Showing posts with label festival. Show all posts
Showing posts with label festival. Show all posts

Thursday, February 3, 2011

Menjahit Manik Baju Tradisional

Hari ni merupakan hari pertama sambutan perayaan Tahun Baru Cina, awal2 pagi I dah terbangun mendengar bunyi hujan yang lebat, apa lagi I tarik selimut dan sambung tido sampai jam 9 pagi hahahaha, tido2 ayam saja ok :p

Sebelah petang pula I ikut my family visiting, cuma visit 2 rumah saja, mula2 tu rasa malas nak ikut sebab malas nak bersiap, dan paling penting misi nak diet bah hahahaha...., yer lah kalau visiting mesti godaan makanan tu mak aihhh... tak dapat tahan, lebih2 lagi I ni jenis yang suka makan, never say no to yummy food aisehhh...

Oh ya berkaitan dengan entry diatas, I sebenarnya menjahit manik untuk pakaian tradisonal Lun Bawang, I dah mula menjahit dalam 2 minggu yang lepas, cuma agak perlahan sebab lepas pulang dari kerja mesti penat, mata tak tahan minta tido jak, jadi I akan gunakan 4 hari cuti ni untuk siapkan, I kena menjahit manik untuk 3 pasang pakaian tradisonal, yang ni I jahit untuk tunang adik I sebab next week dia kena pakai untuk pre wedding photoshooting....

I confident mesti siap dalam 2 hari ni untuk sepasang baju.... chaiyok chaiyok!!!!..... :p, ok bah at least I buat aktiviti yang berfaedahkan daripada tido hari2 hehe...

Aksesori Wanita
*
*
~ ini model tak berbayar hehe..., kat atas ni merupakan aksesori2 yang dipakaikan dengan pakaian tradisonal Lun Bawang, yang kat kepala tu dipanggil "Pe-ta", rantai tu pula dipanggil "Bau Telang", ada satu lagi dipanggil "Bau Alai" (yang ni next entry I uploadkan gambar2nya yer), last sekali yang di pinggang tu dipanggil "Be-ret", hrmmm... hopefully I eja dengan betul, I dah double check dengan daddy lagi nama2 aksesori diatas, takut salah info nanti.
(Gambar diatas diambil masa cuti christmas tahun lepas, next entry I akan updatekan tempat yang agak istimewa ini.... tungguuuuu..... )

The Process
*
*
~ Hanya perlukan 3 jenis warna sahaja, red, white & yellow

~ Tadaaaaa... 80% siap, hari ni I dah habis jahitkan semua manik 100&, cuma blom lagi ambil gambar terbaru, nanti kalau dah siap termasuk baju, I akan updatekan yer..


Last but not least....



Wishing "Gong Xi Fa Cai"





Thursday, September 23, 2010

Mid Autumn Festival @ Moon Cake

Semalam I dah dapat 2 set Moon Cake yang telah diorder dari Grand Margherita Hotel. Pulang dari kerja, cepat2 mandi sebab ada janji temu dengan kawan Ubek iaitu pasangan Ting & Tang. Seperti biasa tempat kesukaan kami berempat melepakkan diri di kedai kopi di Central Park Batu 3. They look so happy when received 1 box of moon cake ^_^. Ok lah here few pics.... nak cepat2 typing ni sebab tengah update dari office, jam dah menunjuk 5.10pm, masa untuk pulang rumah.... JOM PULANG!!!...:p


MOON CAKE

*
*
~ 3 jenis perisa

~ Packaging yang menarik, boleh recycle ni untuk simpan barang2 makeup hahaha

~ 4 in 1 box

~ Hurmmm... look so yummy!!!..

~ Pure Red Bean paste

~ Pure Lotus paste & Pure Red Bean paste


ok nak pulang ni..... will update soon!!!....




Friday, June 11, 2010

Rumah Panjang Sebangkoi

Sambungan dari entry I yang sebelum ni tentang sambutan gawai di Sarikei, pada hari pertama gawai, kawan baik Ubek iaitu pasangan Ting & Tang datang ngabang @ visiting ke rumah panjang. Malas nak menaip panjang2, bagi gambar2 yang bercerita lah hehehe...

Here few pics, thank you Ting for the lovely pictures......


~Rumah Panjang Sebangkoi

~ Pemandangan rumah panjang dari depan, masih mengekalkan ciri2 tradisional

Pasangan Ting & Tang yang datang ngabang @ visiting ke rumah panjang pada 1 June 2010 (hari pertama gawai)

"Ruai" bahagian dalam

~ "Pua Kumbu", hasil tenunan tradisional kaum Iban, merupakan salah satu tradisional handmade yang agak fofular di Sarawak, bagi pelancong2 dari dalam atau luar pasti akan berminat untuk memiliki pua kumbu sebagai koleksi atau hiasan dirumah...

~ I love this place the most hehehe..., I suka cuci pinggan disini


~ Kanak2 bermain dengan riang

"Ruai" bahagian luar

~ Sis Irene kelihatan paling hujung..., tengah sibuk bergosip lalala...

~ Model2 Jangan Pandang Belakang hehe...

~ siapa kentut tolong tolong pencemaran udara,tutup hidung huh $@#&%!!...

Ting, Tang & me
~ ada gaya tak :p...

~ kanak-kanak yang duduk bersantai

Happy Gawai!!!

~ Hadiah2 ini untuk pemenang2 bagi aktiviti2 yang telah diadakan, sayangnya I tak berkesempatan untuk mengambil gambar2 waktu aktiviti2 diadakan seperti pertandingan tarik tali, tarian poco2, karaoke, meniup belon dan macam2 lagi

Ubek's mum, me Ubek & Tang
~ having our good time

Me & Ubek

"Tuak"
~ Known as Iban Rice Wine
Tuak (beras) ialah sejenis minuman masyarakat kaum Iban pada masa dahulu. Biasanya Tuak diperbuat daripada sejenis beras dipanggil "Beras Pulut". Beras tersebut akan di rendam bersama air di dalam tempayan atau dikenali sebagai "Tajau". Proses tersebut akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan beras tersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil "Nasi Tapai". Namun pada masa kini proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut, ia juga dicampur dengan gula pasir supaya rasanya manis. Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan gawai dayak, gawai hantu,gawai burung dan sebagainya. Selain daripada masyarakat Iban, terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu juga membuat tuak dengan cara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal,muntah sekiranya diminum berlebihan. (Maklumat di atas I ambil dari wikipedia hehe..)

Little Aaron
(Gaya spontan yang cukup menarik....)
*
*
~ Gaya dia yang paling I suka...

~ Gaya terakhir yang menjadi trademark dia ialah "gaya otromen"


p/s: Wahhh.... esok tak sabar nak attend Rachel's Wedding, will update about the event...




Saturday, October 3, 2009

Friday Night

Semalam lepas kerja, dengan masih berpakaian kerja, kami bertiga iaitu I, Kule dan J-mie ke pasar, jalan2 melihat tanglung hehe, malam ni sambutan pesta tanglung akan diadakan, jadi pasti akan ramai orang berkunjung untuk melihat pesta ini

Kami mengambil peluang untuk bergambar, habis semua tempat kami pusing2 hahaha, bergambar sakan heeee, lepas jalan2 kami makan malam di Singapore Chicken Rice dan akhirnya ke Rejang Medical sebab J-mie masih lagi sakit cirit-birit, kesian dia, tapi hari ini I tengok macam sudah ok sikit

ok here few pics......


Crowded with people
~ ada yang datang dengan keluarga masing2, semua orang ramai mengambil peluang untuk bergambar di bawah sinaran tanglung2 yang berwarna-warni, memang chantek!!!

I nampak gelagat bapa dengan anak-anak
~ anak lelaki tu comel sangat, lepas bapa dia snapkan gambar, terus dia sibuk bertanya dengan bapa nak tengok gambar dia sendiri hehe, ni gambar sekodeng ok :p

Masih berpakaian kerja lagi hahaha, nampak blom mandi lalala...

merenung hari yang jauh chewahhhh :p

Kanak-kanak RIANG hahahaha....

"Grrrrr..... nak bawa balik tanglung nih"

BIG Lantern
"Bawa balik ke Kuching simpan depan rumah lalala"

Jurugambar profesional kami hahaha


AT SINGAPORE CHICKEN RICE
*
*
*
nyum nyum nyum...


AT REJANG MEDICAL
*
*
*
" ini obat-obat cap ibu dan anak mau makan 6 kali satu hari wokey :p"


P/s: ok will update soon..... happy weekend semua!!!