Showing posts with label church. Show all posts
Showing posts with label church. Show all posts

Sunday, June 13, 2010

Roy & Rachel's Wedding

Pada 12 June 2010 merupakan hari bahagia buat pasangan Rachel & Roy, wedding @ marriage ceremony telah diadakan di gereja SIB Kuching pada pukul 10.00 pagi, ramai yang hadir ke majlis perkahwinan untuk memeriahkan suasana, terdiri daripada sanak-saudara & kenalan rapat dari kedua2 belah pihak pengantin lelaki dan perempuan.

Majlis tamat pada pukul 12 tengahhari, selepas majlis ada makan tengahhari yang ringkas disediakan buat tetamu2 yang hadir, wahhhh.... tak sangka salah seorang kawan baik I dah kawen, I ni bila lagi nak kawen hahahaha....

Ok here few pics...

Rachel & Roy Wedding
*
*
~ Pengantin perempuan mula masuk ke dalam Gereja

Pengantin perempuan dengan Bapa pengantin
~ senyuman Rachel semasa melangkah masuk ke dalam Gereja diapit oleh ayah tersayang

~ Pengantin perempuan di sambut pengantin lelaki

The best friend Ever ~ Mimon & Elaine

Bersama2 pengapit yang comel hehe...

~ Mimon & me

Mimon, Rachel, Roy & Me

~ Pengantin bersama2 dengan pengapit2 dan Flower Girl & Boy

~ Sesi bergambar dengan keluarga

~ She looks so beautiful ~ gambar I ambil dari Rachel's Facebook hehe

Congratulations ~ Roy & Rachel


p/s: Next entry I will update on the wedding reception...., daaaa... semua have nice day, aiseh macam formal pula hehe...

Sunday, December 13, 2009

Never Walk Alone

Dalam beberapa hari ni, kehidupan seharian seperti biasa sahaja, bangun pagi turun kerja, balik, makan, mandi dan tido hahaha, sehinggalah semalam hari sabtu, I habiskan masa di rumah sahaja, mencuci pakaian yang bertimbun, memang pecah rekod lah tak pernah kumpul baju sebanyak tu hahahaha... bukan malas tapi I jenis yang suka membasuh menggunakan tangan berbanding menggunakan mesin basuh, sebab untuk mengelakkan baju2 cepat rosak, erkkk... betul ke lalalalala....

Yang lucunya, salah seorang rakan blogger iaitu blogger Andy suruh buat entry pasal ni, hahaha... ok I dah buat daaaa.. tapi tak ada gambar, tak nak tunjuk sebab berderet di ampaian......:p

Hari ni pula, selepas pulang dari gereja, kami bertiga mumy dan sis Irene pulang ke kampung, bagi anak2 ikan keli makan, lepak2 dengan aunty sambil makan kuih muih, dalam jam 4 petang, kami pulang ke Kuching, sebelum tu kami singgah di kebun buah, ambik buah rambutan dan cempedak...., Sila lihat aksi2 I dengan rambutan (^_^)

Sebenarnya, malam ni I kurang bertenaga sedikit, pulang dari kampung I terus mandi dan tido jak, bangun dari tido baru rasa selesa sedikit, turun makan, main2 dengan anak2 kucing, dan sekarang ambil waktu untuk updatekan blog, bak kata orang jangan biarkan blog anda di selubungi misteri kalau lama tak terupdate hahahaha..... oh ya tak lama lagi my kazen Lyn akan datang mengambil 4 ekor anak2 kucing, I pula kena jaga 4 ekor yang kecil, "Lyn datang cepat..... nanti anak2 kucing u kena culik..... :p"

I sempat singgah di blog2 rakan2 blogger yang lain, cuma tak sempat meninggalkan jejak, nanti I datang lagi tinggalkan jejak2 kaki dan tangan wokey hehe, bila I baca entry2 blogger2 yang sedih, I pun tumpang sedih juga, jadi buat rakan2 blogger yang bersedih, jangan sedih2 k, dalam hidup ni ada naik turun nya, kejap kita di atas kejap kita di bawah, adakala nya kita ketawa, adakala nya kita menangis, the best medicine is keep on praying..... remember that we never walk alone....


Me & Rambutans hahaha
*
*
*
Cak!!..

Cak!!..

Tadaaaa......

~ Sis Irene yang sentiasa menemani, tapi bila I mula bising, dia dah mula tak mau geng dengan kakak hahaha..., but only for a while, and as always we back as friend again lalalala..., tu lah kuasa adik beradik hahaha...

Nyum Nyum...
~ nampak sedapkan, beli di Taka Bakery, sempat lagi kami singgah di sini selepas pulang dari gereja, kena isi perut dulu sebab kami langsung driving ke kampung...


p/s: Be Happy!!!.....

Sunday, December 6, 2009

Robert & Phylis Wedding

Semalam 5 December 2009 merupakan tarikh bahagia buat my kazen Lyn dan pasangannya Robert yang telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka di gereja SIB Kuching, kalau rakan2 blogger yang telah mengikuti perkembangan blog ni dari awal, pasti perasan wajah2 my kazen lyn ni sering muncul di blog ini, banyak juga aktiviti yang dilakukan bersama2 sebelum ni, tengok wayang, shopping, jogging yang tak menjadi hahahaha.... dan macam2 lah

I pasti Lyn akan membaca entry ni, dia juga pembaca blog I ni, oh dia pun dah ada blog, dalam next entry I akan bagi link ke blog dia yer...., Lyn jangan senyum2 baca wokey!!!...

Semalam awal2 pagi I bangun dalam jam 5 lalu kerana I kena menghias Anastasia atau panggilan mesranya Tetel, dia adik kepada pengantin perempuan dan pengapit pada hari tu, seronok juga menghias pengapit nih...., dalam jam 7 lalu I dan mumy menghantar pengapit ke bridal tempat pengantin perempuan sedang dihias, sempat lagi I masuk menjenguk Lyn di sana hehehe..., my mum pula yang nervous takut I terlambat sampai di tempat kerja, I cakap kat mumy yang I hendak menjenguk sekejap jak, lagipun on saturday tak ramai orang turun berkerja

I tak dapat menghadiri majlis perkahwinan di gereja kerana bekerja sebelah pagi, jadi semua gambar2 ni I ambik dari my kazen Kule hihi dan juga kamera milik abang, malangnya bateri kamera abang habis pula, sempat lagi sister Irene sms, takpe2 yang penting sempat snap sedikit pun ok juga kan..^_^

Ok here few pics

AT HOME
*
*
*
Anastasia @ Tetel & me
~ betapa kecilnya I disisi kazen I yang sorang nih, sempat kami berdua posing selepas pangapit dihias...


AT SIB KUCHING CHURCH
*
*
*
kedatangan pengantin perempuan

Pengantin perempuan, my kazen Lyn
~ "lyn you look so beautiful with the wedding dress... happy for you..."

Anastasia, Lyn & Uncle (bapa pengantin lelaki)
~ lyn tersenyum manis, mungkin berdebar2 hehehe

"Peace!!!!!...."
flower girls & boys yang sangat2 comel

Bapa pengantin mengiringi pengantin perempuan masuk ke dalam gereja

Upacara pernikahan dimulakan
~ minta maaf semua, gambar2 pengantin menyarungkan cincin tak ada huhu, masa ni lah kamera yang adik bawa habis bateri haihhhhh....

Mr & Mrs Robert
Senyuman ceria di wajah kedua2 pengantin, selamat dah jadi suami isteri yer hehe

Selepas majlis, seisi bergambar dengan sanak-saudara dari kedua2 belah pihak pengantin lelaki dan perempuan, rakan2 dan teman2 terdekat yang hadir

~ hamboiii... sempat posing lagi Lyn selepas majlis hehehe

Congratulations to both of you!!!!....

Disini I hendak mengucapkan tahniah & selamat berbahagia buat my kazen Lyn dan Robert, moga sentiasa ceria dalam menempuhi kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang baru

p/s:pesanan buat lyn: lepas ni tak bole enjoy2 dengan orang2 bujang lagi, status tu dah bertukar tau hahahaha... :p, ok next entry I will update on the wedding dinner soon...

Sunday, November 22, 2009

2nd Round

Tak tahu nak letak tajuk apa, kisahnya macam ni lepas pulang dari church tengahari tadi, seperti biasa kami sekeluarga lebih suka untuk makan tengahari di luar sebelum pulang ke rumah, jadi lepas makan my mum bercadang hendak membeli sedikit barang2 untuk dapur....

Kami ke Everise yang berlokasi di batu 4, tak jauh dari Boulevard Shopping Mall, pasti rakan2 blogger dari Kuching, Sarawak tahu akan lokasi tempat ini, kalau hendak terserempak dengan I, sila2 lah rajin ke sana bila hari ahad yer hahahaha.....

So my mum and dad sibuklah shopping barang2, semua di simpan elok2 dalam basket, I pula bawa sis Irene ke bahagian kosmetik, nak cuci2 mata kat situ, dah puas belek2, pilih2 dan beli yang di ingini, kami berdua cari lah mumy dengan daddy

yang lucunya, masa nak pegi bayar barang2 yang dah di simpan elok2 dalam basket, my mum and dad pusing2 tercari2 basket yang dah penuh dengan barang, my mum cakap, basket tu dah tak ada di tempat dia simpan, apa lagi kami berempat berpusing2 lah mencari basket dalam supermarket tu, sah memang tak ada...

pertama kali juga lah kejadian berlaku macam ni, akhirnya sekali lagi kami kena ambil satu lagi basket baru dan ambil benda yang sama, kira shopping 2nd round lah tu hahahaha.... lucukan, kena beli ayam lagi, ambil buah2 yang sama lagi, segalanya serba serbi sama hahaha...

ok dah habis bayar, I berfikir kenapa orang boleh ambil basket yang bukan milik dia orang yer, dalam otak I ada alasan2 macam ni

alasan pertama:
~ orang tersalah ambil basket, tapi bila dah letak kat kauter baru perasan bukan basket dia, tapi malas nak letak balik, bayar je lah~ tapi alasan ni macam tak logik kan hehe

alasan ke-2
~ mungkin orang tua yang ada penglihatan yang kurang jelas yang angkat, main ambil je basket, ingat basket dia hehe

alasan ke-3
~ pekerja supermarket yang simpan balik semua barang sebab tengok basket tu terbiar~ tapi tak logik juga kan, tak kan lah ayam yang dah dipotong2 tu kena simpan balik haihhh...

alasan ke-4
~ orang tu malas nak ambil barang, jadi ambil jalan mudah angkat je basket orang, janji dia ada duit untuk membayar

alasan yang pasti :p
~ sah orang ni malas nak shopping dan ambil jalan mudah

hurmmm... tapi tak apa lah sebab kami tak rugi pun sebab barang2 tu belum di bayar lagi kan, tapi masih hairan lagi ni sebab ada juga orang macam ni yer adohaiiii.....



p/s: blogger miz f.i.e.z.a akan I jawab tag tu yer.... :p

Sunday, November 15, 2009

Pra Natal

Semalam dalam jam 7.00 malam kami sekeluarga ke gereja kerana ada kebaktian khas untuk sambutan hari pra natal, "natal" bermaksud christmas, next month dah nak christmas kan, tak sabar2 nak tunggu 25hb December hihi.... terdapat juga persembahan nyanyian dari ibu2 dan bapa2 serta muda-mudi yang datang dari gereja lain yang turut hadir bersama2, tapi I hanya sempat snap few pics, tapi semua blurrr..., ni atas jasa kamera hp hahaha....

Sebelum pulang ke rumah, sempat singgah di Southern Cake House, my sis Irene teringin nak makan chesse cake, so kami berdua beli blueberry cheese cake, I memang paling suka beli kek dari sini sebab sedap dan designnya pun chantek....., ini boleh dikategorikan teori sedap+chantek= kepuasan makan, bukan subject maths je ada teori tau, subject makan-makan pun ada teori lalalala..... ini dinamakan Teori makan Ivy hahaha

ok here few pics

AT CHURCH
*
*
*
Mumy, sis Irene & me
~ my sis cakap dalam gambar ni kami bertiga ni ala2 saiz S,M,L (small, medium & large) hahaha

Salah satu persembahan nyanyian dari muda-mudi


AT SOUTHERN CAKE HOUSE
*
*
*
yang menariknya dalam kedai kek ini ada tempat untuk duduk makan, kalau tak mahu tergesa2 boleh duduk relax menikmati kek atau pelbagai jenis roti yang dijual

Irene with Coklat cake

Oh..blurrrr...sungguh

ok habis shopping, balik rumah makan hahaha.... untuk supper nih

p/s: esok dah nak keja, adeh... malas boleh tak!!!!....{ ^_^}