Friday, January 15, 2010

Tak Susah Ka???


Bila I baca entry dari salah seorang blogger tentang tight jeans, teringat pula kisah kami bertiga my brother Lee & Eric last saturday masa duduk makan di salah satu kedai kopi yang berlokasi di MJC, tengah duduk tunggu makanan yang di order, tiba2 brother Eric bertanya dengan kami berdua brother Lee, sambil matanya memandang ke arah salah seorang gadis muda berdiri tak jauh dari tempat kami duduk, gadis ni salah seorang tukang ambik order minuman dalam kedai kopi tu, soalannya berbunyi macam ni

Eric: "macam mana bole pakai seluar macam tu eh, hujung kaki kecik jak lubangnya??"

aku: "selalu jeans macam tu, jenis yang elastik lah. apa daaaa..."

Lee" "ya lah..., elastik bah ya", brother Lee menyokong

Eric: "Macam susah jak mereka nak pakai tu, kalau buka lagi susah kan, mungkin minta kawan tolong tarik kan hahahaha...."

aku: "ehhh... ko tak nampak ka kaki perempuan tu kecik, senang jak dia pakai bah"

Eric: "mana ada kecik, besar lah kaki dia"

aku: "kecik lah kaki dia, kalo perempuan pakai ok apa, lelaki sekarang pun pakai juga style macam ni, ko bayang lah macam mana bila lelaki pakai hah...."

Eric menggeleng2 kan kepala tanda tak setuju, masih tak berpuas hati lagi tu, tapi soalan ni yang I rasa paling kelakar lah, bila brother Eric tanya lagi

Eric: "Macam mana kalau mereka yang pakai jeans macam tu bila nak buang air besar, bukan susah ka???, kena buka seluar sampai habis"

I jawab balik...

aku: "orang kalau buang I besar, tak kan lah nak buka habis seluar dia hahahaha..."

Lee: ya lah... apa daaaa....

Eric: "ehhhh....", dia macam tak puas hati, masih tersengih2 dan menggeleng2kan kepalanya, at last tukar topic lain bila makanan yang dah diorder terhidang di depan mata....


p/s: Ok habis dah kisah si seluar ketat ehek.....:p

Wednesday, January 13, 2010

Work of Art (part 15) = Siti

Hari tu I kemas2kan bilik tempat my sister belajar, terjumpa pula fail yang berisi lukisan2 yang I lukis, tak sangka pula masih tersimpan dengan baik, rasanya my sis yang tolongkan simpan helaian2 sketching yang I buat, thank you sis Irene....

Seperti biasa dari dulu I akan sketch bila mood bosan melanda, kalau bosan memang menjadi, kalau tak bosan, maka tak jadi lah sketching tu hahahaha....

Ok kali ni I nak kongsikan gambar siapa yang I pernah sketch, bertarikh 8 May 2001, nasib I letak tarikh setiap kali I habis sketching, kalau tak silap gambar ni I sketch berdasarkan gambar selebriti ni dari Majalah Mangga, dulu I suka beli majalah ni, sekarang tak lagi sebab dah kurang membaca hahaha..., berumur dah kan lalalalala.....

Sila teka siapa selebriti di bawah, alamak dah tulis nama kat atas mesti lah dah tahu sapa kan huhu... apa daaaaa....





p/s: lama dah I tak men-sekodeng-kan gambar2 rakan2 blogger yang lain, tunggu I rajin nanti yer, ni tengah meneropong siapa yang akan mengisi ruangan my gallery I dalam edisi bulan January, pembukaan untuk tahun 2010, tungguuuuuu!!!!...........

Monday, January 11, 2010

Family Dinner & Cousins

Hari ahad yang lepas, kami sekeluarga keluar makan malam di Country Court bersama2 dengan keluarga Uncle Samuel yang baru datang dari Lawas serta keluarga Uncle Stevenson, weekend yang lepas, tak berapa banyak aktiviti yang I lakukan, last saturday I meluangkan masa di office untuk menyiapkan kerja2 yang masih tertunda, penuh bersemangat walaupun last saturday I cuti hehe, sebab tu lah hari ni ok lah sedikit, at least I dapat selesaikan proposal2 dengan cepat, kena skip lunch lagi tu, sebab tak ada selera makan pula bila dah busy....., petang2 dah lapar, at last I isikan perut dengan minum nestum 3 in 1 jak hehe.... bak kata orang kerja tak akan habis2, lepas satu, 2 3 datang lagi huhu...., but is ok as long as I'm still enjoying doing my current job now.... heeeeeee....

Oh hampir terlupa pula, tujuan Uncle Samuel sekeluarga datang ke Kuching kerana nak hantar my cousin yang baru masuk Tingkatan 1 memulakan persekolahan di salah satu sekolah berasrama penuh disini. Malam ni uncle dan aunty dah mulakan perjalanan pulang ke Miri dan seterusnya ke Lawas, moga mereka selamat dalam perjalanan pulang kembali ke Lawas

Ok lah here few pics yang sempat I snap semalam, yang tak kelihatan dalam pics dibawah ialah Aunty Mariana, Aunty Dessy dan my brother Lee, yang lain2 sempat I ambik...


AT COUNTRY COURT
*
*
*
Aunty, mumy & dady

Uncle Stevenson & Uncle Samuel

Ebeng & Michelle
~ Cousin I yang berbaju oren ni lah yang datang bersekolah di Kuching

me & baby
~ buat gaya cute tak menjadi hahaha, mulut penuh makanan tu...

Brother Eric & Sis Irene
~ malam tu sis Irene tak berapa sihat, senyap jak dia

Dedek & Bro Eric
~ macam kanak2 riang saja mereka berdua ni

Sibuk melihat menu
~ dedek tetap dengan menu pilihan mesti ada nestum

Daniel
~ comelnya dia, pertama kali juga jumpa cousin I yang sorang ni, dia anak angkat kepada uncle Stevenson, baru je berumur 1 year 3 months, my first impression towards him, smart at his age and cute hihi...


p/s: ok mata dah tak tahan, nak tidooooooo......

Friday, January 8, 2010

A Busy Week & Update

It's been few days since my last update on monday, lama juga tu sehingga semalam my sister Irene dah tanya bila lagi mau update blog, kalau dulu rajinkan, sekarang pun rajin juga cuma bila rasa penat mood untuk menulis tu pun kurang haihhh, I hanya banyak berjalan2 membaca blog rakan2 blogger yang lain, tapi tak sempat pula tinggalkan jejak, eh eh... baca blog pun kena berjalan ke hahahaha....

Dalam minggu ni I agak sibuk sedikit dengan kerja2 di office, ohhhh.... bukan sedikit tapi banyak sampaikan kalau pulang rumah dari tempat kerja pun memang dah kepenatan huhu, jadi hari ni I keluar jalan2 dengan my brothers and sister, itu lah aktiviti kesukaan kami bila semua free, kami planning ke Boulevard Shopping Mall, saja2 jalan2 cuci mata, my brothers pula sibuk bermain di funfair, semangat mereka berdua main games tin air kat fun fair tu, I tak tau lah apa nama bagi games macam tu, I cuma panggil games tu, games tin air hahahaha....

I dengan sis Irene pula ambil waktu jalan2, posing2 sambil tengok barang2 dalam shopping mall, sempat juga I jalan2 di bahagian pakaian kanak2, sebab tak lama lagi birthday my little buddy Desmond @ didi, turning 3 years old this coming 18 January 2010, so kena survey dulu apa yang sesuai untuk dia hurrrmmmm...., dah besar anak aku yer hahahahaha..., he always be my baby bah, oh ya minggu ni dia dah mula belajar di Tadika, semalam I chat dengan mumy dia, I ketawa jak bila mumy dia cerita macam mana Desmond di Tadika heeee....

Ok lah bila dah jalan2 cuci2 mata, sempat lah snap few pics, lama dah tak posing2 depan camera hahahaha....

AT BOULEVARD SHOPPING MALL
*
*
*
Bag lip lap lip lap ni bole pakai masa dinner hihi

Beg bulu-bulu hahaha.... so cute isnt it....

Selendang..... sila pilih2 banyak pilihan yang tersedia ada, lilit di leher sampai tercekik ehek...

Sis Irene.... eeiiiii.... chantek tak rantai nih ho ho ho

Nice... rantai ni ada riben lagi

Biru ok tak hehe

Cute kan.... I ada beli satu heeeee.... murah jak RM4.90 each


p/s: Happy Weekend Semua!!!!

Monday, January 4, 2010

Nanti Cikgu balik!!!

Awal2 pagi I dah ketawa bila dengar cerita dari salah seorang rakan sepejabat, dia bagitau begitu excited anak buah dia turun sekolah hari ni, anak buah dia baru masuk darjah 1, jadi kawan I tu cakap awal2 pagi anak buah dia dah bangun bersiap dan menunggu di depan pintu bilik tido kawan I tu...

anak buah dia kejutkan kawan I tu dari tido, yang buat I tak tahan nak gelak bila kawan I tu bagitau anak buah dia cakap macam ni

"cepat lah bangun, kalau terlambat sampai sekolah, nanti cikgu dah balik rumah"

kawan I ingatkan jam dia yang salah, sebab kawan I tu ingat dia terlambat bangun ka, jadi dia tanya kat mak dia untuk kepastian, memang sah jam tak salah, anak buah dia yang beria2 dan teruja hahahaha....

malam sebelum tu awal juga anak buah dia tido, jam 8 malam dah tido sebab nak bangun awal ke sekolah hari ni hehehe... comel kan perangai anak buah kawan I tu hehehe

yang lucunya lagi, sebab sebelum ni tak pernah anak buah dia tu bangun awal2 pagi macam tu, tertido pula masa menunggu kawan I tu mandi dan bersiap...

bila dikejutkan dari tido.... terus lagi anak buah dia cakap macam ni dengan muka yang mamai

"cepatlah lambat nanti"

perasaan semangat tu kembali lagi hehehe...., sebenarnya sekolah tu tak jauh dari lokasi rumah kawan I tu...

Budak2 kalau temgok gelagat dan ragam mereka memang lucukan heeeeee...


p/s: buat rakan2 blogger yang berkerjaya sebagai Guru, selamat kembali bertugas diucapkan, mesti best ooo.. tengok gelagat2 pelajar2 especially budak2 darjah 1 kan =)

Sunday, January 3, 2010

Wedding's at Lawas

Pada 28 December 2009, merupakan hari bahagia buat kedua2 cousin I sebelah daddy, kedua2 mereka berkahwin serentak dan diadakan dengan meriah di kampung Long Puru Sia, Trusan Lawas, pasangan2 yang berkahwin pada hari tu ialah my cousin Jessica dengan pasangannya Jeffery serta my cousin Susanna dengan pasangannya Nowelly

Rugi lah I tak dapat menghadiri majlis perkahwinan ini gara2 tak dapat ambil cuti panjang huhu, but I'm really happy for both of them, once again congratulations to the couples, so semua gambar ni I upload dari my brother Lee camera, sini I nak kongsikan few pictures buat rakan2 blogger

Ok yang uniknya, dalam adat perkahwinan kaum Lun Bawang pastinya ada pelamin untuk pasangan pengantin, ala2 seperti perkahwinan kaum melayu yang ada pelamin tapi cuma tak ada upacara renjis2 hehe, pelamin hanya untuk pasangan pengantin duduk sahaja

Ok here few pics

AT CHURCH
*
*
*
Pengantin perempuan dan ayah tercinta
~ my cousin Jessica & her dad

Pengantin perempuan dan ayah tercinta
My cousin Susanna & her dad

Flower girls yang comel2, semuanya my cousins yang kecik2 dan anak buah

Flower Girls & Boys yang comel2 semuanya
~ ada gaya jadi pengantin lah pula mereka ni hihi

Pengantin bersama2 dengan pengapit dan flower girls & Boys
Ini lah pelamin yang simple dan terhias indah untuk kedua2 pasangan pengantin

Kedua2 pasangan pengantin duduk bersama2 dipelamin

Persembahan tarian tradisional kaum Lun Bawang

Jeffery & Jessica

Susanna & Nowelly

p/s: I akan kongsikan lagi suasana majlis perkahwinan ini dalam entry yang seterusnya k, hari ini penat tak larat nak taip panjang2 hehe.... till then... daaaaa....

Friday, January 1, 2010

Welcome 2010

Entry pertama untuk pembukaan bagi melangkah ke tahun yang baru, cepatnya masa berlalukan, dah masuk 10 bulan I berkecimpung dalam dunia blogging since March 2009, moga I akan terus aktif menulis, berkarya, merepek dalam blog yang sederhana ini hihi...., sayang I dengan blog ni, dari blog I ni dapat berkenalan dengan rakan2 blogger yang lain, kalau tak pernah berjumpa tapi tetap menjadi rakan alam maya pun jadi lah kan, asalkan ikhlas betul tak....

Rasanya semua orang pasti dah ada azam2 baru yang hendak di realisasikan bagi tahun ini, owhhh.... pagi tadi I tonton rancangan Breakfast Show di 8tv, kalau tak silap lah itu nama program tv tu kot, ada seisi bersama seorang master Feng shui, dalam perbualan tu, master tu kata tahun 2010 merupakan tahun yang baik kalau nak invest dalam property dan akan banyak competition especially dalam business, jadi I saja2 nak sharing2 info hahaha....

Setiap tahun, I tak pernah terlintas di fikiran untuk target sesuatu untuk dilaksanakan atau di capai, bagi I yang paling penting setiap tahun I cuma sentiasa ingin menjadi seorang yang lebih baik dari waktu2, hari2, bulan2 dan tahun2 sebelumnya, bak kata orang to be a better and better person, kalau diikutkan seperti tajuk lagu Robin Williams "Betterman" hahahaha...., menikmati hari2 yang mendatang, menghargai setiap waktu yang diluangkan, sentiasa mendoakan yang terbaik....

Tadi I keluar dengan my brothers and sister, I tanya dengan my sister Irene, apa azam dia tahun ni, dengan selamba dia cakap nak study hehehe, lepas tu dengan penuh semangat dia bagitau moga result SPM dia nanti semua ok dan kalau dapat Biasiswa lagi bagus.... well my dear sis I'll pray that may your wish come true....

Sambutan tahun baru semalam, seperti biasa kami sekeluarga akan berkumpul dirumah dan BBQ bersama2, I paling suka BBq Chicken wing yang my brothers buat, seriously memang sedap, mula2 I plan nak kurangkan makan memandangkan lemak2 di perut I makin comel hahahaha, at last tak jadi ok, makan2 sampai perut sendat adalah hahahaha....

Oh satu lagi kejadian yang tak best terjadi semalam, kejadian yang kurang baik untuk penutupan tahun 2009, semalam masa kami berdua mumy keluar, kereta my mum kena langgar, nasib baik tak teruk, selamba lagi isteri kepada pemandu tu cakap macam ni

"sikit saja kena"

I dengar macam tak puas hati saja, ya lah bukan kereta mereka teruk pun, I jawab balik

"memang nampak sikit lah, tapi kalau suruh orang ketuk balik yang bengkok tu pun mahal tau"

isteri orang tu terus terdiam, lepas tu I cakap lagi macam ni kat pemandu tu

"bukan apa mau marah, tapi lain kali mau hati2 sikit lah"

pemandu tu cakap tak nampak, tapi heran lah pula, macam mana tak nampak, my mum car warna putih, bukan berwarna hitam pun haiya....

hurmm.... hal dah pun terjadi, nak buat macam mana kan, kita drive hati2 pun bole kena langgar lagi huhu...... so kemungkinan hari isnin, my mum akan selesaikan masalah kereta dia

Ok lah tak nak cerita yang tak best, dah masuk tahun baru kan hehe....


p/s: ada sapa2 berazam hendak menamatkan status bujang tahun ni tak????.... I nak nak nak hhahahaha.... sila abaikan lalalala...:p, ok lah will update soon, last but not least HAPPY NEW YEAR EVERYONE!!!!!!!!......