Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Sunday, November 7, 2010

Number 27

Dah masuk 7hb November, cepatnya masa berlalukan, tak lama lagi dah nak masuk bulan December, lepas tu tahun baru, pejam celik pejam celik tak sangka sudah masuk 1 tahun I bekerja di Kuching, Semenjak dah berada di Kuching, waktu I dengan dunia blog ni dah berkurang sikit, bukan bermakna I menarik diri, tetapi cuma kalau update tu tak seaktif sewaktu I masih bekerja dan menetap di Sibu, sekarang lebih sibuk berbanding dahulu, nak baca updates2 dari kawan2 blogger yang lain pun kurang, tapi actually ada juga I baca cuma tak sempat tinggalkan jejak2 tapak tangan tapak kaki heeeeeee...., kalau dulu2 dalam sebulan entry boleh mencecah 20 lebih entry, kadang2 boleh genap 30 entry, maksudnya dalam sebulan hari2 update tau hahaha, sekarang sebulan cuma 4 entry, paling banyak pun mungkin 7, selalunya kurang dari 10 entry huhu.... apa nak jadi ni jang.... :p

~ Rupa I yang busy lalala....

Jadi entry kali ni I update tentang kisah2 I dalam minggu ni yer, ok dalam entry yang sebelum ni I ada hint sikit tentang birthday I kan, dah masuk sweet 27 ok hehe..., tahun depan nanti 28 tahun ooooo, wah... semakin "muda" hahaha...., sambutan ringkas tapi amat bermakna, kalau ada yang jadi kawan I dalam "muka buku" @ facebook, pasti dah lihat gambar2 masa I birthday tu, here few pics..

3 November 2010
*
*
~ Kek yang dibagikan oleh my ex-boss di Sibu dulu, sungguh terharu tak sangka boss masih ingatkan I, TQ boss... moga panjang umur, murah rezeki dan juga kesihatan yang baik, sedih bila mendengar boss I ni dah masuk 3 bulan tak dapat bekerja sebab masalah kesihatan.

~ Mummy & me

~ Me & Brother Eric


Kisah Handphone ~ 6 November 2010
*
*
Ini pula kisah Handphone I yang hampir2 hilang, almost ok huhu....., tapi salah I sebab sangat careless, semalam hari sabtu I di jemput oleh mumy & sis Irene dari tempat kerja, jadi kami bertiga ke Boulevard Shopping Mall sebab my mum nak jalan2 cari baju, dah puas berjalan kami bertiga balik, sampai ke rumah I nak charging my phone sebab bateri dah nak kong @ habis, cari punya cari, sampaikan semua barang2 dalam beg di keluarkan, tak jumpa, I cuba dailkan number mana tau terjatuh dalam kereta, tapi tak jumpa juga, senyap...., hati I dah lain macam, risau sebab hp tu Ubek yang bagi...., so I ajak my brother Lee & Sis Irene balik lagi ke Boulevard, sampai di boulevard, I terus menuju ke satu sudut pakaian yang agak kurang orang pergi sebab I masih ingat I ada belek2 baju di situ dengan sis Irene, I dailkan number dan.....

I melompat kegirangan, bila dengar hp I berbunyi di sebalik timbunan2 pakaian2 dalam basket tu, nasib baik area situ jarang ada orang pergi dan juga pakaian2 tu tidak dikemas2kan oleh salesgirl, kalau tak... tak tau lah apa nak jadi, yang pasti kemungkinan untuk hilang amat2 lah tinggi huhu.... Thanks God....

Kisah ni boleh buat satu movie title "Lost and Found" hahaha....

Gift from Blogger Atika ~ 7 November 2010
*
*
~ Me & Sis Irene, duduk di luar Mall sambil menunggu my brother Eric datang menjemput

~ A very cute gift from Atika, love it much much... :p, semalam I terima sms daripada Atika untuk janji temu hari ni, memang dah lama tak keluar lepak2 dengan Atika, so kita berjanji berjumpa dalam pukul 1pm di Wisma Saberkas, tapi I terlambat lah pula, sorry yer Atika heeeeee...., terkejut bila Atika hulurkan bungkusan plastik yang berisi hadiah, so surprise ok hehe, lepas makan minum, kami jalan2 sekejap dan say goodbye, lain kali kita keluar lagi ok, looking forward for it.....

Babysitter ~ A day with Aaron

*
*
~ Sepanjang malam menemani Aaron, Ubek kena jaga anak buah dia ni sebab mumy Aaron attend annual dinner di Fourpoints Hotel. Dia sangat happy dan selesa di rumah my family, cuma dia paling takut dengan my brother Eric, mungkin muka Eric nampak ganas hahaha..., jam 11.30pm hantar dia pulang with his mum...



p/s: Ok masa untuk T.I.D.O, esok kerja kerja kerja..... hate monday :p



Wednesday, March 17, 2010

Line Clear!!..

Pertama kali blog I bersiaran live dari office hahaha, cepat2 type words by words, nanti kena sekodeng bos habis..., TQ buat teman blogger Felicia @ ahmoi chantek!!! buat award yang menarik ni, tq so much much much, rasa macam dah lama orang tak bagi award kat I, ada lagi sapa2 nak bagi..... tengah menunggu niiiiii... :p, tapak tangan dan kaki I tadahkan...

Beautiful Award from Ahmoi Chantekkk!!

Hari ni ok sikit, sibuk2 pun sempat lagi update blog hahaaha, nak juga tahu macam mana perasaan menaip blog di tempat kerja, mesti berbeza dengan perasaan menaip dirumahkan, kalau di office menaip ala2 sepantas kilat zashhhh....., mata pandang kanan kiri depan belakang, ok line clear, telinga pasang kanan kiri dengar ada orang datang ke tak...

Rasa sedih pula hari ni bila dapat tau hujung bulan ni ada 2 orang teman sekerja akan berhenti kerja, waaaaaaa.... sedihnya, seorang kena pulang ke semenanjung, seorang kena pulang ke miri, people come and go macam kad touch and go huhu..., tapi nak buat macam mana life must go on bak kata omputih huhu...

Malam ni I akan menginap di hotel heeeeeee, dalam otak dah imagine nak berendam dalam tab mandi, isi air sampai penuh, campur dengan Johnson 's Bedtime bath, lepas tu terjun dusshhhh...., wahhhh.... mesti seronok kan eeeeee.... best2

Ok sekarang rasa macam kanak2 riang sekejap...

~ Suka produk ni dari dulu sampai sekarang, I tetap setia dengan Johnson's Lotion yang berwarna pink tu... wangikan seperti bau baby bah hehe...

Eh lupa pula syarat kalo dah terima Award dari Ahmoi Chantek kena bagitau 7 tentang diri Ivy hehehe...

The Truth of a Girl name Ivy :p

~ suka makan, siapa2 nak buat party gathering ke, dinner ke, candle light dinner ka, apa2 aturcara yang berkaitan dengan makan2, jangan malu2, sila lah contact I di talian 1-800-900-000 hahahaha..., rezeki jangan ditolak ok

~ suka artwork & sketching, you know I know... apa ayat daaaa..., sapa yang pernah kena sekodeng tu ada lah terpampang di my gallery

~ I suka melihat apa2 yang ada seni & cute miut, pantang melihat barang yang comel2, tangan memang gatal nak beli tu...

~ suka tido, sapa yang kata tak suka tido... tipu lalalalala...

~ lebih suka tido dalam suhu bilik atau nama gelemernya fresh air, tak dapat tido nyenyak dalam bilik yang beraircond, selalu perut mesti kembung tak tau kenapa, jadi malam ni I tido di hotel, aircond kena kurangkan suhu dan pakai selimut sampai kepala hahaaha...

~ banyak koleksi baju berwarna putih, senang mix and match dengan warna2 lain, yang paling best bila kotor, rendam jak dalam clorox heeeee....

~ suka memeluk selimut bila tido, lebih cepat terlelap...



ok habis dah cerita heeeeee.....Line Clear!!!!!....





Sunday, March 14, 2010

Seven Puppies

Sekarang di rumah dah bertambah bilangan ahli2 puppy, bukan 2 3 tapi 7 elor kesemuanya, I masih ingat lagi macam mana Becky (nama anjing kesayangan my brother Eric) membawa seekor demi seekor ke rumah, masa tu hujan lebat, kesian kebasahan semua puppies tu, sebenarnya pertama kali juga I tengok anak2 anjing yang lepas 2 minggu dilahirkan, sungguh comel rupa puppy2 nih, selalu yang I tengok anak2 anjing yang dah besar, dulu I tak berapa suka juga dengan anjing, tapi semenjak my brother Eric membawa Becky ke rumah, I dah mula suka sikit dengan anjing peliharaan... suka sikit jak hahaha...., ok lah kan bunyi tak kejam sangat...., at least ada bodyguard jaga rumah....

Kalau I pulang dari kerja, mesti jenguk puppies ni, geram tengok bila melihat mereka tido dengan nyenyak, macam dunia milik mereka saja, baru je jalan sikit, terus tertido hahahaha.... yang uniknya puppies ni tido ikut warna masing2, yang berwarna coklat tido bersama, yang warna putih hitam tido bersama & yang warna hitam sama2 tido..... unik kan hurmmm...., sila lah tengok gambar2 puppies ni....

THE PUPPIES
*
*
The Seven Puppies
~ 3 black & white, 2 Black & 2 Coklat

~ comelkan mereka tido

Sila tengok apa perbezaan 3 ekor puppies yang berwarna putih hitam nih
*
*
~ yang ni tak ada tompok di badan

~ yang ni ada 2 tompok

~ yang ni ada 1 tompok


Ok habis cerita tentang puppies, nak sharing pula apa yang berlaku dalam minggu ni, yang tak bestnya, handphone I jatuh dalam air, sedih oooo.... walaupun dah uzur rupanya, tetap menjadi kesayangan I, handphone tu lah yang banyak berbakti, 99% gambar2 dalam blog ni adalah hasil dari kamera handphone ni huhu, walaupun cuma 2.0 tapi gambar2 kira clear juga lah hehe...
yang lucu pula, dalam minggu ni I gila makan snack seaweed, sedap sampai menjilat jari, next entry I akan tunjukkan gambar snack tu, terutama yang berperisa tomyam & kim chi, isssskkkkk.... memang kemaruk makan nih lalalala....
Di tempat kerja pula, ok cuma seperti biasa agak sibuk dan I cuba mengatur masa I dengan sebaik2 nya, segala tugasan dipemudahkan....
Oh ingat tak dalam entry sebelum ni, I ada ceritakan tentang nenek & datuk kawan sama sekerja I masuk hospital minggu lepas, pagi tadi I terima sms dari Mie, yang datuk nya sudah meninggal, moga rohnya dicucuri rahmat....




p/s: Kenapa ayat2 I berterabur jak ari ni yer.... aiyak...

Wednesday, February 10, 2010

Nak Tanya Apa?

Ok macam yang dah dijanjikan dalam last entry, dalam entry yang ini I akan bla bla bla panjang2, aaaaaa.... ni I nak realisasikan kata2 itu hahahaha, I jawab tag dari teman blogger mstikot, lama dah tak menjawab tag2 ni yer, sekali sekala boleh lah, tak nak hutang lama2, gambar2 I cedok dari folder dalam lappy heeeeeeee....

Ok lah jom bersoal jawab.....^^

1) Where is your cell phone?
~ dalam bilik tido, hp kat atas ni mahal oooo, tekan 1 muzik, tekan 2 muzik lalalala....

2) Relationship?
~ gambar kartun pun jadi lah lalalala...

3) Your hair? Panjang & color apa pun tak ingat hahahaha
~ planning nak trim rambut ujung minggu ni heeeee....

4) Work?
Ni I sempat shopping lepas pulang dari kerja, ni muka blom mandi masih berpakaian kerja, tapi I tak keja di Digi, saja je posing kat situ hahahaha

5) Your sisters?
Sister Irene
~ walaupun sering dibuli kakak tapi tetap disayangi, buli tanda sayang ok :p

6) Your favorite thing?Chocolate Bar nyum nyum nyum....

7) Your dream last night?
~ I mimpi I posing dengan baju pengantin macam model dalam gambar kat atas tu hahahaha, ok yang ni statement tipu, I tak ingat mimpi apa semalam :p, tapi kalau mimpi kawen ok juga tu lalalalala....

8) Your favorite drink?
~ Hurmm... I ni jenis yang tak memilih dalam minuman ni, janji sodappp diminum hahaha, tapi kalau dulu2 air yang selalu I order mesti Teh C Peng ehek....

9) Your dream car?
~ kalau I nak keta macam ni ok tak, kalau masukkan 40 sen ada muzik oooo.... hahahaha....

10) Your shoes?
~ ni lah salah satu kasut keja I, sekarang rupa kasut tu tak secantik ni, makin comot hahahaha, kena beli baru nih haih...

11) Your fears?
~ manusia yang berperangai macam hantu...

12) What do you want to be in 10 years?

~ jadi Datin hahaha, sekali sekala berangan tak apa lah bah kan.....;p

13) Who did you hang out with last weekend?
~ my family, last weekend spending my quality time with them

14) What are you not good at?
~ sports, memang tak ada bakat langsung dalam bidang ni, tapi dulu2 kat sekolah suka ikut sukan tahunan sekolah walaupun tahu I selalu dapat tempat no.1 dari belakang hahahaha...

15) One of your wish list items?
~ I wish nak ni, nak tu, nak nak nak..... :p

16) Where you grew up?
~ Born in Lawas 1983-1994, move to Kuching at end of 1994 sampai lah sekarang...

17) Last thing you did?
Berangan :p

18) What are you wearing?~ Baju tido, sebab sekarang dah malam nih hehe...

19) What aren’t you wearing?
~ seluar dalam lelaki hahahahaha..., dalam banyak2 seluar, seluar ni tak bole pakai la adoi...

20) Your pet?Tiger & Big Head, yang 2 ekor warna kuning tu dah mati hurmm..

~ Momo si pemalas

Becky, bodyguard rumah kami hehe

21) Your computer? ~ Lappy kesayangan hamba...

22) Your life?
~ Great with ups and down yeah!!!..., thanks God for everything!!!

23) Missing?
~ HIM!!!!.... yesss... this little guy

24) What are you thinking about right now?
~ nak baring& tido sebab esok keja waaaaaaaa.....

25) Your car?~ I ada beca emas hahahaha... sapa nak tumpang???...

26) Your kitchen?~ tempat makan lah hahahaha...

27) Your favorite color? ~ white hahaha...

28) Last time you laughed?
~ ok sekarang I gelak hahahahahahha.., ketawa tu awet muda tau hahahahaha, hurmm.. yer ka??

29) Last time you cried?
~ last sunday, bukan menangis sedih tapi menangis dalam doa tentang betapa bersyukurnya I untuk kehidupan yang baik dan diberkati selalu, thanks god

30) School?
SRK Puru Sia, Lawas & SMK Green Road, Kuching

31) Love? ~ Love is Cinta, Cinta is Love hahahaha... apa daaaaa...erkk...

32) So who wants to share their ONEs?? How about?
Kamu.... kamu... ya ya ya kamu.... heeee...


p/s: ok baik lah anak2 semua, soalan dah habis di jawab, sekian terima kasih...






Saturday, January 30, 2010

Baik dibalas Baik

Dalam beberapa hari ni banyak perkara yang terjadi diluar dugaan I, bukan perkara yang buruk, tapi baik2 semuanya, I selalu percaya yang segala kebaikan yang kita lakukan pasti akan dibalas dengan kebaikan juga, mungkin dalam masa yang terdekat ataupun dikemudian hari, seperti karma, buat jahat dibalas jahat, buat baik dibalas baik.... betul tak ^^

Hari ni I happy juga sebab sempat lah menyiapkan kerja2 yang menimbun, walaupun masih banyak lagi kerja2 yang akan menanti isnin yang akan datang huhu, apa boleh buat dah nama nya keja kan, keja tetap keja haihhhh....

Petang tadi sempat lah I jalan2 di kedai2 menjual barang2 tradisional di area pasar Kuching, kalau rakan2 blogger dari semenanjung atau sabah yang pernah datang ke Kucing mesti tau tempat ni, berdepan jak dengan lokasi waterfront...., tempat yang selalu menjadi tumpuan pelancong luar ataupun dalam negeri

I ada beli tradisional handbag, nice & cantik tapi I takda snap gambar beg tu hahaha, malas nak download boleh heeeeeee, Lepas dah puas jalan2 cuci mata I dijemput oleh my mum, my sis dan cousin, kami berempat singgah di Boulevard Shopping Mall, I singgah di digi centre dalam shopping mall ni, membayar bil2 yang patut, lega bila dah selesai pembayaran, next week ada lagi urusan2 lain yang perlu di selesaikan juga, biasalah tu bayar ni bayar tu huhu....

Oh I dah carikan hadiah untuk my little buddy Desmond, terlambat I belikan hadiah untuk dia, I happy sangat2 dapat beli sepasang baju-T dan Jeans untuk dia...., untuk mumy dia sekali pun ada, sebab bday mumy dia last year I lupa bagi hahahaha...., ok habis cerita hadiah2 ni yer...

Balik lagi pada topic baik dibalas baik....., hurmmm... perkara2 yang baik dan tak terduga tu lain kali lah I cerita k hehehe, yang penting ia buat I senyum memanjang dan terus bersyukur atas segala2nya...... happy weekend yeah!!!...

Tuesday, December 15, 2009

Menang RM10,000

Pagi tadi I terima panggilan telefon, I tengok di skrin hp tertera "Unknown", I paling tak suka bila orang call guna private number, selalu I tak kan endahkan kalau tertera di skrin hp macam ni, tapi I ingatkan kawan I Hui Ming yang call, sebab selalu kalau dia call guna handphone husband dia, mesti keluar private number, so I jawab jak call tu...

aku: hello

di balas pula oleh suara seorang lelaki, kalau dari nada suaranya, kemungkinan lelaki dalam lingkungan 30-an atau 40-an

lelaki: hello.... bla bla bla....
(uihhh...... panjang lebar laki tu bercakap tak henti2)

aku: aah...

lelaki: cik ni pemilik nombor hp 01x-xxx-xxxx??

aku: aah...

lelaki: bla bla bla..... untuk makluman cik, nombor cik telah terpilih oleh agensi kami untuk memenangi RM10,000... bla bla bla...

aku: aah...

masa I dengar laki tu cakap macam tu, I tau ni mesti orang yang suka tipu2 ni, so I biarkan saja dia bercakap panjang lebar, biar sampai tekak dia kering bercakap2 tak henti2, I jawab.."aah..." saja, tanda mengiakan hahahaha...

lelaki: cik kami akan masukkan duit RM10, 000 dalam akaun cik, cik tak perlu bayar apa2 pun, kami cuma perlukan nombor akaun cik

aku: saya memang ada akaun tapi saya tak nak bagi

lelaki: akaun cik aktif tak, kami memerlukan akaun yang aktif dan bla bla bla bla.....

aku: hurmmm.... takpelah saya tak nak duit tu

lelaki: betul cik tak mahu duit RM10,000...

aku: tak mahu

lelaki: ok lah kalau macam tu tak apa

aku: ok

Dalam hati I, ewah ewah... suka2 jak nak tipu orang, kenapa lah masih ada orang macam ni kan, kalau terkena dengan orang yang sudah tua atau agak berumur, mesti mereka ni senang di tipu oleh orang2 @ penipu2 macam ni huhu

I bagitau dengan kawan2 sama kerja yang lain selepas I habis bercakap dengan lelaki tersebut, mereka cakap macam ni, " Ivy... kenak ko sik padah, ko ada banyak duit..., padah ngan orang ya, ko banyak duit beratus2 ribu dalam farmville hahahaha....."
Hurmm.. kalo rakan2 blogger yang dari Semenanjung atau Sabah tak berapa faham ayat ni, tanya yer hehehehe...


p/s: Kalau lah I betul2 menang RM10,000..... errr... I terus kawen hahahaha.... :p, sila abaikan ayat2 tersebut lalalala....

Tuesday, November 17, 2009

Jobs, Engagement, SPM


Oh apakah tujuan gambar diatas, saja jak buat hiasan hahaha, bunga pengantin dengan bunga pengapit tu, kalau ada yang mengikuti perkembangan blog I ni, pasti anda semua ingat gambar bunga ni pernah muncul dalam entry tentang perkahwinan my kazen Sona dalam bulan June yang lepas

Mungkin ada di antara rakan blogger sudah mengetahui status pekerjaan baru I sekarang, ni dah nak masuk minggu ke-4 di tempat baru, setakat ini semuanya ok and I enjoy my new job, hurmm.. salah satu yang I suka tentang pekerjaan baru ni sebab I akan membuat wedding proposal untuk pasangan yang akan mendirikan rumah hahaha, eh silap mesti ada tangga tu, rumahtangga....

Last week I baru je buat satu proposal untuk pasangan ni, nama kedua2 bakal pengantin seperti I kenali jak, so after email the proposal, the next day, I terima panggilan dari bakal pengantin perempuan, rupa2nya dia memang kawan yang dikenali dari sekolah menengah, oh memang tak sangka juga, masa mula2 I tengok nama mereka berdua I ingatkan orang lain kot, mana tau rupa2nya sah orang yang sama, best kan hehe

Hari ini I terima panggilan daripada salah seorang kawan baik I Rachel, dia akan bertunang sabtu minggu depan, Im so happy to hear the good news from her, so I will update about the special day!!!

Esok bermula lah hari pertama SPM, my sister Irene tengah study sekarang masa I taipkan entry ni, my sister ni memang sempoi jak, relax jak rupa dia, dari dulu sampailah sekarang, tapi antara kami adik beradik memang dia lah paling terer hahaha, maintain straight A dari UPSR sampai lah PMR, moga untuk SPM ni dia dapat buat yang terbaik juga, I doakan moga my sis berjaya
Oh lupa pula, buat rakan2 blogger yang bakal menempuhi peperiksaan SPM tahun ni, wish u all the best!!!!...

Oh apa kah tujuan gambar di sebelah, saja2 jak bah tu, nak tunjuk chomel sikit lalalalala...... tak habis2 ayat tak boleh blah

Satu lagi, esok ada special day buat seseorang yang I amat sayangi, siapa tu, tungguuuuuu entry yang seterusnya k, I will update soon....

Monday, November 2, 2009

Welcome November

Welcome November hehe, ok kalau anda semua masih ingat entry I dalam bulan october iaitu New Kitty2 Family, sila klik sini kalau terlepas entry tu yer, masa tu anak2 kucing tu masih kecil lagi kan, sekarang dah besar sikit dan mereka dah tak sabar nak keluar dari kotak, dah lah bising lebih2 lagi kalau ada orang menjenguk kotak mereka

Setiap pagi sebelum I turun kerja, mesti ganggu mereka tido hahaha, geram tengok mereke lena tido, tu lah my sister Irene cakap, memang tak sah kalau I tak ganggu anak2 kucing tu dalam sehari hehe.... they're so cute and adorable haihhhh...

tapi tak lama lagi, bila anak2 kucing ni dah cukup besar, my kazen Lyn dah booking semua anak2 kucing ni, dia nak ambil semua hehehe, pesanan untuk my kazen Lyn, sila jangan senyum bila u baca entry ni wokey, my kazen Lyn ada baca blog I nih, alamak tak bole mengumpat lah pasal dia, nanti kantoi lalalala.... jangan marah lyn, ampunnn tuanku hihi

here few pics

nak keluar... nak keluar!!!
~ kesian tempat tido mereka dah kotor, lepas I snap pictures mereka ni, I dah tukar suratkabar sebagai alas...

I want to get out of here!!!...
~ sampai panjat2 lagi tu, mahu keluar dari kotak

Meowww!!!
~ masa untuk membuli

Masa untuk explore race hihi

pantang dengar suara pasti mereka begitu sibuk meminta perhatian
~ geram geram... sebab mereka comel sgt2 huhu

I love you
You love me
we are happy family
hehehe... lagu Barney lah pula...

Me & 4D
~ tengok perut 4D dah semakin membesar, bila nak beranak ni


p/s: Hari ini sungguh busy di tempat kerja, tapi walaupun busy I'm still enjoying my work, well keep on saying love my job, love my job hahahaha, dan satu lagi I nak bersorak hep hep hep horrayyyy.... esok I cuti untuk my special day, erkk... apa tu yer, next entry I will update on my special day..... *wink wink*