax2..

Tv antik ku...

Esok kena bangun awal pagi, sebab my cousin, kule maybe datang awal2 pagi esok..huhu... kena bangun awal lah....waaa.. buat tv antik ku walaupun warna screen cam tu..i tetap...layannnn..bak kata si fara fauzana...

Wednesday, March 11, 2009

Walaupun sibuk..ku tetap makan....

Hari ni sibuk lah ngan keja, tapi macam biasa la.. makan adalah satu kemestian dalam harian ivy hehehe...kedai makan tak jauh dari tempat keja, sangat lah dekat....pagi tak dapat buat keja sebab my little buddy selalu bawa main la...aiyooo..., jadi sebelah petang jak dapat buat keja..huhu..banyak keja nak kena siapkan hari ni..waaaaa...

makan mihun goreng jak..simple tapi mmg ummphh..

minum susu..hihi..
(minum susu bagus ape..untuk kalsium chewaahh..)


"..hiii...lai lai..mali cali makan wooo.."

Kena buli....

Hah sapa kena buli ni....ivy kena buli ka?.....ala my CJ7 kena buli lah hari ni hehehe...(saje je wat suspen..), tapi bila tengok kes buli di sekolah baru2 ni macam yang disiarkan kat program 360 Tv3 tu...eii..kasihan lah, geram pun ada..apa nak jadi ngan budak2 sekarang ni...nasib baik lah selama i masuk sekolah tak pernah kena buli...

".......##$%%&*&%#@^!!!!... "
(..ntah apa di cakapnya... i lupa ajar CJ7 cakap english ngan melayu laa.....)

siap bawah kerusi digantung nya si CJ7...huhu..


gggrrr...ganas tak ganas....
(ni lah tukang buli nya..hahahaha...my lovely little buddy..)

Anyway...moga ceria-ceria selalu buat teman2...post ni khas untuk mengukir senyuman di wajah kalian...peace..

Monday, March 9, 2009

Tuesday Morning...

Pagi2 hari ni, i makan tomyam for breakfast, kedai makan located kat bawah tempat keja jak..., then after makan macam biasa sambung buat keja sikit..(biasa lah boss tak ada, leh buat keja ikut suka2 jak kuang2...opsss..), sekarang dah lunch hour, so ambik masa relax2 sambil minum cereal drink 3 in 1 for lunch...., ngantuk pun ada huaaaaa..(imagine mulut buka besar2 hehe...)..

kawan sama keja, hui ming, makan bubur jak nya..bakal dapat baby kedua tu..dalam post yang sebelum ni, my little buddy ya..the little cute baby boy was her 1st baby..tok lah mummy desmond..

macam banjir jak tomyam yg i makan ni...sedap ya..ngan air limau sekali..peng peng (sejuk2) lagi

this for my lunch...pagi dah makan berat..lunch ala2 kadar jak lah..(salah satu cara mau maintain kan berat badan huhu.....)

dok relax terpandang ku..my CJ7 hahaha, kesian di gantung kat dinding office....(nya nangga (tgk) i minum ya..
oklah untuk kawan2...moga menjalani hari selasa yang best2 huhuhu... (hari tok rasa macam hari isnin jak, ya lah smlm kan cuti...)

Help..Help...

Ha ha ha..(ala2 shin chan ketawa..), saja buat title macam tu (apa hal hari ni buat title yg suspen2 jak tok oh....), hari ni kan cuti jadi tak tau lah nak buat apa, pagi pergi breakfast dengan kule, after breakfast around 11 kule dah pulang, this saturday she will come visiting me again..., jadi petang2 i online sambil tengok drama jelita..(suke tgk agnes monica...love her Matahari song..), dok2 buat N3..(bak kata si ken..), apa lagi me..makan2 snek....(hidup ivy tok sik lari dari makanan kuang2...)

nampak sedap ka...

tengah buat N3...snek sentiasa menemani ku...adeh feeling plak..
Cuti2 memang lah best, tapi kalau tak tau mau buat apa..boring plak..hihi..nak kuar pun malas adeh...dalam jam 4 lebih..hujan turun da..siap lari2 lagi angkat kain baju dari jemuran hihi...,
anyway happy holiday buat kawan2 lah...