Showing posts with label daddy. Show all posts
Showing posts with label daddy. Show all posts

Saturday, February 27, 2010

What We do

Semalam dalam jam 10 malam, kami berlima keluar jalan2 cari makan, sebelum ni I dah janji dengan my brothers & sister nak bawa mereka makan aiskrim di McD, memandangkan semalam merupakan public holiday, kami mula2 ke McD yang berlokasi di Jalan Keretaapi, ramai juga orang datang makan kat situ semalam, I cuma mimum milo panas jak malam tu, yang lain2 makan burger dan aiskrim, I mau diet ni hahahahaha.... sebenarnya I tak bole join mereka makan aiskrim sebab dah ujung2 bulan, faham2 saja lah sakit perempuan.... ada faham??? hahahaha....

Ok yang ni memang tak kami rancang, malam tu rancang makan aiskrim je, mana lah tau teringin nak makan ayam KFC, dari area batu 3 sanggup kami pecut ke pasar sebab kat situ ada KFC 24 hours yang berlokasi di Sarawak Plaza hahahaha...., sampai je terus order takeaway ayam goreng heeeeeeeee...., yang bagus tentang KFC yang berlokasi di Sarawak Plaza ni, ialah kaunter tempat order tu di luar, so ada open air

Tiba2 pula I teringat di Sabah, kalau I ada travelling ke sana, I selalu lepak2 di satu kawasan tak jauh dari Milimewa Supermarket, kat situ terdapat Sugarbun yang berkonsep begini juga, open air..... so boleh lah nampak mereka masak2 semua makanan tu depan mata, selain tu ada juga open bar yang bersebelahan dan juga tempat makanan grill & steak, yang best ialah boleh relax sambil melihat persembahan live band next entry I kongsikan gambar2 tu, rasa2nya I masih ada simpan lagi kot....

AT McD
*
*
Bro Eric & Lee
~ model french fries

Sis Irene & my cousin Velora

Panjangkan orang berbaris haihhh....

AT KFC
*
*

Hari ni pula, I ada ke Salon, dah lama merancang nak trimkan hujung rambut, rasa sayang jak mau gunting sebab dah panjang huhu, lepas dah abis gunting rambut, kami berempat iaitu daddy, sis Irene, cousin Velora & me jalan2 di The Spring Shopping Mall, jalan2 cuci2 mata, sambil2 I nak cari baju kot atau lebih tepat blazer, I dah ada sepasang di rumah, cuma nak tambah lagi, so jalan2 survey dulu, kena tengok budget juga hahahaha... bak kata orang berjimat cermat, hari masih panjang lagi ni, minggu depan baru je awal bulan march.... nak tunggu sampai ujung bulan lama tu haihhhh....

AT THE SPRING
*
*

MENU OF THE DAY
*
*
Ikan masak Tomato
Hari ni I masak menu diatas untuk makan malam ni.....


p/s : Ok lah tu aktiviti2 I sepanjang ujung minggu ni, dah abis laporan pertama heeeeee....., anda pula bagaimana???....

Thursday, February 25, 2010

Roti Daddy Satu!!..

Pada petang selasa yang lepas, sampai di rumah dari tempat kerja, I tengok daddy sibuk di dapur, dia tengah sibuk menguli2 & meleper2 hahaha, I tak tau ayat apa yang sesuai lah, jadi I tolong daddy buat yang selebihnya sampai habis dimasak semua adunan tepung tu, lagipun mumy dah bising2 suruh membantu daddy di dapur

I tak tahu apa nama nak bagi dengan roti nih, I bagi nama Roti Daddy jak lah, sempena hasil tangan dari dia walaupun bukan dia yang mengadunkan adunan tepung ni, sebenarnya my brother Eric yang menyediakan bahan2 tersebut, jom lihat proses2 dibawah

ROTI DADDY
*
*
Proses Uli2 hahaha..
macam ni lah rupa adunan tepung tu hasil campuran tepung, telur, marjerin & susu segar (Dibiarkan 3 jam sebelum di masakkan)

Proses meleper2
~ I tak tau apa nama proses ni, proses merata2 ataupun menipis2 kot, kalau I jadik Chef Wan habis bahasa I bertaburan hahaha...

Proses Masak
~ adunan yang sudah diratakan tadi, buang je terus dalam periuk yang panas satu persatu dan disapukan sedikit butter

Tadaaaaa.... dah masak
~ kalau makan dengan kari sedap ataupun sapukan dengan kaya, butter, peanut atau apa2 saja ikut kesesuaian selera tuan2 dan puan2 heeeee..., ditambahkan lagi dengan milo panas, kopi panas, teh panas atau susu panas..... nyumssss..

Proses Makan2
~ Ini proses paling mudah, mantap & cepat, Gigit dan ngap masa panas2 nyum nyum nyum


p/s: simple jak kan, I suka makanan yang mudah, cepat dimasak & cepat dimakan hehe, cubalah yer.... rasanya rangup2 dan lembut2, kalo nak rangup lagi, adunan tu kena ratakan lebih nipis, krruuppp.... kruupppp....

Saturday, November 21, 2009

Family Dinner

Ni cerita hari khamis dan semalam, hari khamis yang lepas kami sekeluarga keluar makan bersama2 di Big Family Court, kalau tak silap I itu lah nama tempat makan tu kot hehe, my mum tak ada bersama2 kami malam tu sebab kat sekolah ada aktiviti BBQ untuk guru2 sekolah, jadi hanya kami berempat saja yang keluar makan, makan sampai perut kenyang hahaha....

ok here few pics, tak sempat snap menu2 malam tu, sebab dah lapar terus ngapppp saja hihi.., takpe2 tengok gambar muka2 chomel kami sefamily ok apa kan ^_^

AT BIG FAMILY COURT
*
*
*
D Sista...

Bro Lee & Bro Ken

Semalam pula, kami sekeluarga sekali lagi keluar makan bersama2 di Country Court yang berlokasi di Batu 3 bersebelahan dengan pizza hut dan kfc, my brother Ken pulang ke Miri hari ini, pagi tadi my brother dah naik belon, naik kapal terbang lah tu, jadi dinner ni khas untuk dia, ini kedua kali I makan di sini, jadi I bawa my family ke sini lagi, makanan di sini boleh tahan juga, I rasa tempat ni halal sebab kat sini tak ada serve pork.....

Menu pilihan kami semalam ialah daging itik, daging ayam, ikan, sayur peria dan baby kailan serta sup.... semua nya 6 dishes...

here few pics

AT COUNTRY COURT
*
*
*
Roasted Duck, Baby Kailan & Lemon Chicken
~ 3 jenis makanan yang kami makan semalam termasuk ikan, 2 jenis sayur dan sup, yang lain tak sempat snap, trus masuk perut hahaha....

Nasi itu penting lalala...

~ apple juice

YUMMY CHEESE CAKE
*
*
*~ nampak sedapkan, I makan ni di office hari tu, rasanya boleh tahan juga lah, tapi Oreo Cheese cake dari Secret Recipe tetap paling sodapppp hahaha...


p/s: Oh sesungguhnya I ingin bercerita panjang lebar tapi kepenatan chewaaahhhh..., otak lembab sikit untuk berfikir, kalau tido tindakan pasti cepat hahahah.... ok lah happy weekend semua!!!!


Thursday, November 19, 2009

Happy Birthday Daddy

Tadaaaaa... ini lah dia insan yang I sayangi tu hehehe, ingat tak dalam entry yang sebelum ni, untuk blogger willie, "tok lah boyfriend kamek hahaha, boyfriend yang paling disayangi iaitu my daddy..."

Semalam 18hb November 2009 maka genap lah umur my dad 55 tahun, kami berdua ni sama lahir dalam bulan november, semalam selepas keja terus ke kedai kek, mengambil kek yang dah ditempah dua hari sebelum tu, khas untuk daddy, mula2 tu ingatkan nak surprise, tapi tak jadi lah pula, sebab my dad datang bersama2 my mum menjemput I dari tempat kerja, happy juga bila lihat my dad senyum2 bila nampak kotak kek tu, daddy tak menyangka yang kami akan menyambut birthday dia semalam hehehe....

ok here few pics


"Amoi boleh bagi free tak...lalalala"

tiup tiup

My dad & My mum
~ love them both so muchhh...

masa untuk mamam..... nyum nyum

Cherry ni saya punya hahaha
~ sis Irene & kazen Lyn


p/s: sekarang setiap petang mesti hujan.... best sebab malam2 tido sejuk hihi, ok lah I nak tido ni, penat huhu, nak menaip pun malas.... zzzzzzz....





Thursday, November 5, 2009

Scoops

Hari tu, I dengan daddy makan tengah hari di Scoops, lokasi di batu 3, mungkin semua blogger2 dari Kuching, Sarawak tahu mana kawasan batu 3,

Pertama kali juga I makan di sini, sebenarnya tak planning pun makan di Scoops, hari tu sepanjang pagi keluar dengan daddy, daddy temankan I pergi membayar hutang2 hahaha... kalau dah terima gaji, hutang2 kena bayar dulu kan lalala...., sebelum pulang kami berdua singgah di Maybank, cafe ni bersebelahan dengan bangunan Maybank ni, jadi I ajak daddy makan di sini....

Budak Ivy kan suka makan lalala....., kami berdua mencuba menu ayam penyet, chicken feet (Thai Style) dan Kepala Ikan masak asam pedas, boleh tahan juga rasa sambal dari cafe ni, sangat pedas sampai berpeluh2 my dad makan...., cuma dalam cafe ni menu yang disediakan tidak banyak pilihan, takpe yang penting dapat mencuba kan kan...

Ok here few pics...


Suasana Scoops Cafe
~ decoration boleh tahan

My dad

Banyak majalah untuk dibaca, sambil menunggu makanan dihidangkan
~ terer tak my dad ambik gambar hahaha

Kepala ikan masak asam pedas
~ tapi hari tu kepala ikan tak ada, di tukar dengan isi ikan, rasa sangat pedas sampai berpeluh2 daddy makan

Chicken feet ( Thai style)
~ rupa macam umai kan, untuk teman2 dari semenanjung, umai merupakan salah satu makanan tradisional yang agak popular di Sarawak, rasa menu Thai style ni memang sedap

Ayam penyet
~ I suka rasa sambal nya, sup boleh tahan, cuma rasa daging ayam tu biasa jak hehe

Daddy makan
~ gambar my dad makan pun kena publish juga ke lalala....

P/S: bagi teman2 dari Sarawak, sila lah cuba menu di Scoops, tak sempat baca blog teman2 dan juga tak sempat membalas komen dari anda semua dalam entry yang sebelumnya, di sini I nak ambil kesempatan nak ucapkan THANK YOU!!!!... untuk wish happy birthday tu..... sayang semua muahhhhh....., wokey till then, will update soon k

pssstttt..... hadiah I mana??? ......:p










Saturday, August 29, 2009

Getting Better

Hari ni daddy dah keluar dari hospital, happy to hear that, moga lepas ni daddy kena jaga diri dia baik2, pagi agak lewat sedikit I bangun, memandangkan dalam beberapa hari ini memang tak cukup rehat

Mood agak baik selepas melihat daddy sekarang berehat di rumah, at least senang hati lah sikit apabila I kena pulang semula ke Sibu minggu depan kena keja lepas cuti merdeka huhu

AT HOME
*
*
daddy & Sis Irene @ Bulan
~ masa snap mereka berdua, I sempat bergurau dengan mereka "why daddy look so small size than Bulan"

much better today

Petang dalam jam 2 lalu, kami ke Lundu atas urusan keluarga, kami berlima iaitu mumy, brother Lee, brother Eric, cousin Kaya and me. Dalam kereta sempat lagi I tido, bila bangun pening kepala lah pula huhu, selepas urusan keluarga selesai, kami bertolak pulang dalam jam 4 petang, masa pulang dari Lundu ke Kuching hujan lebat sepanjang jalan, seperti biasa I sambung tido lagi hehe

AT LUNDU
*
*
*
Brother Eric



me & Cousin Kaya
~ unik kan nama kazen I yang seorang ni, jauh datang dari Lawas, dia menemani my brother Lee dari Lawas, esok mereka dah nak pulang ke Miri dan ke Lawas pada hari yang berikutnya

me & momo
Sampai rumah seperti biasa, Momo akan dipeluk sepuas2 nya, seperti biasa momo mesti nak lompat untuk melarikan diri hehehe


Daddy masak tomyam malam ni, dia tahu anak2 dia amat menyukai masakan tomyam, sebab tu daddy always the best for us, errr..... kita tak buli daddy yer, dia yang nak masak tomyam, lauk2 yang lain kami yang masak heeeeee......


p/s: Malam ni nak ronda2 kat blog orang kejap lalalala....


Thursday, August 27, 2009

Latest News

Sudah masuk 2 hari daddy di hospital, keadaan daddy semakin baik, dalam jam 2.30 petang dia dipindahkan dari wad CCU ke wad bahagian mata, lega rasa dihati bila melihat daddy semakin pulih, walaupun jauh di sudut hati masih terasa sayu bila mengenangkan sakit yang dia hadapi

Menurut Doktor keadaan daddy sudah stabil sedikit pada bahagian jantung, pemeriksaan lanjut akan dilakukan beberapa hari ini sebelum daddy akan menyambungkan pembedahan matanya

YESTERDAY NIGHT AT CCU

*
*
*
2.30 p.m., daddy pindah ke wad bahagian mata

I'm happy to see daddy smiling

relatives visiting

Mumy
Semalam I tido dengan mumy, sudah begitu lama I tak tido dekat bersama2 mumy, rasa seperti kembali menjadi anak yang kecil, sebelum tido sempat lagi kami berdua bergosip hehehe, tak ada lah gurau2 yer, sebenarnya kami banyak bercakap tentang keadaan daddy, I tahu mumy dah banyak bimbang dengan kesihatan daddy, I'm just listening to her.....

Petang tadi mumy dan I pulang ke rumah sekejap, tapi sebelum tu ada singgah di Wisma Seberkas, kebetulan pula hujan lebat, jadi kami berdua lepak2 di All Joy, masa duduk makan, my mum cakap dia tahu yang sebenarnya dalam hati daddy mesti ada perasaan gemuruh, tapi daddy tabahkan hati saja

I faham sebab daddy mesti tidak mahu kami risau, masa I cakap kat mumy yang I mau nangis saja apabila melihat keadaan daddy, mata dah mula nak berair, tapi I tahan, sakitnya dada menahan sebak, I tak mahu my mum tengok me nangis hurmmmm...

AT HOSPITAL THE WHOLE DAY

I must be STRONG,
keep on SMILING,
and EAT is a must for energy =)


Di kesempatan ini, ucapan terima kasih banyak2 kepada teman2 blogger serta silent reader yang telah memberi kata2 sokongan dalam entry yang sebelumnya, sokongan dari anda semua amat dihargai, moga Tuhan sentiasa memberkati anda semua