Projek Ikan Keli my brother Lee ini akan dibuat secara kecil-kecilan dahulu, kerana ini baru permulaan, jadi bagi my brother tak salah untuk membuat dalam saiz yang medium dulu, kalau hasil serta pulangan nya bagus dan lumayan, maka tak salah kan untuk mencuba dalam saiz yang besar-besaran pula di masa2 akan datang
Anak2 ikan keli belum lagi sempat my brother simpan ke dalam takungan air tersebut sebab minggu ni dia kena driving ke Miri membawa my dad yang hendak pulang ke Lawas kerana ada urusan untuk di selesaikan, jadi kemungkinan besar minggu hadapan dia merancang untuk menyimpan anak2 ikan keli ke dalam takungan tersebut
Walaupun I tak tahu selok-belok penjagaan ikan keli, tapi I rasa begitu teruja untuk melihat macam mana proses nya nanti dan juga hasilnya, kalau anak2 ikan keli dah di simpan dalam takungan air tu nanti, pasti I akan update kan yer
Here few pics yang sempat I snap

Belum ada anak2 ikan keli lagi dimasukkan, air juga tidak ditakung dalam kuantiti yang banyak, sedang2 saja, ada I tanya kat abang, kenapa air tak diisi dengan banyak sedikit, my brother cakap tak perlu diisi dengan banyak dahulu, I angguk2 jak lah mendengar jawapan dari dia, lepas ni I akan belajar serba sedikit tentang macam mana hendak pelihara ikan keli ni nanti....*wink wink*
Jaring yang di pasang ini untuk mengelak air yang ditakungkan panas terutama apabila cuaca panasMula2 kami berdua sister Irene merancang hendak mengambil rampai2 kolam ni, hendak di masuk kan dalam air takungan tempat anak2 ikan keli di besarkan, tup tup tup.... tak jadi ambil rampai2 kolam ni sebab masa tu nenek datang menjenguk, syok bercerita tentang ikan2 dalam kolam sampai terus terlupa rancangan asal ahahaha....
~ ayu bodyguard ni posing, tengok tangan tu hehe, tak tahu pula nama anjing peliharaan nenek I nih
~ yang ni my dad yang tanam, ahli2 keluarga kami ni memang suka makan pedas2, sedap oooo....
My brother Lee~ Ini lah bakal tauke Ikan Keli hahaha
p/s: ok nak kongsikan pengalaman I di tempat kerja hari ini, mode dalam mood happy walaupun penat, belajar sedikit tentang sesuatu yang baru tapi sangat interesting, paling best bila rushing nak siapkan2 setiap tugasan, lepas postkan entry ini, I nak mandi dan tidoooo...hihi..., will update soon k....










