Thursday, July 16, 2009

Baby

Pagi tadi, selepas breakfast I duduk relax2 di sofa dalam office, seperti biasa my little buddy @ didi suka berkepit2 dengan I kalau mumy dia ada bawa dia datang ke office

Tiba2 saja, didi memegang perut I yang dah kekenyangan macam ular sawa ha ha ha

"baby baby"

terus I dengan mumy dia ketawa...

"aiyooooo..... dia ingat semua perut yang boroi ada baby ka hahahaha...." I cakap dengan mumy Didi sambil ketawa

Didi terus memegang perut I dengan kedua2 tangannya dan terus menyebut perkataan baby2, sekarang kan mumy dia tengah mengandungkan bakal adik Didi, jadi dia ingat semua perempuan yang perut boroi ada baby ha ha ha....

Alamak nampaknya dah boroi lah perut I ni.... oh tidakkkk!!!!....


Siapa lebih bergaya???
*
*
*
*
Nini

Didi

mestilah perempuan lebih bergaya dari lelaki lalalalala...:p

p/s: Ini amaran untuk I perlu berjogging, tapi I malaslah, kalau kumpul lemak I rajin ha ha ha


Wednesday, July 15, 2009

Nenek 103

Nenek 103

Gambar diatas I snap dari akhbar cina Sin Chew Daily, sebab tu nampak blurrr....., cuba perhatikan nenek dalam gambar tu, masih nampak kuat lagikan, percaya tak umur dia dah masuk 103 tahun, nenek ini menetap di Sarikei, Sarawak

Satu fakta yang menarik perhatian I tentang nenek ini ialah nenek ini peminat no.1 minuman bergas Coca-cola, dalam sehari dia mesti minum 3 tin coca-cola, dari dia muda sampai lah sekarang, aaaaa..... nampak dalam gambar tu, nenek posing dengan setin coca-cola

kalo cam tu, jom minum coca-cola, pasti bertenaga macam nenek 103 hehehe....

Teringat kat nenek sebelah daddy, sebab nenek I pun peminat coca-cola ni, kalau kami ada turun ke pasar mesti nenek akan membeli setin coca-cola sebelum pulang, kalau singgah minum di cafe, pasti coca-cola akan di order, yang bestnya, nenek panggil coca-cola ni "air kuler" adohaiiii....

Me & Grandma (my dad mother)
Ini lah nenek I yang suka minum "air kuler" katanya
Gambar tahun lepas masa pulang bercuti selama seminggu di Lawas,
rinduuu....... kat nenek,
hujung tahun ini pulang lagi yahooooo!!!!!....


Tuesday, July 14, 2009

Sunday la la la

Hari Ahad yang lepas, 12/7/2009, selepas pulang dari church, my family hantar I ke Singgahsana Lodge sekali lagi, selama 3 hari berturut-turut, I berulang- alik ke sini untuk menemani rombongan yang datang dari KL, kalau rajin sila2 lah buat U-Turn ke entry2 yang sebelum ni yer

Sepanjang petang I dengan teman berjalan2 di Waterfront, Parkson dan makan tengahari di Tun Jugah bila dah kelaparan, here few pics......

Sis Irene & Me


WATERFRONT KUCHING
*
*
*
*
My Lunch yum yum

huaarrrggghhh......buaya darat ha ha ha

duduk2 sambil minum!!!

Gigi pakcik ni dah buruk

Suasana petang di Waterfront

I nak promote sikit Singgahsana Lodge walaupun tak dibayar untuk promosi ni ha ha ha, tempat ini memang cantik dan juga berpatutan, paling menarik bahagian rooftop, dimana penginap2 boleh relax, ada ruangan untuk bersembang dan minum2, ok lah untuk maklumat lanjut sila search sendiri di Google hahaha...(kan tadi I dah cakap promote sikit jak :p)


SINGGAHSANA LODGE (ROOFTOP)
*
*
*
*
Yang menariknya, seluruh dinding di rooftop penuh dengan tulisan2 sebagai kenangan dari pelancong2, penginap2 yang pernah menginap di Lodge ini

SpiderGIRL lalalalaaa...

Tak dapat pergi tengok Rainforest World Music Festival, bergambar dengan poster pun jadi lah hahaha


Sebelah malam pula, I pulang ke rumah dan sibuk packing, ready untuk balik ke Sibu.....

p/s: sekarang I dah di Sibu hahaha

Monday, July 13, 2009

A Day With Rachel

Sabtu yang lepas 11/7/2009, sekali lagi I kuar dengan teman2 dari KL dari pagi sampai lah ke petang, pagi I sampai di Singgahsana Lodge menunggu mereka bersiap2, program hari tu ialah mereka ingin membeli barang2 di market yang bertempat di Satok, selepas makan tengahhari, kami ramai2 ke Satok Market, bermula lah operasi mereka membeli makanan2 tradisional, macam2 rempah seperti pes laksa sarawak, lada made in sarawak dan banyak lagi, paling utama mereka nak beli ikan terubok masin yang di kenali di kalangan pelancong2 dari luar

posing sambil menunggu mereka bersiap2

rehat sekejap sambil menunggu yang lain

Market di Satok

minum2 sambil relax selepas penat mereka ni bershopping sakan di market

Dalam jam 3 petang, kami pulang semula ke Singgahsana Lodge, semua berehat kerana penat, nasib hari tu, cuaca tak berapa panas, dalam jam 5, sebelum pergi ke The Spring sempat lagi I tukar baju, tukar baju pun jadi lah sebab dah berpeluh2 keluar jalan2 dari pagi, I pergi ke The Spring untuk berjumpa dengan my Best friend Rachel hehehe....., "yer keluar dah cerita kita chel"

Sampai di The Spring, kelihatan Rachel dengan anak buah nya, Mira, happy dapat melihat Rachel setelah sekian lama dah tak lepak2 sama2 selepas semua dah sibuk dengan pekerjaan masing2, sayang nya kawan yang seorang lagi, Mimon tak dapat datang, jadi kami minum2 dan makan2 di Secret Recipe, adohaiiiii...... cheese kek nya ya ampun sedap eh ha ha ha

kalau lah di Sibu ada Secret Recipe, pasti I akan jadi pelanggan setia sebab cheese kek memang ummpphhhh...

SECRET RECIPE
*
*
*
*
Mira & Rachel

Ni mereka dua sibuk shopping, I pula sibuk sekodeng ha ha ha

"aunty chel nak yang tu" kata Mira
skrip tokok tambah oleh Ivy ho ho ho

Gaya Mira makan donut

Me & Rachel

Dalam jam 7 lalu, kami di jemput oleh Roy iaitu buah hati jantung Rachel, jangan marah chel, ampunnnnnn..... tuanku......., kami ke Grill Mama Recipe, lokasinya lupa pula ha ha ha, pertama kali ke sini, makanan disini semua halal, kami makan lamb chop dan beef steak kah chel....

GRILL MAMA RECIPE
*
*
*
*
Beef with black pepper

Lamb Chop

Dalam jam 9 lalu, I sampai di rumah, yang lucunya, mula2 I relax2 di ruang tamu dengan daddy, mula2 tu ada layan daddy berbual sampai lepas tu tak dengar apa yang dady bualkan sebab tertidur, mumy yang sampai dari sekolah selepas menghadiri dinner perpisahan untuk guru yang sama mengajar dengan mumy, membangunkan I dan bertanya kenapa tidak tido di bilik, dengan mamai I bangun langsung masuk bilik, terus tido lagi sebab memang terlalu rasa penat dan mengantuk sangat2....

p/s:happy hari tu, dapat jumpa Rachel dan Mira, buat mstikot kmk minta maaf banyak2 kerana sik dapat bertemu ngan ktk hari sabtu ya, lain kali kita ketemu oh....:p

Saturday, July 11, 2009

Padawan Fair 2009

Jumaat yang lepas 10/7/2007, ada rombongan dari KL datang ke Kuching, pagi2 I ke airport menunggu teman2 dari KL datang, setengah hari I jadi penghuni airport adohai hahaha, sempat lagi melihat beberapa artis2 tempatan seperti Rem, Anding, Salwa, Sheryl Samad dan juga artis yang lain2 tapi I tak tau lah nama mereka, cuma pernah nampak muka di kaca2 Tv ha ha ha

Dalam jam 1, kami ke Singgahsana di mana mereka bermalam selama 4 hari 3 malam, rombongan yang seramai 17 orang, jadi sebelah petang kami berjalan2 round2 pasar, sepanjang petang, I habis kan masa bersama2 dengan mereka, here few pics

Nasi Goreng Kampung

Sirap Bandung

kedai yang menjual koleksi2 stamp serta duit2 lama
lokasi bersebelahan dengan pejabat pos besar

mereka bersemangat order kek lapis Sarawak di kedai ini D'Rieza, harga lebih berpatutan berbanding tempat yang lain
*
*
*
*
Pineapple Tart Biscuit

Sebelah malam selepas menjemput sis Irene dari tempat tuisyen, kami bertiga ke Padawan Fair yang berlokasi di MJC (Batu Kawa New Township), Padawan Fair (Food fair, Fun fair, Trade fair) ini telah diadakan dari 28/6/2009 ke 20/7/2009, kami jalan2 cuci mata, bawa my sis Irene bermain di fun fair, membeli satay dan I sempat beli baju T-shirt RM10 jak hehehe, ada few pics di bawah yer...

PADAWAN FAIR 2009
*
*
*
*
Aiskrim lagiiii.... " AmirFX mok sik???"

Jagung bakar & Ayam panggang

tadaaaa....RM10 only, cantik tak???
errr...I masih love Malaysia hehehe...


p/s: nanti update lagi, sekarang mau ke church....., mumy dah bising tu tunggu2 dalam kereta lariiiiiiiii......