Showing posts with label durian. Show all posts
Showing posts with label durian. Show all posts

Friday, November 13, 2009

Semalam & Hari Ini

Hola semua!!!!, ada rindu kat I tak lalalala...., terlewat pula I hendak update selepas entry pada hari selasa yang lepas, memandangkan I nak kongsikan apa yang berlaku semalam dan hari ini, jadi macam tu lah tajuk entry pilihan I kali ini hehehe

Masa I taipkan entry ni dah nak tepat jam 12 tengah malam huhu, lewat pula tido malam ni, maklum lah esok kan hari sabtu, boleh bangun lewat yahooo, tu pun kalo mumy tak bising2, ok lah kita mulakan dengan cerita hari ini, petang tadi selepas habis waktu berkerja, kami bertiga iaitu I, my two brothers Ken dan Lee ke kedai makan Bombay Masala di area Satok, pertama kali juga I ke sini, rupa2nya deretan kedai2 di situ memang banyak kedai makan bertemakan masakan India, tiba2 jak my brothers teringin makan roti canai, jadi mereka yang belanja, I makan jak hehehe, kami makan roti nan, nasi beryani dan rojak india

Sampai rumah dalam jam 6 lebih, kedua2 abang I bersiap2 untuk ke Spa Manja yang berlokasi di kampung rantau panjang sebab dah berjanji dengan aunty Mariana ke sana, mula2 I hanya sekadar nak join jak, tengok macam mana spa tu, mana lah tau sampai kat situ, I nak buat facial hihi, normal facial jak, aunty pula yang belanja, besttttt..... rasa fresh sikit muka, dah lama tak terjaga semenjak kerja di tempat yang baru ni huhu.....

Ok tu cerita hari ni, cerita semalam pula, kami berempat iaitu I, sister Irene, my two brothers Ken dan Lee ke Pizza Hut yang berlokasi di area batu 3, lama dah tak makan pizza kan, lagipun ini juga salah satu aktiviti kesukaan kami adik-beradik, kami suka keluar beramai2 untuk makan bersama2, mumy dan dady tak dapat join sebab melawat saudara di hospital

ok lah layan je gambar di bawah yer, let the pictures show the stories....

AFTER FACIAL
*
*
*
Freshhhh tak hehe


KUCING & DURIAN
*
*
*
Hebat tak kucing ni, berselera kucing ni makan durian, habis licin, samapikan biji durian tu pun dia gigit2 sampai hancur hahaha


AT PIZZA HUT
*
*
*
Lee & Ken

Irene & Me

Masa makan!!!

Fruit & Salad with mayo... nyumsss....


AT BOMBAY MASALA
*
*
*
makan roti nan dengan kari ayam dan kari kambing
~ macam pelik jak sebut kari kambing hahaha

Roti Nan

Rojak India

Nasi Beryani kuah kari kambing

Aikkkk.... entry kali ini macam seisi bercerita lah pula hahaha, tak apa janji bahagiakan lalalala, esok planning hendak pulang ke kampung melawat nenek dan juga hendak melihat anak2 ikan keli, ok will update soon!!!!


p/s: happy weekend semua!!!!!....




Sunday, October 11, 2009

Ahad yang memenatkan

Semalam sorang2 I makan durian hahaha, satu biji jak, diberi oleh teman my kazen J-mie, lepas makan begitu bersemangat I mengemas dapur, mengemas apa2 yang patut, perut pun tiba2 rasa tak selesa, tanda nak kena serang bendera jepun lah ni hahahaha

Ok pagi2 hari ni pula, I sambung packing barang2 dirumah yang masih lagi sikit untuk dipack, begitu syoknya mengemas sehingga tak perasan hari ni I langsung tak breakfast dan lunch, errr.... dinner nanti mesti I makan dengan golojoh, badan rasa lemah jak sekarang huhu, sebab penat, tak sangka I begitu rajin hari ni, mood rajin dah datang lah katakan hihi

Sekarang I ambil masa untuk update blog dulu sebelum ke rumah kawan sekerja Hui Ming, petang ni kan nak tengok baby girl dia, tak sabar nak tengok, dan juga nak tengok keletah my little buddy desmond @ didi, haihhh... lama dah tak tengok didi hurmmm...


Durian Hantu
~ mungkin ada juga nama2 lain bagi buah durian ni kan, I tahu nama durian ni pun masa mula2 family berpindah ke Kuching, I dengar saudara2 sebelah mumy memanggil nama buah ni durian hantu, tapi kalau dalam bahasa bidayuh lupa pula hahaha, lain kali I tanya kat mumy ok, kalau sebelah daday pula iaitu kaum lun Bawang memanggil nama buah ni "lapun dalit"



p/s: ok will update soon after coming back from visiting the baby