Wednesday, May 12, 2010

Kampung Puru Sia

Ini lah gambar2 pemandangan di Kampung Daddy di Lawas, Kampung Puru Sia, disini lah tempat kelahiran I, dalam tempoh 17 tahun kami sekeluarga berpindah ke bandar Kuching mengikuti my mum yang ditransferkan mengajar di Kuching, banyak juga perubahan dalam kampung ini, errrrr... dalam next entry nanti lah I ceritakan apa perubahan2 tu, sekarang malas bole lalalala...., ok just enjoy the pictures of my kampung love....


KAMPUNG PURU SIA
*
*
~ Aunty Anna jadi model hehe..

~ kaki siapa ni???...lalalalala..

~ My Grandparent's House


p/s: will update soon!!!....

Saturday, May 8, 2010

Pucuk Daun Ubi

Setiap waktu masa I di Lawas I gunakan dengan sebaik2nya, meluangkan masa dengan saudara mara yang lain, membuat aktiviti2 di kampung, paling I suka masa menyediakan pucuk daun ubi untuk dimasak. Lauk pucuk daun ubi memang sedap dan salah satu makanan kesukaan I dari kecil lagi...., pergghhh... menjilat jari hahahaha...

Hari tu, awal2 pagi salah seorang penduduk kampung datang ke rumah nenek membawa sebakul pucuk daun ubi yang banyak, so I dengan aunty Rikan mengasingkan daun dari batang nya, sila lah lihat gambar dibawah hehe...

PUCUK DAUN UBI
*
*
*
~ Aunty Rikan & me,
thanks sis Irene sebab snap gambar ni, a moment yang best hehe, my grandma yang tengah baring kat tepi tu, kepenatan agaknya, tersenyum2 melihat kami berdua, katil tu lah tempat my late grandpa baring masa seminggu kritikal sebelum pergi buat selama2 nya, katil tu diletak disitu untuk memudahkan nenek menjaga late grandpa, kalau dibilik agak jauh dari dapur dan bilik mandi.

~ Pulang dari pekan Lawas, I terus meneruskan proses yang seterusnya iaitu menumbuk pucuk daun ubi, menumbuk atau menghancur???... adoheh ayat apa yang sesuai yer erkk.....

~ masih mengekalkan tradisi kampung heeeeeeeeeee...

~ Aunty Anna memasak pucuk daun ubi, memang sodappppp...


Petang tu juga, I menyibukkan diri membantu nenek membungkus nasi dalam daun, dalam entry tahun lepas I ada jelaskan sedikit proses2 nasi bungkus ni atau di kenali sebagai "lubak tenga" di kalangan kaum Lun Bawang, sila klik sini "All The Way From Lawas" untuk entry tu yer, sebenarnya bukan membantu tapi mengganggu ada lah hehehe..., I berjaya membungkus 4 bungkus nasi, kira ok lah tu hihi

LUBAK TENGA
*
*
*
"Daun Kukub"
~ inilah daun yang digunakan, tumbuh subur dibelakang rumah nenek

seperti biasa, mesti posing :p

~ daun yang dibersihkan sebelum membungkus

~ nenek tengah konsentrasi, miss my grandma now hurmmm...

~ yahhh.... sopan membungkus, sebenarnya menahan panas nasi tu, memang tapak tangan nenek boleh tahan...

~ Tadaaaa... berjaya, tapi bungkusan tak secantik bungkusan nenek


p/s: Will update soon..... Happy weekend & Happy Mommy Day Everyone!!!, nak pergi jogging ni yihaaaaaa.....

Wednesday, May 5, 2010

The Good Day

Pulang ke Lawas minggu lepas, I sempat meluangkan waktu yang menyeronokkan bersama2 cousin2, rasa macam dah kembali ke zaman kanak2, kampung ini lah merupakan salah satu memori yang paling terindah dalam kehidupan I. Zaman kanak2 yang best..., tiba2 I miss the old days huhu...

Sungai tempat kami mandi ini lah yang meninggalkan banyak nostalgia2 & kenangan zaman kanak2 kami adik-beradik, disinilah tempat kami memancing ikan diwaktu hujung2 minggu, tempat dimana kami menunjukkan aksi2 stuntman hehehe, melompat dari tebing sungai dussshhhh..... terjun dalam air, tempat menghabiskan masa bersama2 kawan2 disebelah petang selepas tamat waktu sekolah, tempat dimana kami mandi sampai mata kemerah-merahan, kalau dah pulang rumah pasti akan dimarahi mummy hehehe, itu dulu2 masa jadi kanak2 ringa yang nakal.... , dan disini jugalah tempat dimana mulanya I berani berenang, kalau terlepas entry tu, sila klik sini "Aku Juara" yer....

Yang paling best, air sungainya yang sejuk tttrrrr....., tapi bila lama dah I tak berenang semenjak menetap di bandar Kuching, I asyik tenggelam jak dalam air hahahaha, dah kurang terer imbangkan badan dalam air, aiyakkkk apa macam nih, well kami sangat enjoy petang tu, mandi puas2 sampai lewat petang baru balik rumah...

Here few pics....

KAMPUNG PURU SIA'S RIVER
*
*
*
Left to Right ~ Sis Irene, nephew Lina, cousin Munga, cousin Ruran, nephew Little Saran & cousin Johnathan

~ Ikan Duyung hehe

3 Dara Pinggitan hahaha...~ Me, Munga & Ruran

~ dalam kolam binaan kami hehe

Little Saran ~ Ntah apa yang dibebel dia sorang2

Cousin Munga yang tengah EMO, tulis ayat2 cinta lalalala...

Pertandingan membina istana pasir hihi..., bersungguh2 aihh...
~ Cousin Slyvester (little Saran's Dad), Cousin Johnathan, Cousin Ruran & me ~ mereka bertiga ni adik-beradik

Tadaaaa..... bergaya dengan Sand Castle masing2 heeeee...

My Sand Castle
~ Chantek tak???..., masa kecik2 dulu, I suka bina istana pasir tiap kali mandi sungai, aktiviti wajib tu

"Saran"
~ itu lah nama panggilan I di kalangan saudara2 sebelah daddy



p/s: will update soon

Tuesday, May 4, 2010

Satay Sipitang

Last week kami sempat singgah di Pekan Sipitang untuk menikmati satay. Perjalanan yang mengambil masa 30 minit dari Lawas. Pekan Sipitang yang terletak di Selatan Negeri Sabah, bersempadan dengan Lawas, Negeri Sarawak.

Sebab tu lah ramai penduduk2 dari Lawas datang singgah di sini untuk membeli belah barang2. Pilihan lebih banyak berbanding di Lawas. So tiap kali kami datang ke Sipitang memang tak sah kalau tak duduk menikmati satay yang sodapppp hehe..., jadi sebelum memulakan perjalanan ke KK, Sabah, my mum belanja kami semua makan satay

Yang menariknya ialah kita sebagai pelanggan tak perlu bertanya berapa batang satay kita nak makan, sebab sepinggan satay daging & satay ayam akan di sediakan diatas meja makan untuk dinikmati, selain tu sepinggan lagi yang berisi ketupat juga disediakan. Anda boleh makan sepuas2nya, lepas habis makan, masa tu lah mereka akan mengira berapa batang satay yang anda dah makan.... menarikkan hehe..

Kalau dahulu, stall2 satay ini berlokasi berhampiran dengan pantai, view memang chantek, kalau angin kuat kena pegang cawan yang berisi air minuman, kalau tidak habis jatuh, kalau angin sempoi2 bahasa tu uiiihhhh best, tapi hari tu masa kami singgah tempat lokasi stall2 ni dipindahkan sebab kalau lokasi yang lama masih dalam proses makeover...

Here few pics....

SATAY DI PEKAN SIPITANG
*
*
*
~ dapat dilihat beberapa stall2, semua menjual satay

Bro Eric & me

~ Ketupat
Enak & sedap sampai menjilat jari bila dimakan dengan kuah satay....


~ potong ke atau membelah ketupat heeeee...

~ The satay looks so yummy...., kami tak kira berapa batang satay dalam sepinggan, bantai jak sampai licin hehe...

~ ngapp dua2 sekali

~ ABC Special

~ Tapau cucur & kuih muih sebelum memulakan perjalanan ke KK, Sabah

~ KK Airport



p/s: sapa nak belanja I makan satay??... angkat kaki :p




Monday, May 3, 2010

Damai Beach Resort

Sehari sebelum menerima berita tentang pemergian Datuk yang disayangi, I telah berkunjung ke Damai Beach pada hari ahad 2 minggu yang lepas, I kongsikan few pics dengan rakan2 blogger ok, biar gambar2 yang bercerita, oh ya sila abaikan tarikh yang ada pada gambar2 dibawah, lupa nak adjust tarikh & masa sebelum snap snap snap hehehe...

Yang buat I terkejut masa mula2 sampai kat depan pintu masuk ke Damai Beach ni ialah pengunjung2 yang tidak menetap di resort kena membayar RM3.00 per person, sebab dah lama tak berkunjung ke sini, rasanya dah bertahun2 ooooo... I dah tak datang sini, nama jak penduduk Kuching huhu, kalau dulu2 tak ada pula dikenakan bayaran masuk, mungkin selepas dah bertukar management, syarikat lain dah ambil alih..., I tahu sapa ambil alih tapi tak nak sebut, nanti kena saman hihi...

Bagi rakan2 blogger dari Semenanjung atau Sabah yang datang bercuti ke Kuching, Sarawak tu, Sila2 lah datang ke Damai Beach ok


DAMAI BEACH RESORT
*
*
~ Rupa macam dah terer, tapi I bantai tap tap tap...,
janji ada gambar keluar hahahaha...

~ Painting ni menarik perhatian I

~ Very Interesting as a gift,
tapi kalau tak silap RM80.00 each, mak aiiii...

~ I tak tau yang ni perhiasaan semata2 ataupun boleh disewa, I tak tanya lalala....


Heeeeeeee......
~yang kat belakang tu masih dalam proses pembinaan

~ Ok perasan jadi model sekejap yer tuan2 & puan2

Sunset
*
*




~ Senyum lah selalu....


p/s: Disini I hendak mengambil peluang ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih buat rakan2 blogger atas prihatin anda di enrty yang yang sebelum ni, May God Bless you all...