Showing posts with label buddy. Show all posts
Showing posts with label buddy. Show all posts

Saturday, January 30, 2010

Baik dibalas Baik

Dalam beberapa hari ni banyak perkara yang terjadi diluar dugaan I, bukan perkara yang buruk, tapi baik2 semuanya, I selalu percaya yang segala kebaikan yang kita lakukan pasti akan dibalas dengan kebaikan juga, mungkin dalam masa yang terdekat ataupun dikemudian hari, seperti karma, buat jahat dibalas jahat, buat baik dibalas baik.... betul tak ^^

Hari ni I happy juga sebab sempat lah menyiapkan kerja2 yang menimbun, walaupun masih banyak lagi kerja2 yang akan menanti isnin yang akan datang huhu, apa boleh buat dah nama nya keja kan, keja tetap keja haihhhh....

Petang tadi sempat lah I jalan2 di kedai2 menjual barang2 tradisional di area pasar Kuching, kalau rakan2 blogger dari semenanjung atau sabah yang pernah datang ke Kucing mesti tau tempat ni, berdepan jak dengan lokasi waterfront...., tempat yang selalu menjadi tumpuan pelancong luar ataupun dalam negeri

I ada beli tradisional handbag, nice & cantik tapi I takda snap gambar beg tu hahaha, malas nak download boleh heeeeeee, Lepas dah puas jalan2 cuci mata I dijemput oleh my mum, my sis dan cousin, kami berempat singgah di Boulevard Shopping Mall, I singgah di digi centre dalam shopping mall ni, membayar bil2 yang patut, lega bila dah selesai pembayaran, next week ada lagi urusan2 lain yang perlu di selesaikan juga, biasalah tu bayar ni bayar tu huhu....

Oh I dah carikan hadiah untuk my little buddy Desmond, terlambat I belikan hadiah untuk dia, I happy sangat2 dapat beli sepasang baju-T dan Jeans untuk dia...., untuk mumy dia sekali pun ada, sebab bday mumy dia last year I lupa bagi hahahaha...., ok habis cerita hadiah2 ni yer...

Balik lagi pada topic baik dibalas baik....., hurmmm... perkara2 yang baik dan tak terduga tu lain kali lah I cerita k hehehe, yang penting ia buat I senyum memanjang dan terus bersyukur atas segala2nya...... happy weekend yeah!!!...

Wednesday, January 20, 2010

Turning 3 years Old

Pada 18 January 2010, maka genap lah umur my little buddy 3 tahun, cepatnya masa berlalu, seperti baru semalam saja I dukung didi masa dia masih baby, pada hari isnin yang lepas, I dah sms mumy dia, wish didi happy birthday, hadiah untuk didi pun I belum sempat beli dan kirim, hurmmm... busy for the past 2 weeks...., nanti kalau ada waktu hujung minggu ni I akan carikan hadiah untuk didi....

Wish didi @ Desmond happy belated Birthday!!!..., moga dia akan membesar menjadi anak yang baik buat keluarganya, jadi abang contoh bagi adiknya iaitu mei mei @ Tiffany, jadi anak yang pintar di sekolah, memandangkan tahun ni dia dah mula bersekolah di Taska....., I senyum2 jak bila tonton video yang dirakam mumy dia masa second day didi di sekolah....

Ok ada few pictures didi dengan mimik muka yang berbeza2, pandai juga dia posing depan kamera, pictures diambil tahun lepas...., layan jak lah hehe..

Sayang...... Desmond @ Didi!!!
*
*
*
hmmmppp...
~ muka innocent

Heeeeeee....
~ Senyum manis

Aaaaaaaa.....
Muka terkejut

Grrrrrrr.....
~ Muka geram

Uweeekkkk....
~ Muka budak nakal

Muka monyet hahaha...
~ masa ni I suruh dia buat mimik muka monyet, macam ni lah hasilnya ehek, memang pandai berposing...*^_^*

Me & Didi


p/s: nak tidooooo..., oh tapi sebelum tu, ada kisah tentang seorang gadis yang sekarang terhangat dengan isu 'sensitip' di facebook, ada jugak orang macam tu haihhhh......*sigh*, all I could say is Sarawak is the best!!!!.... proud to be Sarawakian, sekian terima kaseh!!!... peace semua...






Friday, December 11, 2009

Anak Cari U

I baru sahaja pok pek pok pek dengan my little buddy, alahai rindu dengar suara dia, walaupun tak dapat memeluk dia, mendengar suaranya pun dah buat I rasa happy

Sebenarnya tengah hari tadi mumy dia ada sms I, lepas I baca sms tu terus I tersenyum sendiri, mumy dia sms macam ni

"call me, kalau u free, u punya anak cari u!!..."

I cuma reply yang akan call bila ada free sikit, memandangkan I kena buat 3 proposal, dalam jam 3 lebih baru I teringat balik, itu pun ambil waktu untuk berehat sekejap, I sms mumy dia bagitau malam baru lah I call

Lepas tu, mumy dia reply macam ni

"ok..., tapi dia marah sy o..., suruh sy call u cepat2, tapi sy cakap tgu Ivy call, dia duduk tepi bising2 sampai sy tak faham dia cakap bnyk2...."

I memang dapat bayangkan macam mana rupa dia membebel sorang2 hahaha... hurmm... miss Didi...

tu lah, I call malam ni, lucu pula rasanya, macam ayam dengan itik jak kami berdua, sorang cakap cina, sorang terbelit2 lidah menyebut perkataan untuk diperkatakan hahaha...

yang penting I tau tanya "ni hao ma?..." dah kira ok lah tu kan hehehehe...,

dalam banyak2 ayat2 pertanyaan didi, ayat ni yang buat I rasa sayu saja

"Ivy ni hen xiang wo ma?"

I jawab.... "wo hen xiang hen xiang hennnnnnn xiangggg ni...."

maksud nya, dia tanya "Ivy, kamu rindu saya ka?"

I jawab... "saya sangat sangat sangat rinduuuuu kamu"

hurmmm....kira macam tu lah maksudnya heeeeeeee...., tapi tak pasti ejaan dalam bahasa mandarin utk rindu tu betul tak hehehe..., kalau sebutan nya memang "xiang" means rindu

planning nak ke Sibu next year masa cuti Chinese New Year, nak peluk2 my little buddy puas2 hehehehe...., rasanya mesti dia tak mau kena peluk sebab dah big boy kena control macho (^_^)


Desmond @ Didi & me
~ miss him so much...

Oh lupa pula nak bagitau, didi nyanyi lagu christmas lagi hahaha, lagu Jingle Bell

Saturday, November 7, 2009

I Miss Him!!!

Dah masuk minggu ketiga I telah meninggalkan bandar Sibu setelah menetap di sana selama 4 tahun, I pun tak menyangka masa berlalu begitu cepat, mula2 masa I keja di Sibu, I ingatkan hanya untuk mencari pengalaman keja di tempat orang dan juga belajar untuk hidup berdikari tanpa keluarga di sisi, pejam celik pejam celik I tak sangka pula dapat bertahan tinggal di sana selama 4 tahun

Sering kawan2 I dari Sibu bertanya, mengapa I yang datang jauh dari Kuching hendak bekerja di Sibu yang merupakan bandar yang kecil, sedangkan penduduk Sibu ramai yang mula berhijrah ke tempat yang lebih besar, selalu I akan jawab macam ni "kerana ingin mencari pengalaman hidup di tempat orang", lagipun I suka juga menetap di Sibu, walaupun bandar kecil, I suka sebab kurang sesak berbanding2 bandar2 yang besar, jadi kepala kurang pening sikit hehehe

Ok, tadi I sempat chat dengan kawan sekerja I dari Sibu, banyak lah cerita yang kami berdua kongsikan, lebih2 lagi tentang my little buddy iaitu Desmond @ Didi, kawan I bagitau yang dalam beberapa hari ni Didi sering bertanya di mana I, kalau ada bunyi saja depan pintu office, cepat2 dia berlari ke depan pintu dan memanggil2 nama I, sayu hati I bila dengar kawan I ceritakan hal tu huhu..... E.M.O sekejap bole.... huhu

Mesti lah rindu sangat2 kat Didi, I melihat dia membesar dari perut mumy dia, dari dia masih baby sampai lah berumur 2 tahun, january tahun hadapan genaplah umur Didi 3 tahun, terlalu banyak kenangan kami bersama, bila I bawa dia jalan2, mesti orang ingat dia anak I hahahaha, kadang2 bila orang tanya.... U punya anak ka??, dengan bangga I jawap, "ya his my baby" hihi....


Masa dia few months

Comel kan masa dia kecil

Dia dah mula pandai berjalan dan bermain

Bila dah tumbuh gigi dan mula pandai makan sendiri

Ni masa umur dia dah 1 tahun lebih
~ muka penat dia masa tunggu I dan mumy dia shopping hehe, setia menunggu tapi tak pandai duduk diam bila dia dah penat menunggu

Umur masuk 2 tahun
~ muka innocent, masa ni dia nak buang air besar tapi dia diam jak sehinggalah mumy dia bertanya, baru dia bagitau dia nak "em em em" (ni lah bahasa dia bila dia nak berak..)

Our moment

Tak sangka pula, mumy dia juga rindu kat I hahahaha, yerlah dah 4 tahun kerja bersama2, banyak juga kenangan yang manis untuk di kenang, moga cuti nanti I pasti akan menjenguk mereka.... hurmmmm....

Oh satu lagi, hanya ayat ni jak yang Didi tahuv "Jalan Jalan Cari Makan", tapi selalu dia sebut macam ni " Jalan Jalan Cali Mikang" hahaha.... adeh comel kan..., at least dia tahu juga sepatah 2 kata ayat2 dalam bahasa melayu...

p/s: wokey nak tido dah zzzzzzzzzzzz............









Monday, October 12, 2009

Tiffany Ling Xiao Xuan

Ok petang semalam I telah pergi ke rumah kawan sekerja iaitu Hui Ming untuk melawat dia dan baby girl yang baru lahir, dalam jam 6 lebih I sampai di rumah mereka, beberapa orang kenalan terdekat dan sanak saudara mereka juga datang melawat

Bagi kaum cina, selepas kelahiran bayi, mereka akan menjemput sanak saudara, kawan2 serta kenalan2 terdekat datang ke rumah dan mereka akan menghidang makanan yang wajib iaitu Mi Sua kepada semua yang datang berkunjung, Mi sua merupakan salah satu makanan tradisional kaum cina Foochow

Sampai saja di depan rumah mereka, kelihatan Desmond @ didi di depan pintu, tersenyum riang dia bila I hulurkan bungkusan puding dan minuman vitagen untuk dia, paling lucu terus dia cakap mumy dengan mei mei (adik perempuan) ada di tingkat atas, sekarang petah dia bercakap, dah lah kami berdua ni macam ayam dengan itik, seorang cakap mandarin manakala seorang pula terlopong tak tau nak jawab hahahaha, sebenarnya I faham bahasa mandarin cuma kalau nak cakap tu sikit2 boleh lah hahaha...., siapa yang ingin mengumpat dalam bahasa mandarin tu, sila hati2 yer I faham tu lalalala....

Terus I peluk dia puas2, manja pula dia dengan I semalam, mana I pergi dia ikut sampai duduk makan pun dia ikut sekali, nak minta suapkan juga, sebab dia dah biasa kadang2 I suapkan dia masa kami makan bersama2.... hurmm.....I will gonna miss all those days waaaaaa.... its really hard when it comes to say goodbye to the ones you love the most... sob sob sob....

Alamak E.M.O sekejap huhu, ok here few pics.....


On my way.....


TIFFANY LING XIAO XUAN
*
*
*
Comelkan, serupa macam didi masa kecil

I'm so shy... no more pictures please hihi

Desmond & Tiffany
Didi sibuk jak makan puding

My friend Hui Ming & her baby

ME & TIFFANY
*
*
*


Can u see Tiffany smiling!!!!....

Am I cute or the pudding???

enjoying the pudding nyum nyum nyum

Mr. Ling
~ my friend husband @ Desmond father

Bahan2 untuk mi sua ialah, telur, sup ayam, mi halus (ok mi ini di panggil mi sua), dan arak merah
~ kalau tak mahu simpan arak merah pun boleh, sebab tu mereka asingkan, jadi I tak ada simpan arak merah tu, minum sup ayam jak dengan makan mi

Mi Sua

3 biji telur
~ sebelum kami pulang ke rumah masing2, setiap seorang yang datang berkunjung akan di beri palstik yang berisi telur ayam yang masih mentah, hurmm... mungkin juga salah satu tradisi bagi kaum cina, pernah bertanya dengan Hui Ming tapi lupa pula akan maksudnya, lain kali I tanya lagi yer hehe...






Thursday, June 25, 2009

Wei Buka Selipar

Sabtu yang lepas I bawa my little buddy @ didi ke McDonald, dia suka main permainan budak2 dalam McD ni, hari tu tak ramai orang, jadi budak2 pun kurang juga, didi dengan pantas membuka seliparnya, ini yang uniknya didi, kalo dia nak main di sini secara automatiknya dia buka selipar, budak2 lain tak ada yang sibuk2 nak buka selipar atau kasut mereka

masa tu ada seorang budak ppuan yang comel bermain2 sorang2 jak di situ, didi yang terkenal dengan sikap penyibuk nya, cuba beramah mesra dengan budak ppuan comel itu..... perlahan2 didi mendekati budak ppuan itu, thennnn..... I terus tergelak bila...... didi dengan konfiden nya

"buka selipar...., wehhh.... buka selipar", banyak kali dia ulang2 ayat tu dalam bahasa mandarin

budak ppuan tu selamba derk jak tak menoleh ke arah didi sebab dia tak paham, macam mana lah dia nak paham sebab budak ppuan yg comel tu bangsa melayu

mesti budak ppuan tu ingat didi cakap dengan angin ha ha ha....

memang tak tahan bila tengok muka didi penuh yakin lagi suruh budak ppuan tu buka selipar, siap tunjuk2 kaki lagi hahhaha...

hurmmmm... budak2 kan tak memilih dalam berkawan, tapi bahasa jak halangan budak2 ni, seorang cakap lain, seorang cakap lain

rasa2 nya kan kalo budak ppuan yg comel tu jawab balik kat didi, macam mana lah yer, mesti tak faham sesama sendiri hahaha...

Tempat didi suka bermain

Peace Star Trek ha ha ha
(gagal dan gagal lagi)

Wednesday, June 17, 2009

Basikal Merah Didi

Hari tu, I bawa my little buddy jalan2, aktiviti berjalan memang wajib dilakukan kalau dia ada datang ke office, melainkan I ni dah malas tahap cipan, maka takda lah aktiviti jalan2, seperti biasa I bawa dia ke tempat mainan budak2, kat situ boleh lah dia main keta yang ada muzik tu, kasi my little buddy berangan sikit yang dia terer bawa keta hahaha..., here ada few pics yang sempat I ambik, tengok betapa happy nya dia bermain....

"phewwwitttt..." my little buddy control macho bila ada awek comel kat sebelah

Lepas puas dia main, kami dua ke tingkat atas supermarket ni dan masa sampai jak ke tingkat atas, rasa2 nya kedua2 kami melihat ke arah benda yang sama, ternampak basikal warna merah dan warna pink, mula2 ada tanya kat pekerja situ, ada warna biru tapi hanya 2 warna tu jak yang ada, I tanya kat didi sama ada dia nak tak kat basikal tu tapi I tak perlu tanya pun I know that he love the red bicycle so much, kalau boleh tangan dia tak nak lepaskan basikal tu, at last, I belikan dia basikal merah, masa kami dua pulang ke office dengan basikal merah, mumy dia terkejut habis, sebab beberapa hari sebelum tu, mumy dia cakap yang my little buddy ni bangun dari tido terus cakap kat mumy dia yang dia nak basikal haha...

muka gedik didi bila dah naik basikal

ohhh.... satu lagi yang buat I ketawa jak sepanjang hari, my little buddy ni kalau buat simbol PEACE kan sangat lucu, tangan dia belum pandai lagi nak tunjuk simbol tu, see.... macam gaya star trek pun ada ha ha ha....

Peace 1 (gagal)

Peace 2 (gagal)

Peace 3
(gagal...tapi comel haha..)

"aarrrrkkk.... NO NO NO"

Rasa2 nya, banyak dalam entry2 yang sebelum ni, I selalu jak bercerita tentang dia kan, sebab I love him so much, kalau di sibu dia lah kekasih kecil & sahabat kecil, kalau I pulang ke Kuching, mesti selalu rindu kat didi...


Saturday, May 23, 2009

Sakit

Hari ni lepas keja, I tengah fikir apa yang nak dimasak untuk makan malam, memandangkan dari semalam I sakit kerongkong, ulser pun dah kembang, kalau telan air liur pedih jak huhu, itu lah kerana kehebatan dan kedegilan I makan mi kari lembu, tapi mi tu memang superb, kalo tak sedap dalam sehari I makan 2 kali, dan hasilnya.... sakit kerongkong

Ini lah Mi Kari Lembu yang I gila2 kan tu hehehe, sedap sangat tapi ni lah penyebab sakit kerongkong I, takpe takpe... sihat nanti I makan lagi hahahaha...

oleh kerana sakit kerongkong maka dengan itu I plan nak masak dan yang penting kurang berminyak dan pedas, mula2 bukan main banyak plan lagi mau buat itu ini, last2 sampai di Everwin supermarket, pandai hilang pulak idea2 tu, pusing2 dalam supermarket tu sampai naik bingung....., last2 I beli Japanese sweet potato sebab keledek tempatan takda plak dijual, peria dan sedikit daging ayam... jom tengok apa yang I makan tadi... tapi kan tadi I makan sikit jak huhu

Japanese sweet potato
sgt sedap, kalau yang kaler purple lagi sedap... manis, sila mencuba yer

Peria Ayam sumbat
selalu masakan chinese stlye macam ni, I steam peria yg ada daging ayam ditengah2nya, then light sos tiram di letakkan atas peria sumbat yang dah masak, simple jak kannn...
hahahahaha.... nama ni I cipta sendiri, I tau mesti ramai teman2 kat sini tak suka makan peria yer, pahit kan...., dulu2 masa I kecik pun tak suka makan peria, tapi bila dah tua ni... ops..ops... silap2 ayat, bila dah muda remaja nih pandai pula I ngaaapppp peria pahit...


Pagi tadi di office, my little buddy merajuk dengan mumy dia, dia tau dia salah bila mumy dia marah..., maka dengan itu my little buddy membawa diri di sebalik langsir tingkap

tengah merajuk lah ni

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
lepas tu I panggil dia dengan lembut....

"didi...didi..didi..."

Dia senyum!!!!!.... I always love him muaahhhhhhh.....

hmmmm... nak tido awal malam ni sebab esok ada dating opss.... opss.... silap2..... ada appointment with my friend, aaaaa..... kalo nak tau, tgu kat next entry nanti yer...