Friday, January 27, 2012

28 January 2012, 11.10am
(Macam biasa tarikh & masa dalam blog I ni tak betul. kadang2 lah)

Nak tulis apa dulu ni hrummm.... beberapa minit menatap screen komputer, taip.. padam... taip.. padam... waduh waduh waduh ke manakah menghilang nya idea nak berblogging ni hehe....

Memang dah lama tak aktif, sampaikan ada yang bertanya "masih berblogging ka", macam biasa I akan jawab"tak da masa", salah satu sebab memang tak ada masa, kerja sekarang agak berbeza dengan kerja yang dulu2, dulu free sikit, sekarang kurang, kalau balik dari kerja, penat, nak update status pun dalam FB, sebab di FB paling cepat hehe....

Tahun ni pasti banyak hal2 yang excited and I'm looking forward for it. Orang kata tahun Naga, tahun yang bagus untuk;


1). melahirkan baby, I dah tak sabar nak tunggu anak buah keluar ni, bulan 6 nanti adik ipar akan due, wah *excited mode*


2). kawen!!!!..... yang ni nanti2 I cerita ho ho ho


3). karier, yup I can smell the fortune hihi, tapi kata orang kalau tak ada usaha, hasil tak akan datang bergolek, jadi kena berusaha lah


I snap picture ni sendiri, cantik tak gambar ni, sila lah memuji *perasan mode*



Till then, Happy Weekend everyone!!



Wednesday, July 6, 2011

Our Day ^^

Hari ni letih sebab duduk menunggu giliran untuk interview, bayangkan jam 8 pagi dah sampai, register, ambik gambar, berat badan, ukur ketinggian, tup tup giliran yang ketiga akhir dah, dari jam 8 pagi, jam 3 lebih masuk bilik interview, keluar pula hampir2 nak dekat sejam, bak kata panel interview tu, ni interview yang paling lama mereka handle setakat ni hehehehe...., macam mana tak lama, macam2 hal ditanya, ada yg dapat dijawab, jawab, tak dapat memang nampak macam orang b***h jak huhu.... aiya janji dah lepas hari ni.... ^^

Sini nak kongsikan sedikit gambar2 pertunangan yang berlangsung pada sabtu yang lepas, 2 July 2011....
Tak sangka ramai sanak-saudara dari kedua2 belah pihak, my bestie, kawan2, my colleagues. Happy sangat2 hihi, Thank you so much my dearest Atika @ blogger Mstikot kerana sudi datang, appreciate it so much, Tq again for the pudding cakes. Tapi tak sempat pula bergambar bersama2 dengan Atika. Hurmm.... bukan tak nak jemput blogger2 yang lain, nanti kalau masa wedding I pasti jemput ok.

Engagement Day
*
*
~ Menyarung cincin

~ Signing borang tunang

~ Singing dari kedua2 bapa masing2 sebagai saksi

~ Pastor Phillip yang blessing our engagement

~ Acara operate kek hehe

My lovely friends
*
*
~ with Sara, Elaine, Rachel & Mimon , love you guys much2

~ Banyak lagi kawan2 lain yang datang tapi tak berkesempatan bergambar sebab sibuk melayan tetamu yang datang. Apa2 pun semua dah selesai, sekarang looking forward to the next level chewahhh....

p/s: Wah so sleepyyyyy....






















Sunday, July 3, 2011

2 July 2011

Maka dengan ini, saya ingin mengumumkan yang tangan orang2 dalam gambar kat bawah ni dah bertunang hahahaha...., sila teka siapa :p


Ok.... nanti upload gambar lagi muackssss.... ^_^

Tuesday, June 7, 2011

Brother Eric's Wedding Ceremony

Dah masuk bulan 6, moga tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Gawai untuk semua rakan2 blogger serta para pembaca yang menyambut sambutan Gawai, Sambutan Gawai tahun ini sangat best, sebab ramai cousin2 dari Lawas yang datang, nanti dalam entry yang seterusnya I akan kongsikan sambutan gawai yer, sekarang nak sharingkan few pictures wedding yang dah berlangsung pada 30 May 2011.

Rasa dihati sangat gembira melihat wajah adik I, Eric dan isterinya, Laurina bila sah bergelar suami isteri, bila terkenang zaman kanak2 kami, terasa macam baru semalam berlaku, seperti dalam mimpi memandang wajah Eric, rupanya dah tua, eh silap dah matured hahaha...., hurmm... ok emo kejap >.<

"oh little brother of mine, you're such a blessing to the family, all the years we grown up together, will always be one of the best in a lifetime, I will always pray for you and Laurina, may god bless the family that you will have your own, please lah cepat2 buat anak hahahaha, tak sabar nak ada anak buah @ fruit child, bagi mumy dan daddy cucu"

~ Aiya.... emo sekejap tengok gambar ni, location at Kampung Puru Sia, Lawas
In picture: Uncle Christopher, Brother Ken, Brother Lee, Brother Eric and me


St. Joseph Cathedral
*
*
~ Laurina dengan Flowergirl, Flowerboy & Bridesmaid

~ "A walk to remember", Laurina di iringi bapa tercinta

~ Amboi dup dap dup dap si pengantin lelaki hehehe...., Eric & his bestman, cousin Dalglish, masa ni dia asyik tanya, "siapa ada tissue berpeluh ni", tergelak kami melihat reaksi Eric, nervous sampai macam tu lah pula....

~ Ceria & berseri2 kan wajah pengantin selepas upacara ^^


Ok dah sharing masa ceremony tu, untuk reception next entry yer...


P/S: penat dan banyak hal untuk difikirkan hurmmmm............, lain kali cerita :p




Saturday, May 28, 2011

Brother Eric's Pre Wedding Photos

Esok 30 May 2011 adalah hari bahagia @ BIG day untuk adik I, Eric and Laurina, wah cepat masa berlalu, tak lama lagi dah masuk kumpulan bapa-bapa dia ni hehehe.... ok nak share few pre wedding photos dari mereke berdua, dalam banyak2 photos, yang ni I suka, orang yang ambik gambar ni memang kreatif!!!....


p/s: esok I akan update wedding ceremony & reception ok, have blessed Sunday everyone. Sila ignore tarikh entry I ni, it supposed to be 29 May 2011 dah :))





Saturday, April 23, 2011

Sarikei Mari....

Holaaaaa...... lama dah tak singgah blog sendiri hehe, I update dari rumah family Ubek, bercuti di Sarikei, tadi baru pulang dari kampung Daddy Ubek, perjalanan yang best, nanti I updatekan yer, having super fun and duper tired hahaha.... bantai jak lah..

Semalam I terima sms dari blogger Mstikot, dia ajak join gathering di Hartz Chicken Sarawak Plaza, alaaaa.... I tak dapat pergi pula, sebab esok baru I pulang ke Kuching.

Ok nanti I updatekan lagi :)

Monday, March 21, 2011

Serikin & Mini Zoo


Hari sabtu yang lepas, I dengan Ubek jalan2 di Serikin, oh ya sebenarnya ini lah pertama kali I jalan melihat gerai2 di pasar Serikin ni dari hujung ke hujung, hahaha.... apa da ayat I pakai ni, hurmmm... janji para pembaca faham jak lah, ok kenapa I kata pertama kali sebab selama ni I datang ke Serikin untuk visiting rumah aunty masa hari perayaan Gawai dan Christmas saja.

Cuaca hari tu tersangat lah panas, dalam hati menyesal tak bawa payung, tertinggal dalam kereta, nak patah balik malas pula, jadi redah jak lah, agak seronok juga melihat warung/ gerai2 yang ada, barang2 yang dijual hampir sama, contoh beberapa warung yang jual cermin mata.... semua sama, tapi yang bagusnya boleh tawar menawar.....

Sekarang baru I tahu kenapa ramai orang dari Semenanjung suka datang ke sini kalau bercuti, barang2 yang dijual seperti kain yang I rasa dapat banyak sambutan, selalunya kalau ada program yang dianjurkan jabatan atau badan2 kerajaan dari Semenanjung ke Kuching, pasti ada salah satu program jalan2 ke Serikin......, macam mana I tahu, sebab sekarang I buat proposal untuk event2 / function2 oleh mana2 badan2 kerajaan, dari situlah tahu hihi....

Ok tak jauh dari Serikin, lebih kurang 20 -25 minit dalam perjalanan pulang dari Serikin ke bandar Kuching, ada satu tempat ni, namanya mini zoo tapi I tak pernah singgah, selalunya lalu jak, I dengan Ubek planning berhenti sekejap, tempat yang agak cantik, kalau sapa2 yang nak wedding photo shooting ke, couple shooting ke, model shooting ke, erkkk.... betul ke apa I cakap ni, janji shooting lah, I rasa tempat ni sangat sesuai, chantek!!!!....

Hurmmm.... kami berdua tak ada masuk dalam mini zoo tu, rasanya ada bayaran kalau nak masuk tengok, I tak tahu berapa sebab tak sempat bertanya, hari hujan so cancel, hanya sempat bergambar dengan patung2 binatang saja hahahaha.... janji ada bah kan hehe...

Ok lah here few pics....


SERIKIN
*
*
~ Hasil produk buatan rotan

~ Bila tengok ni, I terus teringat dengan blogger Gary sebab diakan suka mengoreng gitar hahaha...., ampun tuanku :p

~ "Salam dulu bang..."

Singgah di warung2 menjual sayur-sayuran, makanan dan pelbagai lagi oleh orang tempatan, yang ni sebelum sampai di pasar Serikin
*
*

Mini Zoo
*
*
~ bergambar dengan patung batu pun jadi la... lalalala...

~ waterfall buatan, kreatif dan cantik

~ tempat untuk relax sambil menikmati pemandangan waterfall

~ tak tau apa nama ikan ni....

~ hati ingin beramah-mesra dengan Dino ni, tapi kena makan juga hahahaha....



p/s: dah masuk 21 March 2011, baru sekarang I update adoh....