Monday, August 10, 2009

Jom Recycle

Jom recycle, kalau ada kotak2 yang kosong dirumah, daripada buang kotak, bagus kalau kita recyclekan kotak tu, kita boleh balut kotak2 tersebut dengan lebihan kertas pembalut hadiah yang tidak dipakaikan lagi

Membalut kotak tidak memerlukan masa yang lamakan, kalau kotak yang berbalut nampak cantik dan sedap mata memandang, cehhhh.... bermadah pula ko ni Ivy weeekkkk

Hari tu, I boring2 membantu my cousin J-mie membalut 2 kotak untuk menyimpan buku2 dan barang2 yang lain supaya nampak kemas

Balut kotak sambil minum milo!!!
Minum milo untuk kuat dan sihat, wah ha ha sempat promote milo

Barang2 my cousin J-mie dah tersusun kemas dalam kotak

Cantik dan kemas kan, kotak pun tak perlu dibuang hehe

Morning
*
*
*
*
Senyum macam ni boleh hehehe
Sibu hujan lebat hari ni, cuaca mendung, wah indah rasa dihati melihat hujan,setelah musim panas yang berpanjangan serta jerebu teruk




Saturday, August 8, 2009

Oh Petai

Semalam tengah hari, kami berempat ke market besar sibu, dalam suasana cuaca yang panas dan berjerebu, kami bersemangat untuk membeli belah disini, pelbagai sayur-sayuran, daging, ikan dan bahan2 mentah yang lain boleh didapati di sini, sampai rambang mata memilih, ok lah enjoy the pics

AT THE MARKET
*
*
*
*
"Jom Jalan2 beli sayur", kata Jenny
skrip ditokok tambah hahaha

"Tauke, saya nak borong semua ok"

Buah Dabai
Di Sarawak buah dabai memang dikenali ramai dan banyak dijual disini bila tiba musimnya, rasanya sekarang musim buah dabai, kerana ramai juga penjual yang menjual buah dabai pada hari tu, tapi agak mahal juga mungkin disebabkan musim buah dabai baru bermula, RM25 sekilo dan RM22 sekilo


Durian Hantu (berwarna oren kekuningan)
Harga setompok mahalnya, RM20 setompok huhu

Petai
Mereka bertiga suka makan petai, I seorang saja tak makan hahaha, kalau sambal udangnya I makan, janji jangan makan petai jak

oh pedasss!!!

Tempoyak

Ulat Sago
I ambik gambar je, tak pandai makan, tapi orang kata sedap dan berlemak rasanya

Hasil beli-belah, berplastik2 hehe

My cousin Kule sibuk mencuci & mengemas

Our Chef of the day, my cousin Jaime

Kerang masak kicap
Akhirnya, makan kerang untuk menguatkan daya ingatan, bak kata Gary hehehe
I makan sampai perut sendat

Sambal Petai
Sedap tapi terlampau pedas, terlebih cili padi, semua orang mengeluh kepedasan, walaupun pedas bantai jelah kalau dah sedap, panas perut gara2 penangan sambal, bagi nama sambal petai berapi lah hehehe

Masa untuk makan!!!!....

Hari sabtu yang mengembirakan, kami menghabiskan masa waktu malam makan bersama2, walaupun semua masing2 kepenatan, hari ini Kule dengan Jenny dah pulang semula ke maktab, will gonna miss them and can't wait to see them again next friday yahoooo.....


Friday, August 7, 2009

Red Carrot Cafe

Semalam lepas keja, kami jalan2 cari makan, happy sangat2 bila my kazen kule dan kawannya Jenny datang menghabiskan hujung minggu mereka di Sibu, kesian minggu lepas mereka tidak dapat datang kerana maktab perguruan yang mereka tinggal kena kuarantin, salah seorang pelajar di maktab tersebut disahkan H1N1,

Selepas pulang dari keja, kami jalan2 cari makan, my kazen Jaime tak dapat bersama2 dengan kami sebab ada dinner dengan guru2 di Paramount Hotel, yang lucunya, kami tak plan pun nak makan di Red Carrot Cafe, mula2 plan nak makan tempat lain, tapi bila melihat menu2 yang dipamerkan di hadapan cafe itu, kelihatan menarik dan berpatutan, jadi kami bertiga bersetuju untuk mencuba menu2 yang disediakan cafe ini

Pertama kali datang ke Red Carrot cafe, suasana dalam cafe selesa, menarik, bersih dan makanan pun sedap he he he, ada few pics dibawah, layan je lah yer

Ada borang order, order kena Tick sendiri, unik berbanding cafe2 yang lain

Kaya Toast

Black Pepper Beef & Lamb Curry
I bagi markah A++ untuk 2 menu ni, very nice and superb hahaha

Espresso, Pink Lady & Cincau Milk

Thai Noodle

Jom Makan!!!

Jom Minum!!!

Wednesday, August 5, 2009

Kenapa Malu

Aduh kenapa I malu untuk menatap wajah itu bila matanya tak berkelip2 membalas pandangan mata

Kenapa pula I yang tersipu2 malu

oh tidakkkkk....dia tengok lagi

mata tak berkelip

kejap mulutnya mengukir senyuman, kejap mulutnya menguap kepenatan, kejap mukanya serius
*
*
*
*
tapi tetap comel
*
*
*
*
*
alamak kenapa baby tu asyik pandang2

I malu I malu dengan baby itu hak hak hak


Baby foot cover
Comelkan, my friend yang mengandung tu bagi I tengok, dia akan bakal melahirkan baby girl, next month due


p/s: Suka tengok bayi2 & budak2 kecil tapi kalo tengok mata mereka yang tak pandai kelip2 tu, malu pula hahaha, dengan budak kecik pun ko nak malu Ivy adoiiii.....



Tuesday, August 4, 2009

Hangus

Semalam I layan youtube, Britain's Got Talent, tengah I syok melayan video2, I tercium bau hangus, I melihat sekeliling, tak ada apa2 yang pelik, terus I bangun menuju ke ruang dapur, alamak terkejut bila melihat air dalam periuk dah kering habis, nasib sempat perasan, kalau tidak habis lah hotdog yang dimasak kazen tu hangus, rupa2 nya kazen ada masak hotdog tapi dia terlupa pula nak tutup api gas dan terlelap dibilik, nasib baik I duduk di ruang tamu, kalau dua2 di bilik masing2, kan berasap dalam rumah

Bila kazen keluar dari bilik lepas bangun dari tido, I tanya dia ada tak cium bau hangus, terus muka kazen berubah dan berteriak kecil apabila dia dah tahu dia terlupa sesuatu...

"bahaya lah kalau aku sorang2 dirumah neng, nasib u tak tido", kata kazen dengan rupa yang bingung

"aah betul2, lainkali kalau u sorang, u masak pakai periuk elektrik jak lah, selamat sikit hehe", jawab I sambil sengih2

Entah berapa kali I buka youtube gara2 nak melihat Susan Boyle, love her voice and her voice gave me chills, she great, simply amazing and excellent


Chicken Curry
My Cousin Jaime yang masak ni semalam untuk makan malam kami berdua, sedap tak terkata, nasi I bertambah2 haha

muka senyum rajin makan
Jom Makan lalala...

Monday, August 3, 2009

Asap & Good news

Semalam udara di Sibu berasap tebal, hurrmmm..macam mana nak cakap yer, susah nak tido kerana bau asap, sekarang kan ada orang yang menggunakan peluang sebelah malam membuat pembakaran terbuka, tak lama lagi nak musim menanam padi di beberapa tempat di kawasan pendalaman,

Pagi ni bangun dari tido menjenguk ke luar tingkap, kelihatan ruang udara yang tidak indah dipandang, rasa sesak nafas melihat asap2, tapi pagi ini lebih baik berbanding suasana malam tadi, dah lah cuaca yang panas, pembakaran terbuka pula memburukkan keadaan

Semalam I terima sms from my younger brother Eric, ada 2 good news, dia mendapat result yang baik dan my mum akan menerima Pingat Perkhidmatan Setia pada 11 Ogos 2009 di bangunan Dun yang baru dirasmikan pada bulan Julai yang lepas, I'm happy for both of them, daddy akan menemani my mum pada hari itu

Kehidupan beberapa hari ini seperti biasa, keja~hua hua hua~ balik~ tido, mesti hairankan apa hua hua hua tu, semenjak ada teman serumah iaitu my kazen Jaime, sangat lah rajin kami berdua ni keluar ke pasar lepas I habis keja, selalu keluar jalan2 sekejap, ada2 saja barang yang hendak dibeli my kazen, almaklumlah bulan ni dia baru mula mengajar di salah sebuah Sekolah Menengah di Sibu, dah nak masuk sebulan dia dah tinggal serumah dengan I

Best juga bila dah ada teman serumah ni, kalau dulu waktu tinggal sorang2 tiap kali pulang ke rumah sewa selepas keja, I tengok dinding, dinding tengok I, kalau dinding tu pandai bercakap, mesti dinding cakap macam ni

"Ivy dah naik boring tengok muka u hari2 hak hak hak"


ohh.... my Cj7 & Sabathor Junior
I Love them both heeeeee....

Sunday, August 2, 2009

Erk Kawen??


Wahai anda2 yang masih single ni, pernah tak anda diajukan soalan2 berikut, tak kira bila balik kampung, di rumah, jumpa saudara mara, jumpa kawan2 lama dan dimana2 saja anda berada

"Bila nak kawen?"

"dah kawen ka blom?"

soalan paling scary

"dah berapa orang anak??"

errkkk...blom kawen macam mana nak buat anak lalalala....

Soalan2 diatas memang popular apabila anda masih single dan telah melepasi umur 25 tahun waaaaaaa....., betul tak??? anda setuju???

Tiba2 pula topic ni pop dalam otak I selepas menonton rancangan program 3R di Tv3, sengih2 I tonton 3R , topic yang menarik kan

Ada orang jodohnya cepat, ada orang jodohnya lambat, kalau dah kawen tu memang lah bestkan sebab dah berdua pas tu ber 3, 4, 5 dan seterusnya, tapi kalau masih single pun best juga kan kan kan

Jadi NO STRESS STRESS OK kalau blom kawen, kalau soalan2 tu ditanya, kita jawablah dengan senyuman diwajah dan relax, cool, senyum, selamba hak hak hak