Warna
Merah....., adakah warna
merah itu melambangkan seksi, atau semangat perjuangan yang berkobar2, atau melambangkan kemarahan atau kebencian, atau melambangkan cinta yang agung atau
merah itu menghairahkan bak kata seorang jejaka yang pemalu itu hahaha....(ampuuunnnn I pinjam ayat2 itu sekejap...)
Hari ni, I nak berkongsi sebuah kisah seorang gadis berseluar
merah, siapa kah gadis itu....., ya..ya..ya.. anda memang betul, saya lah gadis itu tapi masa tu umur budak tu masih lagi kecik baru je darjah 3...
Masa tu adalah musim durian, jadi di satu petang, I ikut my dad, my eldest brother Ken dan 2nd brother Lee ke kebun durian, jadi kalau nak masuk hutan mestilah kena pakai seluar panjangkan, nak elakkan kaki2 jadi mangsa2 nyamuk yang tidak mengenal sapa mangsa2 nya....
Jadi, I pakai lah seluar panjang warna
merah, biasalah dulu2 mesti lah mak kita yang jadi fesyen designer kita kan, kalo mak suruh pakai itu ini, tak kisah lawa ke tidak, comel ke tidak kita pakai jak...... ops..ops..opsss... lain pula cerita nih, ok balik lagi dengan cerita seluar
merah...
Sampai kami ke kebun durian, macam biasa I pun sibuk2 juga mengikut abang2 mencari2 buah2 durian, selepas redah2 sekeliling pokok2 durian itu, my bro ken, Lee dan I, pergi jalan2 di kawasan lapang yang tak jauh dari kebun buah, selalu nya kalau ada kawasan lapang mesti ada beberapa ekor kerbau milik orang2 kampung tgh sibuk2 makan rumput2, dulu2 suasana ini memang biasa dilihat di mana2 kampung di Lawas, jadi semestinya bau pembuangan sang kerbau uihhhhh.... memang sangat lah wangi... opsssss.... salah2, sangat lah bauu....
Tengah I syok jalan2 kat kawasan lapang sambil perhati kan kerbau2, tiba-tiba I hairan melihat seekor kerbau tu lain macam jak, I pandang si kerbau, si kerbau pun pandang I juga (hahaha... kira macam tu lah masa tu..), I nampak Kerbau tu mula bergerak perlahan ke arah I, I jadi takut, terus berlari, kerbau tu mengikut dari belakang, nasib masa tu jarang antara I dengan lembu jauh.....
Masih I ingat, masa tu I dah menangis sambil memanggil2 nama abang2 yang tak jauh juga dari situ...., masih berlari2 lagi tanpa tahu kaki melangkah ke mana sebab masa tu memang dah terlalu nervous,
"oooiiiii.....kerbau nih kejar saya lah... "saya berteriak sambil berlari menuju ke arah abg2. bayangkan dalam keadaan menangis lagi tu....
"cepat2 buka seluar kamu tu, cepat2...." kata abang
I tanpa berfikir panjang, terus buka dan tinggalkan seluar panjang
merah itu, I terus berlari dan berlari, nasib ada pakai seluar katak hahaha... kalau tidak kan nampak hodoh seorang budak yang comel berlari2 tanpa seluarnya hahaa......
Yang magic nya kerbau itu berhenti dari mengejar I, mula2 I ingat kerbau tu kejar I sebab I comel hik hik... puji diri kejap, sila2 kan muntah!!!!..., rupa2 nya kerbau itu tertarik dengan seluar
merah yang I pakai, my brother cakap kerbau itu suka warna
merah, dia orang bole gelak2 kan I lagi masa tu, kejam nya... nasib I tak kena tanduk kerbau2 itu.....
Ambik masa juga lah untuk abg2 I untuk kutip balik seluar I tu, kena tunggu kerbau itu jauh sikit, kalau I ingat balik peristiwa ni, mesti I senyum sorang2, semalam I belek2 baju2 yang I gantung, baru I perasan I hanya ada satu koleksi baju warna merah, satu je, itu pun ada campur belang2 warna lain dan tidak terlalu merah.....
Ohhhh....tidakkkk......bagi I
merahhhhhhh..... itu kerbau hahahaha
p/s: Kalau nak tau, sejak hari itu, seluar panjang
merah itu, I tak mau pakai, sampai sekarang tak suka pakai warna
merah yang menyala...... mana lah tau kot2 ada kerbau kat tepi2 kejar lagi huhu..... tak nak tak nak.....