Wednesday, May 6, 2009

Makan & Tido

Semalam lepas keja, macam biasa I terus pulang sebab nak tengok drama "Matahari" kat TV3, sampai di rumah dengan malasnya I baring2 diruang tamu menghadap Tv yang suda antik itu, alahaiii.... dah lah mata sangat2 mengantuk, tiap kali iklan mau hampir terlelap jak, abis cerita ingat kan nak tido kejap, uihhh.... kuat tido budak nama Ivy ni ngeeee.... letih bah lepas keja, tapi mata liat pula nak tido, pusing kanan, pusing kiri, macam2 posisi yang di cuba daaaaaa, masih lagi tak bole tido, aihhhh... mula2 bukan main lagi mata nak tido, cerita dah abis, tak nak tido lah plak...

Laaaaaa.... patut lah tak bole tido, perut kelaparan rupanya hehehe, tapi malas mau turun makan, I bangun dan dok pikir... " makan, tak makan, makan, tak makan....", last2 I turun makan jak lah, tapi yang lucunya, I dah turun kat bawah, masih fikir lagi "mau makan ka ni, malas nya...", kata2 dalam hati, I naik balik masuk rumah, sempat lagi menghadap skrin laptop, masih terfikir2 lagi nak makan ke tak, "kalo tak makan, tak tido lena lah I malam nih", hati I berkata2 lagi...., dan akhirnya buat kedua kalinya I turun, yang ni betul2 dah, tak da nak fikir-fikir 2 3 kali lagi, nekad dalam hati mau cari makan...., jadi I jalan je lah KIRI KANAN KIRI KANAN!!!!..

Sebenarnya lama dah dalam hati ni nak makan spageti, lama dah budak nama Ivy ni tak jalan2 cari makan, kalo ada mengikuti perkembangan blog I ni, banyak juga entry pasal makan, I kan sukaaaaa...makan ngeeeee..., jadi I plan makan di Kent Kitchen, sebelum ni I dah pernah datang makan kat sini dengan my kazen Kule, sila rajin2 klik sini utk entry tu yer hik hik, jom tengok apa Ivy makan....

Nice view here from the first floor

Muka sebelum makan, muka budak belum mandi, grrrrrr...., lapar nih, mana makanan I blom sampai2 lagi nih, sapa mau kena gigit meh sini, nanti I gigit sorang2 muahahahahaaaa..

Muka suda makan, yiiippieeeeee!!!..bole2 tido lena nih, dan yer semalam I tido dengan lena sekali sampaikan pagi tadi rasa tak mau bangun turun keja =p

Hmmm..jadi teman2 adakah anda semua bersetuju yang kalau perut lapar mesti tak bole tido lena kan, tapi kalau terover makan pun bole buat tido tak lena juga, jadi kesimpulannya, sila2 lah pastikan perut2 anda semua selesa dan diberi makan secukup-cukup nya hehehe...

p/s: I nih banyak pengalaman bila time2 mau tido mesti rasa lapar, betapa seksanya tak bole tido huhu, tu lah tak suka tido lewat2, sebab perut selalu minta makan, hissshh.... kaco orang mau tido jak..., akhirnya selalu jadi tikus malam, cari makan di dapur muahahahahaaa...

Tuesday, May 5, 2009

Happy Birthday Sis Irene

Pada tarikh 5 May 2009, maka genap lah umur my youngest sister Irene 17 tahun, di sini budak yang bernama Ivy sebagai kakak yang suka buli dia hik hik, yang sayang kat dia tapi tak pandai tunjuk melalui kata2 haha, yang suka usik dia ingin mengucapkan:

Happy Happy Birthday buat adik yang disayangi,
moga happy2 selalu walaupun muka tu masam bila ditegur mumy,

wahai adik ku
,
tegur atau marah tu tandanya sayang,

kalau asyik masam nanti cepat tua,
nanti tak comel macam kakak mu ini,
I'm soooo.. sorry tahun ni tak dapat celebrate birthday sama2,

sepi kan bila sorang2 kat rumah,

tapi mum and dad kan ada,

Momo, 4D, Toto boleh temankan..(ni nama2 kucing2 kat rumah hahaha..)

takpe lah ari tu kita kan dah pegi tengok wayang sama2 hihi

I promise next month, there will be a surprise for u,

just special for u

senyummm selalu sis, walaupun kakak mu ini selalu BULI ko

BULI itu tanda sayang bah hehehe..

My Lovely Sis Irene

I just want you to know that I always Love U and always be ur side
TQ sebab selalu mendengar bila kakak mengeluh,
TQ sebab menangis bila kakak menangis
TQ sebab ketawa bila kakak ketawa
TQ sebab melayan bila kakak mu tengah angau ngeee....
TQ sebab tak buli balik kakak mu ni hehehe...
Im glad to have such wonderful sister like you
you always be the best!!!!!

HAPPY BIRTHDAY & MAY GOD BLESS YOU ALWAYS


Monday, May 4, 2009

Aku Minah Rempit

Ini lah kisah sambungan perjalanan balik kampung selepas puas berendam di Gua Angin (sila rajin2 klik sini utk story tu hihi), kami sampai di rumah nenek dalam jam 3 lebih iaitu di kampung Daun, Singgai. Penduduk2 kampung di sini semua nya berbangsa bidayuh, sampai di rumah nenek, sunyi-sepi sebab uncle James sekeluarga yang tinggal bersama2 dengan nenek pulang ke kampung isterinya di Serikin (rasa2 semua teman2 dari Sarawak tau tempat ni kan...), I ingatkan dapat juga jumpa kazen2 kecil I yang kembar tak seiras tu, tapi tak dapat lah plak, I terus turun ke kawasan paya tak jauh dari rumah sebab masa tu nenek ada dikebun lada..., sini ada few pics yang sempat I snap2.....

My sister Irene didepan rumah nenek, aihhh napa nampak senget nih, apa kah ini menara condong ehh silap rumah senget...

Teman2 nampak tak bukit tu, kalau nak tau dulu2 I dengan kazen2 rajin ikut nenek naik ke situ bila musim Durian, I hairan kenapa orang dulu2 suka tanam buah-buahan di tempat yang tinggi dan jauh, sampai kadang2 lenguh kaki berjalan, tapi itu lah kenangan paling best bila time2 musim durian, pernah juga tanya my mum, tapi I dah lupa plak apa sebab nya hi hi (nanti I tanya lagi kat mumy yer..), bukan satu lokasi pokok2 durian tu, ada banyak tempat, makin tinggi dan tinggi lagi kena daki, rasa2 macam daki gunung kinabalu lah pula hehe, lagi satu bila time naik tu ok, ringan je sebab bakul masih kosong, tapi bila time nak turun balik kalau banyak durian jatuh hari tu, nasib badan lah kena bawa bakul yang berat pulang... tapi memang seronok, sangat lah seronok... yang lebih seronok bila dapat bermalam di bawah pokok durian, sebab ada pondok2 kecil dibina sementara masa musim durian, tapi banyak nyamuk daaaaa....

Ini lah pemandangan kawasan paya atau sawah, dulu kawasan ni berair, tapi sekarang tak lagi sebab nenek dah tidak digalakkan untuk bersawah padi atas sebab2 kesihatan, biasa lah kalau dah tua, lagipun semua cucu2 dah besar2, dulu2 masa I masih sekolah lagi, kalau time2 cuti sekolah suka balik kampung, tolong2 nenek dan datuk di sawah, kira terer juga turun sawah ni, sebab selalu kalau hari dah petang2 sebelum balik, I dengan kazen2 ramai2 mandi di sawah, yang bestnya, paya ni tiada lintah, selamat untuk budak2 macam kami yang suka mandi macam kerbau ngeeeee...., memang besttttt... ,kadang2 mandi tu sampaikan tak nak balik...

pokok koko

kebun Lada
I sempat sekodeng nenek yg tengah sibuk di kebun lada, I ketawa bila nenek dari jauh melihat I, terus nenek cakap macam ni "neng apa ko makin kecik dan kecik lagi" (ni I dah terjemahkan dalam bahasa melayu hik hik).. masa tu I berfikir2, makin kecik ka, bukan makin besar ka muahahahaa...

Dulu2 buah2 koko ni cantek2 tapi sekarang kurang dah sebab pokok koko ni kira dah tua, dari I kecik pokok koko ni dah ada, dulu2 pun suka tolong nenek ambik koko, kira dah terer dalam proses2 dari petik sampai lah proses menjual biji2 koko di pusat menjual koko dan lada di pasar bau, dulu suka tolong nenek sebab mesti ada upah hahaha..., sebab kalau time2 cuti sekolah nenek dan datuk suka bagi upah kalau kami tolong2 mereka, kadang2 boleh dapat dalam RM60, sebab tu lah dulu rajin pulang time cuti2 sekolah, kalau dapat RM60, rasa macam jutawan jak hahahaha...
Begitu juga lah dengan proses memetik lada, I paling suka petik biji lada sebab macam petik anggur lah plak, tapi yang tak best bila ada semut....

Ini mesin kisar padi milik nenek, kecil serta uzur rupanya tapi dah banyak berbakti, I paling suka bab2 nak hidupkan enjin mesin kisar nih, I tak pernah lulus muahahaha, badan kecik tenaga pun tak kuat, tapi tak pernah mengalah, tetap mencuba sampai dapat walaupun tak pernah dapat2 hehehe..

vroommmm...wrrooommm... aku minah rempit sejati yang terhebat
(dengan nada yang riak tapi tipu belaka muahahaha... uncle James ampuunnn bike uncle jadi mangsa anak buah mu yang perasan ni)

Dalam jam 5, kami bertolak dari rumah nenek, nak pulang dah, hujan lebat masa tu, sebelum pulang sempat lagi berbual2 dengan datuk, tapi sayu dihati sebab sekarang datuk dah tak mengenali siapa2 pun sebab dia dah sakit, kadang2 bila dia tanya I ni anak sapa, sedey oooo, rindu masa datuk sihat2 dulu, datuk lah yang paling suka bergurau, masih ingat lagi, masa mula2 family I baru pindah ke Kuching dari Lawas, masa tu belum pandai lagi berkomunikasi dalam bahasa bidayuh, jadi selalu datuk akan cakap, "kalau pandai cakap bidayuh nanti sy kasi hadiah duit", uihhhh lepas dengar, I belajar berkomunikasi dalam bahasa bidayuh, oppsssss..... bukan sebab duit yg dijanjikan, sebab kena belajar juga lah, mana tidak uncle2 dan aunty2 semua cakap bidayuh huhu...., kalo tak pandai malu ooooo.., sekarang dah terer daaaaa hihi..

p/s:Ok lah teman2 ni lah serba sedikit tentang kampung mumy, nanti sapa2 mau datang, I bawa u all ronda2 sini yer... TERIMA KASEH melayan laporan I yang panjang berjela2 ini, hope u all enjoy....


Sunday, May 3, 2009

Win Cave

Hari sabtu lepas, my mum, sister Irene and me pergi ke Win Cave atau juga di kenali sebagai Gua Angin, lama dah tak pergi sini, sebenarnya tak plan juga nak ke sini sebab my mum dah plan nak pulang kampung, tapi memandangkan hari tu, cuaca sangat lah PANAS PANAS PANAS...., I ajak mumy pegi mandi2 dulu sebelum pulang ke kampung, jadi dalam jam 1 lebih kami bertolak dari rumah, sempat lagi singgah di pasar Bau sebab Gua Angin tak jauh dari pasar Bau, sampai di sana lebih kurang dalam jam 2 lebih, (mesti teman2 dari negeri2 lain hairan kan napa nama pasar tu pasar Bau, I pun tak tau, mungkin tempat ni ada bau- bauan yang tersendiri, lain kali I risik2, tanya2 yer hihi...), memang sangat lah panas cuaca hari tu, sampai kan I suruh mumy buka jak tingkap keta, tak payah pakai aircond sebab lebih berangin walaupun my mum tak setuju sebab jalan berdebu2, di pasar Bau, I dan sis Irene beli sedikit makanan ringan, masa tu I nampak seorang wanita yang sedikit berumur tapi tak juga tua sangat, kesian tengok dia, dia jalan2 tanpa selipar atau sepatu sambil memegang plastik kecil yang berisi tin2 kosong, tersentuh hati I tengok, ingatkan lepas habis bayar barang2 di kaunter, I nak bagi sedikit makanan dan minuman untuk wanita tu, tapi dia dah tak kelihatan, hampa rasa di dalam hati, sempat lagi dalam hati mengucapkan syukur akan kehidupan yang baik yang di lalui sepanjang hidup ini......

here few pasar bau pics yang sempat I snap dari keta hahaha..., memang dah lama tak singgah di pasar Bau ni....

Lepas tu, kami terus menuju ke tempat yang di tuju, gua angin, mandi di sini percuma, tak perlu bayar untuk masuk ke kawasan ini, percaya ka tidak dari dulu sampai lah sekarang I blom pernah lagi masuk menjengok dalam gua angin, datang sini hanya untuk bermandi-manda je huhu......, lain kali I mesti masuk jengok dalam gua tu, masa kami sampai tak ramai juga orang datang, beberapa family yang datang beriadah, membawa anak2 kecil bermandi-manda, ada juga anak-anak muda yang panggang2, buat I telan air liur jak muahahahaha...., sapa suruh sekodeng orang masak2 kan...., mumy tak mandi, dia relax jak, sooooo...apa lagi I dengan sis Irene dengan tak sabar nya turun ke sungai....dussssshhhhhhh..., tapi yang tak best, air sungai tu cetek jak, jadi tak bole berenang huhu, duduk berendam jak, tapi nyaman sebab sejukkkk... ,rasa2 nya baru 30 min jak kami dua berendam sebab mumy pesan tak bole lewat nak pulang kampung lagi...., walaupun tak dapat berenang tapi puas hati sebab dapat berendam..., rasa2 nya lama dah tak berendam dalam sungai huhu......, here few pics, do enjoy ya...

Senyum seorang budak yang dah puas berendam ngeeeee.....

ok bye-bye...peace!!!!...

Dalam jam 3, kami mula menuju ke destinasi yang seterusnya......, BALIK KAMPUNG!!!!

ni pemandangan dalam kawasan kampung Singgai, dalam perjalanan menuju ke rumah nenek, next entry I akan story2 perjalanan tu yer

Esok dah nak keja, masa buat entry nih pun dah di sibu, dah beberapa hari cuti rasa lemah jak badan mau turun keja muahahahaha..... nak cuti lagiiiiiii.... (ewahhh2.... Ivy jgn malas2, ni peringatan untuk diri sendiri hik hik..)


Friday, May 1, 2009

What I do on 1st May

Hari ni seperti yamg telah dijanjikan, I keluar dengan my auntie Nona dan kazen Lyn, misi kami ialah dalam pencarian barang2 tradisional, dalam pukul 9 lebih kami bertolak dari rumah, mula2 kami ke kedai auntie Kasing, tapi tak pasti ejaan nama hihi, ampunnn.. auntie kalo silap ejaan nama sebab lama dah tak jumpa auntie nih, dia seorang Lunbawang, kedai dia ni ada menjual aksesori2 serta baju2 tradisional dan juga bole buat tempahan untuk jahit baju2 tradisional, I telah menempah baju tradisional kaum Lun Bawang, harga untuk buat sepasang baju tu, RM2++, kalau baju tu dah siap nanti, I akan postkan nanti yer teman2, sempat lagi I posing2 dengan aksesori2 yang dijual dalam kedai, do enjoy the pics below ya.... untuk teman2 blogger yang berasal dari negeri2 lain, harap I dapat introduce serba sedikit about sarawak yer...

rasa cam puteri plak pakai nih, aaaa..jangan marah yer I nak jadi budak perasan sekejap wakakakaaa...., auntie Kasing tu yang kat belakang I, nampak setengah jak auntie hihi, I posing sebelum mengukur badan untuk buat baju... jgn mare =p

My auntie ada beli rantai yang I pakai di atas, tak tau pula nama bagi rantai ni, ini rantai tradisional dipakai oleh lelaki kaum bidayuh, harga RM220 after discount

Kalau tak silap, ini adalah topi orang ulu bagi si gadis2 manis... (pssstttt..manis macam saya ka tu ngeeeee...)

Ini pula topi bagi si gadis2 kaum Lun Bawang, My dad orang Lun Bawang, harga RM2++






Pakaian tradisional lelaki diperbuat daripada kulit kayu, harga dari RM90 ke atas

Lepas tu, kami pergi ke pasar di waterfront, ini lah pusat utama pasar di Kuching, kalau tak silap lah kan, lama dah I tak pergi sini, nama jak orang Kuching, bukan apa sebab kat sini paling susah ialah cari parking kereta, lepas tu sangat lah ramai orang, tapi kalau siapa2 yang datang melancong ke sini, harus lah datang ke tempat ni yer, sebab sini banyak bangunan bersejarah, tujuan kami ke sini pun sebab my auntie dalam misi pencarian nya nak beli barang tradisional, habis kedai2 yang jual barang2 tradisional kami redah, dibawah few pics yang sempat I ambek, layannnn je wokey...

I sempat sekodeng auntie hihi, tengah asyik meneliti barang2 yang nak dibeli....

Duit2 lama, RM1 each

My Boyfriend yang gagah perkasa, Mr. Kayu muahahaha...


Caaakkkk!!!!.....my new friend, Mr. Monyet hahaha...

I buy this bag, murah jak RM5.oo, medium size, I memang cepat tertarik melihat barang2 yang unik, simple dan ada seni


Sebelah malam I dengan my kazen lyn dan sister Irene tengok wayang, aktiviti gadis2 bujang hihi, sebenarnya I ni pun bukan kaki wayang, boleh kira dalam setahun berapa kali jak pergi panggung wayang ngeeee..., Kami tak ada plan nak tengok movie apa, jadi sampai dipanggung dalam jam 8 lebih, at last we decided tgk Wolverine, best juga layan cerita nih, ramai juga orang dipanggung hari ni, movie habis around 10.59pm, terus pulang rumah jak sebab malas mau jalan2 lagi....

my kazen Lyn



Sister Irene

Aaaaaaaa....ini lah aktiviti2 I hari ni, Im sooooo happy today, sebab bila I jenguk Blog hari ni, ada banyak yang mengembirakan hati ini, I menang peraduan Nagaperang (klik here) muahahahaa, naga TQ TQ TQ dan sila2 buat lagi peraduan (rasa macam mo lompat2 katak jak nih), dan juga rakan blogger kite, Biskutlemak[klik here] juga ada buat sketch, muka I lagi tu, waahhhh gembira wo, memang suka dengan karya2 seni beliau, sila2 lah jenguk blog beliau yer...., selain tu, I happy ronda2, sekodeng2, jengok2 di blog korang, masing2 ada aktiviti....


p/s: Terima kasih kerana sudi melayan laporan khas dari sarawak ni hahaha, ok lah mau tido dah ni, cayang kamoooo semua.....PEACE!!!...