Showing posts with label hospital. Show all posts
Showing posts with label hospital. Show all posts

Thursday, August 27, 2009

Latest News

Sudah masuk 2 hari daddy di hospital, keadaan daddy semakin baik, dalam jam 2.30 petang dia dipindahkan dari wad CCU ke wad bahagian mata, lega rasa dihati bila melihat daddy semakin pulih, walaupun jauh di sudut hati masih terasa sayu bila mengenangkan sakit yang dia hadapi

Menurut Doktor keadaan daddy sudah stabil sedikit pada bahagian jantung, pemeriksaan lanjut akan dilakukan beberapa hari ini sebelum daddy akan menyambungkan pembedahan matanya

YESTERDAY NIGHT AT CCU

*
*
*
2.30 p.m., daddy pindah ke wad bahagian mata

I'm happy to see daddy smiling

relatives visiting

Mumy
Semalam I tido dengan mumy, sudah begitu lama I tak tido dekat bersama2 mumy, rasa seperti kembali menjadi anak yang kecil, sebelum tido sempat lagi kami berdua bergosip hehehe, tak ada lah gurau2 yer, sebenarnya kami banyak bercakap tentang keadaan daddy, I tahu mumy dah banyak bimbang dengan kesihatan daddy, I'm just listening to her.....

Petang tadi mumy dan I pulang ke rumah sekejap, tapi sebelum tu ada singgah di Wisma Seberkas, kebetulan pula hujan lebat, jadi kami berdua lepak2 di All Joy, masa duduk makan, my mum cakap dia tahu yang sebenarnya dalam hati daddy mesti ada perasaan gemuruh, tapi daddy tabahkan hati saja

I faham sebab daddy mesti tidak mahu kami risau, masa I cakap kat mumy yang I mau nangis saja apabila melihat keadaan daddy, mata dah mula nak berair, tapi I tahan, sakitnya dada menahan sebak, I tak mahu my mum tengok me nangis hurmmmm...

AT HOSPITAL THE WHOLE DAY

I must be STRONG,
keep on SMILING,
and EAT is a must for energy =)


Di kesempatan ini, ucapan terima kasih banyak2 kepada teman2 blogger serta silent reader yang telah memberi kata2 sokongan dalam entry yang sebelumnya, sokongan dari anda semua amat dihargai, moga Tuhan sentiasa memberkati anda semua




Wednesday, August 26, 2009

Daddy Get Well Soon

Hari ini I menemani daddy ke hospital kerana dia akan menjalani pembedahan mata sebelah kanan, mula2 suasana memang ok, sehingga lah dalam jam 12 tengahari my dad masuk wad operation, for almost 2 hours I waited for my dad until I got this news from the nurse

My dad kena tahan di wad CCU, pembedahan mata pun kena half-way, tak dapat di teruskan kerana my dad mengalami masalah sukar bernafas, my dad ada masalah jantung sebelum ini, masa dengar memang I kelam kabut, Thank you buat kawan iaitu Ken yang kebetulan menjenguk I yang sedang menunggu my dad, kerana membantu dalam proses mendaftar my dad di wad CCU, TQ juga buat Ubek yang menemani I for almost 1 hour plus while waiting for my dad, I do appreciated it....

My mum datang lewat sedikit sebab pagi dia kena menduduki exam, masa tengok my dad di wad operation tu, airmata dah mau keluar, but i need to be strong, I won't let my dad and mum to see I'm crying, I know that they need my support, and I pray and keep on praying....


Masa tengah tunggu giliran, my dad tiba2 rasa mula menggeletar sebab bila2 masa saja, paras gula dalam badan daddy turun, daddy suruh I belikan sedikit makanan, gula2 dan air, jadi I yang dah nervous kelam-kabut turun ke bawah membeli makanan tersebut

Nasib baik ada seorang nurse juga yang bancuhkan milo untuk daddy, prihatin juga nurse nih...

TQ buat aunty ni @ nurse yang telah sudi membancuh secawan milo dan biskut buat daddy, masa tu daddy memang dah mula lemah

Sweets for my beloved daddy, get well soon daddy!!!!!!

daddy & me
Masa menunggu masuk ke wad, we having good time, kami bercakap2 dan ketawa bersama2, sempat lagi I usik my dad, lepas my dad panggil nurse pelatih yang ada di situ macam ni

daddy: amoi amoi.... ada plastik ka?
Me: oooo....daddy nanti kecik hati nurse tu, sebab daddy panggil dia amoi, panggil lah nurse

masa tu I saja jak gurau2 with my dad, daddy ketawa dan reply macam ni

daddy:hehehe..ya lah , kalo panggil amoi macam panggil orang yang keja di kedai kopi sajakan

kami berdua ketawa kecil, I really miss our moment daddy hurmmm....

dalam perjalanan ke wad pembedahan

Di wad CCU, bila dah rasa tenang sedikit, baru dapat snap my dad pic, mula2 tu hanya tuhan saja yang tahu macam mana perasaan I, mata memang nampak merah


Daddy get well soon...... we love you so much.....