Showing posts with label pet. Show all posts
Showing posts with label pet. Show all posts

Sunday, April 18, 2010

A Day for Me!!!!....

Hari ni balik ke kampung di Singgai, Bau. Akhirnya berjumpa juga dengan puppies semua. Semua puppies dah di buang daerah hahaha, memandangkan puppies ni semakin membesar, jadi perlukan tempat yang lebih luas, semua di hantar pulang ke kampung, ok lah sebab puppies2 ni pun nampak happy

Sambil2 tu I menjenguk kebun sayur sayuran my mum and dad, hasil cili semakin bagus, menjenguk ikan2 keli my brother Lee, ikan2 keli peliharaan my brother Lee dah ada yang dijual. seronok juga melihat hasil2 jualan ikan keli, cili dan juga cendawan....

Oh ya my btother ada salaikan ikan keli petang tadi, rasanya memang sedap...., very the yummy I tell you..., adoheh bahasa apa nih...

Ok lah layan je gambar2 di bawah yer....

Puppies
*
*
~ Charlie & Sally

~ Charlie

~ Sally & Brother Lee

~ Charlie & Sally with my brother Eric, macam family bahagia hahaha...

~ aku cekik ko grrrrr...., haipp tak sampai hati lalala...

~ Ggrrrr.... makan kaki

~ aksi2 puppies

Ikan Keli Salai
*
*
~ yang ni blom salai :p

~ Ikan keli Salai, nampak hitam jak dalam gambar ni tapi the taste very the yummy..., biasa lah camera hp heeeee...

~ cubit sikit... lepas tu....

~ ngappp... makan!!!!...

Kebun Sayur Mummy
*
*
~ sayur kacang panjang

~ Sayur Sawi

~ me & pokok cili, sapa lagi comel~ pokok atau Ivy haha..

~ peace!!, yang ni anak pokok terung dayak, terung yang warna kuning tu

~ buat2 rajin lalalala..

~ gigit cili

~ my mum harvest...., sporting model nih hehe

~ Tadaaa... hasil2 cili

~ my mum taburkan baca

~ anak pokok cili & terung, my mum nak bagi dengan temannya

Pisang yummyyy... erkk.. masih mentah lagi

~ pose tak boleh blah punya, gambar sendiri muahahahahah...


p/s: dah terupdate, esok monday huhu.....

Sunday, April 11, 2010

Bathing Puppies

Hari ni I mandikan semua puppies, 7 ekor semuanya, kalau terlepas entry gambar2 puppies tu, sila klik sini yer...., ni pertama kali juga I mandikan puppies, dulu I tak pernah minat dengan anjing, cuma semenjak 7 ekor anak puppies ni dilahirkan, perasaan minat dan sayang tu ada sebab mereka sangat2 lah ke-comel-an macam tuan mereka hahaha..., macam patung bah...

Tips untuk mandi kan puppies ialah yang paling penting, tak boleh selalu mandikan puppy2 ni, sebab masih kecil jadi hanya boleh mandikan puppy once a month, nanti kalau dah besar boleh mandikan twice a month ataupun once a week kalau perlu, jika selalu dimandikan, nanti bulu2 nampak tak sihat dan badan puppy lebih cepat berbau..., wah macam pakar pula I bercakap, kalau nak tips senang jak kan, tanya dengan pak google :p

Letih nya mandikan seekor2, lepas tu hair dryer kan sampai kering sebab I mandikan puppy2 ni malam hari, sebelah pagi tadi malas nak mandikan mereka ni heeeee...., tapi langkah yang paling bagus ialah lepas mandikan puppy mereka kena bersihkan badan sendiri atau biarkan mereka berjemur dibawah pancaran matahari, tapi dah malam, pancaran bulan pun tak ada effect hua hua hua....

Puppy's Bath Time
*
*
~ tengah mandikan Charlie, gosok sana gosok sini, ada yang suka mandi, ada yang nak lari sebab kesejukan, trauma nak mandi kot hehe

~ proses mengeringkan puppy



p/s: tadaaa... dah mandikan puppy2, tapi terfikir nak bawa puppies ni jumpa veternarian...





Sunday, March 28, 2010

Oh Puppy

4 hari yang lepas, dua ekor puppies terjatuh dalam longkang depan rumah, kesian sebab kesejukan, jadi berganding bahu lah kami berdua sis Irene memandikan puppies dan keringkan dengan hair dryer, tapi lucu juga melihat badan mereka mengeletar kesejukan, macam ada vibrator jak dalam badan mereka hehe...

Hari ni, kami bertiga brother Lee & sis Irene jalan2 window shopping di Wisma Satok, rupa2 nya ada jualan half price, agak ramai juga orang, sebelum tu sempat singgah di Boulevard sebab ada urusan yang perlu dilakukan hehe, bukan urusan shopping ok, hari ni aktiviti kami bertiga makan, makan & makan, non-stop...., perut bulat jak kekenyangan hehe...

Tadi I masukkan semua puppies ke dalam kandang, tapi yang comelnya, bila simpan jak dalam kandang terus tertido, mungkin sebab dah penat bermain2 sepanjang petang di belakang rumah, kecuali seekor jak yang masih bising, jadi I keluarkan dari kandang & belai2 sekejap, pandai pula terdiam, tapi bila I masukkan balik dalam kandang, puppy tu mula bising lagi, at last sekali lagi I keluarkan dari kandang dan pegang jak puppy tu sampai dah layu mata puppy, tertido terus bila dimasukkan semula ke dalam kandang, pandai juga puppy ni nak bermanja, sis Irene bagi nama puppy ni sally hahahaha..., canggih nya nama.... minta maaaapppp, bagi siapa2 yang bernama Sally hihi.....

Rupa puppy yang terselamat dari longkang hehe
*
*
*
Ketawa jak I tengok badan puppy ni bergetar2 kesejukan dengan bunyi minta kesian hehe...

My name is Nobita!!!...
~ yang kat belakang tu pula nama nya Gendut, sebab puppy tu paling gebu dan saiz besar sedikit berbanding yang lain

~ dah kering baru nobita pandai duduk diam

Brownies & Window Shopping

*
*
*
Chocolate Brownie
~ rasa bole tahan, lupa dah nama kedai ni haihh..., location dalam Boulevard Shopping Mall

~ Jualan half price di Wisma Satok, mata juling melihat tag2 harga yang dah half price

~ tengok seorang adik ni, bersemangat memilih, "pilih2 dik, lelong2..!!!"

~ with Brother Lee

Rupa puppy yang ingin bermanja..
*
*
*
My name is Sally
~ Sis Irene yang bagi nama puppy ni Sally, apa kah....hahaha..

Bising dalam kandang, bila di belai2 baru terdiam... so cute..



p/s: Tommorow is Monday, so what say you???? :p

Sunday, March 14, 2010

Seven Puppies

Sekarang di rumah dah bertambah bilangan ahli2 puppy, bukan 2 3 tapi 7 elor kesemuanya, I masih ingat lagi macam mana Becky (nama anjing kesayangan my brother Eric) membawa seekor demi seekor ke rumah, masa tu hujan lebat, kesian kebasahan semua puppies tu, sebenarnya pertama kali juga I tengok anak2 anjing yang lepas 2 minggu dilahirkan, sungguh comel rupa puppy2 nih, selalu yang I tengok anak2 anjing yang dah besar, dulu I tak berapa suka juga dengan anjing, tapi semenjak my brother Eric membawa Becky ke rumah, I dah mula suka sikit dengan anjing peliharaan... suka sikit jak hahaha...., ok lah kan bunyi tak kejam sangat...., at least ada bodyguard jaga rumah....

Kalau I pulang dari kerja, mesti jenguk puppies ni, geram tengok bila melihat mereka tido dengan nyenyak, macam dunia milik mereka saja, baru je jalan sikit, terus tertido hahahaha.... yang uniknya puppies ni tido ikut warna masing2, yang berwarna coklat tido bersama, yang warna putih hitam tido bersama & yang warna hitam sama2 tido..... unik kan hurmmm...., sila lah tengok gambar2 puppies ni....

THE PUPPIES
*
*
The Seven Puppies
~ 3 black & white, 2 Black & 2 Coklat

~ comelkan mereka tido

Sila tengok apa perbezaan 3 ekor puppies yang berwarna putih hitam nih
*
*
~ yang ni tak ada tompok di badan

~ yang ni ada 2 tompok

~ yang ni ada 1 tompok


Ok habis cerita tentang puppies, nak sharing pula apa yang berlaku dalam minggu ni, yang tak bestnya, handphone I jatuh dalam air, sedih oooo.... walaupun dah uzur rupanya, tetap menjadi kesayangan I, handphone tu lah yang banyak berbakti, 99% gambar2 dalam blog ni adalah hasil dari kamera handphone ni huhu, walaupun cuma 2.0 tapi gambar2 kira clear juga lah hehe...
yang lucu pula, dalam minggu ni I gila makan snack seaweed, sedap sampai menjilat jari, next entry I akan tunjukkan gambar snack tu, terutama yang berperisa tomyam & kim chi, isssskkkkk.... memang kemaruk makan nih lalalala....
Di tempat kerja pula, ok cuma seperti biasa agak sibuk dan I cuba mengatur masa I dengan sebaik2 nya, segala tugasan dipemudahkan....
Oh ingat tak dalam entry sebelum ni, I ada ceritakan tentang nenek & datuk kawan sama sekerja I masuk hospital minggu lepas, pagi tadi I terima sms dari Mie, yang datuk nya sudah meninggal, moga rohnya dicucuri rahmat....




p/s: Kenapa ayat2 I berterabur jak ari ni yer.... aiyak...