Sunday, October 11, 2009

Ahad yang memenatkan

Semalam sorang2 I makan durian hahaha, satu biji jak, diberi oleh teman my kazen J-mie, lepas makan begitu bersemangat I mengemas dapur, mengemas apa2 yang patut, perut pun tiba2 rasa tak selesa, tanda nak kena serang bendera jepun lah ni hahahaha

Ok pagi2 hari ni pula, I sambung packing barang2 dirumah yang masih lagi sikit untuk dipack, begitu syoknya mengemas sehingga tak perasan hari ni I langsung tak breakfast dan lunch, errr.... dinner nanti mesti I makan dengan golojoh, badan rasa lemah jak sekarang huhu, sebab penat, tak sangka I begitu rajin hari ni, mood rajin dah datang lah katakan hihi

Sekarang I ambil masa untuk update blog dulu sebelum ke rumah kawan sekerja Hui Ming, petang ni kan nak tengok baby girl dia, tak sabar nak tengok, dan juga nak tengok keletah my little buddy desmond @ didi, haihhh... lama dah tak tengok didi hurmmm...


Durian Hantu
~ mungkin ada juga nama2 lain bagi buah durian ni kan, I tahu nama durian ni pun masa mula2 family berpindah ke Kuching, I dengar saudara2 sebelah mumy memanggil nama buah ni durian hantu, tapi kalau dalam bahasa bidayuh lupa pula hahaha, lain kali I tanya kat mumy ok, kalau sebelah daday pula iaitu kaum lun Bawang memanggil nama buah ni "lapun dalit"



p/s: ok will update soon after coming back from visiting the baby






Friday, October 9, 2009

Haircut

Semalam I dah gunting rambut, rambut depan jak hehe, macam mana ok tak, lepas keja I ke J & H Hair salaon, kedai salon kesukaan yang berlokasi tak jauh dari tempat kerja, mesti lah suka salon ni sebab tukang gunting nya pandai mengunting mengikut kehendak pelanggan, jadi kepuasan tu ada, mestilah frust kalau gaya rambut yang kita mahu tak menjadikan, hurmm... rasa2nya mesti anda juga selalu ke salon yang anda sukai kan kan....

Dulu panjang sama dengan rambut belakang

Tadaaaa... dah pendek

How do I look??
~ only a small transformation, ada ka hahaha

YESTERDAY
*
*
*
Cheese baked Rice
Semalam kami berdua J-mie makan malam di Amigo Grill & Steak, I order menu yang di atas, rasa boleh tahan, tapi kalau letak nanas sikit lagi ada kick hehe, sempat kami berdua suggest kat tauke niu masa tengah makan

Dia tanya "how was the taste", I cakap "sedap sedap tapi kalau simpan nanas mesti lebih sedap", sebenarnya kami berdua J-mie dah berkawan dengan tauke niu kedai Amigo ni, jadi kalau ada suggestions kami berdua memang teruja nak bagitau hahaha....

TODAY
*
*
*
Kari Ayam & Tauge goreng Tauhu
~ inilah menu yang I masak hari ini, awal2 pagi singgah di market basah yang tak jauh dari tempat tinggal, beli bahan2 untuk memasak menu2 diatas hihi...


p/s: ok Happy Weekend Everyone!!!!!......


Thursday, October 8, 2009

Baby Gifts

Semalam I terima sms from my friend Hui Ming, dia jemput untuk datang ke rumah pada hari ahad ini dalam jam 6 petang, gembiranya tak sabar2 nak tengok baby girl dia, mesti comel, tapi nanti kalau dah jumpa, akan I kabarkan satu berita dengan Hui Ming, dia belum tahu lagi, hurmmm.... kena tarik nafas panjang2 nak bagitau kat dia nanti

Ok masa pulang bercuti hari raya, I telah mencari gifts untuk baby girl kawan I tu, teruja tengok barang2 baby, geram sangat2 sebab barang2 baby semua comel2 kan, haihh..... macam I plak yang ada baby hahaha....

Oh lupa nak cakap, kalau berminat untuk membeli headband set dan nylon thight seperti yang di bawah, anda boleh membeli di Mummycare shop, kedai berlokasi di dalam Wisma Seberkas Shopping Mall, dalam kedai tu barang2 baby memang comel2 dan banyak pilihan juga, adeh heh macam nak promote kedai lah pula, takpe iklan free jak :p


Headband Set
~3 in one set, so adorable, rasa macam sendiri nak pakai hahaha....

Nylon Tights
~ pink color for 0-6 months baby, masa mula mata I tengok terus tertawan, mesti comel kan kalau baby girl pakai ni, alahai comel

Baby dress
~ this little baby dress comel kan...., simple, comfortable and cute for the baby girl

p/s: Sekarang I tengah imagine macam mana rupa baby tu pakai dress ni, stoking tu dan the headband, alahai mesti comel hihi, can't wait to see the baby this coming sunday.... [^_^]





Wednesday, October 7, 2009

Midnite Makeup

Ingat tak entry tentang "Friday Night", kalau terlepas klik sini yer, malam tu pulang ke rumah, bila semua dah mandi, duduk lah relax2 depan tv, sehinggalah dalam jam 12 tengah malam tu, my cousin J-mie ni bersemangat nak jadi jurumekap, maka I lah jadi model nya, kata J-mie dan kule nak buat lantern make-up....., ada ka orang make-up tengah2 malam hahahaha, tapi seronok juga sekali sekala masa masih single mingle nih, berkumpul dan buat aktiviti yang buat semua orang happy kan.....

Semua barang2 make-up habis di keluarkan, I baring2 jak, J-mie pula tekun mewarnakan kedua-dua mata2 I, manakala kule pula jadi jurugambar hehe, banyak gambar sebenarnya tapi simpan sikit jak di sini, here few pics....


Ini lah jurumekap malam tu
~ J-mie kata nak buat lantern make-up hahaha... adeh

The Process

Nak simpan pemerah pipi kena senyum lebar2 hmmmm...

Cakkk... posing jap lalala
~ masa ni dua2 jurugambar bidan terjun bising sebab I tak pandai duduk diam

nampak bulu mata palsu tu, dah nak tercabut,
gara2 I dengan ganas kelip2 kan mata hahahaha

Malam tu kami tido jam nak dekat 2 pagi huhu, tak buat apa2 pun, bayangkan aktiviti mewarnakan muka, then posing2 depan kamera hp, then borak2, then cuci2 bersihkan muka, pas tu tido hahahaha

Keesokan hari plak I kena keja dan mereka berdua begitu enak tido, waaaaaa..... jeles I tengok hahahaha...., malam sabtu yang lepas kami keluar sekejap jak gara2 kepala I dah pening dan J-mie sakit perut, tak jadi tengok apa program malam tu untuk Pesta Tanglung yang dah di sambut sabtu lepas


p/s: malam ni nak pergi tengok rumah sewa baru *wink*wink*

Monday, October 5, 2009

Terlupa

Adohai.... pernah tak anda meninggalkan meja makan tanpa membayar makanan yang telah di order dan di makan huhu...

Hari ini I dengan rasminya menjadi salah seorang yang pelupa hahaha, nasib baik kedai makan tu berlokasi tak jauh office tempat I keja, dan luckly juga I kenal rapat dengan tauke dan tauke niu stall makanan tu, amoi indon yang keja kat stall tu yang datang bagitau, macam mana boleh lupa nih

Pagi tadi I breakfast bersama2 kedua2 abang yang baru sampai di Sibu dari Kuching awal2 pagi tadi dalam jam 2 pagi, tengah syok berborak, dah habis makan terus blah, kedua2 mereka bertolak ke Kuching semula selepas semua barang2 yang hendak di hantar pulang ke Kuching sudah di letakkan dalam kereta

I memang betul2 lupa tau, makanan yang di order dari stall sebelah dah di bayar dan minuman yang di order juga sudah di bayar, cuma mi kari yang I order dari stall tu jak yang belum waaaaaa..... sebab tu lah I yakin sangat I dah bayar semua makanan yang di order dari semua stall huhu

Beberapa minit bila dah sampai di office

amoi: halo halo.... (depan pintu office)

aku: ya ada apa moi

amoi: tadi mi blom bayar (amoi cakap dengan nada perlahan dan senyum2)

aku: aduh ya lah... betul2 saya lupa moi, saya ingat dah bayar sebab dah bayar nasi dengan air dari stall sebelah, sorry sorry.... (kat amoi pula I minta sorry hehe...)

amoi: tak apa, tauke pun tau mesti kamu suda lupa ooo...

aku: cakap sama tauke soli soli bnyk2 aaaa...., betul2 lupa ( I hulurkan RM10 kat amoi)

amoi: ok...

selang 3 minit....memang cepat amoi ni lari naik turun tangga hehe

amoi: nah duit baki

aku: aiyoooo.... betul2 lupa lah.... ( I buat muka seposen)

amoi sengih2 dan pergi...

I masih lagi rasa malu, yer lah selalu muka I pagi2 mesti breakfast kat stall tu, tak pernah pun terlupa bayar, waaaaa..... malunya hahahaha...

Takpe2.... pengajarannya sila pastikan semua makanan yang diorder sudah dibayar, barulah boleh angkat punggung dari kerusi dan terus blah ok hehehe

p/s: ooo....korang gelak yer... :p

Saturday, October 3, 2009

Friday Night

Semalam lepas kerja, dengan masih berpakaian kerja, kami bertiga iaitu I, Kule dan J-mie ke pasar, jalan2 melihat tanglung hehe, malam ni sambutan pesta tanglung akan diadakan, jadi pasti akan ramai orang berkunjung untuk melihat pesta ini

Kami mengambil peluang untuk bergambar, habis semua tempat kami pusing2 hahaha, bergambar sakan heeee, lepas jalan2 kami makan malam di Singapore Chicken Rice dan akhirnya ke Rejang Medical sebab J-mie masih lagi sakit cirit-birit, kesian dia, tapi hari ini I tengok macam sudah ok sikit

ok here few pics......


Crowded with people
~ ada yang datang dengan keluarga masing2, semua orang ramai mengambil peluang untuk bergambar di bawah sinaran tanglung2 yang berwarna-warni, memang chantek!!!

I nampak gelagat bapa dengan anak-anak
~ anak lelaki tu comel sangat, lepas bapa dia snapkan gambar, terus dia sibuk bertanya dengan bapa nak tengok gambar dia sendiri hehe, ni gambar sekodeng ok :p

Masih berpakaian kerja lagi hahaha, nampak blom mandi lalala...

merenung hari yang jauh chewahhhh :p

Kanak-kanak RIANG hahahaha....

"Grrrrr..... nak bawa balik tanglung nih"

BIG Lantern
"Bawa balik ke Kuching simpan depan rumah lalala"

Jurugambar profesional kami hahaha


AT SINGAPORE CHICKEN RICE
*
*
*
nyum nyum nyum...


AT REJANG MEDICAL
*
*
*
" ini obat-obat cap ibu dan anak mau makan 6 kali satu hari wokey :p"


P/s: ok will update soon..... happy weekend semua!!!





Thursday, October 1, 2009

BIG sigh

Sekarang dah jam 12.30 a.m, tengah malam dah nih, I baru pulang dari office dalam jam 11 lalu, rasa macam pekerja cemerlang dan terbilang jak malam nih hahaha, banyak kerja yang kena disiapkan, lagipun bos baru pulang dari travelling dalam jam 6 petang, ramai pula customer datang cari bos

Nasib rumah dekat, kalau tak I pun tak rela nak kerja lebih masa nih, tapi demi hendak menyiapkan kerja, I sanggup hehe, sebab I tak suka membiarkan kerja2 tertangguh, kalau boleh siapkan hari ini, esok kena buat kerja yang lain lagi..... *sigh*

Yang ni I tak mahu mengeluh, I makan lamb chop...., nasib bos yang belanja yahoooo, bos tapau bawa ke office, tak ada gambar I makan sebab kalau u all tengok aksi I makan pasti pengsan, memang gelojoh I makan tadi ok hahaha, TQ TQ bos...., I dah bertungkus lumus menyiapkan kerja, jadi kena ada tenaga, harus makan kan lalalala.....

Yo makan cukulet, pasti tak kan penat lalala

Ok ada GOOD news, awal2 pagi tadi dalam jam 6 pagi I terima sms dari kawan sama kerja I iaitu Hui Ming, dia sudah melahirkan baby perempuan, happy I dengar, mata yang mengantuk pun pandai terbuka besar hahaha...., so I pasti akan melawat dia dan baby dalam masa terdekat ni, lagipun I miss Desmond @ Didi so much, rasanya lepas ni pasti lama I tak akan jumpa dan tak dapat bermanja2 dengan Didi lagi huhu.... * sigh againnnn...*

BAD news pula, kesian my kazen J-mie, dia sakit cirit birit, muntah2 yang teruk, dia kata semalam ada makan mi goreng yang dibeli di kantin sekolah, rasa2nya mesti mi goreng tu penyebab dia kesakitan, so esok dia tidak turun mengajar, hurmmm.... so pity * sigh hah... again... :p*

Eh kenapa I banyak mengeluh nih huhu..... *sigh sigh sigh.....*


Desmond @ Didi
~ My little buddy, rindu gila dengan didi, and I'm gonna miss him one day waaaaaaa.....
*BIG sigh*

p/s: kalau lah sekarang dalam spa kan best, ada orang tolong urutkan badan yang dah lenguh2 nih, berendam sambil tido hahaha, nanti lemas baru tau, ok lah dah penat nih, nak mandi dulu then ZZzzzzzzz.....