Pernah tak anda mengalami pengalaman dimana orang tu menunjukkan kemaluan dia, kisah ni berlaku sekitar beberapa tahun lepas semasa masih menuntut di UiTM, seperti biasa setiap hujung minggu, sekiranya tiada aktiviti I dan kawan2 yang menetap di Kuching lebih suka pulang ke rumah masing2
Selalunya kami lebih suka pulang menaiki van dari kampus ke pasar, sempat lah berjalan2 di pasar sebelum pulang ke rumah, jadi dari pasar kadang2 I lebih suka menaiki bus sekiranya tiada sesiapa dirumah untuk menjemput, lagipun kalau naik bus tak juga menyusahkan ahli keluarga yang lain
Kami lebih selesa menunggu di hadapan bangunan
Pejabat Pos Besar Kuching di pasar, tapi sekarang kalau tak silap, orang ramai sudah tidak menunggu bas di hadapan bangunan pejabat pos memandangkan ada pondok bus yang telah disediakan, hurmmm... kalau tak silap lah, lagipun dah lama juga tak ronda2 di pasar, kalau ronda pun sekejap je hehehe
ok balik pada kisah tadi, masa tu I dengan seorang kawan baik iaitu Mon menunggu bas, masa tu I duduk dengan relaxnya sambil mata sibuk melihat orang yang lalu lalang, manakala mon berdiri di sebelah
Tiba-Tiba........
"Adek2, sini cepat....."
tangan I ditarik dan dengan langkah yang cepat Mon menarik I jauh daripada tempat itu, suara nya jelas kedengaran cemas
"apa hal mon" tanya dengan penuh kehairanan
"Adek.... eeeiiiiii... laki tu tunjuk dia punya 'itu' lah eeiiiii....."
"hah.... mana laki tu mon??, mana??" tanya I berkali2 sambil melihat sekeliling
Rupa2 nya lelaki tu berdiri dibelakang kami berdua, sebab tu lah kawan I menyedari kelakuan lelaki itu, patutlah kawan I tu sempat terpandang "benda" lelaki tersebut hahaha
Cessssss..... tak guna lelaki macam nih, lepas tu dia buat lagi bila berlalu dari situ
Tak jauh dari situ, kami dapat melihat dengan jelas lelaki tu sedang berdiri di belakang tidak jauh dari 3 orang pelajar perempuan cina, sambil memegang dan menunjukkan kemaluannya
3 amoi tu terus berlalu dengan pantas dari situ apabila menyedari kehadiran lelaki itu di belakang mereka, nasib amoi tu tak berteriak, kalau berteriak habis lelaki tu kena belasah kalau di sedari ramai orang kat situ, kelihatan lelaki tu pergi dari kawasan pejabat pos, mungkin takut jika kegiatan nya akan disedari orang ramai yang berada disitu
"Adek.... dah lah 'benda' dia tu hodoh..... HITAM lagi tu... eeeiiiii uweekkk..."
masa dengar mon cakap macam tu, terus I senyum dan kedua2 kami ketawa kecil
Kalau dilihat dari segi luaran lelaki tersebut, memang nampak normal saja, pakaian pun tak lah selekeh, tapi kulit dia nampak gelap, sebab tu "benda" tu pun HITAM hahahaha
~ oittt.... Ivy apa punya statement lah yang ko ni, nasib tak tengok.... eeiiii... geli geli tak nak imagine hehehe....
p/s: kenapa lah ada orang macam ni, tapi kalau tak silap, orang yang suka menunjuk kemaluan di hadapan perempuan ni dikategorikan dalam sejenis penyakit mental, apabila mereka mendengar perempuan berteriak ketakutan, teriakan itu boleh memuaskan hati dan nafsu mereka...... eeeiiiiii.....
~lupa plak nak bagitau, skrip dah ditranslate dalam bahasa malaysia sepenuhnya supaya mudah difahami, sebab masa tu kami berdua menggunakan campuran bahasa Bidayuh dan bahasa Sarawak hehe