Tengah hari lepas lunch, I melihat banyak miscall dari my brother Eric, sebelum sempat I mendail, I menerima panggilan dari sis Irene, dengan suara tangisan dia memberitakan kabar yang membuat tubuh I terasa lemah, I terduduk dikerusi, setitis airmata jatuh ke pipi, I terus menyapu pantas dan memberitakan kepada salah seorang teman sekerja yang terdekat, sepanjang waktu berkerja I kuatkan hati, I cuba mengelakkan untuk membicarakan bila2 teman2 sekerja mula bertanya, bukan mengelak tapi I pasti akan menangis bila I mula mengenangkan buk lai (itu lah panggilan kami untuk Grandpa sebelah daddy)
Sepanjang petang, I sering menerima panggilan daripada mumy & dady, mereka yang menguruskan hal2 penerbangan kami bertiga ke KK, Sabah. Adik beradik I yang lain terus pulang driving dari Kuching ke Lawas,
27hb April 2010, pagi jam 7.00 pagi, mengambil waktu 25 minit dari rumah ke lapangan terbang KIA, penerbangan pada pukul 9.00pagi, mengambil waktu 1 jam 25 minit, tiba pada 10.25am di Lapangan Terbang KK, Sabah kami dijemput Uncle Stevenson, tanpa membuang waktu terus memulakan perjalanan yang memakan masa 3 jam 30 minit dari Sabah ke Lawas, cuaca agak baik dalam perjalanan dari Sabah sehingga lah kami sampai di simpang pekan Trusan, Lawas, simpang untuk masuk ke kawasan perkampungan2, tiba2 hujan lebat, my mum yang duduk ditepi I berkata, hujan tu seperti menanda yang datuk menyambut kedatangan kami, jiwa I sungguh tersentuh
Sampai didepan rumah datuk & nenek, kaki lemah menuju ke pintu, tangan disambut dan menerima ucapan takziah daripada saudara2 jauh yang datang dari kampung2 yang lain, airmata mengalir, hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan pada masa tu, I terduduk di sisi keranda dan dari cermin kecil, I melihat wajah buk lai seperti orang yang tidur nyenyak, dan buat pertama kali nya dalam seumur hidup I melihat daddy menangis, terdengar esakan tangisan di sekeliling, hati sayu bila nenek berkata
" Lihat cucu2 kamu sudah datang"
Setengah jam kemudian, adik-beradik I yang lain tiba, masing2 menangis bila masuk ke rumah, keranda dibuka buat kali terakhir, I sentuh dan pegang tangan buk lai, terasa sejuk, dan sekali lagi kedengaran tangisan memenuhi ruang tamu, masing2 melihat datuk buat kali terakhir sebelum keranda ditutup semula, kami semua ke Gereja untuk majlis doa yang ringkas sebelum jasad buk lai disemadikan buat selama2nya
Hati tak tertahan apabila keranda mula diturunkan perlahan2 dalam ruang tanah yang telah disediakan, setiap memory bersama buk lai mula bermain2 di ruang fikiran, I ambil sedikit tanah dan membuang perlahan dalam ruang tanah yang telah berisi keranda buk lai, begitu juga saudara2 yang lain
Telah masuk 6 hari Buk lai telah pergi buat selama2nya, tapi Buk lai tetap hidup dalam ruang ingatan dan hati kami, mula2 kami sekeluarga merancang untuk pulang ke Lawas melawat datuk & nenek semasa cuti gawai yang akan datang, tapi siapa sangka Buk Lai telah pergi dulu....., kita hanya mampu merancang, tapi hidup dan mati tak siapa yang tahu, hanya DIA yang maha mengetahui
Kali terakhir I melawat Buk lai pada bulan June 2008, setahun lebih kemudian tak pernah bertemu lagi kerana atas sebab2 kerja, siapa sangka akan bertemu dalam suasana yang sebegini, tak siapa yang pinta, tapi pemergian tetap diterima hurmmmm...
11 comments:
Takziah buat Ivy & family.
Ucapkan takziah...
Sorry to hear bout the loss. Send me condolence to your family.
my condolences to u and ur family ivy
sedih kite bace.. tersentuh.. u wrote it well.. take care dearie
Salam takziah buat Ivy n family... Semua ya adalah dugaan bagi kita semua...
Salam takziah ivy n family... Kmk baruk tauk tek :(
takziah ivy serta keluarga.
my deepest sympathy Ivy..
stay strong sista.. takziah from the komedian
~I'm sorry for the loss, may his soul rest in peace.
Sorry i not have great memory.
Post a Comment