Sunday, November 7, 2010

Number 27

Dah masuk 7hb November, cepatnya masa berlalukan, tak lama lagi dah nak masuk bulan December, lepas tu tahun baru, pejam celik pejam celik tak sangka sudah masuk 1 tahun I bekerja di Kuching, Semenjak dah berada di Kuching, waktu I dengan dunia blog ni dah berkurang sikit, bukan bermakna I menarik diri, tetapi cuma kalau update tu tak seaktif sewaktu I masih bekerja dan menetap di Sibu, sekarang lebih sibuk berbanding dahulu, nak baca updates2 dari kawan2 blogger yang lain pun kurang, tapi actually ada juga I baca cuma tak sempat tinggalkan jejak2 tapak tangan tapak kaki heeeeeee...., kalau dulu2 dalam sebulan entry boleh mencecah 20 lebih entry, kadang2 boleh genap 30 entry, maksudnya dalam sebulan hari2 update tau hahaha, sekarang sebulan cuma 4 entry, paling banyak pun mungkin 7, selalunya kurang dari 10 entry huhu.... apa nak jadi ni jang.... :p

~ Rupa I yang busy lalala....

Jadi entry kali ni I update tentang kisah2 I dalam minggu ni yer, ok dalam entry yang sebelum ni I ada hint sikit tentang birthday I kan, dah masuk sweet 27 ok hehe..., tahun depan nanti 28 tahun ooooo, wah... semakin "muda" hahaha...., sambutan ringkas tapi amat bermakna, kalau ada yang jadi kawan I dalam "muka buku" @ facebook, pasti dah lihat gambar2 masa I birthday tu, here few pics..

3 November 2010
*
*
~ Kek yang dibagikan oleh my ex-boss di Sibu dulu, sungguh terharu tak sangka boss masih ingatkan I, TQ boss... moga panjang umur, murah rezeki dan juga kesihatan yang baik, sedih bila mendengar boss I ni dah masuk 3 bulan tak dapat bekerja sebab masalah kesihatan.

~ Mummy & me

~ Me & Brother Eric


Kisah Handphone ~ 6 November 2010
*
*
Ini pula kisah Handphone I yang hampir2 hilang, almost ok huhu....., tapi salah I sebab sangat careless, semalam hari sabtu I di jemput oleh mumy & sis Irene dari tempat kerja, jadi kami bertiga ke Boulevard Shopping Mall sebab my mum nak jalan2 cari baju, dah puas berjalan kami bertiga balik, sampai ke rumah I nak charging my phone sebab bateri dah nak kong @ habis, cari punya cari, sampaikan semua barang2 dalam beg di keluarkan, tak jumpa, I cuba dailkan number mana tau terjatuh dalam kereta, tapi tak jumpa juga, senyap...., hati I dah lain macam, risau sebab hp tu Ubek yang bagi...., so I ajak my brother Lee & Sis Irene balik lagi ke Boulevard, sampai di boulevard, I terus menuju ke satu sudut pakaian yang agak kurang orang pergi sebab I masih ingat I ada belek2 baju di situ dengan sis Irene, I dailkan number dan.....

I melompat kegirangan, bila dengar hp I berbunyi di sebalik timbunan2 pakaian2 dalam basket tu, nasib baik area situ jarang ada orang pergi dan juga pakaian2 tu tidak dikemas2kan oleh salesgirl, kalau tak... tak tau lah apa nak jadi, yang pasti kemungkinan untuk hilang amat2 lah tinggi huhu.... Thanks God....

Kisah ni boleh buat satu movie title "Lost and Found" hahaha....

Gift from Blogger Atika ~ 7 November 2010
*
*
~ Me & Sis Irene, duduk di luar Mall sambil menunggu my brother Eric datang menjemput

~ A very cute gift from Atika, love it much much... :p, semalam I terima sms daripada Atika untuk janji temu hari ni, memang dah lama tak keluar lepak2 dengan Atika, so kita berjanji berjumpa dalam pukul 1pm di Wisma Saberkas, tapi I terlambat lah pula, sorry yer Atika heeeeee...., terkejut bila Atika hulurkan bungkusan plastik yang berisi hadiah, so surprise ok hehe, lepas makan minum, kami jalan2 sekejap dan say goodbye, lain kali kita keluar lagi ok, looking forward for it.....

Babysitter ~ A day with Aaron

*
*
~ Sepanjang malam menemani Aaron, Ubek kena jaga anak buah dia ni sebab mumy Aaron attend annual dinner di Fourpoints Hotel. Dia sangat happy dan selesa di rumah my family, cuma dia paling takut dengan my brother Eric, mungkin muka Eric nampak ganas hahaha..., jam 11.30pm hantar dia pulang with his mum...



p/s: Ok masa untuk T.I.D.O, esok kerja kerja kerja..... hate monday :p



16 comments:

Elisha Batuncang said...

Do' aco tinganak Ivy! May your days ahead fill with awesomeness and keep rocking on! God Bless You. ;-D

am-rie said...

fuh..nasib bait dapat balik hset ya..
happy sweet 27 la..hehe..
nak kena kawin dah..haha..

Ms Tikot said...

Lamak kta x jumpa nak owh...

Ivy Metaga said...

Eli:
TQ eli for the wishes..:)

Am-rie:
auk harus ada visi untuk kawen next year hahaha...

ms tikot:
ya lah hehe..nang lama dah owh..:)

MOMMY CGG said...

hapy besday ivy:)

AmirFX said...

Hepi besday.. 27 adalah nombor jak... haha... Nway, may u fill with laughter n prosperous day of ur life..

Ivy Metaga said...

Cik Gula2
tqqq.....muahh...

Amir
hehehe..ya just a number, asal nampak muda ok oh..:p, TQ for the wish..

daisy.allie said...

dapat bag :) saya jeles~

AinnalinaRamdzan said...

Happy belated birthday!!!

Ivy Metaga said...

lyne:
hehehe...:p

aina:
tqqqq....:)

erolnukman said...

hepi bday...
bagus ktk molah blog tok dgn hasil2 lukisan ktk yg cantik2 ya..suka.ktk kreatif...otak seni juak.

Lia3003 said...

a'ah lah, awak dah lama x update.. but saya masih ingat kamu..

Lia3003 said...
This comment has been removed by the author.
Faizal n Fashitah said...

Hepi beddei!! wahh lamak dah kitaduak sik jumpa hoh yerRRr hehe..

labulabi said...

kacak artwork kitak ya.suk kmk nangga.tunggu aa.lak kmk e-mail kitak.hehehe.

Ivy Metaga said...

erolnukan:
tq.....:)


lia:
Tq sebab mengingati..:)

mr & mrs odio:
auk lah nang lama smpi sik pernah2 pun bertemu hahahaha...

labulabi:
wokey...:)