Saturday, May 1, 2010

In Loving Memory

Awal pagi isnin, 26hb April 2010, I terbangun dari tidur, lebih awal dari kebiasaan I yang sering terbangun dalam jam 6, tapi entah kenapa hari itu I tak dapat melelapkan mata, sebab selalu my mum yang paling awal bangun pagi untuk bersiap2 ke sekolah... sebab mata dan hati terasa kurang senang dan gelisah, I bangun mandi dan bersiap2 turun kerja, awal I sampai office, dalam jam 6.45pagi I dah masuk office.

Tengah hari lepas lunch, I melihat banyak miscall dari my brother Eric, sebelum sempat I mendail, I menerima panggilan dari sis Irene, dengan suara tangisan dia memberitakan kabar yang membuat tubuh I terasa lemah, I terduduk dikerusi, setitis airmata jatuh ke pipi, I terus menyapu pantas dan memberitakan kepada salah seorang teman sekerja yang terdekat, sepanjang waktu berkerja I kuatkan hati, I cuba mengelakkan untuk membicarakan bila2 teman2 sekerja mula bertanya, bukan mengelak tapi I pasti akan menangis bila I mula mengenangkan buk lai (itu lah panggilan kami untuk Grandpa sebelah daddy)


Sepanjang petang, I sering menerima panggilan daripada mumy & dady, mereka yang menguruskan hal2 penerbangan kami bertiga ke KK, Sabah. Adik beradik I yang lain terus pulang driving dari Kuching ke Lawas,



27hb April 2010, pagi jam 7.00 pagi, mengambil waktu 25 minit dari rumah ke lapangan terbang KIA, penerbangan pada pukul 9.00pagi, mengambil waktu 1 jam 25 minit, tiba pada 10.25am di Lapangan Terbang KK, Sabah kami dijemput Uncle Stevenson, tanpa membuang waktu terus memulakan perjalanan yang memakan masa 3 jam 30 minit dari Sabah ke Lawas, cuaca agak baik dalam perjalanan dari Sabah sehingga lah kami sampai di simpang pekan Trusan, Lawas, simpang untuk masuk ke kawasan perkampungan2, tiba2 hujan lebat, my mum yang duduk ditepi I berkata, hujan tu seperti menanda yang datuk menyambut kedatangan kami, jiwa I sungguh tersentuh



Sampai didepan rumah datuk & nenek, kaki lemah menuju ke pintu, tangan disambut dan menerima ucapan takziah daripada saudara2 jauh yang datang dari kampung2 yang lain, airmata mengalir, hanya tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan pada masa tu, I terduduk di sisi keranda dan dari cermin kecil, I melihat wajah buk lai seperti orang yang tidur nyenyak, dan buat pertama kali nya dalam seumur hidup I melihat daddy menangis, terdengar esakan tangisan di sekeliling, hati sayu bila nenek berkata



" Lihat cucu2 kamu sudah datang"


Setengah jam kemudian, adik-beradik I yang lain tiba, masing2 menangis bila masuk ke rumah, keranda dibuka buat kali terakhir, I sentuh dan pegang tangan buk lai, terasa sejuk, dan sekali lagi kedengaran tangisan memenuhi ruang tamu, masing2 melihat datuk buat kali terakhir sebelum keranda ditutup semula, kami semua ke Gereja untuk majlis doa yang ringkas sebelum jasad buk lai disemadikan buat selama2nya


Hati tak tertahan apabila keranda mula diturunkan perlahan2 dalam ruang tanah yang telah disediakan, setiap memory bersama buk lai mula bermain2 di ruang fikiran, I ambil sedikit tanah dan membuang perlahan dalam ruang tanah yang telah berisi keranda buk lai, begitu juga saudara2 yang lain



Telah masuk 6 hari Buk lai telah pergi buat selama2nya, tapi Buk lai tetap hidup dalam ruang ingatan dan hati kami, mula2 kami sekeluarga merancang untuk pulang ke Lawas melawat datuk & nenek semasa cuti gawai yang akan datang, tapi siapa sangka Buk Lai telah pergi dulu....., kita hanya mampu merancang, tapi hidup dan mati tak siapa yang tahu, hanya DIA yang maha mengetahui


Kali terakhir I melawat Buk lai pada bulan June 2008, setahun lebih kemudian tak pernah bertemu lagi kerana atas sebab2 kerja, siapa sangka akan bertemu dalam suasana yang sebegini, tak siapa yang pinta, tapi pemergian tetap diterima hurmmmm...


~ During my last visit in June 2008



Dear Buk Lai,
No farewell words were spoken, No time to say goodbye, you were gone before we knew and only God knows why, Our Hearts still ache in sadness and tears still flow, Gone yet forgotten, altough we apart, your memory lives within me, forever in my heart.




Sunday, April 25, 2010

Before I Do Bridal Fair

Hari Sabtu yang lepas, I mengikuti Bridal Fair di Grand Margherita Hotel untuk 2 hari tapi hari ahad I tak bertugas masa tu, jadi sila lah lihat few pics dibawah pada hari pertama Bridal Fair ok.

Tema tahun ini ialah, "Before I Do Bridal Fair 2010", ada beberapa booth terdiri daripada penaja dan juga hotel partners. Barang2 & gambar2 yang di display untuk orang ramai memang menarik mata dan jiwa bagi sapa2 yang ada hati nak kawen tu termasuk I hihihi.... Sebelah petang pula aktiviti memberi hadiah2 untuk pemenang2 Wedding Photo Contest, hadiah yang dimenangi oleh setiap couples ialah penginapan 2 days 1 night in Deluxe Room di Grand Margherita Hotel. Yang menariknya, para pemenang merupakn pasangan2 yang telah menagadakan wedding reception di hotel ini, jadi rata2 mereka bawa baby masing2, so cute semua baby2 tu, tapi seorang pun I tak sempat snap huhu...

BEFORE I DO BRIDAL FAIR
*
*
Tema : "Before I Do"

The main entrance

Gifts for the guests

~ Posing boleh!!! hehehe

The Foods

~ Guests yang datang

~ Wedding cards Booth from Banana Greetings

~ Birthday Cards

~ Chopsticks

~ Another example of interesting gifts yang boleh dibagi untuk guests for wedding reception

Yang ni booth dari salah satu bridal & Event management

~ Example of the wedding reception table (table of 10 persons)

Si tanggang yang disumpah jadi patung hahaha....
~ macam serupa jak warna kami berdua lalalalala...

The Flowers

p/s: will update soon!!!



Friday, April 23, 2010

Roti & Sambal

Semalam pulang dari kerja, I dijemput oleh my mum and Irene, mula2 tu shopping di UNACO Supermarket di batu 3, my mum beli barang2 dapur, habis shopping my mum teringat pula dia ada meeting di sekolah dengan para ibubapa murid2 sekolah.

I yang kehairanan bertanya apa meeting sebelah malam, then my mum bagitau berkaitan dengan sukan sekolah yang akan dijalankan disekolah mereka tak lama lagi. So me & Irene temankan my mum, dah lah belum makan, kelaparan huhu, nasib baik kami ada beli roti dan sambal ikan bilis dalam tin, ok bah kan, daripada tiada makan...

Dah boring2 menunggu dibilik office my mum, kami berdua sempat lagi bermain teka teki, ok lah layan je gambar....


Maggie Corner.... Tadaaa...

~ Mumy potong roti.... erkkk.. betul ke ayat tu hehe

~ Sambal ikan bilis yum yum..

~ inilah dinner segera kami semalam


~ kelaparan.. ngappppp....

~ see my sister Irene wahahahaha....


p/s: Oh lupa nak bagitau, bagi semua blogger2 yang menetap di Kuching, ada Bridal Fair di Grand Margherita Hotel besok dan sunday (24 - 25 April 2010), sila lah datang mana tau bagi siapa2 yang ingin menamatkan status bujang lalalalala..... Mari!! Mari!!, I will update on the event soon, see ya there!!!!....

Sunday, April 18, 2010

A Day for Me!!!!....

Hari ni balik ke kampung di Singgai, Bau. Akhirnya berjumpa juga dengan puppies semua. Semua puppies dah di buang daerah hahaha, memandangkan puppies ni semakin membesar, jadi perlukan tempat yang lebih luas, semua di hantar pulang ke kampung, ok lah sebab puppies2 ni pun nampak happy

Sambil2 tu I menjenguk kebun sayur sayuran my mum and dad, hasil cili semakin bagus, menjenguk ikan2 keli my brother Lee, ikan2 keli peliharaan my brother Lee dah ada yang dijual. seronok juga melihat hasil2 jualan ikan keli, cili dan juga cendawan....

Oh ya my btother ada salaikan ikan keli petang tadi, rasanya memang sedap...., very the yummy I tell you..., adoheh bahasa apa nih...

Ok lah layan je gambar2 di bawah yer....

Puppies
*
*
~ Charlie & Sally

~ Charlie

~ Sally & Brother Lee

~ Charlie & Sally with my brother Eric, macam family bahagia hahaha...

~ aku cekik ko grrrrr...., haipp tak sampai hati lalala...

~ Ggrrrr.... makan kaki

~ aksi2 puppies

Ikan Keli Salai
*
*
~ yang ni blom salai :p

~ Ikan keli Salai, nampak hitam jak dalam gambar ni tapi the taste very the yummy..., biasa lah camera hp heeeee...

~ cubit sikit... lepas tu....

~ ngappp... makan!!!!...

Kebun Sayur Mummy
*
*
~ sayur kacang panjang

~ Sayur Sawi

~ me & pokok cili, sapa lagi comel~ pokok atau Ivy haha..

~ peace!!, yang ni anak pokok terung dayak, terung yang warna kuning tu

~ buat2 rajin lalalala..

~ gigit cili

~ my mum harvest...., sporting model nih hehe

~ Tadaaa... hasil2 cili

~ my mum taburkan baca

~ anak pokok cili & terung, my mum nak bagi dengan temannya

Pisang yummyyy... erkk.. masih mentah lagi

~ pose tak boleh blah punya, gambar sendiri muahahahahah...


p/s: dah terupdate, esok monday huhu.....