Sunday, December 6, 2009

Robert & Phylis Wedding

Semalam 5 December 2009 merupakan tarikh bahagia buat my kazen Lyn dan pasangannya Robert yang telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka di gereja SIB Kuching, kalau rakan2 blogger yang telah mengikuti perkembangan blog ni dari awal, pasti perasan wajah2 my kazen lyn ni sering muncul di blog ini, banyak juga aktiviti yang dilakukan bersama2 sebelum ni, tengok wayang, shopping, jogging yang tak menjadi hahahaha.... dan macam2 lah

I pasti Lyn akan membaca entry ni, dia juga pembaca blog I ni, oh dia pun dah ada blog, dalam next entry I akan bagi link ke blog dia yer...., Lyn jangan senyum2 baca wokey!!!...

Semalam awal2 pagi I bangun dalam jam 5 lalu kerana I kena menghias Anastasia atau panggilan mesranya Tetel, dia adik kepada pengantin perempuan dan pengapit pada hari tu, seronok juga menghias pengapit nih...., dalam jam 7 lalu I dan mumy menghantar pengapit ke bridal tempat pengantin perempuan sedang dihias, sempat lagi I masuk menjenguk Lyn di sana hehehe..., my mum pula yang nervous takut I terlambat sampai di tempat kerja, I cakap kat mumy yang I hendak menjenguk sekejap jak, lagipun on saturday tak ramai orang turun berkerja

I tak dapat menghadiri majlis perkahwinan di gereja kerana bekerja sebelah pagi, jadi semua gambar2 ni I ambik dari my kazen Kule hihi dan juga kamera milik abang, malangnya bateri kamera abang habis pula, sempat lagi sister Irene sms, takpe2 yang penting sempat snap sedikit pun ok juga kan..^_^

Ok here few pics

AT HOME
*
*
*
Anastasia @ Tetel & me
~ betapa kecilnya I disisi kazen I yang sorang nih, sempat kami berdua posing selepas pangapit dihias...


AT SIB KUCHING CHURCH
*
*
*
kedatangan pengantin perempuan

Pengantin perempuan, my kazen Lyn
~ "lyn you look so beautiful with the wedding dress... happy for you..."

Anastasia, Lyn & Uncle (bapa pengantin lelaki)
~ lyn tersenyum manis, mungkin berdebar2 hehehe

"Peace!!!!!...."
flower girls & boys yang sangat2 comel

Bapa pengantin mengiringi pengantin perempuan masuk ke dalam gereja

Upacara pernikahan dimulakan
~ minta maaf semua, gambar2 pengantin menyarungkan cincin tak ada huhu, masa ni lah kamera yang adik bawa habis bateri haihhhhh....

Mr & Mrs Robert
Senyuman ceria di wajah kedua2 pengantin, selamat dah jadi suami isteri yer hehe

Selepas majlis, seisi bergambar dengan sanak-saudara dari kedua2 belah pihak pengantin lelaki dan perempuan, rakan2 dan teman2 terdekat yang hadir

~ hamboiii... sempat posing lagi Lyn selepas majlis hehehe

Congratulations to both of you!!!!....

Disini I hendak mengucapkan tahniah & selamat berbahagia buat my kazen Lyn dan Robert, moga sentiasa ceria dalam menempuhi kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang baru

p/s:pesanan buat lyn: lepas ni tak bole enjoy2 dengan orang2 bujang lagi, status tu dah bertukar tau hahahaha... :p, ok next entry I will update on the wedding dinner soon...

Friday, December 4, 2009

Thank Food Vegetarian Restaurant

Hari rabu yang lepas I telah menghadiri makan malam di Thank Food Vegetarian Restaurant, beberapa hari sebelum tu I menerima panggilan telefon dari Eric, dia ialah kenalan yang baik dari Sibu, sepanjang I berada di sibu hampir 4 tahun, I agak rapat juga dengan mereka sekeluarga, kira dah anggap macam keluarga sendiri juga

Mereka sekeluarga datang bercuti ke Kuching sehingga hari sabtu ni, dalam masa yang sama Eric juga menyampaikan satu berita yang baik, dia telah dinaikkan pangkat sebagai unit manager, tahniah Eric!!!!!....., jadi malam tu dia menjemput kenalan2 rapat dari Kuching untuk menghadiri Appreciation Dinner

Ok I memperkenalkan sedikit tentang Eric ni, selain berkerja dengan salah sebuah syarikat di Sibu, dia juga merupakan agent insurance, dengan dia ni lah I beli insurance, type of assurance yang I pilih ialah PRUlink assurance plan, plan yang ni bagus sebab ada medical card....

hurmmm... kalau ada sesiapa yang berminat sila lah lawati mana2 branch Prudential yer untuk maklumat lanjut hihi.... bagi I plan yang ni bagus dan berbaloi-baloi, bagus untuk masa2 depan juga ni, di kala2 kecemasaan...., bak kata orang2 sediakan payung sebelum hujan kan kan kan.... ^_^

Apa2 pun happy juga berjumpa dengan mereka sekeluarga kembali, rindu pula kat Sibu, oh apa kabar my little buddy I di sana...., miss didi so muchhhhh, next january harijadi dia, dah nak masuk umur 3 tahun, waaaa...... rindu didi huhu... *sigh*

AT THANK FOOD VEGETARIAN
RESTAURANT

*
*
*
~ yang berbaju merah tu lah Eric Kiu dan isterinya Lisa @ Liping

tak tahu pula apa nama menu ni, yang I tau sepinggan besar ada 5 in 1 dishes
~ ada satay, serupa macam satay daging, tapi semua di perbuat daripada tepung, rasa boleh tahan

yang ni cendawan dengan sayur

I tertarik tengok menu udang vegetarian ni, pinggan berbentuk sampan hehe

Udang @ vegetarian prawn
~ rupa sebiji macam udang tapi diperbuat ini daripada tepung

Malam tu ada 6 menu semuanya, tak tau macam mana nak gambarkan betapa kenyang, cuba bayangkan budak nama Ivy tersandar di kerusi dengan perut yang boroi..... aaaaaa... macam tu lah rupa I malam tu, kenyang tahap naga hahahaha....

p/s: 2 3 hari ni tak cukup tido, baju dalam bakul dah penuh seperti timbunan bukit2 hahahaha..., ada sapa2 nak tolong cucikan lalalalala....., esok hari bahagia buat my kazen Lyn, sayangnya I tak dapat menghadiri majlis perkahwinan dia di gereja esok pagi, hurmm.. takpe2 malam dapat menghadiri wedding dinner, ok I will update about the wedding soon k... nite2 semua!!!!...

Wednesday, December 2, 2009

Roy & Rachel Engagement

Pada hari sabtu yang lepas, 28 November 2009 merupakan tarikh bahagia buat salah seorang kawan baik I iaitu Rachel dan pasangannya Roy, I sangat happy dapat menghadiri majlis pertunangan yang telah diadakan di rumah keluarga Rachel, I bersama2 dengan my kazen Lyn ke rumah Rachel dalam jam 7 malam, gembira dapat jumpa seorang lagi kawan baik I Monita atau panggilan manjanya Mon, pernah keluar dalam entry yang sebelum ni, tapi lupa pula dalam bulan yang mana hihi....

Suasana malam itu meriah dengan kehadiran saudara mara dari kedua2 belah pihak lelaki dan perempuan serta teman2 terdekat, ceria wajah Rachel atau dengan panggilan mesranya chel hihi, I tau pasti Rachel ada membaca blog I ni, jangan senyum2 k chel, kalau ada tersilap informasi... ampunnnn tuanku hehehe....

Nampak gayanya salah seorang teman sudah masuk ke fasa baru, single but unavailable hihi, kedua2 pasangan ini akan bakal mendirikan rumah dan tangga2 sekali @ rumahtangga pada tahun hadapan, kalau tak silap bulan June 2010..... (p/s: chel kalau informasi silap bagitau yer ^_^)

here few pics yang sempat disnap, jurukamera nya my kazen Lyn hehehe, kamera hp jak, terima kasih hp sony ku, I lap u much much hp sony lalalala....


tersenyum manis mereka berdua bila cincin disarungkan di jari masing2
~ hurmmm..so sweet

Hantaran dari pihak lelaki buat perempuan
~ hanya pihak lelaki sahaja yang akan memberi hantaran buat pihak perempuan pada majlis pertunangan..., suka I tengok... menarik dihiaskan

~ gambar ni I ambik dari facebook hehe

~ yeah kami kanak2 riang hihi

Lyn & Mon
~ semyum manis si gadis manis lalalalaaa...

Mon & me

Me, Rachel & Mon
~ rindu dengan zaman2 masa kami study di UiTM, akhirnya salah seorang bakal menamatkan zaman bujang hehehe....


p/s: penat dan mengantuk tapi sempat lagi berkebun difacebook hahahaha.. ok will update soon, oh lupa pula nak wish kat semua... welcome December!!!!!....














Monday, November 30, 2009

Perpisahan Itu......

Hari ini, teman sekerja I mendapat tawaran bekerja di tempat lain, bila dengar sahaja berita tu, tiba2 jak I rasa awan yang cerah di langit bertukar mendung, hamboiiiiii.... sempat bermadah lagi I ni yer hehehe...., yerlah lepas ni takde lah kawan yang paling rapat di tempat kerja

Walaupun baru berkenalan selama sebulan I di tempat kerja yang baru, tapi kami berdua memang rapat, memandangkan dia juga merupakan pekerja baru, kira kami berdua ni sama2 belajar dan menyesuaikan diri di tempat kerja

I masih ingat lagi kata2 kawan I ni dengan nada bergurau

Sara: vy mun ko berhenti, aku berhenti juak, sik mok ku sorang2 sitok

aku: hahaha.....ok

Tapi sekarang dia yang kena pergi, tapi I tahu pekerjaan yang baru ditawarkan pasti dapat banyak membantu dia di masa2 akan datang, walaupun sedih kerana akan berpisah, dalam masa yang sama I juga tumpang gembira mendengar berita baik ini dari dia

ok nama teman I ni Saravella, tapi kami semua memanggilnya mesra dengan panggilan Sara, orang nya manis semanis namanya, baik, ceria, humble, kadang2 bila I ada pertanyaan, dia pula yang banyak membimbing walaupun sama2 baru, paling best kalau part meluahkan perasaan sedih, tak puas hati, bergosip.... alaaa... kalo dah namanya perempuan tak larikan dari bergosip2, tapi kami gosip baik2 je tau lalalalalala....

Tadi bila I bergurau dengan dia macam ni

aku: huhu... sara kelak aku sorang2 eh

sara: iboh padah cam ya, rasa mok nangis jak ku dengar eh

aku: hehe..lawak ko tok eh, dont worry keep in touch k, iboh ko lupa update2 di facebook ya, ku ikuti perkembangan ko di sia k

sara: auk

kami sama2 tersenyum dan tertawa kecil...

Pasti I akan merinduinya, yerlah dia dah jadi salah seorang kawan baik dan juga merupakan teman sekerja yang sanagt baik.... susah nak cari kawan bila susah dan senangkan

Apa2 pun, I wish Sara all the best!!!!....


p/s: pertemuan itu menyenangkan tapi setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tapi ku yakin setiap pertemuan dan perpisahan itu pasti ada hikmahnya... hurmmmm... malam ni memang I rasa E.M.O huhu..... oh lupa pula, ada ayat2 dalam bahasa sarawak, malas nak translate ayat2 tu boleh, kalo ada teman2 blogger dari sabah & semenanjung tak faham tanya yer hi hi hi.... ( ^_^)

Ku sedih tapi ku tetap ingin mengukirkan senyuman walaupun pahit... hurmmm....

Sunday, November 29, 2009

Aduhai Kazen Ku

Hari jumaat yang lepas, kami sekeluarga pulang ke kampung, memandangkan hari tu semua orang bercuti, jadi my mum planning hendak ke kebun buah, seperti biasa kalau pulang ke kampung pasti akan bertemu dengan kazen2 I yang nakal, umur masih kecil tapi adohaiiii...memang nakal, kalau tengok gelagat mereka 3 adik-beradik memang memeningkan kepala, riuh di buatnya...

Ok sebelah petang pula, kami bertiga iaitu I, mumy dan daddy ke kebun buah, bersemangat I menebas rumput2 di sekeliling pokok2 buah, tangan di hayun ke kiri kanan kiri kanan hahahaha.... seperti pewira jepun dengan samurai nya wacccaaaaaaaa......, yer lah sebelum sampai ke kebun rasa malas saja, tapi bila dah depan mata bersemangat pula I heeeeeeeee....., my mum cakap kena bersihkan sekeliling pokok2 buah sebelum menabur baja

Sebelum pulang, mumy pesan ambil buah2 rambutan yang sudah masak menguning, rambutan yang warna merah tak da, belum masak lagi masih mentah, sorang2 lah I menjolok buah2 rambutan, lenguh leher dan tangan, paling tak best semut merah.... orang tengah syok memunggut rambutan, semut pula sibuk menggigit kaki, eh menggigit kaki ke, betul tak ayat tu lalalalalaaaa....., banyak juga semut2 tu I picit, sapa suruh gigit, kan dah kena haihhh....

Here few pics.....

Seksi kazen I ni, ada ka patut berbogel berlari ke sana ke mari, sebab tu I snap pic dia, my dad cakap ambil gambar dia, nanti bila dia besar kasi tunjuk kat dia hehehe, ada lagi yang seksi, tapi I tak nak tunjuk nanti ada yang tergoda hahaha....

Ini lagi pening I tengok gelagat adik-beradik ni, adik perempuan sibuk menarik tangan abangnya, sampai terlondeh seluar hahaha, abang gurau2 dengan adik konon2 nya nak terjun dalam kolam.... I geleng2 saja kepala huhu, mereka ni sangat lah nakal... nakal tahap gaban hehe

Ini lah buah kundur
~ I dapat cari 4 buah jak hehe...

I suka makan ni nyum nyum

Wacaaaaaa..... jom berkebun... :p

Buah ciku yang dah dipetik

Buah rambutan.... nyumsss!!!


p/s: will update soon.....






Friday, November 27, 2009

Twilight Saga Night

Semalam keluar dengan cousins iaitu Lyn, Kule dengan Gani dan my sister Irene, kami berempat ke LFS (Lotus Five Star) Riverside Cineplex, mereka planning nak menonton filem terbaru Twilight Saga pada jam 9.45pm, jadi sambil menunggu waktu kami jalan2 cuci mata dalam parkson, lama tak jalan kat sini huhu, ntah berapa tahun daaaaa...

Hurmmm..dah habis menonton filem ni, bagi I filem ni lebih kepada tema cinta, mula2 I ingatkan banyak aksi2 yang cemas, rupa2 nya slow saja dari mula sampai ending, hurmmm overall boleh tahan lah, tapi kalau bagi sesiapa hendak menonton filem aksi2, better tak yah tengok movie ni hehehehe....

ok here few pics...

Sis Irene & Lyn

Lyn, kule & me

blurrr...pic ni

me & teddy
Besarkan patung nih....
macam rupa anjing betulkan

wahhhh...christmas dah nak dekat kan....

love this one, so cute this little snowman

boleh gerak2 lagi binatang nih hehehe, interesting!!!!


p/s: will update soon k..... baru pulang dari kampung ni....^_^