Showing posts with label wish. Show all posts
Showing posts with label wish. Show all posts

Sunday, February 14, 2010

Apa Dalam Baju??

Apa dalam baju??... tajuk entry saja jak kasi suspen, ni untuk menyahut cabaran tag dari teman blogger mstikot, apa dalam beg heeeeeee...., dalam banyak2 beg yang sedia ada, I pilih beg yang saiz kecik, sebab kalau beg tu kecik barang2 yang dibawa dalam beg pun tak banyak

Tadaaaa.... last 2 weeks I dah menggunakan beg, memandangkan saiz beg yang ni lebih kecil dari beg yang sentiasa I bawa ke hulur ke hilir, sebab kebiasaannya I akan menggunakan beg yang besar2 hehe..., so I pilih ni lah nak kongsikan apa yang I akan masukkan dalam beg nih

Jom tengok..., korek korek korek....

Tadaaaaa..... sikit jak kan heeeeeee...., ok selalu kalau beg saiz kecik, I cuma bawa dompet, beg kecil yang berisikan kedua2 handphone I, lipstick, lip balm, minyak wangi, face powder, kunci, pengikat rambut dan pengepit rambut yang kecik

Sebelum Tido
*
*
Jom minum segelas susu hehehe...

Happy Valentine Day Everyone
&
Gong Xi Fa Cai!!!!!..
&
Happy Holiday!!!...

Sunday, February 7, 2010

Happy Birthday Lee

Hari ni pada 7 February 2010, genaplah umur my brother Lee 28 tahun, so disini I nak ucapkan moga sentiasa ceria, berbahagia dan sukses dalam kehidupan tak kira secara peribadi ataupun dalam karier, moga tahun ni tahun yang cermerlang dan terbilang hahahaha...., well I know you will read this my bro ^^, wish u a happy happy happy birthday and may god bless you!!..

ok ada few pics yang sempat disnap...., next entry I bla bla bla panjang2 yer heeeeee....

Brother Lee's Birthday
*
*
Birthday boy kena sendiri hidupkan api lilin

"aku nak kawen!!!"...
~ Tengok bersungguh2 birthday boy tengah wish tu, ntah apa yang diwishkan bro Lee ni

Potong!!Potong!!

Me & Lyn
~ Cousin Lyn yang sentiasa ada hehehe...., sebenarnya sebelah petang dia datang berkunjung ke rumah sebab nak ajak I keluar jalan2, mana lah tau at last tak jadi pula program jalan2 cuci mata, so sama2 lah dia manyambut harijadi di rumah....




Wednesday, January 20, 2010

Turning 3 years Old

Pada 18 January 2010, maka genap lah umur my little buddy 3 tahun, cepatnya masa berlalu, seperti baru semalam saja I dukung didi masa dia masih baby, pada hari isnin yang lepas, I dah sms mumy dia, wish didi happy birthday, hadiah untuk didi pun I belum sempat beli dan kirim, hurmmm... busy for the past 2 weeks...., nanti kalau ada waktu hujung minggu ni I akan carikan hadiah untuk didi....

Wish didi @ Desmond happy belated Birthday!!!..., moga dia akan membesar menjadi anak yang baik buat keluarganya, jadi abang contoh bagi adiknya iaitu mei mei @ Tiffany, jadi anak yang pintar di sekolah, memandangkan tahun ni dia dah mula bersekolah di Taska....., I senyum2 jak bila tonton video yang dirakam mumy dia masa second day didi di sekolah....

Ok ada few pictures didi dengan mimik muka yang berbeza2, pandai juga dia posing depan kamera, pictures diambil tahun lepas...., layan jak lah hehe..

Sayang...... Desmond @ Didi!!!
*
*
*
hmmmppp...
~ muka innocent

Heeeeeee....
~ Senyum manis

Aaaaaaaa.....
Muka terkejut

Grrrrrrr.....
~ Muka geram

Uweeekkkk....
~ Muka budak nakal

Muka monyet hahaha...
~ masa ni I suruh dia buat mimik muka monyet, macam ni lah hasilnya ehek, memang pandai berposing...*^_^*

Me & Didi


p/s: nak tidooooo..., oh tapi sebelum tu, ada kisah tentang seorang gadis yang sekarang terhangat dengan isu 'sensitip' di facebook, ada jugak orang macam tu haihhhh......*sigh*, all I could say is Sarawak is the best!!!!.... proud to be Sarawakian, sekian terima kaseh!!!... peace semua...






Friday, January 1, 2010

Welcome 2010

Entry pertama untuk pembukaan bagi melangkah ke tahun yang baru, cepatnya masa berlalukan, dah masuk 10 bulan I berkecimpung dalam dunia blogging since March 2009, moga I akan terus aktif menulis, berkarya, merepek dalam blog yang sederhana ini hihi...., sayang I dengan blog ni, dari blog I ni dapat berkenalan dengan rakan2 blogger yang lain, kalau tak pernah berjumpa tapi tetap menjadi rakan alam maya pun jadi lah kan, asalkan ikhlas betul tak....

Rasanya semua orang pasti dah ada azam2 baru yang hendak di realisasikan bagi tahun ini, owhhh.... pagi tadi I tonton rancangan Breakfast Show di 8tv, kalau tak silap lah itu nama program tv tu kot, ada seisi bersama seorang master Feng shui, dalam perbualan tu, master tu kata tahun 2010 merupakan tahun yang baik kalau nak invest dalam property dan akan banyak competition especially dalam business, jadi I saja2 nak sharing2 info hahaha....

Setiap tahun, I tak pernah terlintas di fikiran untuk target sesuatu untuk dilaksanakan atau di capai, bagi I yang paling penting setiap tahun I cuma sentiasa ingin menjadi seorang yang lebih baik dari waktu2, hari2, bulan2 dan tahun2 sebelumnya, bak kata orang to be a better and better person, kalau diikutkan seperti tajuk lagu Robin Williams "Betterman" hahahaha...., menikmati hari2 yang mendatang, menghargai setiap waktu yang diluangkan, sentiasa mendoakan yang terbaik....

Tadi I keluar dengan my brothers and sister, I tanya dengan my sister Irene, apa azam dia tahun ni, dengan selamba dia cakap nak study hehehe, lepas tu dengan penuh semangat dia bagitau moga result SPM dia nanti semua ok dan kalau dapat Biasiswa lagi bagus.... well my dear sis I'll pray that may your wish come true....

Sambutan tahun baru semalam, seperti biasa kami sekeluarga akan berkumpul dirumah dan BBQ bersama2, I paling suka BBq Chicken wing yang my brothers buat, seriously memang sedap, mula2 I plan nak kurangkan makan memandangkan lemak2 di perut I makin comel hahahaha, at last tak jadi ok, makan2 sampai perut sendat adalah hahahaha....

Oh satu lagi kejadian yang tak best terjadi semalam, kejadian yang kurang baik untuk penutupan tahun 2009, semalam masa kami berdua mumy keluar, kereta my mum kena langgar, nasib baik tak teruk, selamba lagi isteri kepada pemandu tu cakap macam ni

"sikit saja kena"

I dengar macam tak puas hati saja, ya lah bukan kereta mereka teruk pun, I jawab balik

"memang nampak sikit lah, tapi kalau suruh orang ketuk balik yang bengkok tu pun mahal tau"

isteri orang tu terus terdiam, lepas tu I cakap lagi macam ni kat pemandu tu

"bukan apa mau marah, tapi lain kali mau hati2 sikit lah"

pemandu tu cakap tak nampak, tapi heran lah pula, macam mana tak nampak, my mum car warna putih, bukan berwarna hitam pun haiya....

hurmm.... hal dah pun terjadi, nak buat macam mana kan, kita drive hati2 pun bole kena langgar lagi huhu...... so kemungkinan hari isnin, my mum akan selesaikan masalah kereta dia

Ok lah tak nak cerita yang tak best, dah masuk tahun baru kan hehe....


p/s: ada sapa2 berazam hendak menamatkan status bujang tahun ni tak????.... I nak nak nak hhahahaha.... sila abaikan lalalala...:p, ok lah will update soon, last but not least HAPPY NEW YEAR EVERYONE!!!!!!!!......

Wednesday, December 23, 2009

Avatar & Merry Christmas!!!

Hola!!!.... semua...., Dalam beberapa hari ni selepas last entry ahad yang lepas, I memang dalam mode busy, lepas tu sering penat, selalu tido awal, dalam 3 hari ni ntah kenapa bahagian belakang pinggang I sangat sakit, I ada bagitau my mum dan dia cadangkan jumpa doktor, sampai sekarang belum lagi I pegi hurmmm....

Ok petang tadi I pulang dari keja, sampai rumah seekor anak kucing dah hilang, tak tahu mana menghilang waaaaaaaa..... dah lah anak kucing tu lemah, esok pagi mesti I cari dia lagi huhu, nak tau tak sapa nama anak kucing tu, I kasi nama "Dean", sebab I minat tengok cerita Supernatural, hero2 memang hensem...., ada seekor lagi I bagi nama "Sam", watak adik Dean, hurmmmm.... mana lah anak kucing ni menghilang, I'm so sad....

Sekarang dah jam 2.05 pagi, sempat lagi update blog hahaha, sebenarnya I baru pulang dari menonton movie Avatar, memang best sampaikan tak terasa 2 jam lebih duduk dalam panggung, berbaloi2 menonton movie nih, banyak adegan2 yang mendebarkan, aksi2 yang best, gambaran yang menarik especially hutan2 tu....., I tengok wayang dengan my brother Eric saja, my sister Irene dan Brother Lee dah pulang ke Lawas, celebrate Christmas disana, frustnya tak dapat join mereka sebab I nak tengok 2 orang kazen I sebelah daddy tu kawen serentak, mesti meriah, lama dah tak tengok perkahwinan kaum Lun Bawang, hopefully my sister manage to capture some pictures on the special day, so that I can update hihi...

Buat rakan2 blogger yang menyambut Christmas, I nak ucapkan Merry Merry Christmas and Happy New Year to Everyone!!!!!.... ho ho ho.....


My brother Eric

Merry Christmas & Happy New Year!!!!


p/s: ok nak tido nih, esok kena bangun awal, kerja kerja kerja hehe....

Sunday, December 20, 2009

Wedding Dinner

Semalam hari sabtu 19/12/2009, wedding dinner untuk pasangan pengantin Rick & Felicia telah diadakan, kalau terlepas entry majlis perkahwinan mereka di gereja pada 18/12 2009, silalah rajin2 buat U-turn ke entry yang sebelum ni yer hehehe...

Majlis makan malam diadakan di The Banquet, tempat yang sama di mana sebelum ni kakak kepada pengantin lelaki juga telah mengadakan wedding dinner dalam bulan June yang lepas tahun ni, kalau anda rajin sila lah buat U-turn sekali lagi entry tu dalam bulan June... rajin2 jangan malas.....:p, dah nak masuk tahun baru ni tau, jadi kena rajin2...:p

Ok semalam ramai tetamu yang hadir untuk memeriahkan majlis, segala aturcara juga berlangsung dengan baik, so here few pics yang I nak kongsi disini.....


AT THE BANQUET
*
*
*~ Tak sempat snap pics pengantin semasa mereka welcoming tetamu2 yang hadir, gambar yang ni pun kira ok jak bah kan heeeee...

Seisi memotong kek
~ I cuma mampu ambik gambar dari jauh jak....

my family *wink wink*

kedua2 pengantin menjelajahi ke setiap meja untuk membuat terjahan hahaha, ini dikatakan seisi beramah mesra

Pengapit lelaki, my brother Lee, pengantin perempuan Felicia & pengapit perempuan, lupa pula tanya nama dia heeeeee....

"Good for everyone!!!"
~ skrip tokok tambah hahaha, bersemangat pengantin lelaki menyanyi

Rancak berjoget di dance floor, my brother Eric berjoget sampai berpeluh2 hahaha, Suami kepada kazen I tu pula macam gaya nak terbang jak hehe


Sis Irene, Sona, Lyn & Me
*
*
*
Orang lain sibuk makan, kami sibuk bergambar hahaha!!!..

Me & Lyn
~ kami berdua memang rapat dari kecik lagi (^-^), moga mesra sampai dah masuk title grandma nanti

My cousin Sona, me & cousin Lyn
~ kami bertiga ni sama2 lahir tahun 1983, nampaknya mereka berdua dah dapat gelaran Mrs, dua2 dah kawen tahun ni, Sona tak lama lagi bakal jadi seorang mama, bestnyaaa.... ada baby, I sorang jak masih dalam kelab bujang ni hahahaha...., oh pesanan buat Lyn, jangan tunggu lama2, proses cepat2 hahahaha.... :p, masih teringat dulu2 masa masih lagi bersekolah, masing2 sering bertanya sapa kawen dulu.. alahai masa masih budak2 dah bercakap pasal kawen2 hehe...

Mumy & Sis Irene


Sis Irene & Me
*
*
Cak!!!... Sis Irene cakap pics syok sendiri hahahaha, takpe janji bahagia lalalala...



p/s: ulser di lidah makin teruk.... sakit lah... tolong tolong..., esok nak keja waaaaa...., oh sekali lagi ucapan tahniah buat my cousin Rick dan pasangannya Felicia, moga berbahagia selalu..

Friday, December 18, 2009

Rick & Felicia Wedding

Hari ini, 18/12/2009 merupakan hari bahagia buat my cousin Rick dan pasangannya Felicia, majlis perkahwinan diadakan di Gereja St. Joseph, Kuching pada jam 12.30 tgh hari, jadi di sini I nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pengantin baru buat Rick & Felicia, moga berbahagia selamanya dan selamat menempuhi ke alam rumahtangga sebagai pasangan suami isteri....

Sebelum ke Gereja, kami bertiga daddy dan sis Irene menjemput my brother Eric di airport, dia pulang dari Miri, singgah di KFC mengisi perut dulu, lepas makan baru kami berempat ke Gereja, oh satu lagi sebenarnya kan tadi I cuma pakai contact lens sebelah mata kiri je, sebelah mata kanan terpaksa di keluarkan sebab macam tak selesa saja, tak sempat nak masukkan lagi, sebab tu lah I tengok orang sebelah clear, sebelah tak clear hahahaha..... funny kan, tak siapa pun yang tau, hanya sis Irene jak tau lalalala...., rasa macam pendekar mata satu lah pula :p

Majlis berlangsung dengan baik, di hadiri sanak saudara, teman2 rapat dan kenalan dari kedua2 belah pihak pengantin perempuan dan lelaki, selepas majlis perkahwinan dan seisi bergambar selesai semua yang hadir dijemput untuk menikmati makan tengah hari bersama2 di sebelah gereja

ok here few pics...

BEFORE THE WEDDING CAREMONY
*
*
*
Lyn, Irene, Lee & Eric
~ bergambar dengan pengapit pun jadi lah hahaha

Flower girls & Boys yang comel2
~ in pink colors


SUASANA DI DALAM GEREJA
*
*
*
Pengantin perempuan dengan bapa pengantin perempuan masuk ke dalam gereja

Upacara menyarungkan cincin

Senyuman manis terukir di wajah masing2 selepas sah bergelar sebagai pasangan suami isteri

Bergambar bersama2 dengan paderi dan kedua2 ibubapa kepada pengantin lelaki dan perempuan


SUASANA DI LUAR GEREJA
*
*
*
Seisi bergambar dengan pengantin

My Cousin Rick & his bride's Felicia

Tak dapat bergambar dengan pengantin, bergambar dengan bunga kat belakang kereta pengantin pun jadi lah hahahaha....

Mr & Mrs Robert
~ ingat tak entry I tentang wedding mereka berdua pada 5/12/2009, masih pengantin baru ni, so loving gitu hihi, kalau terlepas entry tu sila klik sini dan juga klik sini yer...

Mr & Mrs Stanley
~ yang ni pula, I pernah buat entry perkahwinan mereka berdua dalam bulan June tahun ini, kalau terlepas sila klik sini dan juga klik sini, my cousin Sona @ Mrs Stanley tengah pregnant, wow... so excited I bila dapat tahu dia bakal ada baby...., oh lupa pula nak bagitau, Sona ni kakak kepada pengantin lelaki

Sis Irene, Cousin Sika, Cousin Bera & lupa pula nama flower girl yang comel kat belakang tu
~yang buat kami semua so surprise sebab my kazen Bera ni lasak sikit dan tak suka pakai dress, tu flower girl yang berdiri paling depan, tak sangka pula dia jadi flower girl hari ni hehehe, so cute..., memang tabik spring lah kat orang yang berjaya memujuk dia hahaha...


p/s: Besok hari sabtu, wedding dinner akan diadakan, so I will update about the event k..., huhu sekarang I tengah kesakitan, lidah ada ulser lah.... tolong tolong... payah nak makan tau huhu...




Monday, December 7, 2009

The Wedding Dinner

Kalau dalam entry yang sebelum ni, I postkan tentang majlis perkahwinan my kazen Lyn dan pasangannya Robert di Gereja SIB Kuching, dalam entry yang ni plak I nak kongsikan tentang majlis makan malam yang telah diadakan di Mandarin Restaurant

Ramai sanak-saudara, teman2 serta kenalan2 dari kedua2 belah pihak pengantin lelaki dan perempuan yang hadir untuk memeriahkan majlis makan malam, dalam jam 7 malam kami sekeluaraga bertolak dari rumah, yang menarik malam tu ialah dapat mendengar dan melihat persembahan tarian kaum Kayan dan juga musik sape secara live... memang sangat2 menarik, oh lupa pula hendak introducekan yang Robert, suami kepada kazen I ni adalah berbangsa kayan

Oh satu lagi, malam tu kedua2 pengantin menari slow dance... amboi romantik tau, tapi dua2 macam malu2 jak especially Robert hehehe..., Lyn boleh tahan lah oooo... *wink wink*

Makanan yang dihidangkan juga boleh tahan dan sedap, tak sempat I snap sebab terus ngap jak bila menu dah di hidangkan satu persatu hahaha..., paling best meja kami paling cepat licin, sah kami 10 orang duduk satu meja tu kelaparan adohaiiii..., oh tak dilupakan, kek malam tu sangat sedap... seriously kena tanya kazen I ni mana dia tempah hehehe...

ok here few pics

AT MANDARIN RESTAURANT
*
*
*Wajah ceria kedua-dua pengantin menyambut tetamu2 yang hadir
~ wanita yang berselendang warna hijau tu, Aunty Nona iaitu ibu kepada pengantin perempuan

Seiring dan Sejalan hehe
~ kedua2 pasangan menuju ke pintu masuk, I tak pula sempat snap gambar mereka berdua masuk ke dalam dewan majlis


Sis Irene & me
~ kena posing2 dulu sebelum seisi makan2 dimulakan lalalala...

Persembahan tarian tradisional dari ibu pengantin lelaki dan juga persembahan live muzik sape

amboii... romantiknya!!!!...
~ tapi tangan Robert tu macam tak kena jak hahaha...

Me, Lyn & Kule
~ sebelum pulang sempat lagi berposing dengan pengantin hehe

Lee, mum, dad & me

Irene, mum, dad & me
~ sebelum pulang, kami sempat posing2, posing kat car park pun jadi lah, kat dalam restaurant tak sempat nak ambil gambar bersama2 sebab kami duduk meja lain2, my mum & dad lain meja, me & Irene lain meja, bro Lee pun lain meja... (^_^)

p/s: Hari ini my friend Sara saying goodbye to us, today was her last day at workplace, so we will gonna miss you Sara, ok lah will update soon, tak nak emo emo huhu...*sigh*