Showing posts with label sad. Show all posts
Showing posts with label sad. Show all posts

Monday, November 30, 2009

Perpisahan Itu......

Hari ini, teman sekerja I mendapat tawaran bekerja di tempat lain, bila dengar sahaja berita tu, tiba2 jak I rasa awan yang cerah di langit bertukar mendung, hamboiiiiii.... sempat bermadah lagi I ni yer hehehe...., yerlah lepas ni takde lah kawan yang paling rapat di tempat kerja

Walaupun baru berkenalan selama sebulan I di tempat kerja yang baru, tapi kami berdua memang rapat, memandangkan dia juga merupakan pekerja baru, kira kami berdua ni sama2 belajar dan menyesuaikan diri di tempat kerja

I masih ingat lagi kata2 kawan I ni dengan nada bergurau

Sara: vy mun ko berhenti, aku berhenti juak, sik mok ku sorang2 sitok

aku: hahaha.....ok

Tapi sekarang dia yang kena pergi, tapi I tahu pekerjaan yang baru ditawarkan pasti dapat banyak membantu dia di masa2 akan datang, walaupun sedih kerana akan berpisah, dalam masa yang sama I juga tumpang gembira mendengar berita baik ini dari dia

ok nama teman I ni Saravella, tapi kami semua memanggilnya mesra dengan panggilan Sara, orang nya manis semanis namanya, baik, ceria, humble, kadang2 bila I ada pertanyaan, dia pula yang banyak membimbing walaupun sama2 baru, paling best kalau part meluahkan perasaan sedih, tak puas hati, bergosip.... alaaa... kalo dah namanya perempuan tak larikan dari bergosip2, tapi kami gosip baik2 je tau lalalalalala....

Tadi bila I bergurau dengan dia macam ni

aku: huhu... sara kelak aku sorang2 eh

sara: iboh padah cam ya, rasa mok nangis jak ku dengar eh

aku: hehe..lawak ko tok eh, dont worry keep in touch k, iboh ko lupa update2 di facebook ya, ku ikuti perkembangan ko di sia k

sara: auk

kami sama2 tersenyum dan tertawa kecil...

Pasti I akan merinduinya, yerlah dia dah jadi salah seorang kawan baik dan juga merupakan teman sekerja yang sanagt baik.... susah nak cari kawan bila susah dan senangkan

Apa2 pun, I wish Sara all the best!!!!....


p/s: pertemuan itu menyenangkan tapi setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tapi ku yakin setiap pertemuan dan perpisahan itu pasti ada hikmahnya... hurmmmm... malam ni memang I rasa E.M.O huhu..... oh lupa pula, ada ayat2 dalam bahasa sarawak, malas nak translate ayat2 tu boleh, kalo ada teman2 blogger dari sabah & semenanjung tak faham tanya yer hi hi hi.... ( ^_^)

Ku sedih tapi ku tetap ingin mengukirkan senyuman walaupun pahit... hurmmm....

Saturday, October 17, 2009

Saying Goodbye To Sibu

Masa I taip entry ni live dari Kuching ok hehe, semalam I baru sampai dari Sibu, pulang menaiki bas ekspress yang memakan masa 7 jam, lenguh punggung duduk lalalala, ini pasti menjadi perjalanan I yang terakhir menaiki bas ekspress, memandangkan kepulangan I ke Kuching kali ini bukan untuk bercuti hurmmm...

I dihantar ke terminal bus oleh my kazen J-mie, sempat lagi dia tanya kenapa I tak mahu naik belon @ nama glemernya kapal terbang, I cakap kat dia, takpelah sebab I nak menikmati perjalanan terakhir menggunakan perkhidmatan Bas ekspress ni, lepas ni ntah bila lagi nak naik yer, semenjak I bekerja di Sibu lah I menjadi salah seorang penumpang setia bas ekspress, suka menikmati perjalanan jauh, melainkan ada emergency baru I pulang naik flight

Sebenarnya semalam I ada merancang untuk visit Hui Ming dengan baby girl dan lebih2 lagi my little buddy Desmond @ didi, tapi tak sempat sebab kesuntukan waktu, jadi I sms lah Hui Ming yang I dalam perjalanan pulang ke Kuching, dan yang lucunya dia reply macam ni

"Ivy kamu jahat, tinggal saya seorang, saya mau nanges"

masa I baca rasa E.M.O sekejap... then I replied.... " bla bla bla...kata2 pujuk hehe"

"kalo cuti u mau datang sini oh"

I replied... "ok bla bla bla...." memang kalo ada cuti pasti I akan datang jenguk mereka, will gonna miss them waaaaaaa.....

Masa di office semalam pun, kawan I Mama Sony ada juga datang, lama dia duduk lepak dengan I di office, dia pun sedih juga bila dengar I pulang ke Kuching dan tak kan kembali lagi dalam waktu2 yang terdekat, hurmm... tak sempat I tengok dua orang anak dia yang comel2 tu

Dalam 2 minggu yang lepas, I memang busy menyiapkan semua kerja, menyelesaikan apa2 yang patut, berjumpa dengan kawan2 dan juga geng2 veteren hehe, I banyak juga kawan dengan aunty2 ok dan mereka memang best, ada yang sempat berjumpa dan ada yang tak sempat I jumpa, hanya kata2 dan pesanan melalui sms saja I hantarkan....

Perjalanan dalam bas semalam ok, I balik menaiki bas yang bertolak jam 5.15 p.m, penumpang tidak ramai hanya 10 orang sahaja termasuk 2 orang pemandu bas, jadi bila tak ramai penumpang amat mudah untuk memerhati dan melihat gelagat penumpang2 yang lain

I duduk di seat yang seorang jak, sebelah I ada 2 seat,ada 2 orang lelaki cina, berpakaian kemas ala2 lawyer, mungkin baru habis mengikuti seminar kot, sepanjang jalan asyik bercakap pasal bisnes saja, yang agak berumur tu memberi kata2 semangat dengan lelaki yang lebih muda

di belakang kedua2 lelaki cina ni pula, ada 2 orang lelaki bujang, bila I tengok seperti Dean dan Sam Winchester lah pula hahahaha, anda tau siapa ni, dean dan sam adalah watak2 hero ensem dan macho dalam Supernatural tu, I cakap mereka seperti watak2 tersebut sebab seorang tinggi dan seorang rendah, kedua2 bertubuh segak dan encem, tapi I tak sempat phewwittttt..... hahahaha

Di belakang I pula ada seorang perempuan, dia asyik menyanyi lagu kumpulan Unggu dari Indonesia tu, feeling dia nyanyi.... hurmmm ok lah tu at least ada hiburan kan, lagipun tak da siapa2 yang komplen.....

manakala pula, seorang lagi penumpang lelaki dari belakang ni, bercakap dalam telefon, mungkin dengan isteri, sebab dia tanya " siapa yang ada notty2?,bla bla bla....", mesti dia tanya mana satu anak2 yang nakal.... senyum I dengar, oh dan lagi satu.... kuat betul wangian yang dia pakai, nasib wangi hehehe...

seorang penumpang pula, awal turun di simpang betong, maybe orang Betong kot...

Sampai Di Kuching I di jemput abang dan adik lelaki, glad to be back, balik terus cari makan, kelaparan ok lalalalala....


Nak tunjuk selendang baru lalalala
~ cantik tak selendang ni



p/s: ok nak pegi church ni, mumy pun dah panggil2.... will update soon, happy sunday everyone