Sunday, March 14, 2010

Seven Puppies

Sekarang di rumah dah bertambah bilangan ahli2 puppy, bukan 2 3 tapi 7 elor kesemuanya, I masih ingat lagi macam mana Becky (nama anjing kesayangan my brother Eric) membawa seekor demi seekor ke rumah, masa tu hujan lebat, kesian kebasahan semua puppies tu, sebenarnya pertama kali juga I tengok anak2 anjing yang lepas 2 minggu dilahirkan, sungguh comel rupa puppy2 nih, selalu yang I tengok anak2 anjing yang dah besar, dulu I tak berapa suka juga dengan anjing, tapi semenjak my brother Eric membawa Becky ke rumah, I dah mula suka sikit dengan anjing peliharaan... suka sikit jak hahaha...., ok lah kan bunyi tak kejam sangat...., at least ada bodyguard jaga rumah....

Kalau I pulang dari kerja, mesti jenguk puppies ni, geram tengok bila melihat mereka tido dengan nyenyak, macam dunia milik mereka saja, baru je jalan sikit, terus tertido hahahaha.... yang uniknya puppies ni tido ikut warna masing2, yang berwarna coklat tido bersama, yang warna putih hitam tido bersama & yang warna hitam sama2 tido..... unik kan hurmmm...., sila lah tengok gambar2 puppies ni....

THE PUPPIES
*
*
The Seven Puppies
~ 3 black & white, 2 Black & 2 Coklat

~ comelkan mereka tido

Sila tengok apa perbezaan 3 ekor puppies yang berwarna putih hitam nih
*
*
~ yang ni tak ada tompok di badan

~ yang ni ada 2 tompok

~ yang ni ada 1 tompok


Ok habis cerita tentang puppies, nak sharing pula apa yang berlaku dalam minggu ni, yang tak bestnya, handphone I jatuh dalam air, sedih oooo.... walaupun dah uzur rupanya, tetap menjadi kesayangan I, handphone tu lah yang banyak berbakti, 99% gambar2 dalam blog ni adalah hasil dari kamera handphone ni huhu, walaupun cuma 2.0 tapi gambar2 kira clear juga lah hehe...
yang lucu pula, dalam minggu ni I gila makan snack seaweed, sedap sampai menjilat jari, next entry I akan tunjukkan gambar snack tu, terutama yang berperisa tomyam & kim chi, isssskkkkk.... memang kemaruk makan nih lalalala....
Di tempat kerja pula, ok cuma seperti biasa agak sibuk dan I cuba mengatur masa I dengan sebaik2 nya, segala tugasan dipemudahkan....
Oh ingat tak dalam entry sebelum ni, I ada ceritakan tentang nenek & datuk kawan sama sekerja I masuk hospital minggu lepas, pagi tadi I terima sms dari Mie, yang datuk nya sudah meninggal, moga rohnya dicucuri rahmat....




p/s: Kenapa ayat2 I berterabur jak ari ni yer.... aiyak...

Tuesday, March 9, 2010

Ipoh Town & Percy Jackson

Semalam kami adik beradik menonton wayang di MBO The Spring, Percy Jackson & The Lightning Thief movie, tak ramai orang menonton, mungkin disebabkan dah beberapa minggu sudah ditayangkan, mula2 tu plan nak tengok Alice In The Wonderland, tak jadi lah pula, di The Spring Shopping Mall semalam pun tak ramai juga orang, mungkin disebabkan weekdays waktu orang berkerja dan budak2 masih bersekolah, aik banyak pula perkataan "mungkin" ehehee..., Pagi tadi rasa berat jak mata nak buka, semalam movie habis dalam jam 12 lebih, tapi pagi tadi I kena awal2 pula bangun menghadap lappy, ada sesuatu yang kena di bereskan

Tengah hari semalam, I dengan teman sekerja, Noamie @ panggilan manjanya mie lunch di Ipoh Town Kopitiam tak jauh dari tempat kerja, kesian tengok dia tak dapat memberi tumpuan sepenuhnya ditempat kerja selepas dia mendapat berita tentang kedua2 nenek & datuk nya dalam keadaan yang tenat di hospital, dah lah dia cuba menahan perasaan sedih, bila dia menangis I tak tau macam mana nak pujuk, suruh dia bersabar jak, hari ni dia bercuti selama 2 hari, emergency leave, moga semuanya baik2 disana buat Noamie...

Ok here few pics......

IPOH TOWN KOPITIAM
(Tun Jugah Shopping Mall)
*
*
~ Wajah yang murung, tapi kena makan juga sebab kalau tak makan nanti sakit perut hurmmm....

Chicken & Ham Sandwich~Hot Honey Lemon Drink
I makan menu diatas, makan ringan sedikit sebab masa tu perut tak lah lapar sangat, kalau dah sepanjang pagi mulut asyik mengunyah2 biskut sambil tangan ketak ketak ketak di keyboard hahahaha...

~ Sila tengok apa persamaan jejaka di atas dengan blogger Ivy????
Dua2 suka snap gambar2 makanan hahahaha, senyum2 I tengok jejaka ni sibuk cari posisi yang menarik untuk snapkan gambar makanan, rupanya ada orang sama hobby dengan I, dalam hati I masa tu macam ni, " mungkin dia ni ada blog juga kot hahaha"


MBO THE SPRING
( Percy Jackson & The Lightning Thief)
*
*
"up up up up......" Kungfu Panda

me & Bro Eric

Boyfriend I.... macho, senyuman manis, bergaya, cuma dia pakai seluar kat luar, nasib bukan underwear macam superman hehe...

Tengah menunggu waktu untuk menonton movie, I sempat singgah di kedai yang buat ni, tadaaa... nama I "Ivy"


Ni lagi satu aktiviti yang sempat dibuat sambil menunggu, I warnakan kuku sis Irene, Red color, ntah apa mimpi kami berdua nak mencuba warna merah, nak jadik vampire :p

Bro Lee & me


p/s: Nak tido awal malam ni, tu jak hehe.....

Sunday, March 7, 2010

Meow Meow Weekend

Hari Sabtu yang lepas, I habiskan masa di rumah saja, hendak berehat secukup2nya, sepanjang petang I melihat gelagat Big Head & Tiger, sila lah lihat gambar2 aksi2 anak2 kucing nih....

Hari ini pula, lepas pulang dari Church I dengan sis Irene ke 1o1, seorang teman I mengajak untuk attend talk kat salah satu tempat di situ, menarik juga cuma I kesian dengan sis Irene sebab dia tak faham, dia datang dengan paksa rela hahahaha, lagipun semuanya tentang business, so waktu rehat setengah jam, I bawa sis Irene makan, yang lucunya I cakap kat dia, makan banyak2, nanti lama duduk dengar orang bla bla bla...., talk tu habis dalam jam 6 petang, apa2 pun seronok juga melihat insan2 yang penuh bersemangat dalam dunia business....., ada few pics dibawah


SATURDAY
(lokasi belakang rumah)
*
*
*
~ Dalam banyak2 tempat, ini lah pilihan Big Head...

~ sekarang berdua pula, tengok Tiger tumpang sekaki

~ memandang dengan penuh makna..... readyyyyy!!!...

~ gigit gigit gigit.....

"Oiiii.... turun turun...." Big Head
~ Tiger merasakan dia seekor burung...

"Ko jeles kan, aku pandai terbang ehek" Tiger....

~ Manjakan Big Head

Bila malam, selepas puas bermain seharian diluar, dua2 baring kepenatan dalam vila mereka hehe


SUNDAY

*
*
*
~ Ini lah name tag kami berdua

~ Sis Irene concentrate makan

~ posing sambil makan muahahahaa...., tak boleh blah punya...

~ sampai dirumah makan aiskrim hehe

~ apa2 pun I love you all!!!!....



p/s: Hari ni, satu ayat yang menarik perhatian I, "Pilihan", kita mempunyai kuasa untuk membuat pilihan.... hurmmm....






Thursday, March 4, 2010

Baby Q


Hari tu kan, ada lah seisi perbualan I dengan salah seorang guest

Tringgg....... Tringgggg....

aku : Morning........ bla bla bla....

Dia : Hai morning to you too.... bla bla bla.... may I know bla bla bla...

aku : oh ok... bla bla bla...

Dia : bla bla bla bla.... How much per person for BBQ Buffet Style??

Ntah macam mana I dengan confidentnya tersebut dengan sebutan.... baby.Q hahahaha... serupa jak bunyi dengan B.B.Q. kan.... tersasul bah kak..... huhu....

aku : bla bla bla.... minimum price for babyQ is.... (belum abis I cakap...)

Dia : alolololololololo.... comel lah awak sebut babyQ, comel sangat2, babyQ hehehehe.... (tiba2 jak akak tu dari speaking london terus bercakap dalam bahasa...., suara akak tu pun comel juga hahahaha...)

aku : hihihi.... (sengih2)

Dia : a.ah.... betul nih, comel tau sebut babyQ, ala....

aku & Dia : sama2 gelak....

Dalam hati I masa tu... " amboi suka lah akak ni yer, nasib bercakap dalam telefon, kalau depan2 merah muka I tau, yer lah orang cakap comel hahahaha, ok ini statement perasan sekejap, sila jangan muntah tuan2 & puan2, ok ok ok I tau lah yang akak tu bukan cakap I comel tapi sebutan tu jak kan :p


p/s: sekarang tengah mendengar sister Irene menyanyi, tutup telingaaaaa....., feeling sungguh dia nyanyi tapi tak merdu huhu...., jom together2 menyebut B.A.B.Y.Q hahahaha.... alamak lupa pula I nak sambung cerita berlakon jadi isteri tu, next entry I sambung cerita tu aaaaa.....

Tuesday, March 2, 2010

Please Berlakon

Apa harus anda lakukan kalau ada orang minta tolong supaya anda melakonkan watak sebagai isteri dia??..... mesti ayat yang keluar dari mulut anda macam ni kan, "ko da buang tabiat?", "ko da gila!!"

Hahahaha.... selalu kisah2 macam ni seperti dalam drama pula kan, tiba2 I teringat pula kisah dulu2, I ada seorang kawan, tiba2 ada lah satu hari ni, dia minta tolong, boleh tak I berlakon jadi isteri dia....

Kisahnya macam ni..........

errrr.... next entry I ceritakan lah hahahaha, malas nak menaip boleh...

Lepas ni nak berlari2 ke toilet, sebab ada urusan penting, ada faham, ok daaaaaa.....


p/s: what say you??

Saturday, February 27, 2010

What We do

Semalam dalam jam 10 malam, kami berlima keluar jalan2 cari makan, sebelum ni I dah janji dengan my brothers & sister nak bawa mereka makan aiskrim di McD, memandangkan semalam merupakan public holiday, kami mula2 ke McD yang berlokasi di Jalan Keretaapi, ramai juga orang datang makan kat situ semalam, I cuma mimum milo panas jak malam tu, yang lain2 makan burger dan aiskrim, I mau diet ni hahahahaha.... sebenarnya I tak bole join mereka makan aiskrim sebab dah ujung2 bulan, faham2 saja lah sakit perempuan.... ada faham??? hahahaha....

Ok yang ni memang tak kami rancang, malam tu rancang makan aiskrim je, mana lah tau teringin nak makan ayam KFC, dari area batu 3 sanggup kami pecut ke pasar sebab kat situ ada KFC 24 hours yang berlokasi di Sarawak Plaza hahahaha...., sampai je terus order takeaway ayam goreng heeeeeeeee...., yang bagus tentang KFC yang berlokasi di Sarawak Plaza ni, ialah kaunter tempat order tu di luar, so ada open air

Tiba2 pula I teringat di Sabah, kalau I ada travelling ke sana, I selalu lepak2 di satu kawasan tak jauh dari Milimewa Supermarket, kat situ terdapat Sugarbun yang berkonsep begini juga, open air..... so boleh lah nampak mereka masak2 semua makanan tu depan mata, selain tu ada juga open bar yang bersebelahan dan juga tempat makanan grill & steak, yang best ialah boleh relax sambil melihat persembahan live band next entry I kongsikan gambar2 tu, rasa2nya I masih ada simpan lagi kot....

AT McD
*
*
Bro Eric & Lee
~ model french fries

Sis Irene & my cousin Velora

Panjangkan orang berbaris haihhh....

AT KFC
*
*

Hari ni pula, I ada ke Salon, dah lama merancang nak trimkan hujung rambut, rasa sayang jak mau gunting sebab dah panjang huhu, lepas dah abis gunting rambut, kami berempat iaitu daddy, sis Irene, cousin Velora & me jalan2 di The Spring Shopping Mall, jalan2 cuci2 mata, sambil2 I nak cari baju kot atau lebih tepat blazer, I dah ada sepasang di rumah, cuma nak tambah lagi, so jalan2 survey dulu, kena tengok budget juga hahahaha... bak kata orang berjimat cermat, hari masih panjang lagi ni, minggu depan baru je awal bulan march.... nak tunggu sampai ujung bulan lama tu haihhhh....

AT THE SPRING
*
*

MENU OF THE DAY
*
*
Ikan masak Tomato
Hari ni I masak menu diatas untuk makan malam ni.....


p/s : Ok lah tu aktiviti2 I sepanjang ujung minggu ni, dah abis laporan pertama heeeeee....., anda pula bagaimana???....

Thursday, February 25, 2010

Roti Daddy Satu!!..

Pada petang selasa yang lepas, sampai di rumah dari tempat kerja, I tengok daddy sibuk di dapur, dia tengah sibuk menguli2 & meleper2 hahaha, I tak tau ayat apa yang sesuai lah, jadi I tolong daddy buat yang selebihnya sampai habis dimasak semua adunan tepung tu, lagipun mumy dah bising2 suruh membantu daddy di dapur

I tak tahu apa nama nak bagi dengan roti nih, I bagi nama Roti Daddy jak lah, sempena hasil tangan dari dia walaupun bukan dia yang mengadunkan adunan tepung ni, sebenarnya my brother Eric yang menyediakan bahan2 tersebut, jom lihat proses2 dibawah

ROTI DADDY
*
*
Proses Uli2 hahaha..
macam ni lah rupa adunan tepung tu hasil campuran tepung, telur, marjerin & susu segar (Dibiarkan 3 jam sebelum di masakkan)

Proses meleper2
~ I tak tau apa nama proses ni, proses merata2 ataupun menipis2 kot, kalau I jadik Chef Wan habis bahasa I bertaburan hahaha...

Proses Masak
~ adunan yang sudah diratakan tadi, buang je terus dalam periuk yang panas satu persatu dan disapukan sedikit butter

Tadaaaaa.... dah masak
~ kalau makan dengan kari sedap ataupun sapukan dengan kaya, butter, peanut atau apa2 saja ikut kesesuaian selera tuan2 dan puan2 heeeee..., ditambahkan lagi dengan milo panas, kopi panas, teh panas atau susu panas..... nyumssss..

Proses Makan2
~ Ini proses paling mudah, mantap & cepat, Gigit dan ngap masa panas2 nyum nyum nyum


p/s: simple jak kan, I suka makanan yang mudah, cepat dimasak & cepat dimakan hehe, cubalah yer.... rasanya rangup2 dan lembut2, kalo nak rangup lagi, adunan tu kena ratakan lebih nipis, krruuppp.... kruupppp....