Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Monday, May 3, 2010

Damai Beach Resort

Sehari sebelum menerima berita tentang pemergian Datuk yang disayangi, I telah berkunjung ke Damai Beach pada hari ahad 2 minggu yang lepas, I kongsikan few pics dengan rakan2 blogger ok, biar gambar2 yang bercerita, oh ya sila abaikan tarikh yang ada pada gambar2 dibawah, lupa nak adjust tarikh & masa sebelum snap snap snap hehehe...

Yang buat I terkejut masa mula2 sampai kat depan pintu masuk ke Damai Beach ni ialah pengunjung2 yang tidak menetap di resort kena membayar RM3.00 per person, sebab dah lama tak berkunjung ke sini, rasanya dah bertahun2 ooooo... I dah tak datang sini, nama jak penduduk Kuching huhu, kalau dulu2 tak ada pula dikenakan bayaran masuk, mungkin selepas dah bertukar management, syarikat lain dah ambil alih..., I tahu sapa ambil alih tapi tak nak sebut, nanti kena saman hihi...

Bagi rakan2 blogger dari Semenanjung atau Sabah yang datang bercuti ke Kuching, Sarawak tu, Sila2 lah datang ke Damai Beach ok


DAMAI BEACH RESORT
*
*
~ Rupa macam dah terer, tapi I bantai tap tap tap...,
janji ada gambar keluar hahahaha...

~ Painting ni menarik perhatian I

~ Very Interesting as a gift,
tapi kalau tak silap RM80.00 each, mak aiiii...

~ I tak tau yang ni perhiasaan semata2 ataupun boleh disewa, I tak tanya lalala....


Heeeeeeee......
~yang kat belakang tu masih dalam proses pembinaan

~ Ok perasan jadi model sekejap yer tuan2 & puan2

Sunset
*
*




~ Senyum lah selalu....


p/s: Disini I hendak mengambil peluang ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih buat rakan2 blogger atas prihatin anda di enrty yang yang sebelum ni, May God Bless you all...




Monday, July 27, 2009

Kedah & Langkawi

Dalam entry kali ni, I nak kongsikan gambar2 kenangan selama 3 hari di Kedah Darul Aman dan setengah hari meronda2 di Langkawi, pengalaman yang indah untuk dikenang, tujuan ke Kedah adalah untuk menemani my brother Lee pada hari konvokesyen di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok Kedah pada 10 March 2007

Masih segar di ingatan, kami berdua bertolak dari KIA (Kuching International Airport) agak lewat disebabkan flight kena delay , sampai di LCCT pukul 1a.m lebih, kami berehat dan lepak di airport menunggu penerbangan yang seterusnya ke Kedah

Awal2 pagi sampai ke Kedah, naik teksi dan terus menuju ke hotel, peramah betul pakcik yang memandu teksi ni, selama 3 hari kami di Kedah, pakcik ni lah yang akan kami telefon untuk membawa kami ke destinasi2 yang di tuju di Kedah, yang lucunya, mula2 pakcik tu ingat kami ni pasangan suami isteri hahaha, bila jelaskan yang kami adik beradik, pakcik tersenyum simpul, mungkin kerana rupa kami berdua agak berbeza sedikit

Selepas check-in, kami jalan2 cari makan sebab dah kelaparan, nasib ada kedai mamak bersebelahan, tapi semua makanan pedas2 dan kari2 sahaja, bantai jelah sebab dah kelaparan, balik ke hotel hendak bersiap2 lagi kerana konvokesyen abang adalah sebelah petang, kalau tak silap bermula jam 2 petang, yang lucunya, my brother Lee dah risau bila iron pakaian yang diminta tak sampai2 sebab ada penginap lain telah menggunakan iron, nasib baik ada seorang makcik cleaner yang baik hati sanggup mencari iron tu dari satu bilik ke bilik yang lain, cepat2 lah I tolong my brother ironkan baju dia, selesai bersiap kami dijemput pakcik yang sama, lupa dah nama pakcik tu huhu, lama tu 2 tahun oooo....

Ok sampai di UUM, memang ramai orang, masih I ingat cuaca hari tu panas, dan acara konvokesyen berlangsung dengan baik walaupun agak terlewat bermula dari waktu yang sepatutnya, yang kelakarnya, I tak sedar bila my brother Lee dah naik ke pentas, I sedar pun bila aunty iaitu ibu kepada Joy, memberitahu yang dia dah naik, masa tu memang penat jadi tak dapat memberi tumpuan, nak tertido pun ada, kalau bukan disebabkan bunyi muzik live dalam dewan tu, dah lama I tido kat kerusi hak hak hak

Awal pagi di Kedah

UUM
*
*
*
Comel tak!!!!...ayat nak minta puji

Awal2 pagi breakfast, makan nasi lemak special sambil menunggu pakcik datang menjemput, kami menuju ke Jeti Kuala Kedah, menaiki boat ke Kuah Town Langkawi, boat yang kami naiki ni 2 tingkat, tambang cuma RM18.00 seorang, bertolak pada pukul 10.30 a.m, perjalanan memakan masa 1 jam lebih untuk sampai ke Jeti Kuah Langkawi, ramai juga yang menggunakan perkhidmatan boat, masih I ingat kelihatan beberapa rombongan2 budak2 sekolah, mungkin ada sekolah2 ataupun kelab2 di sekolah yang menganjurkan lawatan ke Langkawi

Jeti Kuala Kedah
*
*
*
kenapa sopan sangat I posing kat sini nih hak hak hak

Sampai di Langkawi, kami berjumpa dengan Joy bersama ibubapanya, kami merancang untuk menyewa kereta bagi memudahkan perjalanan untuk meronda2 di pulau langkawi, tapi I dah terlupa berapa bayaran untuk kereta sewa hari tu, sorry lupa dah huhu, kami cuma ada masa setengah hari sahaja, jadi tak banyak tempat kami lawati cuma melihat dari luar pun jadi lah

Tempat yang sempat di lawati ialah Kota Mahsuri, Craft and Culture Centre, Crocodile Farm, Teluk Yu dan Eagle Square, tempat2 yang lain kami hanya sempat melihat dari jauh saja, niat di hati hendak melawat semua tempat memang tak dapat sebab masa yang agak terhad huhu

Di kota mahsuri @ Mahsuri's Mausoleum, kami tidak bercadang untuk masuk ke dalam bangunan, kami hanya berjalan2 di luar bangunan dan mengambil beberapa gambar kenangan sahaja memandangkan waktu yang amat terhad, kami sempat singgah di pantai di Teluk Yu, melihat budak2 bermandi-manda, best tengok budak2 tu, tapi kan kalau I, I tak nak mandi kat pantai masa cuaca panas, nanti naik hitam legam hehehe, oh tidakkkk....

Langkawi
"caribbean of The East"

*
*
*
di kaunter kereta sewa

ini lah kereta sewa tu, di hadapan bangunan Kota Mahsuri

Mahsuri's Mausoleum &
Craft and Culture centre

*
*
*
I nak tenun kain untuk mak mentua ekekeke

At the Beach, Teluk Yu
*
*
*
love the beach

kalau terlepas entry Taman Buaya Langkawi, sila klik sini yer


Eagle Square
*
*
*
Lambang Pulau Langkawi, malangnya masa tu mereka tengah membersih dan memperbaiki helang ini, jadi tu yang banyak besi2 kat bawah sayap helang

beli souvenir & gift untuk dibawa pulang sebagai kenangan

masa untuk pulang!!!

Pulang lewat petang dengan boat yang terakhir ke kuala kedah, penat tapi pengalaman yang menyeronokkan, lebih 2 tahun berlalu pasti ada perubahan2 kecil di Langkawi, adakah makin bertambah ceria dan cantik, lain kali kalau ada peluang pasti ingin kembali lagi, tapi kali ini, I nak jelajah setiap sudut di Pulau Langkawi

Langkawi here I come ho ho ho!!!!....

p/s: sedih sebab tak sempat visit tempat2 yang lain masa tu huhu, panjangnya entry kali ni & banyak gambar, hope you all enjoy the pictures muah muah muah!!!!....


Thursday, July 23, 2009

Taman Buaya Langkawi

2 tahun yang lalu, pada 11 March 2007, me and my brother Lee bersama-sama dengan keluarga kawan my brother iaitu Joy, melawat ke Langkawi, salah satu tempat yang kami Lawati ialah Taman Buaya Langkawi @ Langkawi Crocodile Farm, tiket masuk RM10 seorang, macam2 rupa buaya, dari saiz kecil sampai lah saiz yang besar, sini beberapa gambar kenangan yang telah I pilih untuk tatapan, sila layannnnn...

My Brother Lee

Buaya I love u lalalala

Boxing dush...dush...dush...

Crocodile ride yihaaaaa...


Aksi-aksi Buaya makan
*
*
*
"bruupppp.....dah kenyang, nak balik mandi lagi..."

Kedai Cenderamata
*
*
*
Joy & Bro Lee
Semua barang2 yang dijual dalam kedai ni diperbuat dari kulit buaya kecuali cermin mata hitam yang dijual hak hak hak, ada sepasang kasut dari kulit buaya yang dijual dikedai ni nak dekat RM2000 lebih, I imagine kalau pakai kasut tu kan kena hati2 jalan, nanti tercalar sana sini hehe