Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Monday, October 11, 2010

Sunny Hill Ice Cream

Dah 2 hari berturut2 I makan aiskrim di Sunny Hill Ice Cream yang dikenali dengan homemade Ice cream, rugi kalau tak mencuba, rasa icecream nya memang bagi I lain dari yang lain, hurmmm... lebih sedap daripada yang dibeli di kedai2 aaaaa.... ini lah satu2nya kedai yang menjual homemade aiskrim di Kuching, maksud I kedai ni tak ada cawangan yang lain, errrr... kalau tak silap lah hehehe..., mana lah tau kot2 dah ada cawangan di tempat2 lain dalam bandar Kuching, blogger2 dari Kuching sila betulkan yer, kalau ada kesilapan info heeeeeeeeeeee....

Yang best kedai ni, kita boleh beli additional nuts, kalau half cup RM0.50nett sahaja. No plus2 ok, kalau 1 cup nuts pula RM1.00 sahaja. Murahkan dan sedap bila dimakan dengan ais krim, rasa2 yang masin dimakan dengan aiskrim yang manis, memang chantek!!!!.... thumbs up up!!!..., sebab adanya dua tangan, tu yang kena "up up" 2 kali tu :p

Selain tu, perisa akan bertukar2 juga, tapi kadang2 sama juga ler hehe, yang pasti everyday perisa vanilla is a must, perisa yang satu lagi akan bertukar2, mungkin jagung, coklat, yam...

Last Sunday I makan small cup, hari ni makan lagi, kali ini I makan medium cup...., maksudnya kalau sekali lagi I datang, mesti order large cup hahaha...


SUNNY HILL HOMEMADE ICE CREAM
*
*
*
(Sunday, 10/10/10)
~Sunny Hill

~ Ini lah Kaunternya, self service with few selections but you'll never regret for each choices...

~ Vanilla & Chocolate with nuts (small)
RM2.50 with nuts

~ Yummy!!..

~ Tengah menikmati...

(Today, 11/10/10)
*
*
~ Hari ni sama perisa, Vanilla & Chocolate (medium cup with nuts)
RM3.80 per cup with nuts

~ Today carving for ice cream more and more!!!... from small to medium hahaha..., tak lama lagi medium to large :p

~ Happy akhirnya dapat menonton Ice Age 2 & 3, I tau lah movie ni dah lama, tapi memang best...


Oh satu lagi, I dah tonton Ice Age yahoooo...., last sunday lepas makan aiskrim, I ke Kenyalang mencari DVD ni, bagi penduduk di Kuching, area kenyalang ni memang tempat yang glamor kalau nak cari CD/DVD.... betul tak??...:p

Tuesday, March 9, 2010

Ipoh Town & Percy Jackson

Semalam kami adik beradik menonton wayang di MBO The Spring, Percy Jackson & The Lightning Thief movie, tak ramai orang menonton, mungkin disebabkan dah beberapa minggu sudah ditayangkan, mula2 tu plan nak tengok Alice In The Wonderland, tak jadi lah pula, di The Spring Shopping Mall semalam pun tak ramai juga orang, mungkin disebabkan weekdays waktu orang berkerja dan budak2 masih bersekolah, aik banyak pula perkataan "mungkin" ehehee..., Pagi tadi rasa berat jak mata nak buka, semalam movie habis dalam jam 12 lebih, tapi pagi tadi I kena awal2 pula bangun menghadap lappy, ada sesuatu yang kena di bereskan

Tengah hari semalam, I dengan teman sekerja, Noamie @ panggilan manjanya mie lunch di Ipoh Town Kopitiam tak jauh dari tempat kerja, kesian tengok dia tak dapat memberi tumpuan sepenuhnya ditempat kerja selepas dia mendapat berita tentang kedua2 nenek & datuk nya dalam keadaan yang tenat di hospital, dah lah dia cuba menahan perasaan sedih, bila dia menangis I tak tau macam mana nak pujuk, suruh dia bersabar jak, hari ni dia bercuti selama 2 hari, emergency leave, moga semuanya baik2 disana buat Noamie...

Ok here few pics......

IPOH TOWN KOPITIAM
(Tun Jugah Shopping Mall)
*
*
~ Wajah yang murung, tapi kena makan juga sebab kalau tak makan nanti sakit perut hurmmm....

Chicken & Ham Sandwich~Hot Honey Lemon Drink
I makan menu diatas, makan ringan sedikit sebab masa tu perut tak lah lapar sangat, kalau dah sepanjang pagi mulut asyik mengunyah2 biskut sambil tangan ketak ketak ketak di keyboard hahahaha...

~ Sila tengok apa persamaan jejaka di atas dengan blogger Ivy????
Dua2 suka snap gambar2 makanan hahahaha, senyum2 I tengok jejaka ni sibuk cari posisi yang menarik untuk snapkan gambar makanan, rupanya ada orang sama hobby dengan I, dalam hati I masa tu macam ni, " mungkin dia ni ada blog juga kot hahaha"


MBO THE SPRING
( Percy Jackson & The Lightning Thief)
*
*
"up up up up......" Kungfu Panda

me & Bro Eric

Boyfriend I.... macho, senyuman manis, bergaya, cuma dia pakai seluar kat luar, nasib bukan underwear macam superman hehe...

Tengah menunggu waktu untuk menonton movie, I sempat singgah di kedai yang buat ni, tadaaa... nama I "Ivy"


Ni lagi satu aktiviti yang sempat dibuat sambil menunggu, I warnakan kuku sis Irene, Red color, ntah apa mimpi kami berdua nak mencuba warna merah, nak jadik vampire :p

Bro Lee & me


p/s: Nak tido awal malam ni, tu jak hehe.....

Wednesday, December 23, 2009

Avatar & Merry Christmas!!!

Hola!!!.... semua...., Dalam beberapa hari ni selepas last entry ahad yang lepas, I memang dalam mode busy, lepas tu sering penat, selalu tido awal, dalam 3 hari ni ntah kenapa bahagian belakang pinggang I sangat sakit, I ada bagitau my mum dan dia cadangkan jumpa doktor, sampai sekarang belum lagi I pegi hurmmm....

Ok petang tadi I pulang dari keja, sampai rumah seekor anak kucing dah hilang, tak tahu mana menghilang waaaaaaaa..... dah lah anak kucing tu lemah, esok pagi mesti I cari dia lagi huhu, nak tau tak sapa nama anak kucing tu, I kasi nama "Dean", sebab I minat tengok cerita Supernatural, hero2 memang hensem...., ada seekor lagi I bagi nama "Sam", watak adik Dean, hurmmmm.... mana lah anak kucing ni menghilang, I'm so sad....

Sekarang dah jam 2.05 pagi, sempat lagi update blog hahaha, sebenarnya I baru pulang dari menonton movie Avatar, memang best sampaikan tak terasa 2 jam lebih duduk dalam panggung, berbaloi2 menonton movie nih, banyak adegan2 yang mendebarkan, aksi2 yang best, gambaran yang menarik especially hutan2 tu....., I tengok wayang dengan my brother Eric saja, my sister Irene dan Brother Lee dah pulang ke Lawas, celebrate Christmas disana, frustnya tak dapat join mereka sebab I nak tengok 2 orang kazen I sebelah daddy tu kawen serentak, mesti meriah, lama dah tak tengok perkahwinan kaum Lun Bawang, hopefully my sister manage to capture some pictures on the special day, so that I can update hihi...

Buat rakan2 blogger yang menyambut Christmas, I nak ucapkan Merry Merry Christmas and Happy New Year to Everyone!!!!!.... ho ho ho.....


My brother Eric

Merry Christmas & Happy New Year!!!!


p/s: ok nak tido nih, esok kena bangun awal, kerja kerja kerja hehe....

Friday, November 27, 2009

Twilight Saga Night

Semalam keluar dengan cousins iaitu Lyn, Kule dengan Gani dan my sister Irene, kami berempat ke LFS (Lotus Five Star) Riverside Cineplex, mereka planning nak menonton filem terbaru Twilight Saga pada jam 9.45pm, jadi sambil menunggu waktu kami jalan2 cuci mata dalam parkson, lama tak jalan kat sini huhu, ntah berapa tahun daaaaa...

Hurmmm..dah habis menonton filem ni, bagi I filem ni lebih kepada tema cinta, mula2 I ingatkan banyak aksi2 yang cemas, rupa2 nya slow saja dari mula sampai ending, hurmmm overall boleh tahan lah, tapi kalau bagi sesiapa hendak menonton filem aksi2, better tak yah tengok movie ni hehehehe....

ok here few pics...

Sis Irene & Lyn

Lyn, kule & me

blurrr...pic ni

me & teddy
Besarkan patung nih....
macam rupa anjing betulkan

wahhhh...christmas dah nak dekat kan....

love this one, so cute this little snowman

boleh gerak2 lagi binatang nih hehehe, interesting!!!!


p/s: will update soon k..... baru pulang dari kampung ni....^_^





Monday, September 21, 2009

Ladies Happy Hour

Malam hari ahad kami berempat I, Kule, Lyn dan Irene keluar bersama2 ke shopping Complex The Spring, tujuan utama hendak mambawa my sister Irene tengok wayang, dari dulu dah janji nak bawa dia tengok wayang, memandangkan MBO cineplex dah mula beroperasi, jadi nak juga lihat bagaimana rupa cineplex yang baru ini

Dalam jam 9 malam sampai di the spring, tapi nampak gaya nya kereta memang banyak, hampir 20 minit kami terpusing2 mencari tempat parking, sempat lagi I shopping hehehe, ada beli sepasang kasut di padini store, lepas shopping langsung membeli tiket wayang

Memandangkan kami tak da planning nak tengok movie apa, at last kami pilih movie The Ugly Truth, mula2 tu kami tak perasan pula cerita ni tak sesuai untuk budak bawah 18 tahun hahaha, sebab penggunaan bahasa yang agak "seksa" amatlah banyak dalam filem ini, kami terlupa my sister Irene masih under 18 years old huhu....., here few pics

Welcome to MBO Cineplex

Suasana di luar Cineplex

Sister Irene, me & my cousin Lyn

So adorable!!!!
~ mata I tak tahan tengok benda2 yang cute macam ni haihhh....

Tadaaaa.... ni kasut yang I beli, cantik tak hehehe, I love the design simple and comfortable, mula2 nak warna hitam tapi tak ada saiz huhu, at last pilih warna beige, ni lah satu2 nya koleksi kasut bertutup I, sebab I jenis yang suka sandal yang tak bertutup


Me & Sister Irene
~ kakak lebih kecil dari adik, tapi adik masih tak dapat buli kakak ok lalalala

I win an Oscar award hahaha

Popcorn's Queen hahaha

Me, Kule & Lyn

Tangga masuk ke cinema
~ memang cantik dan nampak mewah, rasa macam tengok teater jak

Dalam panggung wayang
~ harus pose sebelum wayang di tayangkan lalalala....

Ok satu saja pengalaman yang tak bernasib baik bagi kami berempat yang pertama kali menonton wayang di sini, tengah kami syok menonton wayang ni, tiba2 jak sound sistem ada masalah, tahan saja lah dengan bunyi yang bising huhu, kelihatan sebahagian penonton2 dalam panggung juga kelihatan gelisah, nasib dalam 25 minit, ok balik sound sistem....

yer lah tempat masih baru, jadi faham akan masalah teknikal macam tu, takpe lah yang penting I dah pergi menonton wayang di sini hehe

Balik dari The Spring, kami sempat singgah di Central Park batu 3, tapau mee untuk my brother yang dah pesan awal2, sambil menunggu makanan yang hendak di tapau I minum air kelapa hahaha, sebelum order sempat lagi I tanya dengan Cousin, "nampak pelik tak kalo tgh2 malam minum air kelapa??", mereka jawab tak pelik, so I order air kelapa hihi..........

Memang penat tapi seronok.... well ladies outing kan, best bila keluar bersama2 dengan cousins bila pulang ke Kuching, masa macam ni lah ada waktu untuk bersama2....


p/s: kalo nampak I jalan2, sila lah tegur lalalalala... ok nite2 mau tido dulu zzzzzzzz....