Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya


Yihaaaaa..... mesti ada dikalangan kawan2 blogger dah sibuk membuat persiapan untuk Hari Raya kan, jadi di kesempatan ini, I nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua2 kawan2 blogger yang menyambut perayaan ini

I juga nak ambil peluang ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersilap kata atau terlebih gurauan sepanjang berkecimpung dalam dunia blog, selama jari jemari terus menaip tap tap tap tap.... rasanya lappy I ni pun dah naik bosan tengok muka I menghadap skrin di waktu2 kelapangan hehehe, adeh... macam I plak yang beria2 nak beraya nih

Sila lah datang beraya di rumah I, eh silap terbalik plak, kalau ada yang buat open house sila lah ajak wokey, nanti I terjah, sekodeng ka lalalala....., jangan lupa sediakan duit raya, I nak duit raya boleh, boleh lah bah kan.....


Love this little tiny lovely puppy

Tak sabar nak balik bercuti walaupun 3 hari saja, Kuching here I come lalalala...., 2 3 hari ini buat keja memang bersemangat sebab tak lama lagi nak pulang rumah, lagipun sekarang kawan sama keja iaitu Hui Ming, ibu kepada my little buddy Didi dah mula bercuti minggu ni, mesti dia tengah berdebar2 untuk melahirkan anak kedua, I plak yang tak sabar nak tengok bakal baby girl yang akan dilahirkan nanti, mesti comel macam abang nya Didi...

haihhh....bila sebut Didi rindu plak kat dia nih, sepanjang mumy dia bercuti memang tak dapatlah jumpa dengan dia huhu..... moga mereka sekeluarga baik2 walaupun dimana saja mereka berada hurmmmm....


p/s: dah ngantok, nak tido dulu zzzzzzzzzzz.....

Tuesday, September 15, 2009

30 Sen Mask

Nak kongsi beauty tips lagi boleh tak hehehe, cara yang mudah dan murah untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat dan segar, cuma menggunakan sebiji telur ayam, kalau telur itik, telur penyu, telur burung puyuh itu I tak tahu lah hahaha

Dengan sebiji telur, anda boleh membuat dua jenis mask yang masing2 ada kebaikan untuk kulit wajah


hanya sebiji telur saja, only cost 30 cent for healthy skin

Simple Oil Balancing Exfoliating Wash
Sebelum sapukan mask dimuka, pastikan wajah anda bersih, I selalu gunakan exfoliating wash setiap hari kerana wajah I jenis yang oily, bagi yang mempunyai kulit kering boleh gunakan juga tapi cuba elakkan pengunaan setiap hari

EGG WHITE MASK
*
*
*
Pukul telur putih
~ beats until it becomes foamy so it easier to apply on the face
~whiten the skin naturally
~ anda boleh menggunakan mask ini tiap kali anda rasa ingin touch-up, untuk memutihkan kulit wajah naturally dan mengecilkan liang roma/tighten pores

Sapukan telur putih di wajah
~ used for 15 minutes or until mask dry

sapu rata diwajah
~ alamak macam pakai sabun lah plak hehe

errkk... dah tak boleh senyum

wash & towel dry


EGG YOLK MASK

*
*
*
kuning telur
~ good for skin
~ vitamin A
~ try for once a week for a month, pasti anda dapat merasai perubahan pada wajah

sapukan rata kuning telur di wajah

heeeee..... orang bertopeng kuning

tak boleh senyum bila mask dah mula kering
~ used for 20 minutes or until mask dry

wash & towel dry

Tadaaaa.... kulit wajah rasa segar

paling penting selepas menggunakan mask, wajah kena disapukan dengan toner dan moisturize, kalau ada masa boleh lah cuba gunakan yer....

till then, love your skin!!!!....

Sunday, September 13, 2009

Paper Curls

Hari ni nak kongsi sikit macam mana nak dapat rambut yang kerinting atau curls hanya dengan menggunakan paper bag atau menggunakan drawing paper yang tebal, simple dan mudah sahaja

Yang penting, tidak menggunakan heat atau hair dryer yang panas, hanya membiarkan rambut sehingga kering, anda boleh membuat sendiri atau boleh juga dibantu oleh adik, kakak, kawan2 anda, bagi sesiapa yang masih belajar yang duduk di hostel, kalau boring2 tu boleh cuba buat aktiviti ini bila ada kelapangan

Guntingkan drawing paper tersebut
~ kalau boleh guna paper bag yang berwarna coklat lebih baik

Rambut tidak boleh terlalu basah, so start off with damp hair

Tadaaaa.... lilitan pertama dah siap

Lilitan kedua lagi dan seterusnya

Macam ni lah rupanya 100% finished hehe
~ Bila semua dah siap, kena tunggu sehingga rambut betul2 kering, anda boleh tido dulu atau duduk depan kipas kalau nak kering cepat hehehe, atau guna hair dryer tapi guna angin yang sejuk, bukan yang panas yer, ini untuk mengelak daripada membuat rambut anda rosak jika selalu kena heat yang panas


Bila rambut dah kering, buka satu persatu, macam nilah rupanya

Hampir semua dah dibuka
~ kalau lebih lama, rambut akan lebih kecil curls, tapi sebab I tak nak tunggu lama, rambut I curls yang besar sikit

Style Accordingly
*
*
Ikat sedikit rambut di bahagian atas macam ni

atau, ikat kan sedikit rambut ke belakang macam ni

atau, macam ni heeeee.... Siap
~ anda bole sapukan sedikit gel atau spray untuk maintainkan curls dalam tempoh yang lama

p/s: cuba lah, tips untuk rambut cepat panjang ialah kurangkan lah menggunakan hair dryer yang panas, rajin2 trimkan hujung rambut....=)







Saturday, September 12, 2009

Kule Birthday Party

Rancangan untuk menyambut harijadi my kazen Kule pada hari jumaat di Amigo Grill & Steak tak menjadi, so birthday party di sambut hari ini, dalam jam 6 petang kami bertiga iaitu I, Jenny dan kule ke Red Carrot Cafe, my kazen Jaime tak dapat bersama2 dengan kami kerana dia ada urusan diluar, besok baru dia pulang

Kule tersenyum2 bila melihat kek yang I dah order 3 hari yang lepas dari Wheat bakery, bakery ini located tak jauh dari tempat I keja, masa kami sampai di Red Carrot Cafe kelihatan ramai juga pengunjung, ada yang datang untuk berbuka puasa disini dengan rakan2, keluarga dan juga kaum yang lain datang untuk menikmati makan malam

here few pics......


Chocolate Cake

Kule & Jenny
~ dua2 celebrate birthday bulan September, kira September baby lah ni, both 24 years old

Jenny makan Gordon Bleu Chicken
~ Jenny komen rasa tak sesedap yang di makan dari Amigo Grill & Steak

Kule makan Salad Chicken Rice
~ Kule komen yang nasi nya biasa sahaja, tapi ayam nya sedap

I makan Pineaple Fried Rice
~ rasa sangat sedap sebab ada buah nanas, kepak ayam tu pun sedap nyum nyum

Ini bukan birthday girl

kami mencuba untuk memasang lilin, masa ni lupa suruh orang tutup kipas hahaha

At last, bernyala lah kesemua lilin

Jenny dilahirkan pada 4/9/1985

kule dilahirkan pada 9/9/1985
~ make a wish

Masa untuk operate kek, eh eh silap2 masa untuk potong kek

"come sayang..... nah mamam...."

Thank You so much!!!!...
~ sempat lagi snap gambar beliau

Ok ada satu kejutan buat kami bertiga, hal yang memang kami tak akan jangkakan, lepas dah selesai menikmati makan malam, tiba2 seorang wanita yang nampak anggun bersama 3 orang lagi yang duduk makan di meja tak jauh dari kami menegur kami dengan mesranya, mula lah seisi kami bla bla bla bla...., semakin lama rancak berbual baru lah kami tahu rupa2nya wanita itu merupakan isteri kepada seorang YB dan juga merupakan salah seorang anak buah Taib Mahmud

Yang lebih mengejutkan kami ialah isteri YB ni telah membayar makan malam kami, apa lagi terpinga2 kami sambil mengucapkan terima kasih banyak2, kami memang tak menjangka langsung, sebab ini lah pertama kali seorang yang berpangkat dan amat peramah membelanja kami makan walaupun baru pertama kali kenal dalam masa beberapa minit saja, mungkin kami ni comel2 kot hahahaha.... gurau2 je yer, isteri YB tu bagitau anggaplah sebagai hadiah harijadi daripada beliau, sempat lagi dia berjabat tangan dengan kami sambil mengucapkan happy belated birthday dengan Jenny dan my kazen Kule

Paling Lucu, kami bertiga masih terpinga2, kira dalam mood tak percaya hehe, mungkin rezeki kami malam tu bertemu dengan seorang wanita yang sangat peramah, mesra, tidak sombong, humble dan berkeyakinan walaupun dia seorang isteri kepada seorang YB, beliau datang berbuka puasa di Red Carrot Cafe dengan 2 orang anak perempuan dan seorang saudara perempuan


p/s: masa tengah taip entry ni pun masih dalam mood terpinga-pinga hehehe






Thursday, September 10, 2009

Work of Art (part 14) = SEN

Kali ini pula I telah men-sekodeng-kan teman blogger kita iaitu Enchek Sen yang enesen, baru2 ni dia selalu jadi transformer kerana suka menjelma dalam pelbagai nama, orangnya periang, suka makan roti keben hahaha, sekarang tengah sibuk menjual roti John, sila KLIK SINI untuk kenali lebih dekat Enchek SEN ekekekekeee.....


Sketching process

Final Touch

ZooM

Sen Transformer yang enesen hahahaha
~ ampunnnn...... tuanku