Showing posts with label fruit. Show all posts
Showing posts with label fruit. Show all posts

Sunday, December 13, 2009

Never Walk Alone

Dalam beberapa hari ni, kehidupan seharian seperti biasa sahaja, bangun pagi turun kerja, balik, makan, mandi dan tido hahaha, sehinggalah semalam hari sabtu, I habiskan masa di rumah sahaja, mencuci pakaian yang bertimbun, memang pecah rekod lah tak pernah kumpul baju sebanyak tu hahahaha... bukan malas tapi I jenis yang suka membasuh menggunakan tangan berbanding menggunakan mesin basuh, sebab untuk mengelakkan baju2 cepat rosak, erkkk... betul ke lalalalala....

Yang lucunya, salah seorang rakan blogger iaitu blogger Andy suruh buat entry pasal ni, hahaha... ok I dah buat daaaa.. tapi tak ada gambar, tak nak tunjuk sebab berderet di ampaian......:p

Hari ni pula, selepas pulang dari gereja, kami bertiga mumy dan sis Irene pulang ke kampung, bagi anak2 ikan keli makan, lepak2 dengan aunty sambil makan kuih muih, dalam jam 4 petang, kami pulang ke Kuching, sebelum tu kami singgah di kebun buah, ambik buah rambutan dan cempedak...., Sila lihat aksi2 I dengan rambutan (^_^)

Sebenarnya, malam ni I kurang bertenaga sedikit, pulang dari kampung I terus mandi dan tido jak, bangun dari tido baru rasa selesa sedikit, turun makan, main2 dengan anak2 kucing, dan sekarang ambil waktu untuk updatekan blog, bak kata orang jangan biarkan blog anda di selubungi misteri kalau lama tak terupdate hahahaha..... oh ya tak lama lagi my kazen Lyn akan datang mengambil 4 ekor anak2 kucing, I pula kena jaga 4 ekor yang kecil, "Lyn datang cepat..... nanti anak2 kucing u kena culik..... :p"

I sempat singgah di blog2 rakan2 blogger yang lain, cuma tak sempat meninggalkan jejak, nanti I datang lagi tinggalkan jejak2 kaki dan tangan wokey hehe, bila I baca entry2 blogger2 yang sedih, I pun tumpang sedih juga, jadi buat rakan2 blogger yang bersedih, jangan sedih2 k, dalam hidup ni ada naik turun nya, kejap kita di atas kejap kita di bawah, adakala nya kita ketawa, adakala nya kita menangis, the best medicine is keep on praying..... remember that we never walk alone....


Me & Rambutans hahaha
*
*
*
Cak!!..

Cak!!..

Tadaaaa......

~ Sis Irene yang sentiasa menemani, tapi bila I mula bising, dia dah mula tak mau geng dengan kakak hahaha..., but only for a while, and as always we back as friend again lalalala..., tu lah kuasa adik beradik hahaha...

Nyum Nyum...
~ nampak sedapkan, beli di Taka Bakery, sempat lagi kami singgah di sini selepas pulang dari gereja, kena isi perut dulu sebab kami langsung driving ke kampung...


p/s: Be Happy!!!.....

Sunday, November 29, 2009

Aduhai Kazen Ku

Hari jumaat yang lepas, kami sekeluarga pulang ke kampung, memandangkan hari tu semua orang bercuti, jadi my mum planning hendak ke kebun buah, seperti biasa kalau pulang ke kampung pasti akan bertemu dengan kazen2 I yang nakal, umur masih kecil tapi adohaiiii...memang nakal, kalau tengok gelagat mereka 3 adik-beradik memang memeningkan kepala, riuh di buatnya...

Ok sebelah petang pula, kami bertiga iaitu I, mumy dan daddy ke kebun buah, bersemangat I menebas rumput2 di sekeliling pokok2 buah, tangan di hayun ke kiri kanan kiri kanan hahahaha.... seperti pewira jepun dengan samurai nya wacccaaaaaaaa......, yer lah sebelum sampai ke kebun rasa malas saja, tapi bila dah depan mata bersemangat pula I heeeeeeeee....., my mum cakap kena bersihkan sekeliling pokok2 buah sebelum menabur baja

Sebelum pulang, mumy pesan ambil buah2 rambutan yang sudah masak menguning, rambutan yang warna merah tak da, belum masak lagi masih mentah, sorang2 lah I menjolok buah2 rambutan, lenguh leher dan tangan, paling tak best semut merah.... orang tengah syok memunggut rambutan, semut pula sibuk menggigit kaki, eh menggigit kaki ke, betul tak ayat tu lalalalalaaaa....., banyak juga semut2 tu I picit, sapa suruh gigit, kan dah kena haihhh....

Here few pics.....

Seksi kazen I ni, ada ka patut berbogel berlari ke sana ke mari, sebab tu I snap pic dia, my dad cakap ambil gambar dia, nanti bila dia besar kasi tunjuk kat dia hehehe, ada lagi yang seksi, tapi I tak nak tunjuk nanti ada yang tergoda hahaha....

Ini lagi pening I tengok gelagat adik-beradik ni, adik perempuan sibuk menarik tangan abangnya, sampai terlondeh seluar hahaha, abang gurau2 dengan adik konon2 nya nak terjun dalam kolam.... I geleng2 saja kepala huhu, mereka ni sangat lah nakal... nakal tahap gaban hehe

Ini lah buah kundur
~ I dapat cari 4 buah jak hehe...

I suka makan ni nyum nyum

Wacaaaaaa..... jom berkebun... :p

Buah ciku yang dah dipetik

Buah rambutan.... nyumsss!!!


p/s: will update soon.....






Friday, October 30, 2009

Beli Barangan Buatan Malaysia

Hari ini, dari jam 2 hingga 6 petang I dengan seorang lagi staff kena menjaga booth, tak ada apa yang hendak dilakukan, hanya duduk melihat orang yang lalu-lalang, macam jadi patung sehari pun ada hahahaha...., tapi yang bestnya dapat juga berkenalan dengan kawan2 yang baru, sempat berkenalan dengan jiran2 booth sebelah menyebelah...., kena mesra alam sikit kan heeeee....

Oh lupa pula nak bagitau bermula dari 29 Oct - 1 Nov, Booth2 yang menjual, memperkenalkan dan mempromosi dibuka untuk orang ramai sempena Hari Beli Barangan Buatan Malaysia, berlokasi di Waterfront Kuching, jadi blogger2 yang menetap di Kuching, Sarawak ni sila2 lah datang melawat ke booth2 di sana yer...

Dah lah booth kami terkena banjir bila hujan turun dengan lebat dalam jam 4 petang, nasib memang tak baik sebab lokasi booth tak betul huhu...., habis banjir

Sempat lagi I shopping sedikit barang2 di booth yang lain, semua buatan malaysia tau, pelbagai jenis2 barangan, perkhidmatan dan promosi yang di buat oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta usahawan2 yang mengikuti aktiviti ini, selain itu, terdapat juga pentas untuk pertunjukan muzik2 tradisional serta aktiviti berbentuk hiburan dibina bersebelahan dengan kawasan booth2

ok sempat I snap few pics.....


Buah-buahan & makanan2

bla bla bla....
~ Sibuk org ni interview

Keropok lekor

Serius akak ni mengoreng keropok lekor
~ 1 batang RM1.50 yang dah di potong & digoreng, kalau yang mentah RM1 jak sebatang

Sapa2 nak buat inai, sila lawati lah mereka ni

Budu
~ I beli yang botol kecil je, nak cuba macam mana rasa budu

Cendawan

I beli 5 biji jak, RM8.50 sekilo
~ rasa memang manis

Sirap Kurma

BANJIR!!!!
*
*
*
Tempat kami banjir hahaha..., nasib makcik rajin datang membantu tepat pada masanya
~ TQ makcik...

Bersungguh2 makcik ni menyapu air2 yang dah banyak...
~ eh betul ke ayat I ni... menyapu air??... hehe


Pemandangan selepas hujan
~ tenang dan damai

p/s: Esok hendak mencuci semua kain2, baju2 yang dah bertimbun hahahaha.... dulu tak pernah macam ni waaaaaa.... dulu rajin, sekarang pun rajin ok cuma bila badan dah penat mood rajin pun kurang, mood malas sentiasa datang bermaharajalela huhu..., ok lah dengan ayat yang tak boleh blah tiap2 ujung minggu mesti kena wish ni... happy weekend semua!!!!!....:p

Sunday, October 25, 2009

Pekebun Cemerlang haha

Semalam pagi hari Sabtu, I ikut keluarga pulang ke kampung, kami ke kebun buah milik keluarga, aktiviti ini kami lakukan tiap2 hujung minggu jika ada kelapangan, bagus juga aktiviti macam ini boleh kuruskan badan hahaha

Sejak dari sekolah menengah lagi kami adik beradik sudah biasa membantu my dad and my mum di kebun, terutama bila tiba musim cuti2 sekolah, ada pelbagai jenis pokok2 buah-buahan yang di tanam, ada pokok durian, nangka, cempedak, rambutan, pisang, nenas, limau dan macam2 lagi, masa pergi kebun semalam, pokok buah rambutan berbuah dengan lebat

I ada sempat snap few pics, I ada gaya jadi pekebun yang cemerlang tak hahaha, selain bekerja di pejabat, sekali sekala bekerja di kebun pun best juga tu, selagi tenaga masih mampu untuk bekerja, harus gunakan sepenuhnya betul tak, hasil pun lumayan kan kan.....

Sebelum bekerja, mulakan dengan senyuman lalala....
~ ada gaya seorang pekebun tak :p

Pisang

Rambutan

Buah Ciku

Waccaaaaa..... Masa untuk memotong hahaha...

Buah buatan malaysia pun sodapppp!!!
~ my brother Lee

My brother Lee membalut buah nangka, kena balut dulu sebelum terkena serangan serangga2 yang rakus hihi

RELAX TIME
*
*
*
My brother Lee & My mum reading newspaper
~ dalam hutan pun bole cari ilmu hahahaha

Peluh2 dah, habis rumput I tebas2 hehe

Jom minum coca-cola hahahaha
~ iklan free tak berbayar :p

My dad
Pokok pun boleh jadi tilam yang enak zzzzzzzz....

Sebelum pulang posing dengan buah dulu boleh


p/s: ok semua kotak2 I yang datang jauh dari Sibu tu sudah habis di kemas, penat mengemas tapi senyuman tak hilang di wajah melihat bilik dah kemas dan bling bling ok hehehe....ok will update soon!!!...