Showing posts with label hair. Show all posts
Showing posts with label hair. Show all posts

Saturday, February 27, 2010

What We do

Semalam dalam jam 10 malam, kami berlima keluar jalan2 cari makan, sebelum ni I dah janji dengan my brothers & sister nak bawa mereka makan aiskrim di McD, memandangkan semalam merupakan public holiday, kami mula2 ke McD yang berlokasi di Jalan Keretaapi, ramai juga orang datang makan kat situ semalam, I cuma mimum milo panas jak malam tu, yang lain2 makan burger dan aiskrim, I mau diet ni hahahahaha.... sebenarnya I tak bole join mereka makan aiskrim sebab dah ujung2 bulan, faham2 saja lah sakit perempuan.... ada faham??? hahahaha....

Ok yang ni memang tak kami rancang, malam tu rancang makan aiskrim je, mana lah tau teringin nak makan ayam KFC, dari area batu 3 sanggup kami pecut ke pasar sebab kat situ ada KFC 24 hours yang berlokasi di Sarawak Plaza hahahaha...., sampai je terus order takeaway ayam goreng heeeeeeeee...., yang bagus tentang KFC yang berlokasi di Sarawak Plaza ni, ialah kaunter tempat order tu di luar, so ada open air

Tiba2 pula I teringat di Sabah, kalau I ada travelling ke sana, I selalu lepak2 di satu kawasan tak jauh dari Milimewa Supermarket, kat situ terdapat Sugarbun yang berkonsep begini juga, open air..... so boleh lah nampak mereka masak2 semua makanan tu depan mata, selain tu ada juga open bar yang bersebelahan dan juga tempat makanan grill & steak, yang best ialah boleh relax sambil melihat persembahan live band next entry I kongsikan gambar2 tu, rasa2nya I masih ada simpan lagi kot....

AT McD
*
*
Bro Eric & Lee
~ model french fries

Sis Irene & my cousin Velora

Panjangkan orang berbaris haihhh....

AT KFC
*
*

Hari ni pula, I ada ke Salon, dah lama merancang nak trimkan hujung rambut, rasa sayang jak mau gunting sebab dah panjang huhu, lepas dah abis gunting rambut, kami berempat iaitu daddy, sis Irene, cousin Velora & me jalan2 di The Spring Shopping Mall, jalan2 cuci2 mata, sambil2 I nak cari baju kot atau lebih tepat blazer, I dah ada sepasang di rumah, cuma nak tambah lagi, so jalan2 survey dulu, kena tengok budget juga hahahaha... bak kata orang berjimat cermat, hari masih panjang lagi ni, minggu depan baru je awal bulan march.... nak tunggu sampai ujung bulan lama tu haihhhh....

AT THE SPRING
*
*

MENU OF THE DAY
*
*
Ikan masak Tomato
Hari ni I masak menu diatas untuk makan malam ni.....


p/s : Ok lah tu aktiviti2 I sepanjang ujung minggu ni, dah abis laporan pertama heeeeee....., anda pula bagaimana???....

Friday, October 9, 2009

Haircut

Semalam I dah gunting rambut, rambut depan jak hehe, macam mana ok tak, lepas keja I ke J & H Hair salaon, kedai salon kesukaan yang berlokasi tak jauh dari tempat kerja, mesti lah suka salon ni sebab tukang gunting nya pandai mengunting mengikut kehendak pelanggan, jadi kepuasan tu ada, mestilah frust kalau gaya rambut yang kita mahu tak menjadikan, hurmm... rasa2nya mesti anda juga selalu ke salon yang anda sukai kan kan....

Dulu panjang sama dengan rambut belakang

Tadaaaa... dah pendek

How do I look??
~ only a small transformation, ada ka hahaha

YESTERDAY
*
*
*
Cheese baked Rice
Semalam kami berdua J-mie makan malam di Amigo Grill & Steak, I order menu yang di atas, rasa boleh tahan, tapi kalau letak nanas sikit lagi ada kick hehe, sempat kami berdua suggest kat tauke niu masa tengah makan

Dia tanya "how was the taste", I cakap "sedap sedap tapi kalau simpan nanas mesti lebih sedap", sebenarnya kami berdua J-mie dah berkawan dengan tauke niu kedai Amigo ni, jadi kalau ada suggestions kami berdua memang teruja nak bagitau hahaha....

TODAY
*
*
*
Kari Ayam & Tauge goreng Tauhu
~ inilah menu yang I masak hari ini, awal2 pagi singgah di market basah yang tak jauh dari tempat tinggal, beli bahan2 untuk memasak menu2 diatas hihi...


p/s: ok Happy Weekend Everyone!!!!!......


Sunday, September 13, 2009

Paper Curls

Hari ni nak kongsi sikit macam mana nak dapat rambut yang kerinting atau curls hanya dengan menggunakan paper bag atau menggunakan drawing paper yang tebal, simple dan mudah sahaja

Yang penting, tidak menggunakan heat atau hair dryer yang panas, hanya membiarkan rambut sehingga kering, anda boleh membuat sendiri atau boleh juga dibantu oleh adik, kakak, kawan2 anda, bagi sesiapa yang masih belajar yang duduk di hostel, kalau boring2 tu boleh cuba buat aktiviti ini bila ada kelapangan

Guntingkan drawing paper tersebut
~ kalau boleh guna paper bag yang berwarna coklat lebih baik

Rambut tidak boleh terlalu basah, so start off with damp hair

Tadaaaa.... lilitan pertama dah siap

Lilitan kedua lagi dan seterusnya

Macam ni lah rupanya 100% finished hehe
~ Bila semua dah siap, kena tunggu sehingga rambut betul2 kering, anda boleh tido dulu atau duduk depan kipas kalau nak kering cepat hehehe, atau guna hair dryer tapi guna angin yang sejuk, bukan yang panas yer, ini untuk mengelak daripada membuat rambut anda rosak jika selalu kena heat yang panas


Bila rambut dah kering, buka satu persatu, macam nilah rupanya

Hampir semua dah dibuka
~ kalau lebih lama, rambut akan lebih kecil curls, tapi sebab I tak nak tunggu lama, rambut I curls yang besar sikit

Style Accordingly
*
*
Ikat sedikit rambut di bahagian atas macam ni

atau, ikat kan sedikit rambut ke belakang macam ni

atau, macam ni heeeee.... Siap
~ anda bole sapukan sedikit gel atau spray untuk maintainkan curls dalam tempoh yang lama

p/s: cuba lah, tips untuk rambut cepat panjang ialah kurangkan lah menggunakan hair dryer yang panas, rajin2 trimkan hujung rambut....=)







Wednesday, September 2, 2009

Love your Hair

Hari ini I ada trimkan rambut di J Hair Gallery Salon, suka ke salon ni kerana tukang gunting nya pandai menggunting rambut mengikut gaya rambut yang diinginkan, harga juga murah dan berpatutan

Setelah lama rasanya dah tak trimkan, kalo bangun pagi asyik berserabut jak rambut terutamanya hujung rambut, selalu tiada masa ke salon, kalau ada masa pun sering kali terlupa, jadi hari ni nekad nak trimkan hehehe

Ok... rambut yang nampak sihat juga boleh menaikkan keyakinan diri seseorang kan kan heeeeee...


Pose sikit lalalala....


Hujung rambut yang rosak sudah dihapuskan eheheee
~ bagi yang berambut panjang adalah baiknya jika trimkan hujung rambut tiap satu bulan sekali, supaya hujung rambut kekal sihat



I'm using Schwarzkopf Bonacure hairteraphy Shampoo & Conditioner
I gunakan yang Smooth Control
~ kadang2 I juga ada gunakan Rejoice Anti Dandruff & Johnson's Baby Shampoo

tak kisah apa jenis shampoo yang anda gunakan yang penting bersesuaian dengan rambut dan kulit kepala, jadi jangan takut untuk mencuba pelbagai produk khas untuk rambut di pasaran, try until you will find the one that is best for your hair....*wink*wink*



Selepas Shampoo kan rambut dan gunakan Repair Rescue ni
~ massage sparingly into ends

Tips paling baik ialah pakaikan repair rescue ni masa rambut masih lembab sedikit, dan lepas tu biarkan rambut kering dengan cool air, pasti rambut terasa lebih ringan, lembut dan wangi


Lucidol-L Straight
~ I'm using moist & Manageable Treatment

Tips untuk membuat treatment sendiri di rumah, tanpa perlu ke salon ialah selepas shampoo, keringkan rambut sehingga lembab sedikit, dan sapukan krim treatment di seluruh rambut, dan balutkan rambut dengan tuala kecil untuk 15 to 30 minutes, lepas tu cuci rambut sekali lagi sehingga rambut benar2 bersih, ini untuk mengelakkan krim melekat di kulit kepala, amat mudah kan
~ boleh buat treatment sendiri di rumah 2 minggu 1 kali

Ok tu je tips2 penjagaan rambut yang dapat I kongsikan bersama2 dengan teman2, kalau ada tips2 lain sila kongsikan yer....

Till then.... Love your hair!!!....