Kali ni I nak buat entry panjang sikit boleh tak untuk tatapan untuk hujung minggu ini, kalau lah sudi baca lah pelan2 yer heeeeee......, minggu lepas masa pulang ke Kuching, I ternampak
my memory box atau dikenali sebagai
my magic box hahaha
Mesti ada dikalangan kita yang suka menyimpan barang2 yang pasti memberi kenangan yang akan dikenang sampai bila2, tiap kali I menjenguk kotak memori ni, mesti I senyum2 melihat satu persatu barang2 yang tersimpan rapi didalamnya
Tiap2 barang itu membawa kepada kenangan2 yang tak mungkin akan berulang tapi akan diingati sampai bila2, selagi ingatan ini masih mampu untuk mengingati biarlah kenangan itu tetap kekal manis, di sini nak kongsikan kenangan2 dari memory box boleh hehe
MY MEMORY BOX
*
*
*

Kotak dah nampak usang tapi menyimpan kenangan2 manis yang tak akan dapat dibeli dan dijual

Gift from my friend
Ernie during
friendship day 2005Dia tahu I peminat no.1 Shin Chan sebab tu kasi ni hehehe, Ernie ni berbangsa melanau dari mukah, selalu kalau pulang dari kampung mesti dia bawa balik udang salai, perrgghhh.... memang sedap, sekarang dia dah jadi cikgu


Gift from one of my best friend
Elaine100% handmade by Elaine, yang manisnya dia menjahit sendiri beg kecil ini serta tulisan dan gambar bunga tu, bagi I beg kecil ini dibuat dengan penuh kasih sayang dari seorang teman buat teman
Tiap kali I pegang beg kecil ini, teringat pertama kali macam mana kami mula2 berkenalan, kami mengambil jurusan diploma yang sama, semasa di library, dia datang menegur dan bertanya I ni berbangsa lun bawang ke tak, bila I cakap ya, dari situ lah kami berbual dengan lebih mesra, macam dah lama kenal, Elaine sememangnya seorang teman yang periang
Kawan2 panggil I "adek", sebab umur paling muda hahaha....


All the
love letters hahaha
Gurau jak lah, kotak kecil ni menyimpan banyak surat2, memo2, penanda buku dan pelbagai nota2 kecil, kerja2 tangan yang kecil dari kawan2, dulukan tak semua orang pakai handphone, jadi suratlah yang di kirim antara satu sama lain walaupun bilik hanya bersebelahan sahaja hehehe, gara2 kalau ada apa2 pesanan yang hendak disampaikan, tapi unik kan, tak seperti sms yang bole di delete bila2 masa

Letters from
my childhood friends 
Setiap tahun apabila tibanya
harijadi dan
perayaan, kami suka bertukar2 kad, yang specialnya, ada yang 100% handmade by friends, tak boleh di cari dalam pasaran hahaha

Given by
Suanna @ sueThis Christmas card was
100% handmade by her
Sue lah rakan sebilik I selama 2 tahun serta mengambil jurusan Izajah sarjana muda yang sama dari tahun 2004-2005, tapi kami kenal dari tahun 2000 masa ambil diploma, tapi berlainan jurusan

Given by
Aunty NitaMasa tu I jadi pengapit dia, sehari selepas majlis perkahwinan dia, aunty datang ke rumah dan memberi kad tanda terima kasih from aunty dan uncle, kalau tak silap dalam tahun 2002

Christmas card by my friend
Syahzalina @ shyaShya ni orang melaka dan dia lah satu2 pelajar semenanjung dalam kelas kami semasa ambil Izajah Sarjana Muda 2004-2005, orangnya sangat kreatif and she loves pink hehe
Original skripIni membawa kenangan dimana kami iaitu pelajar2 dari jurusan Business studies memenangi pertandingan pementasan drama dalam bahasa Inggeris, dan juga buat pertama kali pelajar dari jurusan Business studies mengalahkan pelajar jurusan Civil engineering yang sering menang tiap2 tahun, bangga kami masa tu hehehe

Di beli
my mummasih dapat berfungsi tapi tali sebelah dah putus, jadi simpan sahaja, I sangat suka dengan jam ni, belang2 macam kuda belang, sampaikan dah bertukar color talinya, dari hitam putih ke hitam coklat hahaha, dah lama dok dalam kotak

Penyepit rambut milik kawan
Theresatanpa sengaja I telah memijak sampai jadik macam ni, bila I tengok penyepit ini kenangan itu pasti kembali di ingatan, tapi sayangnya I dah lost contact with her selepas dia berhenti dari Uitm kerana mendapat tawaran memasuki maktab perguruan pada semester ke-2, kali terakhir I dengar tentang dia ialah, dia sudah berkahwin dan menjadi cikgu di area Mukah


Ini
bukan diari tapi buku nota kecil yang memuatkan segala jadual, markah2 serta aktiviti2 sepanjang bergelar penuntut di UiTM, setia buku nih hahaha
"Telur ini adalah telur sakti diberi oleh kakak Ranga"Batu ni memang membawa kembali kenangan semasa seminggu orientasi masa mula2 menjadi salah seorang penuntut di Uitm tahun 2000
ok macam mana I boleh dapat telur batu ni adalah gara2 apabila telur ayam mentah yang diberi kepada setiap penuntut2 baru pada hari pertama minggu orientasi, telur ayam tu kena dijaga dengan baik, tak boleh pecah dan juga tak bole di curi oleh kakak2 atau abang2 PM, mereka ni lah yang menjaga dan membuli kami sepanjang orientasi hahahaha....
sebenarnya telur ayam yang I jaga dah selamat dijaga selama 5 hari, nasib baik lah batu yang dibagi kecil, kena bawa ke hulu hilir selama 2 hari saja, ada pelajar lain lagi kesian, batu yang di bagi besar hahaha...adui kalo ingat balik memang kelakar
My first numberI simpan sebab ini lah nombor pertama yang I pakai masa buat pertama kalinya I memiliki handphone tahun 2004, dan telah dihadiahkan oleh my brother Lee, dia yang memilih nombor ni, masa tu harga sim card mahal kan, dia beli dengan harga RM48 hahaha
kalau sekarang sim card harga RM8 pun ada kan, sekarang semua orang boleh memiliki sim card, lihat lah betapa beza dulu dan sekarang, I sangat sayangkan nombor ini tapi I dah tak pakai nombor ni atas sebab2 tertentu, sekarang dah pakai nombor lain
Hurmmmm...best kan kalau setiap perkara yang manis akan di kenang sampai ke akhir hayat, kenangan yang tak akan dapat dijual atau dibeli dimana2 pun, kenangan manis dan biar lah bertambah manis manis manissssss....
Banyak lagi dalam memory box ni, tapi lain kali I share dengan teman2 yer....