Showing posts with label dinner. Show all posts
Showing posts with label dinner. Show all posts

Tuesday, November 16, 2010

Wishes

Esok holiday yeah yeah...., buat rakan2 blogger yang menyambut Hari Raya Aidiladha esok, I ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua...., ada siapa2 yang buat open house :p

Hari ni I rasa kurang bersemangat nak menjalankan tugas2 di office, yerlah memandangkan esok cutikan, hati dah tak sabar2 nak pulang, esok boleh bangun lewat heeeeeee...., lepas kerja petang tadi I keluar dengan Ubek, makan malam bersama, sampai di rumah I kena keluar lagi temankan my mum order kek untuk daddy, I belum mandi lagi tu huhu, dengan pakaian kerja dan berselipar jepun pink, oh ya hari khamis akan datang is my dad birthday!!...


~ 3 of us at the Taka Cake house

Hari ni merupakan hari jadi Hui Ming, kalau rakan2 blogger yang dah mengikuti perkembangan blog I dari tahun lepas, pasti mengenali siapa Hui Ming ni, dia lah mumy kepada my little buddy Desmond @ Didi, petang semalam I kirimkan birthday present for her, dalam jam 4 lebih petang tadi dia mmskan I gambar dibawah, she wearing the dress yang I hadiahkan. So cute dengan rambut baru....

Happy Birthday to Hui ming @ Mama Desmond

p/s: Ok that all for today, esok nak buat apa, I nak T.I.D.O....:p



Friday, June 18, 2010

Rachel & Roy's Wedding Reception

Kalau dalam entry yang sebelum ni I postkan tentang Rachel's wedding ceremony, kali ni nak kongsikan serba sdikit gambar untuk wedding reception yang telah diadakan di Crown Tower Kuching. Pasangan pengantin kelihatan sungguh ceria, masih terasa dalam mimpi lagi bila melihat Rachel dah sah bergelar seorang isteri, seperti baru semalam saja kenangan sewaktu kami dengan kawan2 rapat yang lain masih menuntut di UiTM, moga Tuhan sentiasa memberkati pasangan yang romantis ini (^-^)

Here few pics

WEDDING RECEPTION
*
*
*
~ The backdrop & The VIP Table

~ Cutting the Cake
Of course, the bride and groom traditionally cut the first slice on their wedding cake. Then, the bride feeds half of the piece of cake to the groom, and the groom feeds the remainder to the bride. Both of them look so sweet...* wink wink*

Toasting the Happy Couple
~Bersama2 dengan kedua2 ibubapa dari kedua2 belah pengantin

~ "Pekated"
Barisan gadis2 Lun Bawang yang cantik2 dengan "raung" atau topi tradisional wanita & "tayen" atau bakul tradisional kaum lunbawang, pengantin perempuan akan memberi satu set topi dan tayen untuk ibu sebelah pengantin lelaki dan juga saudara terdekat belah pihak pengantin lelaki. Ini merupakan salah satu adat dalam perkahwinan kaum Lun Bawang, kalau tak silap di panggil "pekated".

~ persembahan nyanyian khas untuk kedua2 pengantin daripada sanak-saudara sebelah pengantin perempuan

~ My Family

Mimon, Elaine & me
~ They are the best hehehe, best friend forever hihi, lama tak berjumpa especially dengan Elaine, bila dah berjumpa perangai kanak2 keluar hahaha...




p/s: will update soon... walaupun sekarang semakin lambat sangat I nak update for new entry, adakah ini menunjukkan prestasi blogging I dah merundum hehehe....







Tuesday, February 2, 2010

Annual Staff Dinner

Pada hari ahad yang lepas pada 30 January 2010 merupakan malam yang bertemakan Annual Staff Dinner,"1 Malaysia" dan telah diadakan di Grand Margherita Hotel, I ada few pics yang hendak dikongsikan, download sikit pun tak apa lah kan hehehehe...., seperti biasa part yang best mestilah part makan dan juga persembahan daripada staff2 yang sporting2 semuanya, apa2 pun semua acara serba serbi meriah ^^

Hurmmm.... I rasa nak taip panjang2 jak tapi malas boleh hahahaha... ok lah enjoy the few pics, lain kali I bla bla bla panjang2...


Disini I nak ucapkan takziah buat salah seorang officemate atas pemergian nenek beliau dan takziah juga buat seorang teman I yang jauh dan disayangi atas pemergian nenek beliau juga. Moga roh mereka dicucuri rahmat....

Saturday, January 23, 2010

Kebaya Nyonya

Semalam selepas pulang dari kerja, I ke Hopoh Shopping Centre dengan mumy dan sister Irene, mula2 tu merancang untuk survey jak, nak survey baju2 kebaya nyonya, at last I beli kebaya nyonya berwarna purple, mumy cakap beli terus daripada datang lagi lain kali, my mum ada beli kain sepasang juga, dia beli warna purple lembut, corak kain tu cantik tapi yang buat I senyum2 bila tanya kat mumy, nanti dia nak buat baju apa dengan kain2 tu, my mum geleng2 kepala saja, sebab belum ada idea lagi nak buat design macam mana haihhh...

Minggu depan I akan menghadiri Annual Staff Dinner, tema malam tu "1 Malaysia", lama I pikir nak pakai apa untuk ikut tema tu, sini I nak ucapkan Thank you so much untuk teman blogger Atika sebab bagi idea tentang baju kebaya nyonya ni

Bagi rakan2 blogger yang di Kuching, di Hopoh ada banyak pilihan warna untuk kebaya nyonya, kalau berminat sila2 lah datang sini survey ya....., oh I cuma beli baju jak sebab sarong yang dijual semuanya jenis moden style, main lilit, tapi I lebih suka yang nampak tradisional, so mula2 tu I plan nak cari kain sarong batik kat tempat lain, mana lah tau sampai rumah, I dengan sister Irene menyelongkar almari baju my mum hahahaha...., dapat juga sehelai sarong yang menarik perhatian I, my mum dah lama jahit sarong tu tapi tak pernah pakai sebab, kainnya pandai mengecil hahahaha.... adohai sorry kalo ayat ni nampak pelik pulak, kain pandai mengecil??? hahahaha....

So I cuba pakai kebaya nyonya purple tu dengan sarong yang dijumpai hehehe...., nak tanya pendapat ok tak??? ada gambar kat bawah, sempat posing2 lagi walaupun masih penat dan belum mandi heeeeee.....:p


1 Malaysia
~ comelkan gambar patung2 ni, gambar ni I cedok dari Bapa Google hahaha...

ayu tak aiseh.....

Cakk!!..

Cak!!!...


p/s: Nak tanya pendapat ni, mana satu yang sesuai untuk tube kat dalam tu, warna purple atau black color??.... any ideas please.... ^^, purple color does make ur look younger isnt it???...:p

Monday, January 11, 2010

Family Dinner & Cousins

Hari ahad yang lepas, kami sekeluarga keluar makan malam di Country Court bersama2 dengan keluarga Uncle Samuel yang baru datang dari Lawas serta keluarga Uncle Stevenson, weekend yang lepas, tak berapa banyak aktiviti yang I lakukan, last saturday I meluangkan masa di office untuk menyiapkan kerja2 yang masih tertunda, penuh bersemangat walaupun last saturday I cuti hehe, sebab tu lah hari ni ok lah sedikit, at least I dapat selesaikan proposal2 dengan cepat, kena skip lunch lagi tu, sebab tak ada selera makan pula bila dah busy....., petang2 dah lapar, at last I isikan perut dengan minum nestum 3 in 1 jak hehe.... bak kata orang kerja tak akan habis2, lepas satu, 2 3 datang lagi huhu...., but is ok as long as I'm still enjoying doing my current job now.... heeeeeee....

Oh hampir terlupa pula, tujuan Uncle Samuel sekeluarga datang ke Kuching kerana nak hantar my cousin yang baru masuk Tingkatan 1 memulakan persekolahan di salah satu sekolah berasrama penuh disini. Malam ni uncle dan aunty dah mulakan perjalanan pulang ke Miri dan seterusnya ke Lawas, moga mereka selamat dalam perjalanan pulang kembali ke Lawas

Ok lah here few pics yang sempat I snap semalam, yang tak kelihatan dalam pics dibawah ialah Aunty Mariana, Aunty Dessy dan my brother Lee, yang lain2 sempat I ambik...


AT COUNTRY COURT
*
*
*
Aunty, mumy & dady

Uncle Stevenson & Uncle Samuel

Ebeng & Michelle
~ Cousin I yang berbaju oren ni lah yang datang bersekolah di Kuching

me & baby
~ buat gaya cute tak menjadi hahaha, mulut penuh makanan tu...

Brother Eric & Sis Irene
~ malam tu sis Irene tak berapa sihat, senyap jak dia

Dedek & Bro Eric
~ macam kanak2 riang saja mereka berdua ni

Sibuk melihat menu
~ dedek tetap dengan menu pilihan mesti ada nestum

Daniel
~ comelnya dia, pertama kali juga jumpa cousin I yang sorang ni, dia anak angkat kepada uncle Stevenson, baru je berumur 1 year 3 months, my first impression towards him, smart at his age and cute hihi...


p/s: ok mata dah tak tahan, nak tidooooooo......

Sunday, December 20, 2009

Wedding Dinner

Semalam hari sabtu 19/12/2009, wedding dinner untuk pasangan pengantin Rick & Felicia telah diadakan, kalau terlepas entry majlis perkahwinan mereka di gereja pada 18/12 2009, silalah rajin2 buat U-turn ke entry yang sebelum ni yer hehehe...

Majlis makan malam diadakan di The Banquet, tempat yang sama di mana sebelum ni kakak kepada pengantin lelaki juga telah mengadakan wedding dinner dalam bulan June yang lepas tahun ni, kalau anda rajin sila lah buat U-turn sekali lagi entry tu dalam bulan June... rajin2 jangan malas.....:p, dah nak masuk tahun baru ni tau, jadi kena rajin2...:p

Ok semalam ramai tetamu yang hadir untuk memeriahkan majlis, segala aturcara juga berlangsung dengan baik, so here few pics yang I nak kongsi disini.....


AT THE BANQUET
*
*
*~ Tak sempat snap pics pengantin semasa mereka welcoming tetamu2 yang hadir, gambar yang ni pun kira ok jak bah kan heeeee...

Seisi memotong kek
~ I cuma mampu ambik gambar dari jauh jak....

my family *wink wink*

kedua2 pengantin menjelajahi ke setiap meja untuk membuat terjahan hahaha, ini dikatakan seisi beramah mesra

Pengapit lelaki, my brother Lee, pengantin perempuan Felicia & pengapit perempuan, lupa pula tanya nama dia heeeeee....

"Good for everyone!!!"
~ skrip tokok tambah hahaha, bersemangat pengantin lelaki menyanyi

Rancak berjoget di dance floor, my brother Eric berjoget sampai berpeluh2 hahaha, Suami kepada kazen I tu pula macam gaya nak terbang jak hehe


Sis Irene, Sona, Lyn & Me
*
*
*
Orang lain sibuk makan, kami sibuk bergambar hahaha!!!..

Me & Lyn
~ kami berdua memang rapat dari kecik lagi (^-^), moga mesra sampai dah masuk title grandma nanti

My cousin Sona, me & cousin Lyn
~ kami bertiga ni sama2 lahir tahun 1983, nampaknya mereka berdua dah dapat gelaran Mrs, dua2 dah kawen tahun ni, Sona tak lama lagi bakal jadi seorang mama, bestnyaaa.... ada baby, I sorang jak masih dalam kelab bujang ni hahahaha...., oh pesanan buat Lyn, jangan tunggu lama2, proses cepat2 hahahaha.... :p, masih teringat dulu2 masa masih lagi bersekolah, masing2 sering bertanya sapa kawen dulu.. alahai masa masih budak2 dah bercakap pasal kawen2 hehe...

Mumy & Sis Irene


Sis Irene & Me
*
*
Cak!!!... Sis Irene cakap pics syok sendiri hahahaha, takpe janji bahagia lalalala...



p/s: ulser di lidah makin teruk.... sakit lah... tolong tolong..., esok nak keja waaaaa...., oh sekali lagi ucapan tahniah buat my cousin Rick dan pasangannya Felicia, moga berbahagia selalu..

Monday, December 7, 2009

The Wedding Dinner

Kalau dalam entry yang sebelum ni, I postkan tentang majlis perkahwinan my kazen Lyn dan pasangannya Robert di Gereja SIB Kuching, dalam entry yang ni plak I nak kongsikan tentang majlis makan malam yang telah diadakan di Mandarin Restaurant

Ramai sanak-saudara, teman2 serta kenalan2 dari kedua2 belah pihak pengantin lelaki dan perempuan yang hadir untuk memeriahkan majlis makan malam, dalam jam 7 malam kami sekeluaraga bertolak dari rumah, yang menarik malam tu ialah dapat mendengar dan melihat persembahan tarian kaum Kayan dan juga musik sape secara live... memang sangat2 menarik, oh lupa pula hendak introducekan yang Robert, suami kepada kazen I ni adalah berbangsa kayan

Oh satu lagi, malam tu kedua2 pengantin menari slow dance... amboi romantik tau, tapi dua2 macam malu2 jak especially Robert hehehe..., Lyn boleh tahan lah oooo... *wink wink*

Makanan yang dihidangkan juga boleh tahan dan sedap, tak sempat I snap sebab terus ngap jak bila menu dah di hidangkan satu persatu hahaha..., paling best meja kami paling cepat licin, sah kami 10 orang duduk satu meja tu kelaparan adohaiiii..., oh tak dilupakan, kek malam tu sangat sedap... seriously kena tanya kazen I ni mana dia tempah hehehe...

ok here few pics

AT MANDARIN RESTAURANT
*
*
*Wajah ceria kedua-dua pengantin menyambut tetamu2 yang hadir
~ wanita yang berselendang warna hijau tu, Aunty Nona iaitu ibu kepada pengantin perempuan

Seiring dan Sejalan hehe
~ kedua2 pasangan menuju ke pintu masuk, I tak pula sempat snap gambar mereka berdua masuk ke dalam dewan majlis


Sis Irene & me
~ kena posing2 dulu sebelum seisi makan2 dimulakan lalalala...

Persembahan tarian tradisional dari ibu pengantin lelaki dan juga persembahan live muzik sape

amboii... romantiknya!!!!...
~ tapi tangan Robert tu macam tak kena jak hahaha...

Me, Lyn & Kule
~ sebelum pulang sempat lagi berposing dengan pengantin hehe

Lee, mum, dad & me

Irene, mum, dad & me
~ sebelum pulang, kami sempat posing2, posing kat car park pun jadi lah, kat dalam restaurant tak sempat nak ambil gambar bersama2 sebab kami duduk meja lain2, my mum & dad lain meja, me & Irene lain meja, bro Lee pun lain meja... (^_^)

p/s: Hari ini my friend Sara saying goodbye to us, today was her last day at workplace, so we will gonna miss you Sara, ok lah will update soon, tak nak emo emo huhu...*sigh*